Home » Story » Kisah kau dan aku

86

Aku pun tak tahu entah bila aku tiba-tiba teringat kan kau, tapi seingat-ingat aku ada ler sebulan dua yang lepas, itu pun selepas aku duk kemaskan bilik computer aku tiba-tiba terjatuh lah gambo kau, entah kat mana selama ni menyelit aku pun tak tau… Nasib baik bini aku takde masa tu kalau tak alamat musti dia ingat aku ada affair dengan kau..

Oleh kerana wife aku takde masa tu makanya panjang lah sikit aku punya masa untuk rewind semula cerita-cerita silam tu, banyak lah jugak yang tersangkut-sangkut maklum lah dah nak masuk 20 tahun aku tak pernah jumpa kau. Giler punya lah lama padahal satu tempat jer, kampung bersebelahan pulak tu tapi entah lah Tuhan memang tak izinkan aku terserempak dengan kau lah tu kan. Manalah tahu kerja Tuhan ni kan, musti ada hikmahnya.

Aku pun tak berapa nak ingat cerita ni tapi seingat aku masa tu 12th February 1988, 1988 ke 1987? Aku lupalah tapi aku rasa 1988, masa tu bebudak sekolah kita yang jiwang-jiwang ayam tu sibuk nak celebrate Valentine Day apa kejadah tu semua. Tarikh itu lah aku cakap aku suka kan kau, tapi kau buat bodo, dan memang bodo pun pada fikiran aku lah. Tup-tup 14th February kau kata kau pun dah lama sukakan aku.. wah aku rasa macam mat rempit dapat bohsia jer, suka sangat macam menang race haram. Perhh.. suke sangat sampai kembang-kembang hidung, dapat girlfriend putih macam cina, lawa pulak tu he he he..

Aku masih ingat kau tanya aku ni tak celebrate Valentine Day ke.. aku tanya balik hari apa tu. Kau jawab hari memperingati kekasih. Aku jawab aku geli nak celebrate benda-benda jiwa-jiwa gitew. So kita tak celebrate pun kann, rupanya tok guru aku kata harammmmm…

Wah.. indahnya dunia, cakap pun tak guna. Masa tu kita form 4 kan? Orang kata kita ni cinta monyet tapi aku bantah sekeras-kerasnya sebab aku bukan monyet, dan kau pun bukan monyet. Dia orang tu dengki sebab tu dia orang kata kita ni cinta monyet kan. Dia orang pun dulu masa sekolah pun bercinta juga, itu lagi teruk .. cinta beruk.. So dia orang terasa sangat sebab tu dia orang tukarkan perumpamaan itu sebagai cinta monyet.

Aku tak jiwang pun, kau yang lelebih jiwang hantar surat cinta pergh ayat mak aiii.. aku hantar jugak surat tapi takde ler pakai ayat-ayat bunge-bunge gitu. Aku pakai kertas kajang jer kau siap dengan kertas surat warna siap dengan bau perghh.. jiwang giler la tu, tapi aku tetap appreciated apa-apa yang kau buat walaupun kau bengang kan aku sindirkan kau..

Pagi-pagi aku yang dulu naik bas sekolah Pok Roshid kemudian mu pulak eh kau pulak, tersasul la wak.. kemudian bas berhenti kat kau biasa tunggu bas .. hek eleh aku masih boleh ingat lah. Kat school kau kelas lain aku kelas lain, sebab SRP kau hancus maka duduk la kau kat kelas perdagangan, aku kelas science hehehe..

Setiap kali aku lalu tepi kelas kau, musti kawan-kawan kau kenen-kenen kat kau, aku tahu lah yang kau pun suka tapi macam biasa kau suka buat bodo.

Setiap hari lepas abis sekolah musti aku call kau, masa tu mana ada henpon macam bebudak hari ni boleh hantar sms, siap dengan video clip dalam kebun kelapa sawit lagikk. Kita dulu pakai public phone jer walaupun rumah kita ada telephone, sebab Ma kita takut bill mahal. Aku guna public phone yang dah dimodified, masuk 10 sen boleh cakap berjam-jam sampai ada satu hari aku kena sound dek brader kampung pasal guna public phone macam reta sendiri.. tapi kau jugak yang nak sangat-sangat aku call, kau kata tak bleh kalau tak dengar suara aku.. adeh aku pun gitew jugak hehehe.

Kalau kita ada game kat sekolah, kita akan stay sampai petang dan yang paling romantisnya (bukan jiwang la deyyyy!!) aku akan naik dulu untuk book seat, dan kau akan duduk sebelah aku.. perhh tak kisahlah bau masam seharian tak mandi pun asal dapat duduk dekat-dekat, tok guru aku cakap haram tapi aku buat-buat tak ingat..

Ingat tak bila kau mula-mula kata kau sayang kat aku? Mesti kau tak ingat, dan aku pun tak ingat juga he he he tapi masa tu kita ni masih budak lagi tapi dah reti sebut sayang dan rindu, padahal kau tu haid tak tetap lagi dan aku pulak kencing pun bercabang lagi, tak patut betul dia orang kata kat kita cam tu kan. Ingat tak Ma kau ngamuk sakan bila tau kau sedang bercinta dengan aku? Ma kau memang tak sporting lah, sama lah dengan Ma aku, Ma aku kata “dok soh galok-galok lah edyy..”

Kau ingat tak masa cikgu dicipline buat spot check kat kelas kau dulu, dia orang jumpa gambo aku dalam buku kau, hampeh betul lah. Satu kelas tau pasal kes itu, aku pulak yang kena panggil dek cikgu dicipline. Masa tu ustaz ada, ustazah ada dan cikgu dicipline pun ada.. mana nak letak muka aku tapi aku buat bodo jer, kau pun buat muka bodo jugak. Tapi kira OK lah kan kita kena tangkap kering, orang lain kena tangkap basah..

Kau pulak satu hal pi tulis ayat-ayat bunge kat belakang gambo aku, cikgu dicipline kata kalau gunung dengar pun boleh cair gunung tauu..

Kau ingat tak ustazah tumbuk bahu aku bila aku kata aku tak bercinta pun dengan kau, aku kawan-kawan jer dengan kau. Ustazah marah aku dia kata orang lelaki macam aku ni lah yang selalu buat orang perempuan menangis..

Hari itu jugak mereka putuskan hubungan kita kan.. teruk lah dia orang tu.. tapi kita ON jer apa ke hal nak ikut cakap dia orang kan..

Hari pun berlalu meninggalkan kita (ceh..!) dan kita masih lagi berdiri di atas tapak yang lama menanti hari-hari yang bakal kita lalui bersama perghh.. dugaan pun datang bila ada seseorang nak merampas kau dari aku. Sapa nama budak tu? Boy ka apa nama dia, Johan nama dia eh? Aku lupa lah.. hantu betul dia ingat anak ayam ka nak rampas-rampas gitu.

