Home » Story » Ramadhan di Miri

23

Hari ni dah masuk hari ke 18 umat Islam berpuasa.

Ramadhan tahun ni aku sambut di Miri. Seorang diri tidak seperti tahun-tahun yang lalu. Biasa saja tiada apa-apa yang nak dibanggakan ler..

Set jam pukul 4.30am, goreng ayam. Panaskan nasi yang aku beli kat pasar malam masa nak berbuka tu. Kadang-kadang belasah nasi sejuk jer, malas la nak hangatkan nasi tu. Budu sikit. Kicap sikit. Makan. Kopi O kawww..

Settle.

Imsak awal di sini. Jam 5.00am dah masuk Subuh. Ngam-ngam la sembahyang Subuh. Lepas tu sambung tido, pukul 7.00am bangun mandi manda then masuk meeting di Shell opis. Pedihnya mata, rasa nak tido.

Yang tak puasa tu selamba je buat air dalam meeting room. Minum depan orang ramai… Gezzzz..

Alah, tak kisah pun. Tak tergoda.

Abis meeting, masuk opis. Kering puasa aku tengok yang putih-putih dan gebu-gebu tu. Nak buat camana kan dah design dia cam tu. Ramadhan ke tak Ramadhan ke, sama je pakaian dia orang. Kalau bulan-bulan biasa, cerah juga mata time ngantuk tu.


umai…

Waktu kerja dipendekkan. Pukul 4.00pm dah boleh blah. Tengahari takde lunch hour, cuma sapa-sapa yang lapor tu boleh balik makan kat rumah especially yang datang bulan hehe.. Jantan kabaret yang datang bulan pun ada jugak yang selamba beruk smoking kat luar.. Cap ayam betul.


miding..? midin? maiden? eje entah camana..

Kalau tengahari gi town, ramai jugak orang. Kedai-kedai non muslim cam biasa la sentiasa ada orang. Kalau aku makan kat situ pun rasanya orang tak amik hal pun. Apatah lagi muka aku dia orang kata cam kaum Dayak. Ada jugak aku tengok yang selamba bungkus makanan, alah kat Semenanjung pun berlambak.


ulat mulong.. makan dengan sagu.. best oooo…

Cumanya, aku tak rasa sangat aura Ramadhan tu di Miri ni. Macam di Terengganu aku boleh feel. Kedai makan tutup di siang hari. Muka sorang-sorang nampak letih jer, hmm.. Pendek kata dapat rasa aura Ramadhan bila kita dikelilingi majority yg berpuasa.


rebung.. aku agak-agak la .. hehehe

Orait..

Petang abis kerja, biasanya aku gi cari makanan untuk berbuka puasa di Bazaar Ramadhan di Sabarkas dekat roundabout atau satu lagi dekat dengan stadium tu. Banyak lah lauk pauk dan juadah untuk berbuka puasa.

Orait di Miri ni, aku suka tengok kuih muih dan makanan yang tidak pernah aku jumpa di Semenanjung. Makanan yang pelik-pelik la.


Errrr… sambal mangga..

Setakat apam balik, ikan bakar, bubuk lambuk Sarawak, nasi kerabu, goreng pisang tu biasa la kan, kat Semenanjung pun ada cuma rasa dan stylenya mungkin berbeza.

Di sini pun ada murtabak, tapi dia orang makan dengan kuah kari, kuah bawang tu takde. Aku dah tanya.


Aneka kek lapis Sarawak

Nasi kerabu pun aku dah cuba, hmm.. tak memenuhi citarasa. Mee goreng ka, nasi goreng ka.. laksa penang ka.. Lain rasa dari di Semenanjung. Bukan tak sedap, jangan amik hati bah, cuma bukan selera aku jer. Walaupun nasi kerabu tu tukang jual tu declare dia tu ore Klate hehe.. tatap rasanya tak sesedap di Terengganu.


Obor-obor… gezzzzz

Ok aku ada terjumpa beberapa spesis makanan yang aku tak pernah aku tengok di Semenanjung. Contohnya bubur pedas, hanya terdapat di sebelah sini. Aku tak pernah cuba. Mesti tak sedap, tak sedap untuk aku lah.

Haa.. Di sini ada lauk yang dihasilkan dari jellyfish, obor-obor tu. Eii.. Boleh makan rupanya.

Di sebelah Sarawak ni femes dengan umai. Dia orang cakap nyaman, tapi aku tak pernah cuba. Diperbuat dari ikan di campur dengan entah apa-apa kemudian diberi nama umai. Macam sambal giteww..


Sambal kat sini ada sambal mangga. Sambal jering. Lagi sambal apa entah.

