Home » Story » Aku di Labuan part 2

17

Salam semua,

Aku masih lagi di Labuan. Boring yang amat. Sebenarnya banyak nak aku bercerita di sini walaupun dalam keboringan ini ada ceritanya.

Setibanya aku di Labuan 6th Feb 2009, malam tu kawan aku amik aku gi minum air kat kedai apa tah. Kat kedai minum di Labuan ni campur-campur, maksud aku kedai makanan halal pun ada Carlsberg ada Tiger semua tu, susah jugak lah aku ni. Kalo kat UK dulu boleh lah kata darurat ka apa ka.. So nak makan minum pun kena memilih jugak. Paling dekat dengan hotel aku pun kedai cina, tapi kawan aku selamba bodo je makan soto wahaha. Nak tak nak kalau malas nak jalan jauh layan kedai mamak je lah. Kedai mamak kat sini sama je mentaliti dengan kedai mamak KL nun, aku harap aku tak sakit perut, tapi mak aiiii mahal tu.. roti canai telur pun sampai RM2.00 satu, aku rasa telur ayam mahal kat sini tak pun ayam kat sini tak suka bertelur lah. Family planning la tu..

So malam tu, aku cukup keletihan sebab sebelum sampai di Labuan, sehari dua tu aku di KL uruskan kerja-kerja mendapatkan petronas license untuk kawan aku, GM pulak instructed aku kena gi jugak ke Labuan hari Jumaat tu, aku terpaksa drive ke Kemaman untuk kemaskan pakaian aku, tido 2-3 jam terus drive semula ke KLIA. What to do my friends… kerja. Sian pulak anak-anak aku, wife aku tu jangan cakap lah dah cukup 100 hari dah pun tapi aku kena tinggal jugak.. korang budak bujang apa tau.

6th Feb 2009, Saturday broo..
Bangun pagi, 7.30am dah berangkat ke Kg Rancha Rancha, fabrication yard. Adehh.. banyak yang nak kena aku tengok. Ni first time aku deal dengan Shell, dengar cerita strict giler. Pengalaman dengan Petronas dan Exxonmobil kira OK lah boleh runding-runding bahh.. dengan Shell dengar katanya payah bah.

Staff opis tak ramai, fabrication crew pun tak ramai sebab contract requirement masih belum complete lagi. Ini first time aku berhadapan dengan pekerja-pekerja local dari Labuan, Sarawak dan Sabah. So far OK mereka very friendly.

Lunch time, chow ke town .. makan-makan. Aku cakap kat boss aku nak balik tido sebab aku letih tak cukup tido. So naik lah aku ke bilik yang sekangkang kera lalu tido sampai ke petang nak masuk Maghrib. Letih mak aii.. kalau ada syabu ni boleh lah cerahkan mata he he he.. Maghrib awal bah sekitar 6.30pm gitu.

Lepas solat apa semua tu, aku keluar dari bilik tapi aku tak tau nak ke mana. Tengok kat luar kedai dah banyak yang tutup rapat, apa kejadah lah. Jalan lah aku slow-slow tengok apa-apa yang ada sekitar town tu. Masuk kedai mamak pekena roti canai dengan kopi O kaw. Dalam kepala otak aku ni duk pikir camana lah aku nak escape dari Labuan ni, apa alasan aku nak beri pada GM aku. GM aku pulak jenis takde tolak ansur, kalau aku cakap aku nak balik nanti mau selama-selamanya aku balik .. payahkan.

So apa aku nak buat.. aku buat bodo je lah selagi aku rasa aku mampu bertahan, aku akan bertahan di sini bah. Dulu tok guru aku ada cakap, orang-orang yang kenal Tuhannya dia tak akan rasa boring sebab Tuhan sentiasa ada di dalam hati dia, boring itu hanyalah satu perasaan dan isikan keboringan itu dengan mengingati Tuhan. Aku hantar SMS kat boss aku di Seri Kembangan, aku cakap aku boring di sini, dia replied: Adakah Vegas itu lebih menghiburkan dari Mekah.. muaahaha dalam maksudnya tu.