Kau ingat tak kau menangis bila aku kena rotan dek Pengetua sebab aku ditangkap memiliki sebatang rokok? Kau pulak yang menangis.. sedih tengok bopren kena rotan wakaka.. adehh!!

Ingat tak hari raya tu kita gi tengok wayang kat panggung Rex kat tengah-tengah bandar Kuala Terengganu tu.. mengong betul takde kerja tengok wayang time hari raya, tapi penuh jugak panggung tu.. itu lah first and last kita dating kat luar kan.. kita tak macam orang lain asyik berkepit tak kira masa.. dia orang tu buat benda haram je kann..

Adeh.. terhenti pulak lamunan.. err macam lagu la pulak.. hehehe

Rilex la.. aku cerita ni semua pun.. alahh cerita lama lah Zaman sekolah la bro.. zaman umur belasan tahun kan, orang kata cerita zaman budak-budak. Zaman yang penuh dengan warna-warni, awal permulaan nak kenal lawan jantina.. zaman bebudak perempuan di usia baru nak keluar haid, yang lelaki pulak baru je mengalami mimpi basah.. aku rasa semua orang alami zaman ni samada dia ingat atau tak jer, mungkin cerita kita tak sama namun kita sama-sama pernah melaluinya.

Ingat tak dulu cikgu-cikgu kita pernah cakap time dia orang di usia kita dulu tu umur 15 tahun ada dah yang jadi isteri orang.. itu masa dia di tahun 50an.. Zaman kita umur 15 tahun dulu baru nak bercinta.. Dunia semakin berubah. Kalau nak compare masa kita dulu dengan sekarang memang jauh berbeza, adik-adik hari ni di usia kita 15 tahun dulu pun jauh berbeza.

Hari ni punya 15 tahun dan siap ada anak luar nikah.. salah ke aku cakap? Tak de salah punya lah… boleh bayang tak kalau hari ni kita baru berumur 15 tahun..

OK lah.. sambung cerita.

Aku tak tau lah dia akan membaca atau tidak cerita yang aku tulis ni, tapi aku yakin kalau dia ada di sini dia akan membaca tulisan aku ni hingga titik yang terakhir. So kalau kau ada membacanya, jangan marahkan aku membuka kembali cerita kita yang pernah terputus di tengah jalan piwettttt..

Ehem..
Kau ngat tak lagu Serikandi cintaku, nyanyian Bloodshed pernah menjadi lagu favourite kau dan aku, ko lupa eh? camana lagu dia?

Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan.
Terciptalah rimba kehidupan.
Percintaan dalam perjuangan… bla bla bla

Asal dengar je lagu tu memang aku akan teringatkan kau, sampai lah hari ni dah jadi bapak orang pun aku tetiba jer boleh teringat cerita ni. Ini kalau wife aku tahu ni mau kena perli lah :) bukan jiwang brooo.. teringat jer he he he

Penghujung 1988, abis final exam maka abis lah sessi form 4 1988, aku pun tak tau lah apa yang aku dapat sepanjang 1988 tu selain dari aku dapat kau, seingat aku record kehadiran aku memang teruk yang amat teruk sehingga dapat warning letter dari sekolah.

Masuk form 5 1989, aku pun tak ingat sangat dah apa yang berlaku tapi kita tetap teruskan cerita kita walau dalam masa setahun tu dah berapa punya banyak kali kita bergaduh, asal bergaduh je memang kau lah yang akan beralah walaupun setiap kali gaduh tu aku yang mulakannya he he he..

Yang masih aku ingat ada sekali tu kau datang ke kampung aku berjalan kaki semata-mata nak serahkan semua surat-surat, gambo-gambo dan harta benda pemberian aku. Kau menangis macam orang mati laki sampai bengkak-bengkak mata, aku buat bodo jer lah sebab geng kau ramai kat situ. Masa kau berjalan menuju ke arah aku tu, sambil menangis sambil geram sakit hati kat aku entah camana kau boleh tersepak tanah sampai terjatuh.. aku yang tengah control bodo pun sampai tergelak-gelak.. he he he tapi mungkin bercampur malu kau terus baling bungkusan surat dan gambo tu kat aku sambil membebel entah aku apa aku pun tak ingat.. kalau hari ni aku tanya kau, aku rasa musti kau tak ngaku punya ler..

Pertengahan 1989, aku pun tak pasti apa yang berlaku pada kita dan kita sama-sama mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan itu, tanpa ada persengketaan tanpa ada perbalahan kita sama-sama memohon maaf antara satu sama lain. Memang aku tak ingat kenapa kita jadi gitu, kau ingat ke As? So hari-hari berlalu memang aku coba lupakan kau, mencoba, mencoba dan terus mencoba (iklan Era) sehingga aku pernah menulis di dinding pondok tok guru aku bahawa kau telah mati. Bayangkan.. pondok tok guru aku menjadi saksi betapa sukarnya untuk aku melupakan kao..

Selepas tu aku tak tahu apa yang berlaku pada kau, memang aku tak follow up langsung perkembangan kau, aku terus solo kan diri tanpa ada hubungan dengan sesiapa walau ada yang coba-coba menganti tempatmu piwettttt sekali lagi..

Kawan-kawan kau ada sampaikan satu ayat kepada aku.. Sepuluh tahun pun kau tak akan lupakan aku. Sekarang dah 2009, maknanya dah 20 tahun berlaku so aku rasa memang kau dah lupakan pun.. Kalau 1000 tahun tak kan mungkin tu, tak logik la pulak kan.. dia orang buat lyric ikut sedap mulut jer..

So hari terakhir exam SPM tu, kita pernah bertemu sekali, kita berbual seketika sekadar tanya apa khabar, masa tu kau menangis kau ingat tak? Kau merayu untuk meneruskan kembali cerita yang terputus…. aku pegang tangan kau, dan aku lepaskan, lalu aku melangkahkan kaki slow-slow tinggalkan kau sambil aku menangis di dalam hati. Yang ni baru jiwang bro..

Sejak dari hari terakhir itu aku tidak pernah lagi terserempak dengan kau, mana kau pergi selama itu tidak pernah aku tahu. Kau dengan life kau, dan aku dengan life aku. Aku masuk ITM Shah Alam dan aku tahu kau masuk form 6 di sekolah yang sama. Aku kantoi ITM sebab GPA hancuss wakakaka.. dan aku balik lepak kat rumah selama 6 bulan sebelum aku masuk IPT lain.

Kau sambung di USM Pulau Pinang. Kawan kau sampaikan pesanan kau pada aku, kau akan tunjuk pada aku bahawa kau juga boleh pergi lebih tinggi dari aku…. terkedu aku sekejap masa tu dan yang paling menyentuh jiwaraga aku kau telah pun ada penganti aku. Aku rasa tercabar dengan keadaan itu lalu menyimpan cita-cita yang tinggi bahawa aku akan pergi lagi tinggi dari kau.. tapi part dia dah ada bopren baru itu yang pedih kat ulu hati broo..

Adehhh..

