Cerita layan kepala..
July 13th, 2008 by eddyra on StoryAku ke Institut Jantung Negara (IJN) di KL selama 4 hari, bertolak hari Isnin 8th July 2008 dan balik ke Terengganu hari Khamis 10th July 2008. Mmm.. banyak cerita yang nak aku kongsi bersama anda semua.
Malam pertama tu aku lepak depan Hotel Putra, depan IJN tu lah. Sedang aku duk menunggu kawan aku datang ambik aku, aku bersembang dengan seorang Sarjan Polis yang telah berkhidmat dengan PDRM selama hampir 25 tahun di Balai Polis xxx di KL. Mungkin dia tengok aku ni bukan dari kalangan warga KL, slang pun slang Ganu jadi dia tidak ada masalah untuk bercerita kepada orang yang baru sampai ke KL seperti aku. Banyak yang beliau ceritakan dari cerita Botak Chin, Bentung Kali, Prebet Adam, Reformasi 1998 sampailah cerita terbaru iaitu isu Balasubramaniam dan DS Anwar Ibrahim punya isu liwat.
Semua yang dia cerita tu aku tak mampu nak ingat semua, banyak sangat cuma ada satu soalan yang membuatkan dia agak tersentak, aku tanya pendapat dia, adakah DS Anwar Ibrahim benar-benar meliwat… jawapan beliau dari semua siasatan dan kajian yang dibuat semenjak DS Anwar Ibrahim di MCKK dulu memberikan satu gambaran bahawa ‘itu’ sudah menjadi tabiie DS Anwar Ibrahim. Wallahuaklam, jangan tembak aku. Aku cuma quote pandangan dari seorang Sarjan yang aku tidak tahu latar belakangnya.
Aku tak sempat nak tanya nama beliau, kawan aku dah datang ambik aku. OK abis part tu, jangan diperbesarkan kes tadi, anggaplah ianya satu pembukaan.
Kereta Proton Iswara aeroback membawa kami ke Restoran Rasa Sayang di tengah-tengah KL tu. Lepak sambil minum kopi O, tetiba aku terpandang kawan lama masa sama-sama belajar di KUSZA dan di Newcastle Upon Tyne dulu. Dia datang dengan kawan dia, orang Dungun. Mai aiii sudah mabuk.. bau arak yang cukup kuat. Aku ajak dia duduk sekali sambil borak-borak.
Takde apa sangat yang kita orang bualkan dan selepas kawan aku yang satu kolej tu blah, maka kawan yang sorang lagi pun start bercerita. Ceritanya berkisarkan kawan aku yang baru blah sebentar tadi.
Nasir (bukan nama betul, kena sue nanti bang) bercerita tentang kawan aku tu, tiap-tiap malam tonggang arak. Orang bujang katakan, umur awal 30an. Abis kerja jam 5 petang turun office terus order arak, office pulak kat Jalan P.Ramlee, The Beach ada, Modestos ada, Rum Jungle ada.. tak payah susah-susah drive. Turun office jer kat bawah dah tersedia pub, bar dan disco. Sekali minum sampai malam abis RM700.00 - RM1000.00 .. mak aii.. for sure sebulan sekitar RM20,000.00 untuk tonggang arak sahaja. Awek keliling pinggang, time minum sedang stone tu nampak awek yang baikk punya dia akan tackle, bawak balik rumah dan hantam. Dapat awek, bawak balik rumah dan.. hantam.
Life mann.. life. Aku ni ibarat orang kampung datang ke kotaraya yang terpegun mendengar ceritanya, walhal cerita macam ni memang aku biasa dengar. Hidup di KL. Aku cuba nak menyelami life kawan aku ni, apa yang dia cari, apa yang dia kejar dalam life dia. Oil and gas engineer macam dia, gaji sebulan lebih kurang RM40,000.00 selepas convert sekitar £7,000.00 tapi duit sentiasa tak cukup. Orangnya muda lagi, ada rupa, ada gaya, ada pangkat, ada nama, ada duit yang bertimbun tapi jiwanya kosong. Dia cakap dia boring, sunyi, bila orang suruh kahwin dia kata sapa nak ka dia, yang nak kat dia semua jenis nak kikis duit.
Nasir bercerita lagi, sesekali bau arak menggangu perbualan, busuk yang amat. Aku pasti apa yang Nasir cerita tu adalah benar belaka, orang tengah mabuk ni ceritanya lurus.. layann.
