Cerita jiwang karat..

August 25th, 2008 by eddyra on Story

Bila rindu ku tersebut namamu, cewah…

Dah lama aku tak menulis pasal benda-benda karut ni, dah nak puasa kut itu yang jadi blues sikit. Masa korang muda-muda belia dulu aku pasti korang pernah mengalami sindrom rindu-rinduan dan cintan-cintan bodo ni. Aku terkecuali dalam hal ni sebab dulu aku mat rock, so cerita-cerita ni takde kena mengena dengan aku. Kalau ada yang berkaitan dengan aku, itu aku kira kebetulan sahaja. Wah baik punya disclaimer.

Zaman kita sekolah menengah dulu kan, form 1 sampai form 6 sekitar tahun 1980an hingga tahun 1990an lebih kurang lah, ada kejadian-kejadian pelik yang berlaku yang melibatkan soal hati dan perasaan antara kita dan si dia. Si dia tu maksud aku kawan sebaya perempuan atau lelaki lah. Bukan mak cik tukang masak hostel atau pun warden asrama pulak, tak tau lah kalau korang ada yang lain dari yang lain.

Untuk adik-adik yang membaca entry kali ni, pak cik nak ceritakan pengalaman abang-abang dan kakak-kakak korang masa dia orang muda-muda dulu. Untuk adik-adik level Gang Bas Sekolah, ini cerita zaman mak ayah adik-adik ni. Untuk anda pembaca seusia yang sudi baca entry aku kali ini, ini cerita kita.

Orait..

Masa baru sekolah menengah dah pun ada hati nak berkasih nak bercinta. Belajar belum habis dah sibuk nak bercouple. Sama lah macam hari ni, minat kat budak sekelas, budak kelas sebelah, admirer kat orang tu dan secret admirer kat orang ni. Tapi dulu punya cerita, email takde SMS apatah lagi so kalau minat tu mintak tolong kawan-kawan kirim salam jer lah. Lagi famous orang tu, lagi lah hari-hari orang kirim salam, nak berkenalan nak jadi adik abang angkat, nak jadi bopren dan gepren.

Lepas tu hantar surat, nak berkenalan. Bau surat mak aiii.. wangiiii, envelope warna biru muda atau pink. Huhuhu.. yang low budget pakai letak bedak cuticura je.

“Salam di angin lalu membawa kata-kata rindu ku buat mu. Semoga kau tenang di samping tugasan seharian. Ku pohon maaf seandainya warkah ini mengganggumu…”

Perhh.. karang bang.. karat. Sorry lah aku tak pandai nak karang surat macam ni, ayat tu pun dia datang sendiri jer tapi itulah lebih kurang surat jiwang yang dia orang tu tulis, aku tolong tuliskan jer. Majalah Remaja masa tu banyak menyumbangkan idea-idea kepada puak-puak jiwang karat ni, aku pun baca jugaklah yang kakak aku beli.

Lepas tu bila hujung minggu pergi dating. Kalau di Kuala Terengganu dulu, tempat yang paling jadi tumpuan golongan jiwang ni ialah di A&W kat tengah-tengah bandar KT tu, Pantai Batu Buruk, Taman Bunga Shahbandar dekat Istana Maziah, panggung wayang Rex dan Cathay, library awam dan Emporium Hock Kee Seng hehehe..

Nanti lah aku sambung.. cari feel dulu.

Kan aku dan cakap.. dulu aku mat rock kwang kwang kwang

Sekali lagi aku ulangi, cerita-cerita ini tidak ada kena mengena dengan aku, kalau ada hanyalah secara kebetulan saja.. he he he.

Orait aku sambung, bila chenta diterima oleh semek ni (Sebelah Terengganu membahasakan girlfriend sebagai mek / semek) maka tak senang duduk lah mamat ni, sure berangan punyalah, diriku sudah berpunya. Semek tu aku punya. Muka berseri macam pengantin baru nak masuk bilik. Alangkah indahnya donia ini..

Kalau tidurmu tiada lena bukan kerana panasnya malam…. tapi itulah tandanya… aku mengingatimu.. Kalau tidurmu termimpi akan diriku, itulah tandanya… aku merinduimu.

Ehem..

Kalau jenis mamat yang overacting sikit boleh tengok lah creativity dia menyonteng dinding bilik hostel atau bawah katil double decker. Aku tau lah banyak sangat lah graphic-graphic bodo ni kat hostel aku dulu. Aku conteng jugak tapi aku suka conteng benda lain… Din-Liza wuz ere, loveU4ever.., Still loving you.. peh karat abih.

Rela aku hidup kesepian agar aku bisa merinduimu setiap detik. Aku hanya tahu menyintaimu, merinduimu dan aku membilang hari dan saat sampai kita ketemu.. ayat ni aku copy paste dari satu blog page.. bukan aku punya pun.

Kalau nama lelaki tu Din, nama perempuan Liza, jadilah Dinza. Jiwang betul puak-puak ni. Merata ceruk lah dia tenyeh nama gabungan tu, atas meja sekolah, dalam buku, dalam locker, kat dinding.. Madi dengan Husna jadi Diena.. perhh. Eddy dengan Azira jadi Eddyra.. wahhaa. Contoh je la.