Aku further study di UK dan sudah pasti aku terbang lebih tinggi dari kau walaupun aku balik nanti aku kena bayo kat MARA puluh ribu ringgit punye lah, dan aku diberitahu kau buat entah kursus apa entah, kursus pendidikan ehh? Aku balik ke Malaysia hari tu ada juga aku usha-usha cari kau tapi aku dengar kau dah kahwin dengan bopren kau masa kat USM.. alhamdulillah laki bini jadi cikgu.. tapi hari tu Ma aku tanya pasal kau lah, kalau kau belum berlaki (hehehe), Ma aku suruh aku sambung semula dengan kau.. Ma aku ni pun satu lah.. kau dah jadi bini orang baru nak bukak mulut..

Hari ni setelah 20 tahun berlalu, aku pun dah ada keluarga sendiri dan kau pun aku dengar dah berderet-deret anak-anak, produtive betul kau ni he he he.. walaupun hal ni dah terlalu lama berlaku namun kadang-kadang sesekali kisah ni datang jugak.. setiap kali dia datang tu lah aku tersengih sorang-sorang..

Akhir sekali aku doakan kebahagian kau sekeluarga, jadilah ibu bapa yang penyayang, pendidik anak bangsa yang berjaya. Selamat maju jaya di dunia dan akhirat. Amin..

To my lovely wife I sincerely hope that you will not be hurt or offended by this old story. I can honestly say that I am happier today than I have ever been because of you and your love… he he he baik punya ayatt.. :P

Related posts:

Yahoo! Nikah ke 4 approved!
Aku menumpang gembira apabila application seorang businessman dari Terengganu untuk menikah seorang ...
Siapa Menteri Besar Terengganu?
Kedudukan Idris Jusoh masih jadi tanda tanya 11/03/2008 3:06pm BESUT 11 Mac ? Pengerusi Badan Perh...
A 3,000-year-old mystery is finally solved
King Nebkheperura Tutankhamun remains the most famous of all the Pharaohs of Ancient Egypt, but in ...

86 Comments

  1. mama_mia says:

    sambung enche’eddy sambung.. best nihh.. saspen jek. hehe

  2. eddyra says:

    player rosak nak rewind la mama_mia..

  3. ayien says:

    salam…..

    edy , kalo ader sape2 nak kje ikut company O n G (offshore) , untuk post :
    Rigger
    Rigger Supervisors Category 1,2,3
    Welders
    Crane Operator Grade 1

    ni ader immediate vacancy yang nak pakai pekerja yang ader experience… xde pon xpe..

    Company Overseas
    Sesape berminat , sila Call : 017-3704742

  4. eddyra says:

    potong stim betul.. :)

  5. mama_mia says:

    [quote comment="6958"]salam…..

    edy , kalo ader sape2 nak kje ikut company O n G (offshore) , untuk post :
    Rigger
    Rigger Supervisors Category 1,2,3
    Welders
    Crane Operator Grade 1

    ni ader immediate vacancy yang nak pakai pekerja yang ader experience… xde pon xpe..

    Company Overseas
    Sesape berminat , sila Call : 017-3704742[/quote]

    tumpang lalu enche’eddy.. :D

    ayien.. company mane.. wajib ade safety passport x? utk welder.

  6. mama_mia says:

    eihhh! asik putus..

  7. ayien says:

    [quote comment="6960"][quote comment="6958"]salam…..

    edy , kalo ader sape2 nak kje ikut company O n G (offshore) , untuk post :
    Rigger
    Rigger Supervisors Category 1,2,3
    Welders
    Crane Operator Grade 1

    ni ader immediate vacancy yang nak pakai pekerja yang ader experience… xde pon xpe..

    Company Overseas
    Sesape berminat , sila Call : 017-3704742[/quote]

    tumpang lalu enche’eddy.. :D

    ayien.. company mane.. wajib ade safety passport x? utk welder.[/quote]
    wahahaha…edy…aku lupa la…nk bg salam..tumpang lalu jap…wakakkakaa…

    mama,
    mesti le nk related dox tok offshore….cm beser r…ader experience nek offshore x…
    kalo ader seme dox sms no tu ek..xpon kol jee…k

  8. baSIkaL_iDamaN says:

    waaaaa..
    cinta skewll..
    nie y cam besh..
    sambong2..

  9. my fault says:

    truskang2

  10. eddyra says:

    rilex-rilex.. bukang senang nok ingat semula cerita lama.. nok tulis pun kena fikir perasaan orang rumah woiii.. bukan boleh tulis ikut sedap jer :P

  11. mandiawan says:

    Luka lama berdarah kembali daa…. eddyra!!!

  12. jaja behh says:

    ehehehhe… sporting arrr mem bagi en. eddy reminisced kisah cinta yang lalu.. :p

  13. Inst says:

    Assalamualaikum..
    encik eddy..teman nk cr keje post instrument technician atau inst fitter ker..kalau ada, kabor ler ker teman..012-5029850..Dah lama cari,jenuh jgk nxdpt post nie..

  14. sakittayya says:

    hahah best best.. teruskannnn

  15. babyhma says:

    org lelaki payah nak ngaku dia jiwang, walaupun dia punya jiwang, lagi karat dari pompuan…hahaha :-)

  16. eddyra says:

    babyhma aka dira

    Tau tak mengikut statistic, kaum perempuan lebih karat jiwangnya dari kaum lelaki .. jiwang yang paling agung ialah jiwang karat kaum perempuan hahaha

  17. hantam sajalaaa says:

    [quote comment="6987"]Assalamualaikum..
    encik eddy..teman nk cr keje post instrument technician atau inst fitter ker..kalau ada, kabor ler ker teman..012-5029850..Dah lama cari,jenuh jgk nxdpt post nie..[/quote]
    salam bro, td dengan smlm ada walk-in utk Lynas (chemical based co.),ramai gak kawan2 aku yang E&I pegi,kau tak pegi? anyway dengar citer akan ada lagi satu interview untuk company ni dlm masa +-1 bulan nanti kat kuantan..WallahuA’lam

  18. jaja behh says:

    [quote comment="6993"]babyhma aka dira

    Tau tak mengikut statistic, kaum perempuan lebih karat jiwangnya dari kaum lelaki .. jiwang yang paling agung ialah jiwang karat kaum perempuan hahaha[/quote]
    bro , dpt statistic dr mana , sila beri perincian mengikut tahun dan kawasan , statistik dari segi emosi , pengalaman peribadi dan yang sewaktu dengannya adalah TIDAK relevan…. :p …ngeh ngeh ngeh…huhhu

  19. eddyra says:

    [quote comment="6995"][quote comment="6993"]babyhma aka dira

    Tau tak mengikut statistic, kaum perempuan lebih karat jiwangnya dari kaum lelaki .. jiwang yang paling agung ialah jiwang karat kaum perempuan hahaha[/quote]
    bro , dpt statistic dr mana , sila beri perincian mengikut tahun dan kawasan , statistik dari segi emosi , pengalaman peribadi dan yang sewaktu dengannya adalah TIDAK relevan…. :p …ngeh ngeh ngeh…huhhu[/quote]

    hahahahah :P

  20. lea says:

