Cerita blues zaman dulu
June 27th, 2008 by eddyra on StoryMesti korang teringat gi skolah masa sekolah rendah dulu bawak 30 sen jer. Bawal bekal air, nasik kicap dan ikan goreng. Nasik lemak kat kantin sekolah 20 sen, air spuloh sen. Cukup. Kalau cikgu suruh bawak gam, kita suruh mak kita masak tepung kanji. Ingat tak dulu kita buat buah durian dengan kertas minyak, kita balut pada belon.. batang betik, pelepah pisang, ubi kentang kita ukir jadikan corak masa kelas lukisan. Korang tak ingat eh?
Teruk betul lah..
Siapa yang lahir sekitar tahun 1970? Atau siapa yang berumur lebih kurang 35-40 hari ni masih ingat tak zaman budak-budak rebena dulu.
Kita pegi kedai beli chikedis, Mamee, Ding Dang mat sentul, Kum Kum, Bubbleyum, sugus… ice cream batang 10 sen yang ada asam masin dalam tu. Ingat tak kita makan jambu batu dengan asam masin. Gang-gang lelaki dulu kita kumpul gambar pemain bola masa musim piala dunia dulu. Ingat tak Maradona, Zico, Kevin Keegan, Michel Platini, Karl-Heinz Rummenigge. Ingat tak Road to Wembley atau Big League Soccer? Aduhai.. ingat tak kita buat 11 ‘pemain’ bola dengan lipatan manila card dan kotak kasut, kita buat tiang gol pakai kertas, kita tulis no dan nama pemain bola kesukaan kita atas card ‘pemain’ kita. Kita jadikan buah ceri atau kapur sekolah sebagai bola.
Cuba flashback semula rancangan TV yang menjadi kegemaran kita pada masa tu.. Captan Future, Marco, Ultraman, Sinbad, Popeye the Sailorman. Adeh aku tengok cerita Marco tu pun sampai menitik air mata. Wahaha..
Hari Jumaat, malam selepas berita TV kita akan layan Tayangan Minggu Ini, filem Melayu. Abis filem Melayu tu kita tengok cerita Pattenplace ke apa nama dan ejaannya aku lupa. Ingat tak cerita Little House on the Prairie, atau Donny and Marry, atau cerita polis Chips? Atau cerita Dallas? Hart to hart? The Incredible Hulk, The Six Million Dollar man, The Greatest American Hero, Charlie Angels.. mungkin bebudak hari ni ingat Charlie Angels tu cerita baru.. huhuhu. Masa tu ada Drama minggu ini, puspawarna, PJ1 - ceh cerita ala Dallas ni, Opah.. apa lagi eh daya ingatan aku pun dah semakin lemah di makan usia.
Tengok TV1 dan TV2 jer, mana ada ASTRO pun. TV3 start 1984. Siap letak kuali kat antenna nak cari TV3. TV kaler hitam putih. Remote control pun masih takde lagi. Pagi-pagi takde siaran TV, kita tengok TV pendidikan. Pukul 3 petang baru ada siaran TV.. kuno betul kan.
Waktu petang apa yang kita main, main bola satu gol, rounders, konda kondi, galah panjang, polis sentri, congkak, baling selipar pada tin susu yang kita susun bertingkat dan main tudung oren. Batu seremban aku tak main, geli. Kita buat layang-layang, kita bikin lastik kita lastik burung. Orang tua marah kita, dia kata dia nak lastik burung kita. Kita masuk hutan, kita mandi sungai, cari ikan skila (ikan pelaga), kita laga ayam.. ahaha. Ingat tak kita main getah gelang yang diikat panjang apa kenama permainan tu Zero Point ka apa, start dari bawah, angkat getah ke lutut, pinggang, ketiak, bahu sampailah ke kepala, kita main lelaki lawan perempuan. Syoknya kita tengok bila budak-budak perempuan lompat getah panjang tu. Kadang-kadang kita main PS2.. perhhh pigidah mana ada semua tu. Kita buat senapang kayu, letak getah gelang di muncung senapang dan tarik sampai ke picu. Buah ceri dan buah terung pipit.. kena tembak auww.. akit nye.