Perangai budak-budak angau ni memang kelakar, baru bercouple di sekolah tapi dia punya kemaruk tu ngalahkan orang dewasa bercinta. Yang mana tak pernah ada diary wow siap beli diary nak tulih dia punya perasaan dan tarikh-tarikh penting. Tarikh mula-mula berkenalan sekian-sekian, tarikh semek tu terima nak jadi girlfriend sekian tarikh, birthday dia lah, birthday anak kambing dia lah.. macam-macam dik peel abang kakak korang dulu. Zaman ni dah ada Ipod, tak main dah diary nih. Cinta yang tak bertepi.. kadang-kadang geli geleman kalau terbaca diary dia orang ni.

Tambah syok tengok bila nak dekat 14 February, macam nak sambut raya Deepavali. Siap beli card Valentine Day yang ada music tu, orang kampung aku kata ada bunyi-bunyi tu…

“..be my Valentine”… perhhhhh! Yang syok tengok kalau gang-gang lebai kata “hishh sambut Valentine Day haram tuuuu…” huhuhu..

Bulan puasa pulak, dia punya angau tu masa beli card raya. Kata-kata yang spesis jiwang ni cari, Untuk kekasihku, Salam lebaran untuk kekasih .. lebih kurang gitu lah. Card raya pulak yang ada bunga-bunga dan ada music.. dalam card raya pun ada jugak warkah cinta terselit dan duit kertas yang diphotocopy.. duit raya la tu.

Biasalah orang tengah angau, aku cukup suka tengok spesis yang berubah perangai disebabkan chenta monyet ni. Suka nyanyi-nyanyi, lagu pulak lagu yang ada unsur-unsur chenta punya lah. Tak pulak aku dengar orang yang sedang angau ni bantai nyanyi lagu Selimut Putih.

Kalau mat rock pun, at least mesti layan perasaan dengar lagu rock jiwang jugak, jangan nak chong aku lah. Apa lagu nostalgia zaman tu eh? Bulan Madu di awan biru, Rozanna, Gadisku, Masih Aku Terasa, Srikandi Cintaku, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Nyanyian Dalam Sepi, Still Loving You, Right Here Waiting, banyak lagilah. Jangan suruh aku tulih tajuk lagu Siti Fairuz, Jamal Abdillah, Naseer wahab, Shidee semua tu.. aku tak tahu deh.

Lagu tema, pehh.. lagu ni saya tuju kat awak. Kalau awak terdengar lagu ni, awak ingatlah saya pun suka lagu ni.. haha.

Demi cintaku padamu
Ku korbankan jiwa dan raga
Biarpun harus ku telan lautan bara
Bulan madu di awan biru
Tiada yang mengganggu
Bulan madu di atas pelangi ………

Gang-gang sewaktu dengan aku mesti ingat lagi lagu Search ni.

Itu tak kira yang tulih lirik lagu kat dinding.. yang ditampal kat depan buku dan dalam warkah chenta untuk si dia.. karat bang. Zaman aku tuh film Suara Kekasih dan Azura tengah top, makcik Ogy punya zaman muda. Siap bawak awek tengok wayang bangg.. wahahha. Dalam panggung ni ler ada yang cuba belajar geli-geli, beromen siap lentuk atas bahu boyfriend. Masing-masing cuba mengenali bentuk tubuh badan pasangan masing-masing, yer lah zaman dulu mana ada internet nak search gambar blue.. Sebelum film tamat, dia orang blah dulu takut ada orang kenal.. penuh dengan kulit kuaci.

Nak keluar dating pun pun satu masalah, nak kena kelentong mak ayah lagi. Cakap nak gi townlah, gi library lah.. especially budak perempuan.

Zaman tu transportation tak macam hari ni ramai yang dah pakai motor atau koman-koman pun Kancil, zaman tu naik bas jer kalau nak gi dating. Kalau tempat lain aku tak tahu lah, kalau sebelah Ganu dulu, gitu lah. Masa first date tu, duduk satu bangku pun jauh-jauh, kalau berjalan mesti ada gap, kalau lembu lalu kat tengah pun muat, malu la kunun. Biasalah Ganu ni masa tu conservertive sikit, tak macam hari ni. Atas riba pun bole duduk dik. Masa dating tu time makan ka, tengok wayang ka, biasanya lelaki ler yang kena keluar pitih. Jaga maruah.. natang.

Siang dah jumpa kat sekolah, petang dah jumpa kat town, tak puas lagi. Handphone takde, internet takde so guna public phone je lah untuk bergayut, sebijik macam mawas. 1-2 jam tu biasalah. Sakit hati woo kalau kena turn kita nak guna tu mawas-mawas ni duk bergayut. Dapat jer kat kita mak aiii busuk punya bau ganggang telepon, romen ganggang agaknya..

Gi sekolah dengan baju dan seluar sekolah yang bergosok, siap ada line tajam lagi. Nak tunjuk dia dah berubah.. kalau semek suruh berenti hisap rokok pun sanggup berenti, tapi mak bapak marah langsung tak layan.. girlfriend tak suka kita buat itu, ikutt, tak suka buat ini, ikutt.. everything has changed since I met you.. perhh!

Specis jiwang karat ni at least ada ler benda yang dia hadiahkan kepada couple masing-masing, paling bodo pun gelang tangan stainless steel (bangle) yang boleh engrave nama atas tu. I LOVE YOU, I MISS YOU macam-macam lah.. aku rasa ada RM10.00 harga masa tu, aku agak je lah sebab aku tak beli pun natang tu. Tapi dia orang ni nak tunjuk chenta dan sayang ni, habis duit belanja sekolah takpe punya. Masa tu RM10.00 besar woo. Selain gelang tu, key chain kayu varnish tu, apa lagi haaa.. lupa la pulak.