    “To my lovely wife I sincerely hope that you will not be hurt or offended by this old story. I can honestly say that I am happier today than I have ever been because of you and your love? he he he baik punya ayatt..”

    baeeekkk punye…tp as a woman, i think she might hurt…sorry to say enche eddy..huhu

  21. silent reader says:

    hehe satu penulisan yang menarik bro eddyra kisah masa zaman persekolahan, saya pun dulu pernah melaluinya. bercinta dengan orang lain berkasih dengan orang lain dan kahwin dengan orang lain. biasa lah zaman sekolah kan

  22. eddyra says:

    [quote comment="7001"]“To my lovely wife I sincerely hope that you will not be hurt or offended by this old story. I can honestly say that I am happier today than I have ever been because of you and your love? he he he baik punya ayatt..”

    baeeekkk punye…tp as a woman, i think she might hurt…sorry to say enche eddy..huhu[/quote]
    takde lah lea.. cerita 20 tahun lepas punya lah, takde nye dia nak amik hati :)

  23. awek manja says:

    kau mengingatkan aku pada pakwe lama aku masa sekolah menengah dulu tapi dia dah jadi laki orang aku pun dah jadi bini orang dan anak berderet-deret juge.

    nice story eddy

  24. babyhma says:

    [quote comment="6998"][quote comment="6995"][quote comment="6993"]babyhma aka dira

    Tau tak mengikut statistic, kaum perempuan lebih karat jiwangnya dari kaum lelaki .. jiwang yang paling agung ialah jiwang karat kaum perempuan hahaha[/quote]
    bro , dpt statistic dr mana , sila beri perincian mengikut tahun dan kawasan , statistik dari segi emosi , pengalaman peribadi dan yang sewaktu dengannya adalah TIDAK relevan…. :p …ngeh ngeh ngeh…huhhu[/quote]

    hahahahah :P [/quote]
    statistic yg en eddyra wt sniri kot :-)

  25. babyhma says:

    apepun. pada pandangan saya setiap orang pasti ada sejarah tersendiri. wife en.edyyra mungkin akan tersentuh walau sedikit, taip saya pasti dia boleh terima citer ni…. kate org. let bygone be bygone….. :-)

  26. eddyra says:

    ler.. bukan citer aku bawak lari anak dara orang pun.. wahaha

  27. babyhma says:

    [quote comment="7012"]ler.. bukan citer aku bawak lari anak dara orang pun.. wahaha[/quote]
    apepun citer ni mmg klaka… teringat ms zmn2 sy skolah dlu…. ooppppsss… hehehe :-p

  28. eddyra says:

    [quote comment="7014"][quote comment="7012"]ler.. bukan citer aku bawak lari anak dara orang pun.. wahaha[/quote]
    apepun citer ni mmg klaka… teringat ms zmn2 sy skolah dlu…. ooppppsss… hehehe :-p[/quote]
    hek eleh.. awak pun apa kurangnya kan dira.. musti ramai bopren ni.. :P

  29. mama_mia says:

    [quote comment="7014"][quote comment="7012"]ler.. bukan citer aku bawak lari anak dara orang pun.. wahaha[/quote]
    apepun citer ni mmg klaka… teringat ms zmn2 sy skolah dlu…. ooppppsss… hehehe :-p[/quote]

    yups! mmg besh citer nie. ape pun,jodoh ajal maut d tgn tuhan.. segala yg tuhan anugerahkan adalah yg terbaik utk kita..Dia maha mengetahui.. :)

  30. baSIkaL_iDamaN says:

    Hahahhaaa..
    ending yang cam besh..
    Tapikan..
    lagi besh kamo endingnya,
    kamo kawen…
    Hahhaaa..
    baru gempak..
    yang lagi besh,
    dier jadi bini no 2..
    kan sepakat membawa berkat namanya 2?
    hahahahahaaa

  31. eddyra says:

    [quote comment="7018"]Hahahhaaa..
    ending yang cam besh..
    Tapikan..
    lagi besh kamo endingnya,
    kamo kawen…
    Hahhaaa..
    baru gempak..
    yang lagi besh,
    dier jadi bini no 2..
    kan sepakat membawa berkat namanya 2?
    hahahahahaaa[/quote]

    ko jangan koo..

  32. Inst says:

    [quote comment="6994"][quote comment="6987"]Assalamualaikum..
    encik eddy..teman nk cr keje post instrument technician atau inst fitter ker..kalau ada, kabor ler ker teman..012-5029850..Dah lama cari,jenuh jgk nxdpt post nie..[/quote]
    salam bro, td dengan smlm ada walk-in utk Lynas (chemical based co.),ramai gak kawan2 aku yang E&I pegi,kau tak pegi? anyway dengar citer akan ada lagi satu interview untuk company ni dlm masa +-1 bulan nanti kat kuantan..WallahuA’lam[/quote]

    askum bang..nk tau gak ada x add dia,leh send resume jer…sy kt manjung nie..wt abg eddy,hopefully berbahagia selamanya..yg lepas2 2 hanya lepas je…hehe..kalau ada jobs inst kt offshore ker inform teman yer..lehla apply..

  33. hantam sajalaa says:

    [quote comment="7020"][quote comment="6994"][quote comment="6987"]Assalamualaikum..
    encik eddy..teman nk cr keje post instrument technician atau inst fitter ker..kalau ada, kabor ler ker teman..012-5029850..Dah lama cari,jenuh jgk nxdpt post nie..[/quote]
    salam bro, td dengan smlm ada walk-in utk Lynas (chemical based co.),ramai gak kawan2 aku yang E&I pegi,kau tak pegi? anyway dengar citer akan ada lagi satu interview untuk company ni dlm masa +-1 bulan nanti kat kuantan..WallahuA’lam[/quote]

    askum bang..nk tau gak ada x add dia,leh send resume jer…sy kt manjung nie..wt abg eddy,hopefully berbahagia selamanya..yg lepas2 2 hanya lepas je…hehe..kalau ada jobs inst kt offshore ker inform teman yer..lehla apply..[/quote]

    ada alamat penuh kang nanti kawan paste..Fyi, plant ni still under const. Planning in operation bulan 9 ni kat Gebeng,Kuantan..Sekarang memang diorang tengah ’sibuk’ recruit staff (untuk non management level rasanya)..Kawan pun terlepas dia punya interview smlm..huhu..jd sama2 la kita belek paper the star dengan lebih kerap :)

  34. EddZ says:

    salam…

    hehehe… wa suspek lu bro…
    awat jiwang rock… he terhehe…
    tapikan aku setuju cakap ko…
    dalam semua kisah percintaan mesti ader satu yang paling nyakitkan untuk dilupakan…
    eventhou setelah dah kawin… mesti terpikir punya la…
    hehehe…

    later bro…
    salam…

  35. dudeguy says:

    It’s ok to have a comment.

