Cara-cara install wordpress to your pc - Malay Version
September 3rd, 2007 by eddyra on WordpressSebenarnya, masa mula-mula aku berkenalan dengan blog ni, aku tengok banyak wordpress template yang di hasilkan oleh webdesigner kat luar sana. Cantik-cantik belaka, sejuk perut mak dia orang masa ngandungkan dia orang. Jadi aku terfikir lah untuk mempunyai satu wordpress template yang aku hasilkan sendiri, tapi aku sedar diri aku ni rabun HTML, tapi tak la buta. So buat masa ni boleh lah edit dan modify apa yang original designer tu buat mengikut selera aku sendiri.
Pada masa tu, kira-kira enam bulan lepas lah, aku duk cari situ sini cara-cara nak edit, nak back up save aku punya blog. Search di Google, memang banyak tips-tips untuk edit / modify blog layout ni tapi semuanya dalam English. Takde pada masa tu tips yang di buat dalam Bahasa Malaysia.
So hari ni aku terfikir untuk membuat satu posting cara-cara untuk install wordpress kat pc sendiri. Walau pun hari ini ada beberapa blog yang telah mengusahakan wordpress ke Bahasa Melayu, tapi apa yang akan aku cuba buat ini adalah lebih informal, direct to the point dan bahasa aku yang tiada skima dengan niat membantu mereka-mereka di luar sana yang mungkin kurang faham jika tips ini di tulis di dalam English. Walau bagaimanapun, tip dan panduan yang aku tulis ini bukanlah originalnya aku yang buat, tetapi aku translate dari English ke Bahasa Malaysia.
So pada otai-otai, programmer, webdesigner rasanya tak perlu baca lah post ni, malu pulak rasanya.. huhuhu.
OK guys lets go.
Untuk install wordpress kat pc sendiri, kita perlu ada 3 perkara seperti di bawah:
i- PC atau laptop.
ii- WAMP
iii- Wordpress
STEP 1
1.0 DOWNLOAD WAMP
1- Pergi ke site WAMP dan download version yang paling latest. OK aku difahamkan WAMP ni hanya boleh di install pada window 2000 dan XP sahaja. Any earlier version, takut tak bleh jer.
STEP 2
2- INSTALLATION OF WAMP
2.1 Bila dah download tu, install WAMP seperti kita install software yang lain. Ala macam biasa kita install program yang lain tuuu..
Click Next.
2.2 Click “I accept the agreement”, click Next.
2.3 Ikut suka lah nak install kat mana-mana directory, click Next.
2.4 Next kita pilih samaada nak auto restart tau tidak. Aku suggest click auto restart. Tapi kalau kalau auto restart Apache and MySQL akan membuatkan pc kita ni jadi ‘berat’ sikit. Dua process (Apache and MySQL) ni memang jenis makan kita punya system resources. So ikut suka hati lah.
Lepas tu kita boleh tengok progress installation tu macam pic di bawah. Adehh pic ni pun aku letak jugak ke…
Refer pic di bawah ni, setelah semua files dah di extracted, kita akan di tanya oleh installer tu yang mana satu kita punya DocumentRoot directory. Ini ler root directory untuk kita punya website, wordpress blog and semua file yang berkaitan dengannya. Click OK (default) jer lah melainkan anda rasa ada sebab lain untuk tidak berbuat demikian.
At this time, installer akan tanya kita browser mana yang kita akan jadikan default untuk view kita punya wordpress. So kalau kita ada Internet Explorer dan Mozila Firefox, ikut suka lah mana-mana nak pilih. Kalau tak tahu nak pilih, just choose default la.

Type localhost (default) atau tekan OK.
Type email address anda, atau OK je.
OK WAMP sudah siap kita install dalam pc kita. Jadi kita kena check dulu samaada WAMP kita ni OK ke tak OK. Kalau WAMP ni OK kita akan nampak icon kat system tray, kat bawah sebelah kanan screen pc kita.
Kalau takde icon kat tray tu, gi kat start menu and click ‘Start wampserver’ . So bila WAMP dah running, ia akan keluar icon seperti pic di atas, click icon tu dan kita akan lihat menu seperti pic di bawah ni..

So bila semua dah Ok kita akan dapat resultnya seperti di bawah ni.

Jadi setakat ini kita dah berjaya install WAMP dalam PC kita. OK next step ialah 1st step untuk install wordpress.