Dalam duk jumpa hari-hari pun warkah chenta tetap ada punya. Kalau nak tulis satu page pun dah berapa sheet yang kena peronyok, sebab tulisan tak cantik atau idea tak mari. Itu yang banyak ciplak ayat-ayat bunga dari majalah Remaja tu. Hairan aku dia orang ni boleh tulis kadang-kadang sampai 5-6 pages. Ayat-ayat berbunga abiss. Janji nak sehidup semati, aku rindu lah, sayang, chenta, tak jumpa sesaat rasa setahun cehh. Macam buat essei. Lepas tu, beri kat posmen yang tak bertauliah. Silap hari bulan posmen tu jugak yang jadi boyfriend / girlfriend dia..

Masa kawan aku kena kantoi dek cikgu dulu, cikgu jumpa gambar boyfriend dia dan di belakang gambar tu ada ler beberapa ayat. Cikgu tu kata kalau gunung baca, boleh cair gunung tu. Ada surat-surat budak ni yang kena rampas masa spot check. “Kenapa abang tak lalu dekat kelas saya hari ni”.. Wahaha..

Zaman sekolah memang dilarang berchenta, bercouple-couple, tapi apa yang cikgu boleh buat kan.. dia orang pun dulu masa sekolah pun berchenta jugak entah-entah lagi teruk. Biasalah kalau ada couple sekolah yang kena panggil ke bilik guru, kasi counseling sikit. Nasihat concentrate pada study, masuk U dapat kerja nanti boleh lah kalau nak bercinta pun. Ayat default dia orang la tu.

Menariknya ada antara dia orang ni yang bercinta sampai abis serahkan body. Tahun sekitar 80an tu kalau budak perempuan sekolah dah lakukan sex ni memang dah dikira punah dah, dapat pulak jantan yang jenis bawak mulut.. abis. Mula-mula tabur janji, lepas tu tabur benih.. sampai mengandung pun ada. Dan spesis tu tidak berhenti setakat tu, malah spesis macam tu makin hebat di zaman millenium ni.

Bila ada je problem, dinding jugak jadi tempat lepaskan perasaan. Abis kena conteng. Apatah lagi kalau putus cinta, macam mawas tertelan ganggang telepon tadi. Memang nampak bodo lah. Kelas ponteng, belajar apatah lagi, sampai menangis bangg.. sampainya hatimu buat aku begini, betapa dalamnya aku benamkan belati cintaku di dada ini hingga akhirnya aku yang terluka… itu yang syok tengok kalau kat asrama, duduk sorang-sorang layan perasaan. Sebab tu agaknya Ustazah aku dulu ada cakap, lelaki ni tau buat perempuan menangis jer..

Bila dah frust ni banyaklah ‘club-club atau persatuan’ baru dibuka seperti kelab Jiwaluka, Kelab Jiwalara, Angkatan Pemuda Insaf (API). Banyaklah slogan-slogan baru.. Perempuan sama saja, Aku Anti Wanita, No Woman No cry, lelaki playboy, buaya darat etc.

Masuk tahun-tahun awal 90an.. zaman banyak berubah. Kita tinggalkan zaman persekolahan dan masuk kolej. Masa tu buat diploma. Cara budak U bercinta banyak kelainan sikit, tak macam bebudak sekolah tu. Posmen-posmen tak bertauliah masih ada. Duit biasiswa ada, sewa kereta ke sana sini bawak awek ke hulu ke hilir. Walaupun masih belajar tapi dah takde sapa nak larang.. masing-masing dah boleh sharing apa saja, masalah peribadi, financial, apa saja lah.

Bercinta bagai nak rak, abis diploma kita buat degree lepas tu kita masing-masing bawak diri. Kita tak sehaluan, ada baiknya kita bawa haluan masing-masing. Kau tidak dilahirkan untuk ku, aku bukan untuk mu. Terima kasih kerana pernah singgah di hati ini dan membahagiakanku walau seketika.. hek eleh.

Kadang-kadang bila dah tua-tua ni ditakdirkan berjumpa semula dengan mereka-mereka yang kita pernah sayangi dan rindui ni, rasa malu pun ada. Janji sehidup semati masa form 5, nak bertunang lepas SPM, nak masuk U sama-sama, lepas dapat kerja nak pinang dia. Hidup aman damai hingga anak cucu.. abis je SPM entah ke mana.

Last-last jumpa dia bawak anak berderet, kita bawak anak berderet sebelah isteri yang sedang sarat mengandung.. Kalau masa jumpa tu masih slim macam dulu OK lah kan, kalau berubah jadi macam tong drum tu rasa bersyukur pulak tak ditakdirkan bersama.. wahahaha..

136 Responses to “Cerita jiwang karat..”

  1. 1
    aidaElias Said:

    eleh.. bukan main lagi menafikan.. entah2 dia yg pulun berkarang surat pakai envelope ada kaler2 ngan bunga2… huhu atau pun tak nak nampak sgt jiwang pakai envelope yg ada kaler belang2 biru merah. huhuhu….

    klu nak abih simple guna buku tulis lps tu pass kat posmen tak berbayar

    Reply
  2. 2
    eddyra Said:

    hish mana ada.. aku anti jiwang wahaha. Rock kapak bro.. rock seluar ketat baju Loudness bendera Jepun punya. Ni cerita puak-puak jiwa karat .. yang suka duk layan lagu Siti Fairuz, Right Here Waiting, Jamal Abdillah, Naseer Wahab dan seangkatan jiwang tu semua lah..