OK lah, aku terus merayap dari satu blok kedai ke blok yang lain.. entah apa yang aku cari aku pun tak tau. Takde apa lah, cuma yang bukak time-time gini kedai makan, kedai jual prepaid, kedai runcit, massage parlor, pub, karaoke, stesyen minyak (hahahhahahha) dan masjid.

My friends, am really bored! Alone…


Akon – Right Now (Na Na Na)

I wanna make up right now na na,
I wanna make up right now na na,
wish we never broke up right now na na,
we need to link up right now na na,
I wanna make up right now na na,
I wanna make up right now na na,
wish we never broke up right now na na,
we need to link up right now na na,

Sampai melekat lagu ni, duk layan pub hahahaha..

Patutlah di Labuan ni banyak pub, disco, karaoke.. sebab Labuan ni sebuah pulau yang boring. Aku rasa kalau Labuan ni takde pub, disco karaoke dah lama orang-orang minyak, orang-orang kapal akan mati dalam keboringan. Malam di Labuan adalah malam seperti tepi kubur.. he he he jangan marah orang Labuan.

Bukan kan perempuan, seorang lelaki kabaret pun takde untuk aku berbual. Bayangkan pilunya hati aku ni .. he he he. Kat tepi premis kedai pun boleh bilang dengan jari berapa kerat orang je yang ada.. last-last masuk pusat reflexsiology, massage kaki, abis RM40.00 sejam.. sambil tahan sakit sambil fikir apa aku nak buat lepas ni, tak kan aku nak gi qiamulail kat masjid pulak awal-awal ni. Dah takde apa nak buat sampai kaum cina buat tarian singa pun aku layannn.. duk sini dah 3 kali aku nonton tarian singa haha.

Malam tu juga kawan aku amik aku, kami masuk pub. Ginzi MTV. Adehh.. layan jer lah. Order coke, dia pun coke. Ramai pulak muka-muka Melayu kabaret dalam pub ni, sorang-sorang tak sadar diri teguk air haram kejadah tu. Mampus korang lah tak kan aku nak gi baca talkin pulak kat telinga dia orang kan.. Aku tak mungkin akan masuk tempat-tempat gini kalau aku tak boring.. dah takde arah tujuan dah..

Dalam pub ni ramai jugak philiphino prostitute aka ayam aka arroyo. Mau amput bah? Bayar RM300.00 boleh bawak balik bilik. Ada sesuatu yang menarik sebenarnya pasal ayam ni.. nak dengar tak? Nanti lah aku sambung, banyak gak photo nak upload tapi photo editor takde pulak kat cybercafe ni..

Related posts:

Nyanyian dari penjara
Mmm.. Nyanyian dari penjara. Aku rasa ramai orang yang dah dengar lagu ni. Aku tak pasti tentang keb...
Baby dumping
Most of us used to read it on the front page of the newspaper.. Body of baby found in dustbin. Teen ...
Ramai lelaki Malaysia mati pucuk?
Sebanyak 35 peratus lelaki berumur 40 tahun ke atas di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis menghadapi mas...

17 Comments

  1. baSIkaL_iDamaN says:

    saya berminat nak tau kesah selanjutnya encik eddy disana..
    tapikan..
    adakah encik eddy akan terus berada disana selama-lamanya?

  2. mandiawan says:

    Encik Eddy…. tak apalah duduk lama2 kat Labuan ok ape.. satu pengalaman yg baik….. buat kita yg jahil nak tau apa kisah seterus nya….

  3. mama_mia says:

    “aku rasa telur ayam mahal kat sini tak pun ayam kat sini tak suka bertelur lah. Family planning la tu..” hahaha. sambung2.. :D

  4. Cheeky_Rina says:

    Tak sabar ni nak dengar citer selanjutnya.. Agak2 ada tak gambar anak ayam, mak ayam dan bapak ayam yang en edd amik kat dalam reban ayam tu….