STEP 3
TUKAR MySQL PASSWORD
3.0 Click PHPmyadmin atau kalau tak jumpa type http://localhost/phpmyadmin/ kat internet browser. Macam kat bawah ni.
OK sekarang ni kita nak tukar password walaupun takde orang nak kacau kita punya pc web ni, tapi lebih baik kita set kan password.
Click “Privileges” link.
Click “Edit Privileges” link yang ada user icon “root”. Kalau ada nama lain, sila delete.
OK scroll bawah dan cari “Change password” box, tukar password. Click GO.
Next pergi kat C:\wamp\phpmyadmin\config.inc.php . Open file config.inc.php dengan menggunakan text editor atau Notepad dan tukar command di bawah:
$cfg['Servers'][$i]['password'] = ”;
to
$cfg['Servers'][$i]['password'] = ‘passwordbaru’;
Replacing ” dengan password yang anda reka di PHPmyadmin tadi. Dalam case ini ialah ‘passwordbaru‘.
Refer pic bawah.
STEP 4
CREATE NEW DATABASE
4.0 Ok sekarang kita nak create wordpress punya database. Balik semula ke http://localhost/phpmyadmin/ dan masukkan nama database sebagaimana di bawah. Nak letak nama lain pun boley.
Hit “Create” button tu, dan siap!!
Last step..
STEP 5
INSTALL WORDPRESS
5.0 Gi kat wordpress site dan download latest version punya. Setakat post ni di tulis, latest version is 2.2. Unzip the package kat lain, then extract kat C:\wamp\www. Jangan salah tempat extract pulak.
STEP 6
CONFIGURE WORDPRESS
Open C:\wamp\www\wordpress\wp-config-sample.php dengan menggunakan text editor atau notepad dan letakkan anda punya database name, database username (root), dan password. Tak perlu tukar nama database kalau kita dah set sebagai ‘wordpress’ masa mula-mula tadi. Lepas tu, save the file as wp-config.php atau nak senang rename jer. (NOTE: SILA SAVE AS “wp-config.php”)
Refer pic bawah.
STEP 7
INSTALL WORDPRESS
Type http://localhost/wordpress/wp-admin/install.php kat internet browser, kemudian kita akan dapat pic seperti di bawah. Masukkan nama blog and email address.
Go to second step.
Last sekali gi http://localhost/wordpress/wp-login.php and log in username and password masa kita install tadi atau click je login macam pic bawah. Salin password sementara yang installer bagi tu..
Lepas tu pandai-pandai nak buat apa…
The End.

September 3rd, 2007 at 8:49 pm
aku mmg memerlukan bende cam ni…as a new blogger yg mahukan imrovement..
ReplySeptember 3rd, 2007 at 10:17 pm
Thanks God.. at least aku habiskan hampir 8 jam untuk siapkan tutorial cap ayam ini rasa tak sia-sia. Aku pun terkial-kial nak buat blog ni, semuanya trial and error..
Untuk Trojan, go go go..
ReplySeptember 4th, 2007 at 6:10 pm
this is great. selama ni dok install kat server saja… rabun it lah..
ReplySeptember 4th, 2007 at 8:22 pm
kelebihan bila kita ada wordpress dalam PC kita ialah kita boleh buat trial and error untuk layout ka, untuk paste image ka.. test dulu blog kita sebelum publish kat internet.
So kalau sapa-sapa yang tak mahir CSS, PHP etc tu boleh buat trial and error kat ‘blog olok-olok’ ni.. macam aku dulu-dulu la.
ReplySeptember 4th, 2007 at 10:50 pm
menarik entry ni. tapi drp menjadikan pc kita ‘berat’, apa kata try site yg menawarkan free hosting. boleh try cpanel dan semuanya.
ReplyOctober 30th, 2007 at 8:07 pm
terimakasih ilmunya.
Replysalam & sukses selalu.
December 6th, 2007 at 12:08 am
tahu tak , camne nak import entry blogdrive ke wordpress dengan menggunakan moveabletype ?