Nasir ni pun awal 30an, dah berbini, anak 4 orang paling kecik setahun setengah. Cerita Nasir, dia pun lebih kurang sama ceritanya dengan kawan aku tadi. Seminggu 3-4 malam tonggang arak, abis RM400.00 - RM500.00 semalaman. Dapat awek, bawak balik hotel dan hantam.. aku tanya ada pakai sarung ke, dia jawab mana sempat nak fikir itu semua.. wahaha apa punya orang semua sapu.. macam DBKL.
Aku tanya ada artis yang pernah mabuk sekali dengan dia, dia jawab si polan si polan si polan dan si polan. Aduhaii.. minah tu rupa cantik, cakap punyalah lembut tak sangka pulak jenis layan air kencing jugak. Menariknya bukan dia orang yang bayar bil, tapi lembu-lembu yang bayar. Nasir sebut lembu-lembu, aku tolong tulis jer. Menteri pun ada yang pernah minum semeja dengan dia tak yah la aku tulis nama, biasa lah nak project nak contract kena la join datuk-datuk kan.
Apa lagi cerita Nasir malam tu.. bebudak Melayu seawal umur 14 tahun sudah masuk disco pub etc, dah kena lanyak dengan lelaki. Hancus gelebeh bang.. yang pakai salib pun ada yang bertatto pun ada, bila di tanya katanya style bang.. style. Style kepala lutut..
Sambung Nasir lagi, kalau bebudak perempuan Melayu pub disco tu boleh mengucap pun dah dikira syukurlah, kira OK la tu. Kalau tengah-tengah mabuk tu kaki terpeliot boleh terpancul ‘Allah’ kat mulut tu kira sudah baik, kalau tak default word akan keluar fcuk, shit semua tu lah.
Nasir ni cerita lagi walaupun mabuk tapi dia tahu asas ugama sebab dulu masa sekolah dia sekolah ugama. Tahu basic halal haram walaupun dia tonggang arak, tapi tak lah sampai pakai rantai salib semua tu. Wahaha orang mabuk bercerita apa saja. Kalau balik rumah, dia akan pakai kopiah dan ajar anak mengaji, kalau balik rumah mak ayah, mak ayah ajak gi surau, dia akan ikut. At least dia tahu asas. Tu dia cerita dia..
Aku tanya Nasir, mak bapak dia orang tak tahu ke kegiatan anak-anak muda jantan betina dia orang, kebanyakkannya tahu dan dia orang tak mampu nak marah lagi especially anak-anak perempuan, kalau marah bimbang lari dari rumah. Nak buat camana lagi.. tengok je lah. Jangan terkejut ada kalangan mak ayah yang takut anak-anak mereka tertangkap dengan penguatkuasa lalu menyuruh anak lelakinya bawak balik jer awek tu ke rumah mereka. Nak hantam, hantam je kat rumah. Biasanya golongan VIP yang ada nama, bimbang nama mereka tercemar macam si polan dengan anak menteri tersebut. Lagu tu pun ada ekk..
Mungkin anda rasa cerita aku ni macam cerita orang kampung yang terlepas ke bandar dan membawa cerita pengalaman di bandar ke kampung untuk orang-orang kampung terpegun. Itu tidak menjadi masalah, cerita Nasir memang cerita benar segelentir kehidupan orang KL, walaupun mungkin sebesar bunga kuku jer namun bagi orang kampung seperti aku, sudah cukup untuk membuatkan aku rasa kekok. Rasa janggal.. but I am proud of it.
Aku rasa satu anugerah yang tiada nilainya Tuhan letakkan aku di Terengganu jauh dari kotaraya seperti KL ni. Walaupun nampak kolot dan tidak bertammadun. Sesekali aku ke KL, jalan-jalan layan kepala melihat kehidupan orang KL ni. Jalan-jalan di tepi lorong belakang mati, Lorong Pak Haji Taib, rumah urut Brickfields, red light Bukit Bintang. Lihat mat pet yang jaga parking, mintak seringgit dua. Tak beri alamat calar lah kereta. Jalan-jalan ke Chokit tengok kaum Indon jual buah, tengok orang kita angguk kepala sebagai signal mau barang ka.. adehh.. life man.. life.
Jalan-jalan di Bintang Walk, sesekali di sapa bapak ayam, ‘mau amoi ka..?’
Mau lah. Melayu ada?
‘Ada-ada..!’ Melayu ada, Philipin ada, China ada..
Nak makan nasi pun susah, situ kari mamak sini kari mamak. Aduhai.. nak makan di kedai Melayu ori pun gi Kg Baru je lah, indon jugak yang mintak order.
Sesekali duduk depan Modestos jam 3.00 pagi tengok adik-adik kita terhuyung-hayang keluar dari disco. Aku pernah tengok seorang perempuan Melayu di papah keluar dari Modestos ke kereta yang sedang menunggu.