  36. babyhma says:

    [quote comment="7015"][quote comment="7014"][quote comment="7012"]ler.. bukan citer aku bawak lari anak dara orang pun.. wahaha[/quote]
    apepun citer ni mmg klaka… teringat ms zmn2 sy skolah dlu…. ooppppsss… hehehe :-p[/quote]
    hek eleh.. awak pun apa kurangnya kan dira.. musti ramai bopren ni.. :P [/quote]
    mane ade…sy ad bopren skali je stakat ni… pas putus belum ad lg ….yg len sume kwn je…. :-)

  37. Cheeky_Rina says:

    [quote comment="7014"][quote comment="7012"]ler.. bukan citer aku bawak lari anak dara orang pun.. wahaha[/quote]
    apepun citer ni mmg klaka… teringat ms zmn2 sy skolah dlu…. ooppppsss… hehehe :-p[/quote]

    Hahahahaha… kenangan mengusik jiwa…. plus minus cam citer aku gak. Jgn sampai wife makan hati dah lah… walaupun citer lama tapi sebab masih terpahat diingatan tu yang buat hangin jer tu….

    lelaki pun jiwang karat gak tapi as usual lah korang ni bukan nak ngaku pun…. ego uwekkkkkk

  38. babyhma says:

    [quote comment="7017"][quote comment="7014"][quote comment="7012"]ler.. bukan citer aku bawak lari anak dara orang pun.. wahaha[/quote]
    apepun citer ni mmg klaka… teringat ms zmn2 sy skolah dlu…. ooppppsss… hehehe :-p[/quote]

    yups! mmg besh citer nie. ape pun,jodoh ajal maut d tgn tuhan.. segala yg tuhan anugerahkan adalah yg terbaik utk kita..Dia maha mengetahui.. :) [/quote]
    betul2! Allah pasti bagi yg terbaik tuk kite…mcm en eddyra kite ni… putus cinta mase skolah, tp Allah da bg yg lebih baik.. rahsia Allah, takder sape yg tahu… :-)

  39. eddyra says:

    Aku tidak jiwang!! AKu bantah sekeras-kerasnya..

  40. eddyra says:

    [quote comment="7027"][quote comment="7015"][quote comment="7014"][quote comment="7012"]ler.. bukan citer aku bawak lari anak dara orang pun.. wahaha[/quote]
    apepun citer ni mmg klaka… teringat ms zmn2 sy skolah dlu…. ooppppsss… hehehe :-p[/quote]
    hek eleh.. awak pun apa kurangnya kan dira.. musti ramai bopren ni.. :P [/quote]
    mane ade…sy ad bopren skali je stakat ni… pas putus belum ad lg ….yg len sume kwn je…. :-) [/quote]
    hari tu tengok dira berkepit dalam opis tu :P

  41. sue says:

    [quote comment="6959"]potong stim betul.. :) [/quote]

    bro eddy…baekkkkkkkk punya ayat lah bro hahahhahahah..sengehh sorg sy lahh…bro saper nama akak ex gf tuh? mesti sy kenal nih ..senior 2 tahung jerk dari sy pahtu same uni dgn sy plok tuh..

  42. mandiawan says:

    [quote comment="7031"]Aku tidak jiwang!! AKu bantah sekeras-kerasnya..[/quote]
    Cerita..ini mencerminkan perasaan si mat jiwang2 yg berlaku pda tahun 80an. Ngaku aje…la. Seronokkan jiwang2……..

  43. babyhma says:

    [quote comment="7033"][quote comment="7027"][quote comment="7015"][quote comment="7014"][quote comment="7012"]ler.. bukan citer aku bawak lari anak dara orang pun.. wahaha[/quote]
    apepun citer ni mmg klaka… teringat ms zmn2 sy skolah dlu…. ooppppsss… hehehe :-p[/quote]
    hek eleh.. awak pun apa kurangnya kan dira.. musti ramai bopren ni.. :P [/quote]
    mane ade…sy ad bopren skali je stakat ni… pas putus belum ad lg ….yg len sume kwn je…. :-) [/quote]
    hari tu tengok dira berkepit dalam opis tu :P [/quote]
    mane ade…. if ayah sy taw… jd arwah r sy….. :-)

  44. babyhma says:

    [quote comment="7031"]Aku tidak jiwang!! AKu bantah sekeras-kerasnya..[/quote]
    sy bantah sekeras2nya if en eddyra ckp yg en eddyra xjiwang….. if xjiwang, xkan leh jatuh cinta??? ye x en eddyra???? hehehe :-p

  45. eddyra says:

    [quote comment="7034"][quote comment="6959"]potong stim betul.. :) [/quote]

    bro eddy…baekkkkkkkk punya ayat lah bro hahahhahahah..sengehh sorg sy lahh…bro saper nama akak ex gf tuh? mesti sy kenal nih ..senior 2 tahung jerk dari sy pahtu same uni dgn sy plok tuh..[/quote]
    sue dok kenal dia lah.. dia low profile

  46. che bedah says:

    love can touch us one time and last for a lifetime…….

    tu yg bahya tu…hehehe

    tapi tul la org kata ada org amik masa sekejap je utk suke seseorang but it takes a lifetime to forget them…

    honestly hehehe bila hubby gua dah start nyanyi lagu lamunan terhenti …cuak beb !

  47. eddyra says:

    [quote comment="7039"]love can touch us one time and last for a lifetime…….

    tu yg bahya tu…hehehe

    tapi tul la org kata ada org amik masa sekejap je utk suke seseorang but it takes a lifetime to forget them…

    honestly hehehe bila hubby gua dah start nyanyi lagu lamunan terhenti …cuak beb ![/quote]

    ini lyric kalau hubby you lupa zu.. muahahahah

    Entah mengapakah hatiku bergetaran
    Bila bertemu lagi oh! kekasih lama
    Ku cuba selindungkan api keresahan
    Namun perasaan ini berapi di dalam

    Ku kira angkau sudah melupakan
    Kerna itulah engkau nampak tenang
    Lainlah aku walau ketika ini
    Masih membara ingatanku terhadapmu

    1
    Ku singkap kenangan dulu
    Sewaktu kasih berputik
    Kugenggam erat tanganmu
    Kau tunduk sembunyikan wajah
    Namun dapat aku meneka hatimu
    Sehati denganku

    2
    Lalu kau mendongak berbalas renungan
    Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
    Kau pun berlalu dalam kepekatan malam
    Tinggal aku seorang

    ( ulang 1, 2 )

    Terhenti lamunan bila ku dikejutkan
    Engkau dipimpin pergi oleh seseorang
    Dalam keterpaksaan kau melangkah kaki (pergi)
    Namun sempat jua kau menoleh ku disini

  48. che bedah says:

    [quote comment="7040"][quote comment="7039"]love can touch us one time and last for a lifetime…….