ReplyDecember 6th, 2007 at 12:19 am
KUDIN wrote:
saya kasi link, kalau ada masalah datang balik sini orait?
http://wordpress.org/docs/tutorials/import-mt/
ReplyDecember 6th, 2007 at 8:11 am
uiii.. rajin! saya blom berapa nak rajin lagi buat mende2 gini, tapi memang minat.. cuma lom cukup tangan lagi, uhuhuhu.. baru sampai umah tak dan duduk.. “ibu nak milo..” “ibu nak sekot..” adeh~
ReplyDecember 6th, 2007 at 8:17 am
ucu letak lah your site address dalam setiap comment form tu, so your fotopages akan dapat live link di top commentors di blog ni.
ReplyDecember 6th, 2007 at 8:25 am
ermm, alah bro site saya tu site cikai2 je, sesuke la org kata.. bukan ade info apepe pun, cam diari harian je.. uhuhuhu
ReplyDecember 6th, 2007 at 3:52 pm
mau tanya pak knp saya tidak menemukan ini bagaimana caranya trims.yg di bawah ini
Next pergi kat C:\wamp\phpmyadmin\config.inc.php . Open file config.inc.php dengan menggunakan text editor atau Notepad dan tukar command di bawah:
ReplyDecember 6th, 2007 at 3:54 pm
joe wrote:
tlng email ke loveboyonline_palembang@yahoo.co.id
ReplyDecember 6th, 2007 at 5:33 pm
Joe gimana kamu ngak jumpa line dii bawah ini?
C:\wamp\phpmyadmin\config.inc.php
OK pelan-pelan kamu cari ini : config.inc
Biasanya ia tidak kelihatan config.inc.php terus kerna ‘php’ itu file typenya.
Semoga berjaya.
ReplyFebruary 2nd, 2008 at 6:35 pm
Kenapa x boleh bukak phpmyadmin..?
ReplyDia kata..
February 2nd, 2008 at 7:53 pm
dia kata apa dzull?
ReplyFebruary 3rd, 2008 at 1:10 pm
Dia kate..
ReplyCan’t connect to MySQL server on ‘localhost’ (10061)
macemane nak bt..?
February 4th, 2008 at 9:07 am
Disable Firewall or Norton Internet Security .. cuba dulu.
ReplyFebruary 4th, 2008 at 6:47 pm
Terima kasih.. masalah saya dah selesai..
Replyrupanya saya kena tukar default-storage-engine dia..
terima kasih banyak2..
June 21st, 2008 at 1:09 pm
Assalamualaikum..
Replywalaupun tak cuba lagi..tapi rase2nya saya dah jumpa apa2 yang saya tercari2 selama ini..thanks..sebab anda telah dapat memudahkan kerja2 orang lain…semoga ganjaran..akan dapat di sana Insyaallah…actually saya dah lama install wamp5 ni tapi tak tau nak guna…
June 21st, 2008 at 2:13 pm
terima kasih ija, saya sendiri pun kalau terlupa cara2 nak intsall ni pun saya akan refer blog saya ni semula.
ReplySeptember 12th, 2008 at 9:31 am
Assalamualaiikum..nak tanye sikit ye
ex. blog ni dah elok cantik hensem dansebagai nye mcm mana nak publish ke internet ye. ade kah dgn clik button publish sahaje?
terima kasih
ReplySeptember 12th, 2008 at 11:20 am
shahidan wrote:
shaidan.. guna wordpress free ka guna wordpress your own server ni?
ReplyOctober 17th, 2008 at 6:28 am
wow…not bad tutorial…auw-some perr…huhuhu.apa2 pun mmg berguna tutorial ni.
ReplyNovember 11th, 2008 at 3:40 pm
Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at C:\wamp\www\wp-config.php:1) in C:\wamp\www\wp-includes\pluggable.php on line 770
nak wat apa, kalau kluar cam ni?????
ReplyDecember 25th, 2008 at 5:15 pm
wah…ade tutorial dlm malay ni bagus jugak…x ler terkontang-kanting baca tutorial dlm BI.. TQ
ReplyDecember 26th, 2008 at 12:00 am
salam…sy dah follow sampai ke step http://localhost/wordpress/wp-login.php . so dah login dgn password yg diberi ..masalahnya , kenapa bila sy dah selesai buat semua tu .. then , link blog sy http://www.encikbeliau.com ada error …’ internal server bla..bla..bla..’…
so , apa lagi yg sepatutnya sy buat … ???
sy rasa step yg awk kasi x cukup lengkap…correct me if i’m wrong..
atau sy perlu buat something kat cpnanel ?
how about my domain yg ada error bile surf tu ??
Reply