  5. babyhma says:

    “Aku tak mungkin akan masuk tempat-tempat gini kalau aku tak boring.. dah takde arah tujuan dah.. ”
    ape kate en.eddyra bw buku citer ke, komik ke, xpun ngaji,hehehe maybe leh hilangkan boring 2…… jgn marah ye en.eddyra, :-)

  6. ayien says:

    wahahhhhh…edy.post la pic..aku nk tgk cmne rupe aym2 kt sna…mueehhhehehe..

  7. Mat Syah says:

    Oooo…monteng ye…Nk habaq Kat GM.Dia ade kat MIRI ni…

  8. jaja behh says:


    bro … RILEX…..layan lagu ni dulu bahh

  9. jaja behh says:

    lagi satu bro…kalau bosan- bosan tu takder mender nak buat , sila lah jawab TAG ambo kat fotopages – http://arizaaris.fotopages.com , yang lain kalau bosan pun bleh jawab gak…eheheheheh. ar apa lagi..sila lah jawab :p

  10. vulanut says:

    bro, kalau ko turun kk, contact aku. aku bawa kau tengok ayam-ayam power. ayam kat labuan tak fresh la bro. tapi memang kat labuan memang boring duk lama2 bro kalau setakat layan coke je. hehe.

  11. pataupatau says:

    lagu akon?ni kalau bkn 129 mesti kt tiptop!tp aku lama sudah x singgah itu tempat2 semua.pening bah!ayam rm300 eh?dh naik ke rate die?setau aku rm250.ko stay mane skrg?maybe kite bole sembang2 kt kedai mamak choice ke,kite layan coke suda…

  12. E&I says:

    relaks ar brader eddyra aku pun xckup tido gak satu hari 3 jam je aku tdo..gara2 megamethanol nye projek..0530 dah bgun mandi & slat..masuk kje kul 0700 time balik sedar2 dh kul 12 mlm..try la gi restoran malindo kt blakang ambassador hotel..sedap gak..byk choice..org islam punya tu..pagi semalam aku de gak nmpak brader dari sarku eng kt hotel global ni..mungkin brader eddyra kot tp mls nk tegur takut salah org plak..kalau ada masa bleh la kita gi lepak mkn2..amacam bro???

  13. jaja behh says:

    wah…..en. eddy cam artis suda….. :p

  14. fatimberlake says:

    Salam,

    Skang tgh dry dock kt Singapore..nak makan mmg susah sbb byk yg HARAM payah nak HALAL
    Disco mmg kene pegi la..supritendent ajak pegi, mcm2 ayat pancing dier bagi
    Suasana yg boleh jadi pekak..ayam2 murahan dok gesel2 badan kat kita
    wahaha..adik pon naik turun naik turun
    Minum coke dlm tin je..or takyah minum langsung..dahaga takpe
    Tp massage kene tgk tempat yg btol2 sebab kang kene tipu
    Ini dok massage konek ape cete..ini dah lain
    Sini mahal $100 per ayam…tp terbaik dari ladang

    Sumer terserah pd diri sendri n ingat Tuhan
    Tp setan2 kat disco mmg kuat..kalo tak mampu lwn jgn pegi

  15. E&I says:

    Ni gambar kawan masa di Petronas Megamethanol Labuan..

  16. baSIkaL_iDamaN says:

    [quote comment="7188"]Salam,

    Skang tgh dry dock kt Singapore..nak makan mmg susah sbb byk yg HARAM payah nak HALAL
    Disco mmg kene pegi la..supritendent ajak pegi, mcm2 ayat pancing dier bagi
    Suasana yg boleh jadi pekak..ayam2 murahan dok gesel2 badan kat kita
    wahaha..adik pon naik turun naik turun
    Minum coke dlm tin je..or takyah minum langsung..dahaga takpe
    Tp massage kene tgk tempat yg btol2 sebab kang kene tipu
    Ini dok massage konek ape cete..ini dah lain
    Sini mahal $100 per ayam…tp terbaik dari ladang

    Sumer terserah pd diri sendri n ingat Tuhan
    Tp setan2 kat disco mmg kuat..kalo tak mampu lwn jgn pegi[/quote]

    luncah2..wahahhaaa…ampon..:P

Leave a Reply