Ingat tak lagi, kita main tepuk daun terup kecik, kalau gambar daun terup tu terlungkup ke bawah kita dikira kalah, daun itu jadi hak kawan kita. Kita lawan guli, kita lawan getah gelang yang diletakkan atas dua batang kayu macam tiang gol kecik tu, kalau getah tu jatuh ke tanah, getak gelang tu jadi hak milik kita, kalau getah tersebut tersentuh tiang gol tidak di kira, kita kata ‘karan’.. kecik-kecik kita pun dah berjudi.. huhuhu.
Dulu kalau nampak pelangi jangan tunjuk nanti kudung tangan, sampai hari ni aku tak tahu apa motif pesanan orang-orang tua masa tu. Jangan main waktu senja nanti kena mata hantu, jangan duduk atas bantal nanti naik bisul, jangan baring dan angkat kaki nanti mak mati.
Ingat tak zaman kita bersunat dulu, bersunat takde bius dik.. belasah jer.. aduhaii ni semua sebab nak peluk perempuan punya pasal. Kita gantung kain buat khemah untuk budak kecik yang dah botak tu, standby tempurung kelapa untuk ketuk kepala lutut.. wahaha pedihh pedihh. Masa sembahyang di surau kita kena duk kat saf belakang sebab kita ni tak sunat lagi.. sebab masih berkulup.
Apa pantun yang kita belajar dulu?
Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas..
Masa kat sekolah rendah tu, setiap hari Isnin kita berhimpun, tangan atas bahu orang depan. Kita nyanyi lagu Negaraku version yang mengantuk tu sambil kawan kita naikkan bendera. Zaman jahil kita tu kita pakai seluar pendek biru dan baju putih. Aweks pakai blous biru, baju putih juga. Biasalah kita skodeng aweks tu kan. Mana ada baju kurung, tudung litup semua tu. Kita suka match kan kawan-kawan kita, Ali nak kat Siti, Abu nak kat Ani. Nak apa tu, bersunat pun belum. Kita ada adik angkat, abang angkat dan kakak angkat.. sampai terangkat-angkat.
Ingat tak dulu kita biasa kena cubit, kena ketuk kepala, tarik telinga, pulas perut, kena penampo, cubit ketiak, henjut telinga. Berdiri atas kerusi, atas meja, kerusi atas kepala kita, kalau kita tak buat kerja rumah. Ingat tak roti panjang, pembaris kuning kesayangan cikgu untuk pukul kita. Apa syllabus kita dulu.. Ilmu Hisab, Ilmu Alam, Kajian Tempatan, Tatarakyat, Tulisan Jawi. Karektor yang mungkin kita masih ingat kisah Pakcik Kordi dengan basikalnya yang kebiru-biruan.. haha.
Cikgu tanya kalau besar nanti kita nak jadi apa, kita jawab kita nak jadi polis, askar, cikgu, peguam. Aku jawab aku nak jadi doktor haiwan, sebab aku suka operate katak dan tikus. Kawan aku cakap nak jadi posmen.. hehehehehe
Bunyi loceng rehat kita tak rehat tapi kita main galah panjang, rounders bila masuk kelas semula mak aii bau hangit. Tengok kat koler baju mak aii hitam dengan daki.
Itu cerita lama kita, kawan-kawan kita dulu entah kemana. Hari ni ada kawan-kawan kita yang jadi businessman yang berjaya, ada yang jadi kuli. Ada yang berjaya dalam hidup dan ada yang dah balik jumpa Tuhan. Ada kawan kita yang tersesat jalan dan tak jumpa jalan pulang. Sedih kan bila tengok nasib mereka, masa kecik-kecik dulu kita sama-sama bermain tapi bila dah tua ni kita tak mampu nak tunjukkan jalan pulang untuk mereka.
Kawan-kawan sepermainan kita mungkin semuanya sudah berkeluarga dan punyai anak-anak. Kalau kita masih boleh berjumpa dengan mereka, pastinya cerita lampau yang kita bualkan. Kalau lah kita mampu untuk kembali ke zaman tersebut..



June 27th, 2008 at 4:32 pm
mmg aku ghindukan semua tu, terutama berkubang dalam parit atau paya kat dalam kebun, balik rumah sure kena belasah ngan atuk. Kaki berdanau je, capuk2, mandi air keruh, rambut keras n kuning sebab lekat lumpur.. Pas tu malam tdo mengigau..