Perempuan tersebut disandarkan di seat belakang, pintu kereta tak tutup rapat mungkin sebab nak tunggu orang lain, lalu perempuan tersebut terjatuh menjulur kepala keluar dari kereta lalu terhentak ke atas jalan.. huhuhu mabuk punya pasal. Kepala terhentak ke jalan pun masih tak sedar lagi, over dose agaknya. Aku mengiling-ngiling kepala melihat aksi yang cukup sedih tu.
Apa lagi eh.. nanti lah aku sambung.
Part 2..
A day after that, aku ke IJN hantar brader in law aku. Punya lah ramai orang yang queue untuk register, appointment dan follow-up. Maknanya punyalah ramai yang ada masalah dengan jantung. Pukul 11.00 am register, pukul 4.30 pm baru dapat masuk ward, bayangkan lah punya lah slow service di IJN ni, masuk pulak ward ICU sebab ward biasa sudah full house. Nak critic lebey-lebey pun nanti kalu aku sakit jantung pun kat sini gak aku kena gi kan.. huhuhu.
Sekitar 7.00 petang aku terima SMS dari wife aku, dia punya tok (nenek) sudah masuk ICU di hospital Kuala Terengganu ekoran dari masaalah jantungnya. Dia punya tok, kira aku punya tok juga lah, dan beliau lebih mesra dengan panggilan Mok (Mak).
Actually Mok aku ni ada appointment dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu pada hari tersebut. Mok ke sana hanya untuk appointment tetapi pihak hospital mengarahkan Mok ditahan di ward disebabkan masaalah jantungnya.
Selepas Mok solat Asar, Mok dah tidak berapa stabil dan bergantung kepada bantuan pernafasan. Aku dah suspen dah, nak balik Ganu tapi aku di IJN kena tengok abang ipar aku, wife aku pulak ada di KB sedang menziarahi abahnya.
Allah maha kuasa, Dia lah yang menentukan segalanya. Tak siapa sangka kedatangannya ke sana rupanya untuk menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mok pergi buat selama-lamanya jam 3.30 am. Aruah Mok pernah berkata, kalau boleh dia tak mahu sakit yang berpanjangan, dia tak mahu susahkan orang lain. Yes, Allah perkenankan doa aruah Mok. Sekitar jam 10.30 am keesokan harinya, jasad Mok selamat di semadikan di sisi pusara Allahyarham suaminya.
Well.. that’s life my friends. This is hard time for us after losing our loving and caring grandma / mom at the age of seventy eight. May Allah grant her the highest jannah and re-unite her with her family. Amin!



July 13th, 2008 at 3:15 am
Wah! Aku yang dibesarkan di Gombak ni pun tak pernah lagi berhadapan dengan orang mabuk. Mungkin aku budak lagi kot. Tapi, memang ada kawan kepada kawan yang dah start tonggang arak, bawak awek and hantam nie. Sebaya saya pulak tu. Haha. Life man life… hahaha.
Pengalaman yang best di kotaraya kan?
Peace bro ;p
ReplyJuly 13th, 2008 at 11:44 am
memang benar apa yang kau ceritakan tu eddyra sebab aku asal dari KL dan pernah juga merayap2 dan bergaul dgn golongan macam tu.
sekarang bila aku dok kat teluk ramunia ni, aku rasa masih ada lagi orang kampung yang tahu jaga maruah diri. aku ingat dh takde lagi dah kat Malaysia ni
ReplyJuly 13th, 2008 at 11:50 am
Welcome back.
ReplyLama betul tak update. Jenuh nunggu.
That word, fcuk tu purposely tulis atau salah eja?
Bermula dari mencuba lah kesnya tu. Dan tak mahu ketinggalan zaman (ikut trend). Lepas tu rasa seronok. Tu yang susah tu. Jiwa kosong balik kat Tuhan lah. Yang pergi cari mende lain buat apa, kan?
July 13th, 2008 at 12:28 pm
sipuri wrote:
fcuk .. yes purposely tulis gitu.
ReplyJuly 13th, 2008 at 5:35 pm
ala biasa la bang.. orang KL mana kisah halal haram. Arak zina tu makanan sampingan mereka bro. Yang dah ada anak bini tapi masih simpan perempuan pun banyak. Perempuan KL murah bro, bayar untuk mabuk pun boleh dapat celah kangkang punya.. koman-koman tolong tambah prepaid pun dah dapat celah kangkang dia orang.
Cerita bro ni hanya sebesar bunga kuku bak kata bro, benar hanya sebesar itu. Orang KL life dia orang memang banyak yang mengarut.. biasalah lepak-lepak mabuk-mabuk walopun azan maghrib sedang berkumandang.