    Reply
  3. 3
    lea Said:

    hehe…akhirnye enche eddy bukak jugak cite pasal cintan cintun ni ye..ble enche eddy nk smbung?

    Walaupn sy dh msk golongan bdk2 alaf 2000,tp sempat lg la bsurat2 kajang n bkirim salam dlu2 2..hehe..err..surat 2 enche eddy bg kt awek no 1 ke?hehe

    Reply
  4. 4
    hasanG Said:

    eddyra wrote:

    piiraaah bro…. Mu jgn nak menafikan la… :-) memang mu pakai baju loudness belang2, seluar ketat terjojoi t***q, tapi balik umah layan lagu jamal,… hehehe.. Kasut Aliph mu ada lg tak? Bleh antar muzium klo ada.

    Standard la.. mana ada mat rock nak ngaku jiwang.. Tul tak?? :-) “drop my water face” woo kalo ngaku… Aku pun idup zaman tu la bro..

    Reply
  5. 5
    eddyra Said:

    kasut Aliph yang Amy Search tu pakai ka HasanG? Wahaha..

    Reply
  6. 6
    eddyra Said:

    lea wrote:

    hehe…akhirnye enche eddy bukak jugak cite pasal cintan cintun ni ye..ble enche eddy nk smbung?

    Walaupn sy dh msk golongan bdk2 alaf 2000,tp sempat lg la bsurat2 kajang n bkirim salam dlu2 2..hehe..err..surat 2 enche eddy bg kt awek no 1 ke?hehe

    entah la Lea.. nak sambung jugak tapi duk tengah fikir ni .. kang kena kutuk kaw-kaw susah jugak.. huhu

    Reply
  7. 7
    hasanG Said:

    kena kutuk takpe bro.. jangan kena bsumpah dah ler.. hihi..

    Reply
  8. 8
    eddyra Said:

    hasanG wrote:

    kena kutuk takpe bro.. jangan kena bsumpah dah ler.. hihi..

    kena bersumpah dapat 10 juta OK pe bro hasanG..

    Reply
  9. 9
    smartebiz Said:

    hqhaha..enche eddy. Dia pun sama kot. Baju ketat tp jiwang karat. Bila karang surat cinta agaknya kertas kajang pon x cukup…. tp saya sempat gak la merasa.. tp lain skit, nih petsis.. adik angkat,kakak angkat lor.. bila ada je hari2 coklat n bunga bwh meja penuh. Tp advance skit… surat bau perfume bodyshop, ck la….

    Reply
  10. 10
    smartebiz Said:

    Sambung la.. jgn x sambung. Bukan senang nk dgr citer2 mcm nih.

    Reply
  11. 11
    che bedah Said:

    ye sangat betul …tlg le sambung…tapi ni bukan zaman saya …zaman saya vanila ice , mc hammer..pastu mamat kat sekolah sibuk suar gq..so mcm ramai la awek suka ngan mamat2 gq ni…hehehe
    biasa jadi postwoman je…kdg2 dpt gak mcm2

    the memory remain………..

    Reply
  12. 12
    aidaElias Said:

    lek arr eddyra…

    takat geletek sikit je… takde nye nak kutuk kaw kaw..
    dah tu gaya bercerita mcm luahan kisah silam je.. huhuhu
    tp apa2 hal.. ko teruskan la bercerita.. boleh aku flashback kisah lama.. dah tu lak gaya cerita ko mmg best.. walaupun ko cerita pasal nak kopek buah durian… tp gaya ayat ko mmg buat aku sengih sepanjang masa.. mmg best bro..

    Reply
  13. 13
    eddyra Said:

    aidaElias wrote:

    oo yer ker.. cerita kopek buah kelapa pun jadi ekk.. nanti aku buat cerita hantu kopek pulak.

    Reply
  14. 14
    eddyra Said:

    che bedah wrote:

    ye sangat betul …tlg le sambung…tapi ni bukan zaman saya …zaman saya vanila ice , mc hammer..pastu mamat kat sekolah sibuk suar gq..so mcm ramai la awek suka ngan mamat2 gq ni…hehehe
    biasa jadi postwoman je…kdg2 dpt gak mcm2

    the memory remain………..

    GQ tu masuk Terengganu sekitar 1990 lebih kurang.. kelakar lak tengok slack warna purple.. kaki seluar kena lipat 1 inci.

    Reply
  15. 15
    eddyra Said:

    ……
    Tiada lagi yang ku harapkan
    Tiada lagi yang ku impikan
    Biar aku sendiri tanpa diri mu

    Tiada lagi kata cintaku
    Takkan lagi ku bersama mu
    Biar ku simpan semua
    Kenangan ku bersamamu……

    Tu Amy Search punya lagu lah..

    … Cehh frust gila la tu kununn.. dia orang ni jiwa-jiwa macam entah apa-apa. Kadang-kadang pelik aku, awek putus cinta pun sampai tak gi kelas.. bengong. Hek elaa..

    Reply
  16. 16
    waliz Said:

    wa pun dulu rock juga beb..chewahhh…tapi ada masa tangkap leleh jugak…hehehe

    Reply
  17. 17
    eddyra Said:

    waliz wrote:

    wa pun dulu rock juga beb..chewahhh…tapi ada masa tangkap leleh jugak…hehehe

    i know i know you cikgu waliz.. rock abis pakai kain baju kurong kain sempit jalan slow-slow takut tersembam.. setoking pendek baju kurung singkat. Wah gila punya style.. tapi kena tang lagu jiwang.. abiss rock tu.