Anak2 kita tak akan jumpa semua tu..
ReplyJune 27th, 2008 at 4:42 pm
berdanau tu apa?
ReplyJune 27th, 2008 at 4:52 pm
eddyra wrote:
maksudnye penuh dengan kesan lumpur. Capuk2 ler. Org2 johor biasa guna pktaan tu..
ReplyJune 27th, 2008 at 10:55 pm
masa tu i selalu bergayut atas pokok jambu dan main masak-masak (curi telur ayam kg n rebus)… best ekkk eddy…:D
ReplyJune 28th, 2008 at 12:53 am
Ya waliz, Hasan..
Pengalaman yang tidak mungkin dapat diharungi oleh anak-anak kita hari ni. Zaman berubah meninggalkan semua tu.
ReplyJune 28th, 2008 at 6:46 am
lum campur main guli, main daun terup dan memacam lagi. Tapi memang rindu la semua tuh. Budak2 sekarang apa diorang tau. Main games je..
ReplyJune 28th, 2008 at 10:41 am
bebudak sekarang x merasa dah cam tu. i teringin sangat nak makan buah mata ayam, buah jambu arang dan buah “muting” (kemunting). you all pernah merasa tak buah2 cam tu.. ada lagi tak sekarang ni???
ReplyJune 28th, 2008 at 3:10 pm
buah kemunting ada lagi kalau you cari sheera.. kalau saya di Ganu ni, on the way to Kuala Terengganu dari Kemaman ni memang banyak di tepi-tepi jalan sebelah pantai ni. Kalau terlihat pokok2 tu teringat masa bebudak dulu main tembak-tembak di bawah dan tepi pokok2 tu..
Satu lagi buah ceri, atau sebelah sini panggil buah ‘kekuk’.. hari ni dah jarang sangat kita nampak. Pokok bunga raya pun macam dah nak pupus kan..
ReplyJune 28th, 2008 at 5:23 pm
selain buah kekuk kita panjat pokok cenderai…
Replybuah yang dah masak warne hitam tu kite kemam amik manis die… pastu buah yang yang putik kite main pistol buluh tu… sumbat buah cenderai pastu jolok dengan buluh yang dah raut… rindunye aku… adik bongsu aku tak tau seme tu…
June 28th, 2008 at 7:50 pm
buluh yang lubang kecik tu di Ganu kita panggil ‘bedil’.. pedih la jugak kalau kena.
ReplyJune 28th, 2008 at 11:29 pm
aku generasi di phujung zaman tu tapi smpat merasa mende2 tu sume gak. syoookkk woo. main tak kena seduit pun. skang nii nak ber’enjoy’ kene ada duit… aper aaaa.
eddyra terlupa satu lagi permainan, biji getah atau buah getah. alaaa redah estet getah carik buah getah tuu phtu calen buah getah sapa leh bertahan. heheeheh
permainan dolu2 nii mmg laa fizikal. berlari laa melompat laa jatuh sana sini la. tu yg zaman kita budak2 dulu sume kurus2. budak skang nii main dpn tv aje. mana tak obes2 sumenya.
kadang2 aku terserempak dgn hari merentas desa budak skolah rendah. aku tgk majoriti sume budak2 nyer saiz XL, tak kira bangsa. dah saiz XL, mana larat lari beb, sume bjalan cam bersiar2 di KLCC laaa jawabnya. suasana yg tak sihat.
aku penah gak merasa kene denda kat skolah dulu. tapi takde laa nak merReport kat mak bapak. macho laa skit ‘handle like a man’. heran aaa budak2 zaman skang nii, kene denda skit dah tepon mak sms bapak tokwan dsb. camno laa para cikgu nak mbentuk generasi berdisiplin. mai tang disiplin, memang laa kena tindakan keras. tarak boleh pi dgn kaunseling2 ni. buang masa dan ayaq liuq ja.
tapi game paling best, cam eddyra tulih; bolasepak lipat kad manila tuu. aku guna kad daun terup senang. maleh nak potong2 kad manila hehehheh. member aku terer wat bola nya, guna kertas emas kotak rokok tuu tapi proses nak buat tuu lain skit. bukan stakat gelintir2 kertas jer.