    tu yg bahya tu…hehehe

    tapi tul la org kata ada org amik masa sekejap je utk suke seseorang but it takes a lifetime to forget them…

    honestly hehehe bila hubby gua dah start nyanyi lagu lamunan terhenti …cuak beb ![/quote]

    ini lyric kalau hubby you lupa zu.. muahahahah

    Entah mengapakah hatiku bergetaran
    Bila bertemu lagi oh! kekasih lama
    Ku cuba selindungkan api keresahan
    Namun perasaan ini berapi di dalam

    Ku kira angkau sudah melupakan
    Kerna itulah engkau nampak tenang
    Lainlah aku walau ketika ini
    Masih membara ingatanku terhadapmu

    1
    Ku singkap kenangan dulu
    Sewaktu kasih berputik
    Kugenggam erat tanganmu
    Kau tunduk sembunyikan wajah
    Namun dapat aku meneka hatimu
    Sehati denganku

    2
    Lalu kau mendongak berbalas renungan
    Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
    Kau pun berlalu dalam kepekatan malam
    Tinggal aku seorang

    ( ulang 1, 2 )

    Terhenti lamunan bila ku dikejutkan
    Engkau dipimpin pergi oleh seseorang
    Dalam keterpaksaan kau melangkah kaki (pergi)
    Namun sempat jua kau menoleh ku disini[/quote]

    tul bro..gua bila hubby humming lagu ni je…sambil senyum2 sorang gua cubit dia eheheh..bg lamunan dia terhenti jap…hehehe

  49. baSIkaL_iDamaN says:

    [quote comment="7019"][quote comment="7018"]Hahahhaaa..
    ending yang cam besh..
    Tapikan..
    lagi besh kamo endingnya,
    kamo kawen…
    Hahhaaa..
    baru gempak..
    yang lagi besh,
    dier jadi bini no 2..
    kan sepakat membawa berkat namanya 2?
    hahahahahaaa[/quote]

    ko jangan koo..[/quote]

    hahaha cik eddyy…
    jangan maro lor..
    hanya bergurau jerk.. ;)

  50. eddyra says:

    [quote comment="7041"][quote comment="7040"][quote comment="7039"]love can touch us one time and last for a lifetime…….

    tu yg bahya tu…hehehe

    tapi tul la org kata ada org amik masa sekejap je utk suke seseorang but it takes a lifetime to forget them…

    honestly hehehe bila hubby gua dah start nyanyi lagu lamunan terhenti …cuak beb ![/quote]

    ini lyric kalau hubby you lupa zu.. muahahahah

    Entah mengapakah hatiku bergetaran
    Bila bertemu lagi oh! kekasih lama
    Ku cuba selindungkan api keresahan
    Namun perasaan ini berapi di dalam

    Ku kira angkau sudah melupakan
    Kerna itulah engkau nampak tenang
    Lainlah aku walau ketika ini
    Masih membara ingatanku terhadapmu

    1
    Ku singkap kenangan dulu
    Sewaktu kasih berputik
    Kugenggam erat tanganmu
    Kau tunduk sembunyikan wajah
    Namun dapat aku meneka hatimu
    Sehati denganku

    2
    Lalu kau mendongak berbalas renungan
    Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
    Kau pun berlalu dalam kepekatan malam
    Tinggal aku seorang

    ( ulang 1, 2 )

    Terhenti lamunan bila ku dikejutkan
    Engkau dipimpin pergi oleh seseorang
    Dalam keterpaksaan kau melangkah kaki (pergi)
    Namun sempat jua kau menoleh ku disini[/quote]

    tul bro..gua bila hubby humming lagu ni je…sambil senyum2 sorang gua cubit dia eheheh..bg lamunan dia terhenti jap…hehehe[/quote]

    kadang-kadang cuak zu eh? alahh zu dia sekadar merentasi masa merenung apa yang telah terjadi beberapa puluh tahun dulu jer.. berlaku pun sebelum dia kenal zu kan.. take it easy lah, harap wife aku baca komen aku ni wahahaha

  51. che bedah says:

    [quote comment="7043"][quote comment="7041"][quote comment="7040"][quote comment="7039"]love can touch us one time and last for a lifetime…….

    tu yg bahya tu…hehehe

    tapi tul la org kata ada org amik masa sekejap je utk suke seseorang but it takes a lifetime to forget them…

    honestly hehehe bila hubby gua dah start nyanyi lagu lamunan terhenti …cuak beb ![/quote]

    ini lyric kalau hubby you lupa zu.. muahahahah

    Entah mengapakah hatiku bergetaran
    Bila bertemu lagi oh! kekasih lama
    Ku cuba selindungkan api keresahan
    Namun perasaan ini berapi di dalam

    Ku kira angkau sudah melupakan
    Kerna itulah engkau nampak tenang
    Lainlah aku walau ketika ini
    Masih membara ingatanku terhadapmu

    1
    Ku singkap kenangan dulu
    Sewaktu kasih berputik
    Kugenggam erat tanganmu
    Kau tunduk sembunyikan wajah
    Namun dapat aku meneka hatimu
    Sehati denganku

    2
    Lalu kau mendongak berbalas renungan
    Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
    Kau pun berlalu dalam kepekatan malam
    Tinggal aku seorang

    ( ulang 1, 2 )

    Terhenti lamunan bila ku dikejutkan
    Engkau dipimpin pergi oleh seseorang
    Dalam keterpaksaan kau melangkah kaki (pergi)
    Namun sempat jua kau menoleh ku disini[/quote]

    tul bro..gua bila hubby humming lagu ni je…sambil senyum2 sorang gua cubit dia eheheh..bg lamunan dia terhenti jap…hehehe[/quote]

    kadang-kadang cuak zu eh? alahh zu dia sekadar merentasi masa merenung apa yang telah terjadi beberapa puluh tahun dulu jer.. berlaku pun sebelum dia kenal zu kan.. take it easy lah, harap wife aku baca komen aku ni wahahaha[/quote]

    hahaha…pernah jumpa je xgirl hubby gua..masa tu raya .siap g raya umah dia lagi..dia pun kawin dah..tapi as my hubby ckp..kawan tu smpai bila2 kawan ..dulu mmg tak leh nak terima but gua pikir yg baik2 je…hehehe jeles tu bkn apa sbb gua tak de x ..1st love trus kawin je…. ;p

  52. eddyra says:

    [quote comment="7044"][quote comment="7043"][quote comment="7041"][quote comment="7040"][quote comment="7039"]love can touch us one time and last for a lifetime…….

    tu yg bahya tu…hehehe

    tapi tul la org kata ada org amik masa sekejap je utk suke seseorang but it takes a lifetime to forget them…

    honestly hehehe bila hubby gua dah start nyanyi lagu lamunan terhenti …cuak beb ![/quote]

    ini lyric kalau hubby you lupa zu.. muahahahah

    Entah mengapakah hatiku bergetaran
    Bila bertemu lagi oh! kekasih lama
    Ku cuba selindungkan api keresahan
    Namun perasaan ini berapi di dalam