Sex bebas.. macam gua cakap la bro.. perempuan KL murah.. bro fikir la sendiri. Kalau ayam sekilo 7-8 ringgit, awek KL top up 5 ringgit dah boleh dapat main.. fikir-fikir kan lah.
Nice blog anyway bro.
ReplyJuly 13th, 2008 at 5:35 pm
PEREMPUAN KL MURAH..
ReplyJuly 13th, 2008 at 5:48 pm
err mahal lagi Dunhill 20 bang.. RM8.20 1 pack
ReplyJuly 13th, 2008 at 6:08 pm
Cerita yang menarik.
ReplyJuly 14th, 2008 at 9:43 am
Jgn kata kata KL je, kat kampung2 pun banyak sbnrnye..
ReplyAku anak FELDA, aku tau.. Tp apa pun aku bersyukur bnyk2 aku di lahirkan n membeso kat kampung, especially kat FELDA. Biasa la, mana2 pun kita duduk, benda2 tu ttp ada, cuma kesan dan pengaruhnye tak seteruk kat KL tu.. Masih ada org2 tua yg nak amik tau n menegur kita kalo nampak kita ni dah nak jatuh longkang..
July 14th, 2008 at 11:57 am
Salam… baca your story… I’m also thankful that I membesar kat Terengganu…. and under kongkongan my father yg maha hebat…
Dulu time kecik2, memang rasa memberontak cos dikongkong teruk… tak leh enjoy keluar ngan kengkawan… pergi mana2 kena berantar and berambik… tapi sekarang bila dah besar-panjang and matang sikit, actually I’m thankful. Really thankful. Whatever he did, eventhough rasa cam cruel tapi in long term… it saved me…. Alhamdulillah…..
ReplyJuly 14th, 2008 at 1:01 pm
Aku terbuka dalam hal-hal macam ni, nak mabuk ka, nak makan dadah ka, nak meliwat ka nak berzina ka.. itu masing-masing punya suka. Aku berkawan dengan semua orang, bohjan bohsia, kaki ganja (doctor aku tak berkawan), kaki judi ekor, kaki minum.. gang PAS gang UMNO gang PKR, gang DAP aku tak berkawan sebab takde DAP kat Ganu wahaha.. Semuanya aku berkawan.
Masing-masing ada pendapat dan pandangan tersendiri, hari ini mereka tonggang arak esok lusa kita tak tahu dia dulu yang masuk syurga dari kita. Sejarah silam menceritakan ada tokoh yang punyai ribuan anak murid pun ada yang mati dalam kesesatan, contoh yang paling sohor, Saklabah.
Wallahuaklam
ReplyJuly 14th, 2008 at 3:52 pm
Life dekat KL mmg macam ni. Saya pun kena control dengan family. Terima kasih bebanyak. Kalau tidak sampai lupa halal dan haramnya. Membesar di KL sudah 25 thn. Kalau mak bapak saya x kongkong dan tidak ambik tau apa jadi dgn sy nih. Last week saya turun KL. Takut tgk budak zaman sekarang dress up. Bleh di katakan panties bleh nampak Tk payah la tonggeng. Anyway pokok pangkalnya dari hati masing2 juga. Ada juga ibubapa yng melarang tetapi anak2 lebih termakan kata kawan-kawan. HHmmm… tgk orang tonggang botol ada ler juga. Tapi yang pastinya saya nih kalo keluar pun dgn kwn2 yang hampir 14 tahun kenal. So yang paling selamat saya dh berumahtangga
ReplyJuly 14th, 2008 at 3:55 pm
Nice post eddy. Berkongsi pengalaman ada kala mendatangkan kebaikkan dan renungan kepada semua. Dah lama tunggu post terbaru….
ReplyJuly 15th, 2008 at 8:55 am
btul cite tu bang…
Replywa sgt pecaya… tp nasib baik walopon “life mann.. life” wa masih idup dgn baik dan blm lagi penah teringin ke tpt jin berkinjak tu…
takat lalu depan tu… biasa la bang da nama pun jalan… mana lagi wa nak lalukan…
July 15th, 2008 at 8:59 am
Innalillah… dan Salam Takziah utk Mok…
ReplyJuly 15th, 2008 at 9:00 am
“Innalillah… dan Salam Takziah utk Mok…”
Innalillah… dan Salam Takziah utk brader sekeluarga ats pemergian Mok… pembetulan*
ReplyJuly 15th, 2008 at 10:32 am
Azida wrote:
set Ganu masuk doh..
Dulu kita duk ganu, kalau pakai pakaian yang menjolok mata at least ada orang sekeliling yang membebel kita. Kalau ada orang buat tak senonoh ada orang yang akan bercakap, tak salah jaga tepi kain orang asalkan untuk perkara yg baik ke guana.