Err.. Ada beberapa lauk yang aku tak pernah nampak sebelum ni, mungkin tidak di tanam di Semenanjung contohnya … Ish nak tulis pun tak tau apa nama hahahah…

Faberet aku time buka puasa ikan bakar, biasanya pari bakar, pari masak asam, sayur sikit, budu belacan, ulam sikit. Dah cukup. Tapi di sini, satu pun tak boleh harap. Memang siksa jiwaraga. Apa nak buat makan jer lah walau semua yang aku sebut tu ada di sini. Aku memang totally tak bleh terima masakan Sarawak, maaf sekali lagi, bukan tak sedap, cuma selera tidak pada aku.. nasib baik dulu aku tak berkahwin dengan orang Sarawak, kalau tak hari-hari ler telan umai obor-obor tu.. gezzz..

Baru-baru ni balik Kemaman dan sempat berbuka puasa dengan anak bini dan sekali tu aku balik rumah Ma aku di Kuala Terengganu…. perghh rasa macam betul-betul buka puasa cakap lu bro. Solid. Kena ikan singgam, masak lemak cili api tempoyak gezzzz.. Rasa tak nak balik ke Miri sampai abis raya. Hehe..


Ngecum..

Masa berbuka puasa tu agak menyayat hati juga lah. Kadang-kadang buat acara solo kat apartment, kadang-kadang sorang-sorang kat bangku taman permainan. 2-3 kali jugak buka puasa sambil tengok sunset di Luak Bay. Layan blues. Aku rasa boleh bilang dengan jari berbuka ramai-ramai. Apa nak buat.


Solo..

Malam lepas berbuka, ada masjid and surau buat tarawih di sekitar Miri ni. Aku gi sekali je kat masjid selebihnya aku menguzurkan diri. Buat simple tarawih je kat apartment. At least suasana malam Ramadhan masih hidup dengan kedengaran orang bertarawih di sini. Tak kisahlah belakang masjid tu ada pub atau pun lounge. Belasah saja..

Apa-apa pun itu lah pengalaman.

Nanti aku upload gambar.

Related posts:

Girls, dont drink coffee..
Studies carried out on almost 300 women showed that there was indeed a clear connection between coff...
Jatuh cinta sekali lagi..
Rilex.. bukan aku, tapi orang lain. Kisah seumpama ini mungkin pernah di alami oleh orang lain, ata...
Episod Tadika KEMAS bermula di Kedah
Episod arahan mengosongkan Tabika KEMAS pun bermula, kali ini di Kedah sehari selepas PAS menerajui ...

23 Comments

  1. hidayah says:

    hah. saye penah makan bubur pedas tu… mak kawan masak mase wat kndri kawen abg kawan tu… agak pelik rasanye tapi sdap kalu dimakan sikit2… klu amek skali byk rase cm xlalu jer… ngn rupenye yg mcam kurang menarik tu…. huhu… cbe la try… ke nk budu jgk??? hahaha… budu memang best forever la…

  2. pyo says:

    haha..ak pernah puase kt miri..n seme makanan kt ats tu ak dah rase seme..btol2..xsedap pon tp ak sedapkan jer bile mkn2 dpn geng2 srwk..mee kolok srwk..ak xtau ape n kt mana yg sedap..haha..no offence yaa kitak2 seme..apepun kt semenajung jauhhhhhhhhhhhh lg best kalo bulan poser..tp duk miri byk dugaaan..astarafirullah…

  3. WifeyinMiri says:

    Sedih dengar cerita En.Eddyra berposer di Miri…!

  4. THeEdge says:

    hehehe kesian saya mendengarnya. saya org sarawak mula2 pindah semenanjung cni pun payah jugak. hari2 dekat berbulan juga la melantak mcD dan kfc sbb tak tahan pedas dan santan. sayur asyik masak lemak la, goreng pedas la…aduiii hari2 masuk tandas 2 3 kali. balik umah pekena maggi, masak sendiri bila rajin. bila dah kawin lagi la, kena masak dua pesen. satu pesen sarawak or chinese food (tekak chinese food ikut mak), satu pesen semenanjung utk husband. skrg dah orait dah. husband pun makan style fusion, sarawak semenanjung plus chinese skit. so, saya paham sgt la selera enche eddy kalu berbeza sgt tu, tekak mmg takleh masuk makanan sarawak. lama2 tu okey la. ingat pesan Nabi SAW, jgn sesekali mencela mknan hehehe, taknak makan senyap je, make hok lain belana hehehe

  5. THeEdge says:

    ulat mulong tu dalam bahasa melanau ialah si’at. saya suka style goreng kicap, makan ngan sagu. bukan sagu tepung sagu buat sagun tu, tapi sagu yang butir2, yakni tepung sagu yang dah digentel kecik2 dan dibakar. sayur midin, spesis paku pakis juga, tapi yg tumbuh area tanah lembap. sedap kalau masak belacan. umai wooo…sedapnya…enche eddy, umai ni macam ada satu dish kelantan buat dengan isi ikan, tapi kelantan style bubuh daun kesum, umai takde.

