Home » Story » Jatuh cinta di Kundasang part2

5

OK bah mini bus pun mula membawa kami keluar dari bandaraya KK menuju ke Kundasang.. Dari Kundasang kami melalui beberapa pekan-pekan kecil, dan yang sempat aku ingat ialah melalui Tamparuli. Apa yang menarik di Tamparuli ini ialah terdapatnya sebuah jambatan gantung yang panjang. Menariknya jambatan ini sehingga ada lagunya yang tersohor itu…. dulu ada Marsha AF3 nyanyik eh..

Pak pak kang ku doh
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Bakasut tinggi oku

Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Pak pak kang ku doh
Bakasut tinggi oku

Silaka nodi kasutku
Naratu lo jambatan
Tinggal poh doh sutakin
Nowid ku di numuli

Ontok di hari 3
Tamu lo Tamparuli
Mingusuk poh hilo kadai
Mogihum doh kasut tinggi

Perjalanan ini akan mengambil masa selama 2 jam lebey.. adehhh jam la kaki aku, bayangkan kaki aku yang panjang ni terpaksa dipendekkan sebab seat dalam mini bus tu sempit … dah ler takde air cond, mini bus pulak dah tenat sudah.. bersama-sama aku pada hari tu, 3 orang cina di seat belakang, cina dari KL yang menuju ke Kundasang sebab nak naik gunung Kinabalu keesokan harinya. Di sebelah kanan aku ada mamat mana ntah duk layan walkman sampai aku nak tanya itu ini sepanjang perjalanan pun tak bleh. Dan di depan aku ada seorang awek dan awek ini lah yang banyak memberi penerangan kepada kami di sepanjang perjalanan itu.

Menurut cerita awek ni (Nama sebenarnya Suziah, student UMS – Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga) masyarakat Kadazan Dusun dahulunya dikenali sebagai Orang Dusun, tinggal di kawasan pergunungan Gunung Kinabalu terutamanya di Kundasang, Ranau. Patutlah on the way to Kundasang tu kita boleh lihat banyak benor kawasan-kawasan penempatan di lereng-lereng bukit. Ada kawasan yang nampak cukup terpencil nun jauhhh sayup mata memandang.

Mereka begitu berpegang teguh terhadap adat resam dan pantang larang yang diwarisi dari nenek moyang mereka dengan mengamalkan hukum adat sebagai peraturan kehidupan. Hukum adat ini sebenarnya untuk membentuk kelakuan supaya benar dan betul, kalau ada sesiapa yang melanggar hukum adat ini akan menerima hukuman dari yang ringan hingga yang berat seperti hukum mati. Hukuman yang ringan termasuklah membayar “sogit” iaitu denda terhadap suatu kesalahan yang dikenakan oleh Ketua Masyarakat. Denda ni termasuklah memberi barangan seperti kambing, kerbau dan sebagainya.. macam bayar dam pulak kan.

Semakin dia bercerita semakin berminat pulak aku nak tau, apatah lagi sumandak ini yang bercerita. Aku orang Semenanjung, serba sedikit aku tahu tentang kepelbagaian ethic di Sabah tapi tak tahu lah secara detail. So kedatangan aku hari ni rasanya memang kena pada masanya, dan aku harap sumandak suzie ni akan terus bercerita dan bercerita.. aku ke Kundasang bukan nak cari bangunan mencakar langit, aku nak cari rumah di tepi gunung.. aku tak hingin nak tengok awek blonde kelabu asap macam kat KL, aku nak cari sumandak Kundasang yang cantik-cantik putih muka macam cina giteww.. sebab kawan aku cakap kalau dia orang ni minum air kita boleh tengok air tu menuruni tekaknya.. cerahnya kulit punya pasal sebab kebanyakkan penduduk Dusun ni semua tinggal di kawasan pergunungan… aku akan cari kebenarannya nanti he he he.. dan aku dimomokkan oleh kawan-kawan aku, contoh sumandak Dusun yang boleh kita lihat ialah Linda Nawuwil AF3, orang Ranau. AF3 ke AF4? Ahh belasah je. Suzie kata Linda tu schoolmate dia.. betul eh Suzie? Ke kamu nak interframe ha ha ha jangan marah eh..

Aku lihat masyarakat Dusun ini sebagai satu masyarakat yang unik, terserlah melalui kebudayaan dan adat warisan yang diamalkan. Kebanyakan daripada amalan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme. Kalau nak jelas lagi kita boleh tengok melalui adat warisan dan kepercayaan yang diamalkan dalam hal-hal yang berkaitan dengan kelahiran, perkahwinan dan kematian. AKu diberitahu Suzie bahawa sejak kedatangan Islam dan Christian di sana perkara-perkara ini semakin berkurangan.

Perjalanan kami melalui jalan yang sempit dan tidak cantik, banyak lobang sana sini kalau pakai sport rim 17 mau menangis bro.. sebijik macam jalan nak ke Cameron Highland, naik bukit dan jalan yang bengkang bengkok.. kadang-kadang melalui tepi jurang yang dalammm.. bah ini kalo terbalik ni nauzubillah.. Semakin tinggi kami berada semakin dingin kami rasakan angin di luar sana, entah camana malam nanti aku tak bawak jumper pulak tu, cuma ada jacket company aku jer.. belasah je.

Suziah kata dia berbangga dilahirkan di kaki Gunung Kinabalu, dah lah glamour duk kat kaki gunung, sejuk pulak tu. Kebanyakkan masyarakat yang tinggal di Kundasang ni berwajah chineese look gitew dan berkulit cerah serta rendah. Tapi kalau korang tengok muka sumandak sorang ni memang muka chineese pun sebab aruah ayah dia memang chineese pun..

OK bah.. kami sudah sampei di Kundasang, Pekan Kundasang.. perghh Gunung Kinabalu di depan mata….. kabus dan awan melitupi sebahagian besar permandangan so aku nampak kaki dan puting gunung jer.. adeh puncak gunung lah.


Kundasang.. kaki Gunung Kinabalu


Kundasang..

Bersambung lagi..

Related posts:

Site visit at Cakerawala Platform..
Pada 15th December 2008 buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Cakerawala Platform, hak milik ...
Flying dome (Kubah terbang)
It happened in 2003, in Kailolo, Haruku Island, Maluku Tengah. People was putting mosque dome just u...
Takut Bini..
He He... Takut bini ataupun takut pada isteri merupakan satu fenomena di mana seorang laki yang tak...

5 Comments

  1. lalat says:

    ohh awek di dalam mini bas itu lah sumandak suzie yer?

  2. ahmad says:

    oOOoooooo …sejuk yerrr..

  3. assalamualaikum..

    Ramai juga orang yang terhibur masuk kampung ku dan negeri ku yang tercinta. teringin pulak nak balik kampung, dah betahun tak balik kerana terpaksa berkerja nun jauh di sini..hehehe anyway welcome to my kampung…..Sudi Datang Lagi..masih banyak tempat menarik Bro….

  4. cikgu says:

    aku tingin sgt nk g sane..i.Allah nnt posting ak nk mintak kundasang ler..hrp2 umor ak pnjg n d prmudhkn urusn utk dtmptkn kt c 2..tingin sgt2!!uhuhu

Leave a Reply