Kemaman hari ni pun suasana dah banyak berubah, aweks-aweks sekolah pun dah banyak yang hanyuttt.. Kuantan.. pun sama.. apa akan jadi 10 tahun akan datang.. Malaysia bole..
ReplyJuly 15th, 2008 at 10:33 am
smartebiz wrote:
life so busy la dik,
ReplyMasa saya duduk minum dgn member tu, memang dah terniat untuk menulis cerita ni, walaupun cerita ni orang KL dah lama maklum tapi, belasah jer ..
July 15th, 2008 at 10:34 am
awekz wrote:
Terima kasih, perginya seorang ibu / tok yang penyayang..
ReplyJuly 16th, 2008 at 2:48 am
awekz wrote:
Bro…
IJN… pelik tu… Bro ader masalah jantung ke?.. Yg citer ke IJN nie tak nak kongsi bersama ke?… Just wondering…
ReplyJuly 16th, 2008 at 3:43 am
Haha cantek cerita nie eddyra… mase aku duk KL dlu dah bese tengok bende2 macam nie… ader skali aku tegur anak dato tue mase die mabuk(kire pompuan lah nie)… sebagai kawan aku tegur pasal perangai die asyik minum arak ngan buat maksiat nie… last2 aku balik yang kne marah.. die cakap “ini KL bang bukan Kampung…” ades panas telinga dengarnyer… kawan2 serumah aku mase duk kl dlu slalu bawak pompuan untuk dihentam… yang xtahan tiap2 minggu tukar… kadang selang 2 3 hari dah tukar len… kadang2 tegur jugak… tp apekan daya tegur xda makner sebab orang macam tue xguner dah nak ditegur… skg nie aku dah kejer kat kg xambik tau dah pasal semua tue… aku balik nie pun sebab kawan bek aku dari kecik pujuk aku supaya balik kg sebab die kater rindu kat kawan2 n die xnak kawan duk sane takut kawan2 aku tersesat nanti… last2 aku balik kg baru 7 bulan rase xpuas lagi lepak ngan kawan bek aku tue… die dah pergi meninggalkan aku dan kawan2 len untuk selame2nyer… sampai skang aku masih rindu kat die… to eddyra aku ucapkan takziah atas pemergian ibu/tok…
ReplyJuly 16th, 2008 at 8:29 am
manntia wrote:
aiyoo aku tak abis lagi pasal IJN.. nanti kita sambung lagi.
ReplyJuly 17th, 2008 at 12:16 pm
eddyra wrote:
Bro…kemaman pun dah advance skrg ni, paling terbaru kes buang bayi
ReplyJuly 17th, 2008 at 12:28 pm
zhar.. buang bayi di kemaman.. bukan perkara baru zhar, dulu dulu pun dah ada kan..
ReplyJuly 18th, 2008 at 10:50 am
Salam ….
Bila membaca nota ini dari orang Terengganu, (saya berasal dari Terengganu, dan sekarang saya menetap di Kuala Lumpur- sudah 10 tahun) saya merasa terpanggil untuk memberikan maklumbalas (respond - bahasa melayu sekarang), terhadap isu ini.
Sebenarnya maksiat berlaku di mana-mana, bukan di Kuala Lumpur sahaja. Bezanya tempat-tempat khusus maksiat terlalu terbuka di Kuala Lumpur berbanding di negeri-negeri lain.
Apabila bersembang dengan keluarga di kampung, mesti ada sahaja isu sensasi seperti ” ibunya deman seminggu, sebab anak jantan dan ‘main’ dengan anak saudara sendiri”, ” 2 minggu kahwin dah dapat anak perempuan comel ??”. “Anak dara lari ikut bapak duda” dan pelbagai isu buruk berlaku antaranya “hidup bertahun-tahun sekampung tidak bertegur sapa, setelah satu kes kecil”. Waima perkara-perkara ini nampak kecil, tapi tanpa sedar ia mengikis kebaikan umat Melayu & Islam secara perlahan-lahan.
Saya tidak mahu menghurai panjang, cumanya ingin menengahkan bahawa masyarakat MELAYU ISLAM kini mula pudar kecintaannya pada ISLAM.
Masyarakat kita telah banyak disalurkan hiburan tanpa pandai menapis - TV, Majalah-majalah Tidak Bermoral, CD, VCD dll…
(Jenguk2lah bilik anak remaja kita, benarkah mereka membaca buku ilmiah atau sekadar ‘kulit’ buku yang dipegang, isi /gambar-gambar / cerita ‘terlampau’ menarik dibaca mereka??)