  6. kawe_demo says:

    TheEdge…demo nikoh nga ore kelate ko….loni bleh kecek klate ko?heheh
    ado jiran sy nikoh nga ore sabah..istri dio ore sabah…tp x tahan lamo..istri dio lari secara snyap ke sabah…tinggal anak n suami…kesian…

  7. THeEdge says:

    Pergi la ke Esplanade, jauh sikit dari Luak Bay, menuju ke Bakam. Esplanade tu seberang Sekolah Menengah Sains Miri, sekolah saya dulu yang tercinta. Try la bukak puasa kat situ, tgk sunset dan merenung membayangkan di seberang Laut China Selatan itu ialah Kemaman dan Kuala Terengganu (saya buat gitu masa duduk di KT dulu hehehe)…sentuh la airnya, bersambung dengan pantai Batu Burok dan Kemaman dan Cherating nan indah…huhuhu

  8. THeEdge says:

    [quote comment="9418"]TheEdge…demo nikoh nga ore kelate ko….loni bleh kecek klate ko?heheh
    ado jiran sy nikoh nga ore sabah..istri dio ore sabah…tp x tahan lamo..istri dio lari secara snyap ke sabah…tinggal anak n suami…kesian…[/quote]
    boleh la sket2…mugo jare2 kelik hehehe tapi bila duduk nge tok tuo, tergeliat jugak la lidah hehehe

  9. THeEdge says:

    Semoga Ramadhan ni enche eddy banyak bersabar agar lebih bermakna kali ini dan lebih nikmatnya di sebalik musibah yang menimpa…dan agar lebih mensyukuri nikmat yang ada…pehhh pesanan orang yang sedap makan bazram kat kl sini…hehehe

  10. Yo says:

    Ulat mulong tu x boleh makan. Saya ada terbaca dalam satu blog bahawa sebarang serangga adalah haram di makan kecuali belalang. Mufti sarawak juga ada keluar fatwa haram untuk orang2 Islam makan ulat Mulong. Cuba selongkar dalam ni…Pemilik blog pun orang SARAWAK… http://bahrusshofa.blogspot.com/

  11. ijah says:

    balik ganu gi chabang tiga dop bro?
    ramai sokmo org…pukul 3 org start beli doh..kul 5 nak parking pun payoh..
    raye mane taun ni?

  12. Uwais says:

    huh….sabar bro… respek bro tahan dugaan sebab nak cari rezeki yg halal nak bagi keluarga makan… tabik spring laaa… (^ – ^ )

  13. tajul says:

    hehe,bro edy puasa kat Miri gak ek.saya pun pose kat sane gak,tapi sehari je la.masa tu ada course H2S kat SMTC tu.

  14. manusiabiasa says:

    teringin nk tgk muke eddy nie..aku tgh carik org yg name die eddy gak..

  15. eddyra says:

    bole bole..

    real me..

  16. Uwais says:

    bro….saya degree in industrial automation and robotics tech… so minat dgn instrument, control system dan robot2 nih…. ada cara tak nak apply untuk company yg provide service ROV ke, crawler ker… hmmm…banyak gak hntr resume, tapi takda respon laa bro…

    selamat berpuasa dan mendapat berkah

  17. mek mai says:

    [quote comment="9427"]bole bole..

    real me..[/quote]

    enche’eddy.. xnapok mukee.. ambik bia nampak muke ehhhh..

  18. EX-Miri says:

    [quote comment="9415"]Sedih dengar cerita En.Eddyra berposer di Miri…![/quote]
    bakpo xajok make drumohnyo kak we.. sian ko bro eddy.. kak ng cik abe kan rajin masokk.. chef jack sparrow paling terbaikk di asia tenggara.. eh silap di kalimantan alik jawa tengahh.. hehe

  19. fara says:

    hai bro,

    your trip to sarawak make me miss my previous workplace. i’m half agree with u on the sarawak’s dishes part. mmg x sama dgn selera semenanjung wpun ada masakan semenanjung yg jual kt sana. rasa mcm sarawakian gak. tp, sy suka midin goreng belacan. nang nyaman bro! mcm pucuk paku goreng tp rangup.

    umai pun not bad what. nyaman juak. tp yg membuatnya kena pandaila, baru sedap. sy gemar umai udang. obor2 pun sy pernah blasah (ms dtg beraya dgn ofismet thn lepas), tp x berkenan lak rasanya.

  20. jaja behh says:

    salam..

    bro ramadhan kali ni tak insomnia ker?

  21. duwe says:

    Dunhill 14 n lighter kuning……….nsb baik aku jnis yg x isap rokok…..hahhahahha

  22. wanie sarawak says:

    tu yang bubur pedas xsedap tu..org tu bkn xpndai buat..bubur peds tu ikut dia punya perencah..(mumbu)..klu perencah tu sdap..sdap la bubur tu…klu yg jual kat bazar ramadhan tu aku sendiri pun xsudi..p klu buat sndiri 3 mangkuk pun ok…..

Leave a Reply