    Reply
  18. 18
    sipuri Said:

    at last… tapi, ada bersambunglah pulak… saya punya zaman bercinta, zaman boy band tengah glamer. just wonder, masih berkawan/bercontact tak dgn ex monyet2/ex cinta tak menjadi dulu tuh? ke hi hi bye bye?

    Reply
  19. 19
    eddyra Said:

    sipuri wrote:

    at last…tapi, ada bersambunglah pulak…saya punya zaman bercinta, zaman boy band tengah glamer. just wonder, masih berkawan/bercontact tak dgn ex monyet2/ex cinta tak menjadi dulu tuh? ke hi hi bye bye?

    yang FIRST sekali.. FIRST sekali tu masih ada la cuma berSMS selamat hari raya dan birthday. My wife knows about this and I told her no one can forget his/her first love.. nothing interesting la. Chenta monyet.. dah 23 tahun berlalu dia dah berlaki aku dah berbini but as i told no one can forget that.

    Reply
  20. 20
    lea Said:

    enche eddy..bkn kutuk la, kitorg bace n same2 imbas kembali..then, pekena sekaki..hehe..tgk la, respon tuk ceghita chenta ni memang banyak…manusia kan tak dapat dipisahkan dengan chenta dan perasaan…

    sambung larrr……:-)

    Reply
  21. 21
    smartebiz Said:

    hahaha…lawak lar… Enche Eddy bukan apa.. dia segan. Kang citer lebih2 kang… tekuar kisah yang tak sepatutnya… Tak gitu ke Enche Eddy kita??? Wa cayalah… rock tuh!

    Reply
  22. 22
    smartebiz Said:

    Masa time jiwang karat tuh..CInta monyet. Pos2 surat. Tlg kwn2 smpikan… bila dikenangkan mcm kelakar jerk kan.. Time tu bila jumpa balik.. adoi mcm nk letak muka ni dlm boot kereta je!

    Reply
  23. 23
    smartebiz Said:

    lea Said:

    enche eddy..bkn kutuk la, kitorg bace n same2 imbas kembali..then, pekena sekaki..hehe..tgk la, respon tuk ceghita chenta ni memang banyak…manusia kan tak dapat dipisahkan dengan chenta dan perasaan…

    sambung larrr……:-)

    ……… Betul la lea… sama2 imbas kembali. Lepas tuh bubuh la ajinomoto dan garam skit. Tambah kiub knor.. baru sedap skit citer nih.

    Reply
  24. 24
    smartebiz Said:

    eddyra wrote:

    sipuri wrote:

    at last…tapi, ada bersambunglah pulak…saya punya zaman bercinta, zaman boy band tengah glamer. just wonder, masih berkawan/bercontact tak dgn ex monyet2/ex cinta tak menjadi dulu tuh? ke hi hi bye bye?

    yang FIRST sekali.. FIRST sekali tu masih ada la cuma berSMS selamat hari raya dan birthday. My wife knows about this and I told her no one can forget his/her first love.. nothing interesting la. Chenta monyet.. dah 23 tahun berlalu dia dah berlaki aku dah berbini but as i told no one can forget that.

    Betul, no one can forget. Even my ex pon sekrg kalo teringat mesti dia call. I’m just picked up the phone. Org dh call. Tak nk cari musuh. Sembang mcm biasa. Even anak di pun dh 2. But sometimes he just remind me about us. Ah! I hated it.

    Reply
  25. 25
    smartebiz Said:

    eddyra wrote:

    ……
    Tiada lagi yang ku harapkan
    Tiada lagi yang ku impikan
    Biar aku sendiri tanpa diri mu

    Tiada lagi kata cintaku
    Takkan lagi ku bersama mu
    Biar ku simpan semua
    Kenangan ku bersamamu……

    Tu Amy Search punya lagu lah..

    … Cehh frust gila la tu kununn.. dia orang ni jiwa-jiwa macam entah apa-apa. Kadang-kadang pelik aku, awek putus cinta pun sampai tak gi kelas.. bengong. Hek elaa..

    Hahaha… mmg ada pon yg mcm nih. Nasib baik saya tak de. Kalo wat mcm tuh rasa mcm rugi je!

    Reply
  26. 26
    smartebiz Said:

    lea wrote:

    hehe…akhirnye enche eddy bukak jugak cite pasal cintan cintun ni ye..ble enche eddy nk smbung?

    Walaupn sy dh msk golongan bdk2 alaf 2000,tp sempat lg la bsurat2 kajang n bkirim salam dlu2 2..hehe..err..surat 2 enche eddy bg kt awek no 1 ke?hehe

    lea wrote:

    hehe…akhirnye enche eddy bukak jugak cite pasal cintan cintun ni ye..ble enche eddy nk smbung?