Jangan lupa perhatikan CD/cerita apa yang anak-anak kita tengok, saya hidup di KL pun tidak menyediakan TV dirumah, jauh sekali ASTRO (kolot bukan !!), tapi itulah hakikatnya. Radio adalah teman hidup saya seperti IKIM & Radio24 - BERNAMA dan juga Klasik Nasional. Lain-lain radio hanya fokus hiburan semata-mata / artis (pandangan saya).
Tekankan kehidupan beragama untuk diri & keluaraga & masyarakat sekitar kehidupan kita. Pasti cukupkan 5 tiang hidup kita sehari semalam.
Betullah kata orang : Kuala Lumpur semuanya ada KECUALI mak & bapa sebenar (mak & bapak terangkat memang banyak), kejahatan & kebaikan ada di sini,Pub/Night Clib/ Masjid Negara, Masjid Wilayah segala macam jenis surau dan mussola. Pilihlah sendiri !!
Moralnya bagi saya bukan tempat yang menjadi faktor kemaksiatan : tapi hati nurani dan pilhan jalan hidup & pergaulanlah yang mendorong kita ke arah kebaikan/kejahatan.
Salam hormat :
Iyzady - Kuala Lumpur.
ReplyJuly 18th, 2008 at 1:02 pm
Klumpo memang pusat maksiat, melayu hancur di klumpo. Ramai dara melayu hancur di Klumpo. Islam hadhari pemangkin maksiat
ReplyJuly 18th, 2008 at 1:13 pm
iyzady
Benar, semua perkara macam ni memang berlaku tidak hanya di KL. Mungkin boleh kita katakan ianya berlaku di seluruh Malaysia. Location bukanlah penentu tetapi location juga menjadi faktor yang menyumbangkan kepada masalah ni.
Amal makruf nahi mungkar, mungkin boleh aku katakan di sebelah negeri yang agak slow sikit macam Terengganu, Kelantan ni pesan memesan tegur menegur dan perasaan malu tu masih ada. Tapi bila puak-puak ni sampai di kota-kota besar macam KL ni, perasaan malu tu hilang..
Saya bersetuju dengan pendapat iyzady.. terima kasih atas comment.
ReplyJuly 18th, 2008 at 1:14 pm
azman din wrote:
wahaha bab politik dah masuk..
letih aku.. tapi ini lah malaysia.. politik malaysia..
ReplyJuly 18th, 2008 at 10:32 pm
Pelik bebeno aku tengok korang cakap bab maksiat nih..aku pelik sebab kalau menyalah diri sendiri takpe la jugak..ini nyalahkan orang lain.
Kalau anak sendiri buat maksiat anda menyalahkan kerajaan. Anak sendiri merempit pun anda menyalahkan kerajaan. maksiat sana sini anda nyalahkan kerajaan.
Seolah-olah kalau boleh dari rumah hingga keluar rumah kerajaan kena jaga rakyat dan ibu bapa wat apa? Takkan ibu bapa hanya simpan je pesanan orang tua-tua yang mengatakan melentur buluh biar la dari rebungnya.. so kalau buluh dah keras salah siapa? Contoh seperti di sekolah bila cikgu rotan anak murid, mak bapak siap datang sekolah maki hamun dan saman cikgu berkenaan.
Dan yang peliknya bab rempit ni jugak budak tak abis sekolah lagi dah ada sebijik moto..bila mereka ni masuk bab rempit, Kerajaan juga yang dapat nama..sedangkan yang bagi moto adalah mak bapak.
Kita sambung bab maksiat ni. Aku nak tanya ko azman. Adakah ko nak menyalahkan kerajaan atau diri ko sendiri contohnya seperti internet yang ko dok layan ni. Dalam internet ni mesti ko boleh layan gambar lucah… tul dak?
Internet jugak penyumbang maksiat dan paling mudah dilayari oleh budak2 sekolah. So kalau ko layari laman web lucah ko nak salahkan kerajaan atau diri ko sendiri? Ok la munkin kerajaan boleh pantau kot pada pandangan ko.. so macam mana dengan hp? Boleh atau tidak jika kita nak layari laman web lucah. Jadi dalam hal begini ko pikirlah guna akal bahawa maksiat boleh didapati dimana saja bukan saja di kl sebab dunia semakin bebas dan kita yang harus menyedarkan diri kita untuk mengawal bukannya ko mendengar cakap orang tanpa berfikir sendiri.
Inilah kelebihan Islam Hadhari dari islam yang ada hari setiap kali pilihanraya.
ReplyJuly 19th, 2008 at 12:08 am
Fikir-fikir kan lah..