ReplyJune 29th, 2008 at 2:10 pm
cerita zaman kanak-kanak kau hampir sama dengan zaman kanak2 aku. main teng teng, main konda kondi, main bola chop, tangkap ikan haruan dan ikan sepat, lawan ikan laga dan spider. perghh..aku rindu zmn itu.
budak skg berlaina. dok kat rumah main PS2 ataupun pergi ke cybercafe main counterstrike. lagi parah, mercun bola pun diorg tak tahu bakar. alahai…
cheers,
syam @ http://aeropama.blogspot.com
ReplyJune 30th, 2008 at 12:22 am
test
ReplyJuly 1st, 2008 at 5:45 pm
hahaha…aku nampak kebijaksanaan kamu dalam karangan…. walaupun kita melalui semua itu… tetapi kepandaian karang mengarang cerita-ceriti apa pada kamu….
ReplyAku enjoy dgn nostalgia silam yang kau bawakkan…Bravo…
July 1st, 2008 at 5:48 pm
….satu permainan yang masih kekal sampai sekarang…
Reply….combat dan skg mengombet….(tak paham tak aper…)…hehe…
July 2nd, 2008 at 8:51 pm
Zol wrote:
Zol.. main combat dengan siapa Zol.. wahaha..
ReplyJuly 4th, 2008 at 11:25 am
Rasanye cerita zaman kanak2 kita hampir sama terutama yg tinggal dikampung2, kat bandar mungkin lain skit. syahdu gak bila diimbas kembali zaman kanak2 dulu… kalaulah bleh kembali dizaman tu, fuhhh manisnye…. berkubang dlm baroh tagap ikang masa musim kemarau, niruk, lastik burung, mandi sungai/pantai tahan pukat dimusim banjir, tahan ikang guna pelampung pelepah pokok sagu yg dipotong2 dan matakail diikat dengan tali nylon berumpankan cacing…. byk menda yg kita buat dulu samada permainan ataupun aktivi harian sungguh jauh berbeza dgn zaman skrg, kalau tengok budak2 skrg mana ada mcm zaman kita2 dulu, rempit2 x de, cume rempit ngan beskal je….
Masa zaman skolah rendah pulok yg ambe tak leh lupa, kalu x silap dlm matapelajaran geografi kita didedahkan dgn fakta asal-usul kejadian manusia, kita diperbodohkan dengan fakta asal-usul manusia dari beruk… masa ingat lagi gambar beruk2 tu? dari gambar yg ditonjolkan asal beruk bongkok pastu gambar kedua agak tegak skit dan seterusnye tegak… dan itulah manusia …. bodohnye kita smua masa tu…. mana pergi cerdikpandai masa tu??????????? dan, pada masa tu kita semua terima bulat2 je fakta…
ReplyJuly 4th, 2008 at 11:41 am
niruk tu apa cakna..
ReplyJuly 4th, 2008 at 4:52 pm
Niruk salah satu kaedah menangkap ikang air tawar dimusim kemarau dikawasan paya , paralatan niruk di buatan sendiri, x de jual mana2… dibuat drp kayu macam batang penyapu tapi panjangnye lebih kurang 2 depa dihujung kayu tu di pasangkan round bar berdiameter 5mm sepanjang 3 kaki.
ReplyBenda alah ni kita cucuk2 kan dalam kawasan yg dikenal pasti lubuk2 ikang, kalu terkena ikang batang niruk tadi akan bergetar2 pada masa tula kita ambik ikang tu yg masih melakat kat mata niruk..
Kaedah ni mungkin popular disesetengah daerah je..
July 7th, 2008 at 3:24 pm
aku pun dulu rase jgak zaman kanak2 mcm yang ko cerita tu.bab cerita kat sekolah,teringat aku kena rembat ngan pembaris kuning cikgu,tapi tak plak aku bagitau kat mak bapak aku,takut kena tambah lg.
ReplyJuly 19th, 2008 at 9:09 pm
korg tahu tak asal konda kondi. pls somebody help me. i tgh buat reseach ni. ss sgt nak tahu asal konda kondi ni…. somebody????
Reply