    Walaupn sy dh msk golongan bdk2 alaf 2000,tp sempat lg la bsurat2 kajang n bkirim salam dlu2 2..hehe..err..surat 2 enche eddy bg kt awek no 1 ke?hehe

    Lea2. Alaf awak mcm alaf saya. Tp kim2 tu biasalah kan. Tp surat advance skit. Yang kaler2 skit. Siap riben2 lagi. Kelakar2

    Reply
  27. 27
    lea Said:

    smartebiz wrote:

    Lea2. Alaf awak mcm alaf saya. Tp kim2 tu biasalah kan. Tp surat advance skit. Yang kaler2 skit. Siap riben2 lagi. Kelakar2

    hehe…surat sy dulu warne biru, pastu wnagi n bunge2..siap sampai 6 lai lagi tulis..haha..siap dengan hadis n ayat quran..wawa…malunye ingat kisah dolu2….adoi la…nasib baek dah tak jumpe budak tu..dengar2 dah jadi che’gu..huhu…entah2 dah kawen…haha….

    my 1st love(I think laaa….)dengan senior..he’s so handsome, baik budi, ketua pengawas lagik..muke dah la chinese look…best student mase spm…hemm…skarang dah kawen dah…huhu..kawen dgn cikgu…asyik2 cikgu yang org cari, nape eh? engineer lak tak laku..hehe

    Reply
  28. 28
    eddyra Said:

    itu aku baru tulis 1/3 dari cerita penuh… dah banyak kenangan yang pernah anda lalui. Itu belum cerita pasal berebut pasangan, belum cerita frust menonggeng sampai habis dinding hostel kena conteng.. kena tangkap dek cikgu dan macam-macam lagi. Tak masuk bab cantuman nama Din & Liza = Dinza.. pehh karatttt!

    Reply
  29. 29

    kan dah kata.. lea ni memang jiwang abisssss… huhuhu

    Reply
  30. 30
    lea Said:

    hehe…tak ler sejiwang mane enche eddy oiii…dolu2, zaman budak2 hingusan…time surat berjele tu dah form 4…time kunun2 1st luv tu form 2..bkn 1st luv kot…br2 nk suke2 kat dia tu..hehe

    skarang ni, current bf, tak la jiwang pn..de la skali anto mail panjang kat dia, sampaikn dia kate leh wat novel..haha..mase gaduh tu..luahan hati dan perasaan…well, berkat dr luahan tu, akhirnya si dia tak salah faham lg n bleh terima kedudukan diri dia pd sy mase tu..huhu…

    Reply
  31. 31
    smartebiz Said:

    eddyra wrote:

    itu aku baru tulis 1/3 dari cerita penuh… dah banyak kenangan yang pernah anda lalui. Itu belum cerita pasal berebut pasangan, belum cerita frust menonggeng sampai habis dinding hostel kena conteng.. kena tangkap dek cikgu dan macam-macam lagi. Tak masuk bab cantuman nama Din & Liza = Dinza.. pehh karatttt!

    Betul la enche eddy. Itu blom lagi sambungan nama lagi… betul2.

    Reply
  32. 32
    smartebiz Said:

    lea wrote:

    hehe…tak ler sejiwang mane enche eddy oiii…dolu2, zaman budak2 hingusan…time surat berjele tu dah form 4…time kunun2 1st luv tu form 2..bkn 1st luv kot…br2 nk suke2 kat dia tu..hehe

    skarang ni, current bf, tak la jiwang pn..de la skali anto mail panjang kat dia, sampaikn dia kate leh wat novel..haha..mase gaduh tu..luahan hati dan perasaan…well, berkat dr luahan tu, akhirnya si dia tak salah faham lg n bleh terima kedudukan diri dia pd sy mase tu..huhu…

    Kaler surat kalo boleh nk pakai warna pink. Itu menunjukkan cinta. Hahaha. Siang terbayang la…malam merindu la… Lepas tu duduk dkt public phone berjam2. Org yg tunggu dkt blakang dh mcm gerabak keretapi. Hahaha

    Reply
  33. 33
    hasanG Said:

    Bro, pernah kongsi minum air x ngan ex gf?? kahkahkah!!!! kalo pernah, mmg mu layak dianugerahkan “bekas mat rock jiwang karat”!!…. :-)

    Steady la bro, ikut je pmintaan akak2 tu (@makcik2 :-)), sambung je ceritera jiwang karat mu tu.. Aku pun nak follow gak..

    Reply
  34. 34
    che bedah Said:

    eddyra wrote:

    sipuri wrote:

    at last…tapi, ada bersambunglah pulak…saya punya zaman bercinta, zaman boy band tengah glamer. just wonder, masih berkawan/bercontact tak dgn ex monyet2/ex cinta tak menjadi dulu tuh? ke hi hi bye bye?

    yang FIRST sekali.. FIRST sekali tu masih ada la cuma berSMS selamat hari raya dan birthday. My wife knows about this and I told her no one can forget his/her first love.. nothing interesting la. Chenta monyet.. dah 23 tahun berlalu dia dah berlaki aku dah berbini but as i told no one can forget that.

    wahhh…1st love 23 thn dulu..maknanya dlm umur 13 la dah “crush”..so, jiwang la tu bro hhehehe (jangan marah)

    it just a little crush………

    Reply
  35. 35
    eddyra Said:

    wahh.. crush itu term yg bebudak english guna tu cikbedah.. eh he tau tau je umur aku..

    Reply
  36. 36
    eddyra Said:

    hasanG wrote:

    Bro, pernah kongsi minum air x ngan ex gf?? kahkahkah!!!! kalo pernah, mmg mu layak dianugerahkan “bekas mat rock jiwang karat”!!…. :-)

    Steady la bro, ikut je pmintaan akak2 tu (@makcik2 :-)), sambung je ceritera jiwang karat mu tu.. Aku pun nak follow gak..

    kongsi minum air dengan gepren aaa..? sebiji kelapa 2 straws atau pun share ice cream connecto gitu ka.. hish takde lah aku..

    Reply
  37. 37
    fatiah Said:

    ha..ha..kelakar baca cerita jiwang korang. Zaman saya dulu2(zaman Cikgu Ros), I was from all girls school and a conservative family, so my life was sort of protected sehinggalah bekerja. But when I was growing up, kirim2 surat juga kat boyfren di melaka and penang. writing pad pun berbunga2 in pastel pink or blue. Tapi yg kelakarnye diaorg tu more jiwang than me, diaorg suka tengok cerite Hindustan.