ReplyJuly 22nd, 2008 at 10:20 am
terpngil la saya nak menulis di sini… mule2 layan sbb oil n gas. tp paling best layn nostalgia bro. ari2 nak komen. tulis pnjg2 terdelete… bro blanje 30posen, sy blanje 10sen n bwk bekal. bbalik pd cite life kolumpo. wa rs mereka ni agak kolot krn mereka bbange dgn minum arak. bro pnah study oversea kn?igt2 blk mentaliti mereka pminum arak d sane. msia ni ade punk la ape sume, punye la bnge, tp kosong. act sy study kt bavaria, slalu org ckp nazi punk ape sume 2, yg mnariknye nk jmpe pon susah, apetah lg bbange, biasenye klo bdk2 ni mnt duit ckp “Ich hab kein Geld”.. diorg pon belah. mksdnye ayat td, sy xde duit. kwn2 kt sini mmg kuat minum arak, dlm fridge kecik mmg penuh. mereka pnah offer arak, sy kt kein Alkohol trinken(x mnum alkohol). mereka kt aneh krn bg org bavaria “bayerisch,bier wie wasser”.sy kt sy muslim,diorg releks je.arak 2mcm minumn ringan,tp sy x penah jmpe mereka yg mnum arak dgn bangge. kite ni je jd punk bangge, mnum arak bangge…. i2 yg sy rs mundur. myb ad org lain yg blaja kt germny yg juge pmabuk yg akn backfire sy, bt nway i’m quite close with them, slambe je sy borak alsn saintifik mengape haiwn perlu dsembelih b4 makan… membincngkn psl terorist. dan sy ad 1org kwn baik yg sy fk die impress dgn pendirian sy. klo kite lihat dr infrastruktur kite maju, tp sikap….. aduhai malu nk ckp. bro pon penah g munich, munich ni umpama s.alam la cz bavaria ant negeri terkaya kt germn, lihat la… mcm bndr melaka je. kt sini utk dpt kn pekerjaan x perlu berhijrah ke kota bsr krn industri dan uni terdpt d kwsn2 countryside, sy kire uni di bavaria mngkin ad dlm 20 or 30.bygkn slangor ade uni sbnyak mcm 2….sy duduk dkt regensburg,disini spt sabak bernam shj,kg hlaman sy,beza nye sume terdpt disini,sbuah pekan yg sderhana bsr.uni.n salah 1kilang bmw juge disini,slain 2osram.juz name a few.kdg2 2rs nk stay kt sini je.negara kapir,tp bgus.n agama Islam pon berkmbang baik.kt regensburg ni ade 5msjid klo x salah.x smpt nk g semua,jd mslh pulak nk tntukn hari raye…. ad msjid raya jumaat n sabtu. bg sy i2 lebih membagakn. mlhan sy berceritr kpd kwn2 sy lebih gemar care german yg agak katak bwh tempurung ini,,,,, mmg sgt mnimum mslh sosial, yg ade bdk2 rap…blagak geng regensburg. i2 pon kanak2 bwk 16, tidak klihtn pula mat2 punk….. pikul 10mlm sume dah tutup… rase aman sungguh,pasti saudara teriingat kenangn swaktu bljr d uk dulu. nway esk nk g manchaster… 1st time travel oversea…. slalu domenstik dlm germen je….. saudara critkn la pnglmn d luar negara, bia mereka yg xde pluan ni terbuka mate,,,,, barat ni ade bnde yg lebih2 baik dr negara Islam. tp myb suasana dah berbeza. skrg elaun dak2 uk 600pound klo x silap, dulu 400.
ReplyJuly 23rd, 2008 at 4:31 pm
gayesopan thanks for comment. I’ll add something later.. great experience yaa..
ReplyJuly 28th, 2008 at 12:05 am
gayesopan,
Minum arak.. mesti ada sesuatu yang best tentang minum arak. Kalau kita tengok kawan-kawan kita yang minum arak tu, kasihan jugak tengok hanyut gitu tapi mesti ada ’something’ disebalik perkara ni.. tension, stress, boring, show off, trend macam-macam lah.
Masa saya study di UK dulu, kalau nak minum beer ni tak susah, bukak je pintu rumah. Depan rumah dah tersedia off license shop yang jual arak. Murah tak mahal pun tapi hati ini tak terbuka untuk meneguk air tu. Kalau minum pun tak siapa nak marah atau nak tangkap.. UK bang bukan kampung.
Abis class pun classmate British ada yang terus ke bar untuk minum, ada antara mereka yang ajak join tapi saya kata saya tak minum. Tau apa dia cakap, ‘Your Allah prohibited alcohol ya?’ Dia tau pasal tu dan dia tak desak atau buat dajal campurkan beer dalam coke saya masa minum semeja.. minum semeja pun dah salah kalau nak di kira. Dalam class pun time puak-puak ni sendawa mak aiiii bau..
