Aku di Labuan part 5
February 18th, 2009 by eddyra on StorySampai part 5 aku goreng cerita ni, tak tau lah OK ke tak, harap tak hangus lah.
OK sambung lagi cerita kita.
Hari minggu yang penuh boring, aku pusing town kemudian balik hotel, aku pusing town dan aku balik hotel semula. Dahh.. aku dah tak tau apa aku nak buat lagi di sini, bayangkan 30 minit sudah cukup untuk aku pusing bandar Labuan, permandangannya sama saja bah, deretan kedai kemudian ada kedai runcit, kedai jual tax free product, bar & pub, kedai jual kain baju… boleh kata sama je lah.. takde satu pun yang tak ada di Semenanjung. Jalan-jalan jumpa orang local, orang Tagalog, orang indon, orang sabah, orang sarawak.. tapi entahlah aku tak kenal yang mana satu local, yang mana satu philiphino yang mana satu sabah atau sarawak. Muka nak sama jer aku tengok, aku agak-agak dia orang pun ingat aku ni orang philiphino jugak lah.. he he he.. belasah jer lah, cuma kalau aku nampak awek perut boyot itu confirm philiphino.. wahahaha..

Dalam aku merayap-rayap di town Labuan tu aku mencari-cari wajah-wajah gadis local. Aku selalu dengar cerita kawan-kawan aku bercerita pasal ni, di Labuan, Sabah dan Sarawak ni terlalu banyak kaum dan keturunan, ada Kedayan, Melayu Brunei, Kadazan Dusun, Bugis, Bajau, Suluk, Iban, Murut, Bisaya, orang sungai, orang gunung dan aku pun tak tau dah.. so aku mencari-cari benarkah gadis-gadis suku kaum di sini cantik-cantik, kulitnya putih halus mulus giteww.. cari punya cari.. na’ada bah..
.. tentu wife aku gumbira menbacanya he he he.. Mungkin aku perlu ke Kota Kinabalu untuk melihatnya.

Aku naik bilik layan cerita apa entah, serius bosan nak mampus bah.
Lepas Asar aku turun lagi harap-harap ada sesuatu yang menarik di Labuan, aku akhirnya sampai lah di Siswazah Corner kat tepi Terminal Ferry Labuan. Aku macam orang bodo, duduk kat satu bangku dan order kopi O dan goreng pisang. Kopi O tak best, goreng pisang pun tak best, tawar bah.. kat Semenanjung orang jual goreng pisang nangka, best bro.. di Labuan dia orang jual goreng pisang tak sedap.. entah apa nama pisang tu, takpa aku beri nama “pisang tak sedap”.
Aku nak balikkk…
Maka duduk lah aku di situ sambil bertaffakur mengadap muara sungai, banyak kapal oil and gas kat sini masuk longside, vessel, workboat etc.. OK lah at least aku rasa teruja jugak dengan permandangan tu. Tapi aku cukup boring, tak tau nak bercakap dengan sapa, mati kutu aku dibuatnya. Aku terus mematikan kutu di situ sambil melihat orang-orangan lepak di kawasan tersebut.. entah sampai bila aku boleh bertahan di pulau ini. Tak terkira boringnya..

Aku nak balikkkk…!
Abis sessi mematikan kutu tu, aku naik bilik hotel, tengok dari tingkap.. itu jer lah dunia aku. Di Labuan pukul 6.30 sudah masuk waktu maghrib, waktu subuhnya entah lah pukul berapa, aku biasanya bangun dah nak abis subuh hahahaha.. astaga kata orang Labuan.
Malam tu, entah lah.. aku masub pub keluar pub, masuk lounge keluar lounge.. aku rasa semua tempat-tempat maksiat tu aku dah masuk dah di Labuan ni.. tapi apa yang aku cari? Apa yang aku dapat? Aku tak dapat apa yang aku cari di Labuan ni.. aku tak lah mencari Al Ghazali dalam pubs tu, karut lah korang ni.. astaga.
9th February 2009 Monday
Hari pertama di Labuan Yard, terletak di Kg Rancha-Rancha, kenapa nama dia gitu jangan tanya aku.. sama juga dengan nama Patau Patau, aku pun tak tahu kenapa nama tempat tu gitew..

Apa yang berlaku di yard, malas lah aku nak cerita bah, nanti naik darah tinggi aku kuang kuang kuang.. but anyway orang local di yard memang friendly dan yes dia orang memahamkan aku beberapa slange dan patah perkataan yang perlu aku tahu yang biasa di gunakan di Labuan..
bersambung…