    Ku kira angkau sudah melupakan
    Kerna itulah engkau nampak tenang
    Lainlah aku walau ketika ini
    Masih membara ingatanku terhadapmu

    1
    Ku singkap kenangan dulu
    Sewaktu kasih berputik
    Kugenggam erat tanganmu
    Kau tunduk sembunyikan wajah
    Namun dapat aku meneka hatimu
    Sehati denganku

    2
    Lalu kau mendongak berbalas renungan
    Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
    Kau pun berlalu dalam kepekatan malam
    Tinggal aku seorang

    ( ulang 1, 2 )

    Terhenti lamunan bila ku dikejutkan
    Engkau dipimpin pergi oleh seseorang
    Dalam keterpaksaan kau melangkah kaki (pergi)
    Namun sempat jua kau menoleh ku disini[/quote]

    tul bro..gua bila hubby humming lagu ni je…sambil senyum2 sorang gua cubit dia eheheh..bg lamunan dia terhenti jap…hehehe[/quote]

    kadang-kadang cuak zu eh? alahh zu dia sekadar merentasi masa merenung apa yang telah terjadi beberapa puluh tahun dulu jer.. berlaku pun sebelum dia kenal zu kan.. take it easy lah, harap wife aku baca komen aku ni wahahaha[/quote]

    hahaha…pernah jumpa je xgirl hubby gua..masa tu raya .siap g raya umah dia lagi..dia pun kawin dah..tapi as my hubby ckp..kawan tu smpai bila2 kawan ..dulu mmg tak leh nak terima but gua pikir yg baik2 je…hehehe jeles tu bkn apa sbb gua tak de x ..1st love trus kawin je…. ;p[/quote]

    eh sama lah I dengan my wife ni.. kitaorang tak pernah bercinta.. tau-tau nikah jer.. kwang kwang kwang..

  53. che bedah says:

    pehal pun bro ..lu memang Jiwang la…

  54. jaja behh says:

    tu la kan….kenangan yang menyentuh hati mmg susahhhh nak lupa. Lagi nak lupa lagi lah ingat. lagi nyampah lagi la dia muncul dlm mimpi. hampehh. cumanya Hargai apa yang ada sekarang…hati dia kena jaga. kita bukan boleh hidup dalam kenangan pun , cuma amek iktibar benda yg dah jadi tu untuk perbaiki diri kita , to be a BETTER person. ceh cam behh je aku . Wallahualam.

  55. eddyra says:

    [quote comment="7046"]pehal pun bro ..lu memang Jiwang la…[/quote]
    AKU TIDAK JIWANG!!!! Objection yang arippp…

  56. jaja behh says:

    [quote comment="7048"][quote comment="7046"]pehal pun bro ..lu memang Jiwang la…[/quote]
    AKU TIDAK JIWANG!!!! Objection yang arippp…[/quote]
    HAHAHAHehehehehe

  57. mandiawan says:

    [quote comment="7049"][quote comment="7048"][quote comment="7046"]pehal pun bro ..lu memang Jiwang la…[/quote]
    AKU TIDAK JIWANG!!!! Objection yang arippp…[/quote]
    HAHAHAHehehehehe[/quote]

    hoihoi…hahahehe…..lu memang betul2 Jiwang bro….

  58. diarylyana says:

    [quote comment="7049"][quote comment="7048"][quote comment="7046"]pehal pun bro ..lu memang Jiwang la…[/quote]
    AKU TIDAK JIWANG!!!! Objection yang arippp…[/quote]
    HAHAHAHehehehehe[/quote]

    heheheh,
    kelakor la..
    posting terbaru nih yg menambah title jiwang en eddy la..
    sblom nih nmpk rock je..

    *peace

  59. Inst says:

    [quote comment="7021"][quote comment="7020"][quote comment="6994"][quote comment="6987"]Assalamualaikum..
    encik eddy..teman nk cr keje post instrument technician atau inst fitter ker..kalau ada, kabor ler ker teman..012-5029850..Dah lama cari,jenuh jgk nxdpt post nie..[/quote]
    salam bro, td dengan smlm ada walk-in utk Lynas (chemical based co.),ramai gak kawan2 aku yang E&I pegi,kau tak pegi? anyway dengar citer akan ada lagi satu interview untuk company ni dlm masa +-1 bulan nanti kat kuantan..WallahuA’lam[/quote]

    askum bang..nk tau gak ada x add dia,leh send resume jer…sy kt manjung nie..wt abg eddy,hopefully berbahagia selamanya..yg lepas2 2 hanya lepas je…hehe..kalau ada jobs inst kt offshore ker inform teman yer..lehla apply..[/quote]

    ada alamat penuh kang nanti kawan paste..Fyi, plant ni still under const. Planning in operation bulan 9 ni kat Gebeng,Kuantan..Sekarang memang diorang tengah ’sibuk’ recruit staff (untuk non management level rasanya)..Kawan pun terlepas dia punya interview smlm..huhu..jd sama2 la kita belek paper the star dengan lebih kerap :) [/quote]

    askum…wt bro hantam sajalaaa…leh bg no fon x? miskol hset sy ker…lehla konteki tya kerja 2..

  60. xGEMOQS says:

    wahhh…syok2
    sambung2!!
    cite zaman pokcik mokcik nehhhh….leh wat reference tuk cucu 2 masa kini
    wahahahahahaaaa

  61. babyhma says:

    bl pk ksh lm2 ni memang sronok gak… pengalaman…… ap pn, bl dgr lagu lamunan terhenti 2, terase gak …..hehehe :-)

  62. babyhma says:

    [quote comment="7047"]tu la kan….kenangan yang menyentuh hati mmg susahhhh nak lupa. Lagi nak lupa lagi lah ingat. lagi nyampah lagi la dia muncul dlm mimpi. hampehh. cumanya Hargai apa yang ada sekarang…hati dia kena jaga. kita bukan boleh hidup dalam kenangan pun , cuma amek iktibar benda yg dah jadi tu untuk perbaiki diri kita , to be a BETTER person. ceh cam behh je aku . Wallahualam.[/quote]
    betoi 2… 1 nasihat yg cukup bermkna… :-)

  63. adk77 says:

    ooo…ada gak kdg2 dengar hubby nyanyi lagu lamunan terhenti tu…hehehee..now i know why…

    owh owhhh owhhhhh..

  64. zuraimas says:

    gua kenal lu dulu… Dok ske plok dok jadi mung ddua..

  65. eddyra says:

    wa pun kenal lu la zuraimas.. wa masih save nama zuraimas dalam kepalaotak gua :P

  66. sipuri says:

    Sangat panjang. Sangat-sangat panjang. The best part, enche Eddyra ingat every detail yang berlaku masa dolu-dolu. It’s good. Tetapi, kenapa masih diingat ye? Tanya je.