    Reply
  38. 38
    eddyra Said:

    fatiah wrote:

    kirim surat kat melaka AND penang.. wow ramai tu bopren.. cayalah pn fatiah.

    Reply
  39. 39
    lea Said:

    Bile nk sambung ni? ahli mesyuarat windows dah ade sume..hehe…kak fatiah pn dah masuk ni..

    Reply
  40. 40
    eddyra Said:

    Aku ni macam nak kena hentam jer, huhuhu.. rilex lah makcik-makcik semua.. tengah susun ayat ni.. kan ke ni entry jiwang wahaha..

    Reply
  41. 41
    lea Said:

    eddyra wrote:

    Aku ni macam nak kena hentam jer, huhuhu.. rilex lah makcik-makcik semua.. tengah susun ayat ni.. kan ke ni entry jiwang wahaha..

    haha..enche eddy..sy br 25 tau..tp leh la consider makcik, anak buah dh ade sepasang…huhu

    Reply
  42. 42
    hasanG Said:

    sambung brader, jgn tak sambung.. jgn peduli dia org nak kutuk ke, nak hantam ke..

    Reply
  43. 43
    eddyra Said:

    hasanG wrote:

    sambung brader, jgn tak sambung.. jgn peduli dia org nak kutuk ke, nak hantam ke..

    hasanG.. mu kena back up aku lah kalau aku kena kutuk deh.. wahaha

    Reply
  44. 44
    hasanG Said:

    smartebiz wrote:

    Sambung la.. jgn x sambung. Bukan senang nk dgr citer2 mcm nih.

    kak, nak order tart nenas gulung ada x? :-) raya dah dekat..
    (sorry klo salah org.. kikiki)

    Reply
  45. 45
    hasanG Said:

    eddyra wrote:

    hasanG wrote:

    sambung brader, jgn tak sambung.. jgn peduli dia org nak kutuk ke, nak hantam ke..

    hasanG.. mu kena back up aku lah kalau aku kena kutuk deh.. wahaha

    orait brader.. :-)

    Reply
  46. 46
    eddyra Said:

    tat nenas CNI pun best apa..

    Reply
  47. 47
    sheera Said:

    macam-macam lah you all ni.. kalau cam ni lah punya cerita, boleh masuk kisah benar ni…

    Reply
  48. 48
    sipuri Said:

    Huih. Meriahnya komen untuk post jiwang karat terlajak nih. Wah, tapikan, masa sekolah dah ada tersemat di hati nak tunang, nak kahwin ye. A good thing, saya cinta kera monyet serius dulu pun tak pernah terfikir. Kira advance lah dulu-dulu ye…Eh, gaya cerita ni macam ada ramai je ex dulu-dulu tuh. Berapa ramai daaaaa?

    Reply
  49. 49
    hasanG Said:

    Aku nak terbahak ketawa bila ko tulis dalam panggung nak belajar geli2…
    Aku teringat satu brader yg pernah cita kat aku kisah lampu dia dulu2.. :-)

    Reply
  50. 50
    smartebiz Said:

    hasanG wrote:

    smartebiz wrote:

    Sambung la.. jgn x sambung. Bukan senang nk dgr citer2 mcm nih.

    kak, nak order tart nenas gulung ada x? :-) raya dah dekat..
    (sorry klo salah org.. kikiki)

    Almond london, semperit and Nestum Cookies ada….. Tart gulung x de la….

    Reply
  51. 51
    smartebiz Said:

    Aduh kelakarnya. Nk gelak nih. HHmm..betul la entry ni… 100%. Hmmm…mawas2 kalo dh bercinta bergayut dkt public phone mmg la kena tunggu turn. Tp enche eddy kita nih mcm mengalami jer… Eddyra… Eddy - Azira. X de kena mengena ke… takut terkena….

    Reply
  52. 52
    smartebiz Said:

    HasanG… ni musim nk collect order.. Ramai yg dh order expecially Almond London….. Rahsia Home Made. Wah ni resepi sendiri outer…

    Reply
  53. 53
    smartebiz Said:

    Nk try ker? Ni org order dkt 10,000 biji dh nih. Risau cik kak. Actually, x terfikir nk amik order lebih dari tuh.. Bagi rasa org mintak kenalah buat….

    Reply
  54. 54
    smartebiz Said:

    smartebiz wrote:

    hasanG wrote:

    smartebiz wrote:

    Sambung la.. jgn x sambung. Bukan senang nk dgr citer2 mcm nih.

    kak, nak order tart nenas gulung ada x? :-) raya dah dekat..
    (sorry klo salah org.. kikiki)

    Almond london, semperit and Nestum Cookies ada….. Tart gulung x de la….

    Tp kalau awak nk saya bleh recommend tart daripada kwn saya. Sedap. Suka dtg gumah dia especially time wat kuih… rahsianya dh korek. Smpi sekrg x dpt resepi. Rahsia. Tp mmg sedap.

    Reply
  55. 55
    smartebiz Said:

    Sorry enche eddy promote kuih plak. Lea where r u? Please leave comment… then ada isu nk dibangkitkan. Baru seronok.