Punk ka, skin head ka, apa satu lagi yang macam mayat tu?? Pakaian merah hitam putih yang biasa bawak payung tu.. alahai apa kenama Gotik? Getik? Ghotic?? Pelik kan adik-adik kita hilang abis budaya Melayu.. saya pun pernah jadi ‘orang lain’ masa sekolah-sekolah dulu.. seluar kecik kat lutut tu.. apa nama tah..
Bavarian sana OK ka? Saya pernah sampai di Munchen.. bandar yang cukup bersih.. baca pengalaman saya ketika tour europe.
Anyway gayasopan, good luck then.. bila balik for good?
ReplyAugust 5th, 2008 at 6:02 pm
Saya masuk blog nie sebab nak tengok iklan oil & gas …. tapi terbaca yg nie plak…. bukan apa….. masyarakat moden kita nie dia rasa “bangga” kalau buat yang terlarang….. kat company saya (oil & Gas Jugak)….. Setiap annual dinner boleh dikatakan 70% (org muslim) minum arak.. siap ajak minum pulak tu & complain kitaord tak sosial kalau tak minum…. tapi yg konfiusnye …. tiap2 hari jumpa diorg nie kat surau….. entah la dah akhir zaman agaknya….
ReplyAugust 5th, 2008 at 10:39 pm
Aida wrote:
banyak berlaku di mana-mana company, especially kalau company tu multinational.. ada mat saleh, middle east ka.. kalau dinner memang ada arak punya lah..
Anyway thank for visiting..
ReplyAugust 25th, 2008 at 7:13 pm
lame x tgk blog bro…bavarian ni slalu blagak sikit,tp sy jrg jmpe yg blagak.sy slalu jmpe yg fwenly…knal 5min pon leh gelak2.tp 2la,klo x pndai bhs german mmg xde kwn r,klo leh ckp bhs germn mmg senang msuk ngan diorang….sy klo mls nk explain ckp la sy ni x mnum alkohol,x smoke…..tp kwn rpat diorg taw sy muslim,kdg2 diorg desak nk taw…..summer baru2 ni sy g uk,,,,sori 2say x best sgt sbb kotor esp kt london…rs mcm kt msia lak…kt uk byk bndr bsr,kt shefield 2bndr bsr gak,bngunan mcm kt kl je.myb sy org kg,so germny suit me well….pekan kecik yg sume lngkap…public transport kt tmpt sy bas je…klo bndr bsr br ad subway n tram,,,,myb sy nye preference dok kt tmpt yg tenang,lame lg nk grad,1st year pon ade reseat paper…1perkara yg sy x suke,,,,blaja susah,susah kt part nk paham….boleh sakit jiwa blaja dlm bhs german,paling sakit nk cr buku english….tp mmg kene buang la kot buku english,cpt sikit blaja…kwn2 mlayu kt german ni xde yg terlampau sgt,x pnah jmpe lak yg mnum arak…klo g strip club 2ade la,,,,sy “belum” pernah g,hahaha,,,,sy mmg xpnah g pon.ade 2 3 tahun lg kt sini,kdg2 tkut gak nk blk msia…cz kne pk bnde2 yg sy mls nk pk cam mslh sosial,politik,,,,sy x suke nk amk taw bnde2 2 cz sy x suke bc surt kabar,sy suke bc psl engineering je….kt sini politik org mcm x hirau sgt,act sy leh mengundi kt sini,sy leh mengundi kt kwsn regensburg…..tmpt sy blaja n sy dpt visa kt c2,konsep die mudah je,ape yg sy nmpk,x kire la sp yg perintah…sistem ttp bjalan cam biase,sy rs klo xde mnteri pon…country ttp leh run…pas 2kt sini msyrkt x fancy sgt dgn kete or rumah besar,bmw or merc 2biase sgt klo jmpe yg pakai rim bodoh2,bukn sport rim…porsh cayenn x bsuh…tp kt sini sy x impress dgn bnde2 2,kaye mn diorg pon…diorg biasenye dok apartment,sy x pnah nmpk lg rumh banglo…sy suke lifestyle cam ni..kt msia ksian tgk org miskin2,,psl arak 2sy dulu kwn dgn mat rempit ms lower form,dulu kwn sbb nk blaja modifies moto,,,tp 2la sbtang rokok pon sy x tringin nk isap,kwn isap ganja la,mnum arak la…tp arak mutrah la…jnama old man ke ape ntah,,,,ade ym x bro?
Reply