  67. baSIkaL_iDamaN says:

    [quote comment="7082"]Sangat panjang. Sangat-sangat panjang. The best part, enche Eddyra ingat every detail yang berlaku masa dolu-dolu. It’s good. Tetapi, kenapa masih diingat ye? Tanya je.[/quote]

    ala..
    senang jerk jawapan dier..
    coz cinta pertama sukar dilupai..
    kan cik eddy kan?
    hahahaaaa.. :)

  68. eddyra says:

    memandailah korang.. ni bukan cinta padang pertama ka apa lah.. kalau aku nak tulis setiap satu kisah mau dua tiga puluh entry kena buat..

    Kisah aku dan kau Episod 1
    Kisah aku dan kau Episod 2
    Kisah aku dan kau Episod 3
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    Kisah aku dan kau Episod 30

    so kita amik yang paling berprestige je ler giteww. :P

  69. mama_mia says:

    hot2! tukar cite len plak enche’eddy. :D

  70. eddyra says:

    [quote comment="7086"]hot2! tukar cite len plak enche’eddy. :D [/quote]
    yaaa mama, kalau boleh tak nak publish entry ni.. tapi tak gentleman la kan hehehe

  71. babyhma says:

    [quote comment="7084"]memandailah korang.. ni bukan cinta padang pertama ka apa lah.. kalau aku nak tulis setiap satu kisah mau dua tiga puluh entry kena buat..

    Kisah aku dan kau Episod 1
    Kisah aku dan kau Episod 2
    Kisah aku dan kau Episod 3
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    Kisah aku dan kau Episod 30

    so kita amik yang paling berprestige je ler giteww. :P [/quote]
    sume org akan egt ksh2 lm, tipu r if ckp xegt…. melainkan hlg egtan…hahaha :-)

  72. mandiawan says:

    [quote comment="7089"][quote comment="7084"]memandailah korang.. ni bukan cinta padang pertama ka apa lah.. kalau aku nak tulis setiap satu kisah mau dua tiga puluh entry kena buat..

    Kisah aku dan kau Episod 1
    Kisah aku dan kau Episod 2
    Kisah aku dan kau Episod 3
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    Kisah aku dan kau Episod 30

    so kita amik yang paling berprestige je ler giteww. :P [/quote]
    sume org akan egt ksh2 lm, tipu r if ckp xegt…. melainkan hlg egtan…hahaha :-) [/quote]

    Takpa lah bro… anyway cite ni best apa utk kita semua ingat kisah lama2 dulu2.
    Teruskan tulis episod 2….

  73. baSIkaL_iDamaN says:

    tapi lagi bagus kalo cite episode yang watkan cik eddy frust menonggeng..
    tang 2 lagi power..
    wahahahaa

  74. ayien says:

    hehhehe…cite syahduu…..mesti ko control macho nk nagis dpn dia kn..padahal kt umh frust tonggeng2….amek bantal tutp muka…
    Ape2 pn….keep it up…Life Go On….Sayangilaa orang yang kita syg seadanya…slagi dia msh bernyawa…: )

  75. fatiah says:

    Ha..ha.. mat rocker jiwang. Smpai tulis kat pondo org. Nanti sambung crite how u jumpa ur missus. Buat novel pun baik.

  76. aku yang pilu says:

    entah mengapakah..
    hatiku bergetaran..
    bila bertemu lagi…
    oh kekasih lama..

  77. sera says:

    1st time terjmpe blog ni trus jatuh centa hehehehe

  78. eddyra says:

    you know my friends.. my wife sent me a message.. hatinya terguris dengan cerita ini.. zalim betul aku.. to ummi i did not mean to hurt you.. I am so sorry my dear..

  79. eddyra says:

    [quote comment="7183"]1st time terjmpe blog ni trus jatuh centa hehehehe[/quote]
    terima kasih..

  80. Ilafairlady says:

    de msalah ngn suami!!

  81. lovethisblog says:

    sure la wife u sedih skt kalo i pon bf cite pasal ex2 ni akan sedih…lg sedih bile part below….
    “Hari ni setelah 20 tahun berlalu, ………… walaupun hal ni dah terlalu lama berlaku namun kadang-kadang sesekali kisah ni datang jugak.. setiap kali dia datang tu lah aku tersengih sorang-sorang.. ”

    but im sure shes ok now…thats just 1 part of ur life….nice blog anyway damn real man! so real

  82. eddyra says:

    yep ilovethisblog.. i love it too..

  83. ayus says:

    cite en eddy ni klaka..yups..bes bace..
    nk kenal kan dri ke?
    erm..i ley panggel u pakcik or uncle..ngehngeh..ngeee~..jgn maraa~
    tp,on da same time,i respect wit ur spirit to success in life..walaupown kantoi kat itm coz of cgpa..i nk jdkan en eddy like as my idol..hehe..ley kan?
    erm…erk..maybe, i ni cam tersalah topik..tp,part yg paling suke kat bhgian u still usaha utk success walaupon da jatuh..altho,u ckp u utang Mara byk..tp,i tgk u salah sorang yg success..huhu…
    oke..da~

  84. Nur Amira says:

    [quote comment="6956"]sambung enche’eddy sambung.. best nihh.. saspen jek. hehe[/quote]

    sedihnye…wawawa..sy dh dekat 5 tahun xjumpe ex boifren yg 1st…sedih sgt baca cerita ni…ex sy masuk uia..sekarang dy dh grad kot..at the same time sy tukar skola masuk mrsm…dy senior form 6.sy form 2 time kapel..sob3x..ni kisah sedih ni..mcm ayah sy..ex dy dekat uni sm now xkawen frust xjd kawen n ayah..ayah kawen n mak sy…tp jodoh Allah yang bagi

  85. Nur Amira says:

    sedihnye?wawawa..sy dh dekat 5 tahun xjumpe ex boifren yg 1st?sedih sgt baca cerita ni?ex sy masuk uia..sekarang dy dh grad kot..at the same time sy tukar skola masuk mrsm?dy senior form 6.sy form 2 time kapel..sob3x..ni kisah sedih ni..mcm ayah sy..ex dy dekat uni sm now xkawen frust xjd kawen n ayah..ayah kawen n mak sy?tp jodoh Allah yang bagi
    now..dekat u pon bile kapel n org lain sure tgat bf lama mcm mana hidup dy sekarang..ntah dh kawen ntah dh mati

  86. E&I says:

    [quote comment="10118"]sedihnye?wawawa..sy dh dekat 5 tahun xjumpe ex boifren yg 1st?sedih sgt baca cerita ni?ex sy masuk uia..sekarang dy dh grad kot..at the same time sy tukar skola masuk mrsm?dy senior form 6.sy form 2 time kapel..sob3x..ni kisah sedih ni..mcm ayah sy..ex dy dekat uni sm now xkawen frust xjd kawen n ayah..ayah kawen n mak sy?tp jodoh Allah yang bagi
    now..dekat u pon bile kapel n org lain sure tgat bf lama mcm mana hidup dy sekarang..ntah dh kawen ntah dh mati[/quote]

    kesiannye bf die kalau tahu die masih tingat kt ex bf..

Leave a Reply