    Reply
  56. 56
    smartebiz Said:

    pn fatiah…. lama x singgah ker? Rindu lar…

    Reply
  57. 57
    eddyra Said:

    adehh .. kita buat entry kuih raya pulak lah.. sapa-sapa nak advertise kuih raya kena hantar photo kuih raya, no HP sekali.. sapa nak order call no HP tu.. wahh menarik tu. Saya tolong publishkan photo kuih raya.. no kidding punya.. ada sapa mau?

    Reply
  58. 58
    saya sayang awak Said:

    Awak,
    Saya sayang awak, peduli apa kalau awak tak sayang saya pun. Saya rindu awak, peduli apa kalau awak tak rindu saya pun. Saya sunyi tanpa awak. Saya kalau boleh nak tengok awak sentiasa ada di depan mata saya. Ini pengakuan saya wak. Siang malam saya teringatkan awak, rindu awak. Awak tak tahu semua ni. kadang-kadang nama awak secara tiba-tiba terpancul dari mulut saya.. sampai gitu sekali.

    Apa awak nak kata, nak kata saya perasan ikut suka awak lah tapi saya sekarang sedang bercinta dengan awak. Tak kira lah kalau awak nafikan sekalipun. Yes akui saya sedang bercinta dengan awak.. syok sendiri jer lah.

    Anyway awak.. terima kasih kerana sudi membuatkan saya happy. Selamat menyambut puasa wak..

    Reply
  59. 59
    eddyra Said:

    dah jadi tempat jual kuih, dah jadi tempat luah perasaan la pulak…

    Reply
  60. 60
    sipuri Said:

    alamak enche eddyra… komen sayang-sayang tu untuk enche eddyra ke? alamak aih… geli ada, takut pun ada, tapi, kelakar yang lebih…

    Reply
  61. 61
    eddyra Said:

    sipuri..
    tengah angau la tu kut.. check IP macam sebelah Terengganu jer. Takde tempat nak menyonteng agaknya hahaha jangan marah ehh..

    Reply
  62. 62
    sheera Said:

    Selepas i baca semua, yang diatas…. i tak boleh nak gambarkan.. sebab i sebenarnya x pernah bercinta masa zaman sekolah dulu.. you all percaya tak..??? i ni nak kata good student x jugak.. tapi nama geng i, GENG TONGGONG (GT).. orang lain x berani dekat ngan geng i, sebab tu kot i x bercinta dan kaum adam x pernah singgah pun kat i punya hati… hu..hu.. sedih tau.

    Reply
  63. 63
    Shah Said:

    Haha… last2 tulis jugak ko citer cintan ko ek eddyra… yer ker ape yang ko tulis nie bukan ko yang alami semuanyer… aku baru teringat ngan ayat chong tue… tp dlu kat tempat aku ader tambah sket ayat die jadi ngechong tp maksud samer jer…. yer ker mat rock dlu xbercinter eddyra… aku dlu rock jugak tp tangkap cintan gak walau rock2… entah2 ape yang di tulis kat atas tue semua ko nyer pengalaman… hahaha… eddyra kat luar nampak rock tp balik umah lepak dalam bilik pasang lagu cintan silap2 meleleh air mater layan perasaan… wakakaka

    Reply
  64. 64
    jaja behh Said:

    bro…sambung lagi citer ni bro…ehehehhe

    Reply
  65. 65
    lea Said:

    smartebiz wrote:

    Sorry enche eddy promote kuih plak. Lea where r u? Please leave comment… then ada isu nk dibangkitkan. Baru seronok.

    smartebiz… sorry la… cuti sakan, tak masuk tenet dah berape hari.. hehe…
    meriah sungguh ye entry ni.. siap ade bersayang2 lagi.. hehe enche eddy, u better watch out… haha.. nanti takut2 balik umah, periuk melayang, tak sempat buke pose ari ni.. hehe.. maybe secret admirer kot.. haha.. dr zaman skolah dulu, mane tau.. masih cinte kera monyet tarzan… hehe.. jgn terase yer… mintak maap zahir batin..:)

    Reply
  66. 66
    fatiah Said:

    eddyra wrote:

    sipuri..
    tengah angau la tu kut.. check IP macam sebelah Terengganu jer. Takde tempat nak menyonteng agaknya hahaha jangan marah ehh..

    Lagi satu PBM, cuma pemalu sikit orgnye. Secret admirer…take care ok.

    Reply
  67. 67
    eddyra Said:

    I am back.. 3 days in KB. Will update soon.. letih.. insomnia is back my friend..

    Reply
  68. 68

    PBM tu apa puan?

    Reply
  69. 69
    che bedah Said:

    …sketch aku hidup dlm blues tu buat tak tahan tu…

    …still got the blues…

    Reply
  70. 70
    lea Said:

    eddyra wrote:

    I am back.. 3 days in KB. Will update soon.. letih.. insomnia is back my friend..

    i read about ur post in insomnia…banyakkan sabo ye enche eddy…org rumah org KB ker? sah bukan jumpe kat skolah SS..hehe

    Reply
  71. 71

    dah lama dah lea saya kena insomnia.. yes wife orang KB, bukan jumpa di SS.. hehe

    Reply
  72. 72
    smartebiz Said:

    eddyra wrote:

    fatiah wrote:

    eddyra wrote:

    sipuri..
    tengah angau la tu kut.. check IP macam sebelah Terengganu jer. Takde tempat nak menyonteng agaknya hahaha jangan marah ehh..

    Lagi satu PBM, cuma pemalu sikit orgnye. Secret admirer…take care ok.

    PBM tu apa puan?

    Pengakuan Berani Mati Lor

    Reply
  73. 73
    eddyra Said:

    cakap pun tak guna punya…