February 18th, 2009 at 3:38 pm
goreng pisang sane xbesh ke?
Replype ramuan dowunk letak eik sampai jadi xbesh??
mukan ramuan dier sumer same ke?
o berkat tangan y watkan ia xsedap?
wahahhhha..
February 18th, 2009 at 4:31 pm
kalu dah bese ngan pisang gorengan semenanjung, mmg la lain dgn pisang gorengan borneo.kat semenanjung siap ikut belah utara selatan timur pantai.kalu selatan,pisang goreng cicah kicap kan?tak tau la, tp pisang goreng kt shah alam gtu la, org johor..sohor gak..jarang jumpa pisang goreng borneo bubuh kapur, psl tu jarang jumpa yg rangup
ReplyFebruary 18th, 2009 at 5:13 pm
enche eddy, lame lagi ke kat Labuan sane?
ReplyFebruary 18th, 2009 at 7:24 pm
Pe la yg nk di bosankan pembaca blog ni kan ramai yg gah wt keje kt labuan..calling2 je sudah..
ReplyFebruary 19th, 2009 at 2:10 pm
SERONOKNYER EN EDDYRA KT SN, SMP DA PART 5 CITER DR SN… HAHAHA
ReplyFebruary 19th, 2009 at 2:58 pm
enchek eddy amek la gambo awek2 sane especially yg perut boyot, upload cni..drpd sesajer mematikutukan diri
ReplyFebruary 19th, 2009 at 3:08 pm
penah dengar Labuan is well known with seafood….tak gi jalan2 carik makan ke bro?
ReplyFebruary 19th, 2009 at 10:44 pm
walaupun en xxs @ eddyra boring kat sana, tp kitorang tak boring baca citer en eddyra kat sini..duduk sana lama sikit,musti ada part 6,7,8,9..pulak pasni…hahaha
ReplyFebruary 19th, 2009 at 11:25 pm
blog ko ni la yg menghiburkan geng2 semenanjung di labuan yg senasib cm ko (akula tu).keep blogging bro!
ReplyFebruary 20th, 2009 at 11:30 am
pengalaman awak memang best untuk dikongsi
sila sambungkan lagi
ReplyFebruary 20th, 2009 at 12:13 pm
haha.. best bro topik ni.. terigt tym matrik dulu..saya dulu matrik labuan.. rindu plak bila d kenang blik.. kuar msuk jungle..hehe..usha2 ayam.. lpak kat uk.. 2 je yg ada.. haha.. pas2 pernah sekali tgk wayang kat labuan.. try bro cr x tahu masih ada ke x.. tmpat 2 x layak d pggl panggung wayang pun..hehe
ReplyFebruary 20th, 2009 at 9:42 pm
waiting…truutt truutt…biler arr aku di labuan part 6…
ReplyFebruary 20th, 2009 at 9:43 pm
huk huk huk abeh recent entries aku konker..nampak sgt takdo kijo
ReplyFebruary 20th, 2009 at 9:44 pm
THeEdge wrote:
ehh..recent entries lak..recent comments la..mintak mahap tuan direktor
ReplyFebruary 20th, 2009 at 9:46 pm
eddyra ni ******** ke?mcm penah dgr je (edit)
ReplyFebruary 21st, 2009 at 12:19 am
THeEdge wrote:
kak the edge,en eddyra tak kasi bagitau nama betul dia, kalaupun betul dia tanak ngaku….wakakaka..dio suruh oghe teko namo dio..
Reply(kawe back-up demo eddyra)
February 21st, 2009 at 8:29 am
along wrote:
PERDANA CINEPLEX LA TU KOT..
ReplyFebruary 21st, 2009 at 10:38 am
hantam sajalaa wrote:
wakakaka iyo ko? takpo,kakre2 dio edit, dio tuan direktor
ReplyFebruary 21st, 2009 at 9:13 pm
gapodio demoo..?
February 21st, 2009 at 9:17 pm
Hai kawan-kawan.. aku di Kundasang Sabah sekarang ni.. menjejaki puteri gunung kinabalu.. he he he ..nantikan cerita aku dari Sabah..
ReplyFebruary 21st, 2009 at 10:44 pm
kato doh..huahuahua
ReplyFebruary 22nd, 2009 at 8:39 am
err…komen yang ke 19 tu maknenye ape enche eddy?huhu
ReplyFebruary 22nd, 2009 at 9:39 am
Pak Pak kangkudo
Replysumusui doid jambatan
jambatan doid tamparuli
berkasut tinggi oku…
February 22nd, 2009 at 11:19 am
eddyra wrote:
sapo ni eddy?
ReplyFebruary 22nd, 2009 at 11:22 am
sapo dio dale gamba (comment 19) eddy?
ReplyFebruary 22nd, 2009 at 2:03 pm
awek mane tew????? heheh
ReplyFebruary 22nd, 2009 at 2:22 pm
awek tu rambut romantic curl ler…perghh…
ReplyFebruary 22nd, 2009 at 5:52 pm
cu r rambut awex 2, nant nk tiru r…hehehe
ReplyFebruary 22nd, 2009 at 6:08 pm
ejah aaaaaaa bro no phone dio, +knalan dr smnanjung,ko guano?
ReplyFebruary 22nd, 2009 at 10:55 pm
fuh…cun gak..
Replygeram aku …
nak nak nak….
oppss guau je :p
February 22nd, 2009 at 11:15 pm
perati2 eddyra ni sentimental jugak orgnya..dah byk blog aku masuk n baca, tp blog eddyra ni veteren mmg bleh lyn..blues..baru perasan byk lg entries rupanya nk dibace eheheh tak khatam lg ehek
ReplyFebruary 23rd, 2009 at 3:17 pm
my fault wrote:
pas ni entry en eddryra jd tempat mencari jodoh r….. hahaaha :-p
ReplyFebruary 23rd, 2009 at 3:38 pm
sajer jer enchek eddyra ni letak gambo tu nk wat org terwaiting2..ehek
ReplyFebruary 23rd, 2009 at 8:38 pm
hahah rilex lah.. nanti nanti lah aku cerita hahahah
ReplyFebruary 23rd, 2009 at 8:39 pm
aa rilexxx..
April 14th, 2009 at 3:10 pm
eddyra wrote:
ko tak p sandakan sabah ke??????????????
Replysna bleh than cantik gak pulau kat c2