Puasa yang aku tahu
September 6th, 2008 by eddyra on SketsaRamadhan datang lagi.
Tok guru aku dulu ada berpesan cara-cara ahli sufi berpuasa. Puasa makan minum, puasa mata, telinga, lidah, hati dan semua anggota pancaindera yang lain. Ahli sufi berpuasa kerana Allah. Allah mewajibkan puasa ke atas setiap orang yang beriman, Allah tak sebut ke atas setiap orang Islam. Patut ler ramai orang Islam yang bukak puasa time lunch..
Asal puasa je malas, letih, ngantuk dan insomnia
Aku pun puasa, sebab bulan Ramadhan tu bulan diwajibkan berpuasa. Iman orang awam macam aku ni, puasa tahan lapar jer ler. Dari waktu Subuh sampai Maghrib letih, tahan lapar, dahaga dan rokok. Nak cakap pasal pahala puasa, jauh sekali ler. Iman orang awam, gitu lah. Gi kerja macam biasa tapi godaan nak suruh aku tengok benda karut itu benda karut ini, dengar orang buat ketupat, macam-macam lah. Non muslim togok air depan aku tu aku tak kebulur pun, tapi bau rokok time puasa ni mak aii busuk nak mampus. Baru ku tahu rokok tu mengeluarkan bau yang amat busuk!
Kadang-kadang aku kagum dengan mereka yang control diri masa berpuasa ni, mereka-mereka ni banyak mendiamkan diri dari duk bercakap perkara-perkara yang bodo, bercakap pasal orang lain, buat ketupat dan sebagainya. Dah lah gitu, kerja kuat macam hari biasa.

Masa aku bebudak dulu, aku puasa lah jugak. Puasa budak-budak. Tengok bonda aku takde curi lah apa-apa yang patut kuih ka, biskut ka roti ka telan lah. Masuk toilet minum air pipe. Time berbuka tu, buka puasa sama-sama. Kalau terminum termakan ustaz kata takpe sebab tak sengaja, banyak lah lepas tu yang aku ter’taksengaja’ makan minum. Kira OK lah kan, malaikat tak tulih lagi masa tu. Dah besar masa sekolah menengah pun ada juga masa datang uzur haid ni, beli air bungkus masuk kedai cina teguk jer.. lewat dah dekat pukul 4 petang.. wahaha.. bodo betul.. kira OK lah hari last puasa, esoknya memang dah raya pun, aku ikut Arab Saudi raya satu hari awal. Aku tak lah macam orang lain yang hari-hari beli nasi bungkus tu… itu memang ada uzur haid sebulan tu. Kwang kwang kwang..
Cuma bila dah ada akal Tuhan beri lebih sikit ni, aku (dan korang yang sama dengan aku lah, tak kan aku jer) terima perintah Allah ni dan jalankan sebaik-baiknya. Itu kata orang iman tu ada naik ada turun.
Kadang-kadang tu, tengah kita duk diam-diam berjiwang dengan Tuhan masa puasa ni, masa itu lah ada orang datang bawak ketupat, tak reti-reti beza bulan puasa dengan bulan tak puasa. Bengang betul. Dari pagi sampai ke petang macam orang alim, tak dengar lagu MP3, tak bukak web panas, jaga lidah, jaga mata jaga telinga.. suka sangat dah rasanya boleh control, tapi bila balik dah balik opis gi cari kuih kat pasar Ramadhan aduhaiii .. abis bangg.. abiss! Mata duk melilau cari kuih muih tu tup-tup terpandang lah Melayu Islam yang pakai t shirt ketat duk jaja buah betik. Nak tengok takut sia-sia control jadi alim dari pagi, tak nak tengok benda free.
Nyumpah-nyumpah dalam hati, tak reti-reti nak pakai pakaian yang sopan ke? Nak pakai sangat pun pakailah lepas berbuka nanti.. hehehe. Eh salah ke aku cakap ni? Benda betul bang.. kita bukannya taraf wali yang boleh butakan mata sebab takut tengok fitnah wanita ni. Kisah benar apa, dia butakan matanya sebab takut tengok fitnah wanita ahli mesyuarat tingkap ni
Masa duk cari kuih muih itu ler dia orang nak himpit-himpit nak gesek-gesek. Astaga jangan kan aku, tok imam pun rebah bang.. bak kata Ina Naim takkan ku rebah di kaki cinta cewah.. karut semua tu.. karut. Bagi aku lah baik aku cari kuih muih dan lauk untuk berbuka tu kat tepi-tepi jalan jer dari mengarut sampai ke centre macam tu.
Abis berbuka puasa, sambung nyawa sebatang dua tiga empat batang. Kalau hisap rokok tu sambil berdiri eloklah duduk cari kerusi ke bangku ke, silap gaya boleh tumbang sebab supply nicotine baru masuk. Perhh.. bahagianya rasa, macam mat rempit dapat bohsia.
Malas memang malas pun, dah memang malas dah, start motor gi masjid untuk tarawih. Hari pertama sampai seminggu OK lah sampai penuh masjid, mat-mat rempit pun ada bang.. lepas tu separuh je yang gi tarawih. Yang lain jadi imam tarawih dengan anak bini kat rumah agaknya, tak pun gi sambung merempit.

Kena tok imam yang baca surah panjang-panjang aduhaii kalau boleh nak suruh imam tu ganti dengan orang lain. Nak abis 2 rakaat pun dekat 10 minit.. kalau aku sendiri dah lembik lutut tak tau lah makcik pakcik veteran tu camana. Masa budak-budak dulu aku suka cari surau yang tok imam baca laju tu, al fatihah senapas jer.. hahaha.. orang yang tahu muafik masbuk memang suka ler imam laju ni.
Habis 8 rakaat tarawih, masing-masing bangun tak tunggu tok imam solat witir kununnya nak sambung solat kat rumah, nak buat solat istikarah, solat hajat dan sebagainya.. tapi sampai subuh pun 8 rakaat tu gak la.. aku la tu.. macam korang la jugak.
Bagi gang-gang sufi ni, abis 8 rakaat di surau ni mereka sambung lagi dengan ibadat-ibadat lain di rumah, atau terus stayback kat surau masjid tu. Itu yang ada hadis ka apa yang duk nasihat tinggalkan isteri malam-malam terakhir Ramadhan. Kena pulak isteri yang baru online lepas seminggu offline.
Aku sempat ke Masjid Ladang, di Kuala Terengganu sekitar jam 3-4 pagi 5-6 tahun lepas, tengok orang-orang yang Tuhan pilih ni buat qiamulail. Tersentuh jugak lah hati ni, dalam ramai yang syok tido sambil peluk bini masih ada yang mencari-cari di mana malam yang di sebut-sebut malam yang lebih besar dari 1000 bulan. Mengalir air mata bang.. jauhnya aku ni.
Tidur nak tunggu sahur pun satu hal, aku memang lah tak tidur, aku ada insomnia.. yang cari penyakit nikah dekat dengan bulan puasa tu apa hal. Gaduh sekali mandi wajib sebelum masuk Subuh takut puasa tak sah. Adeii.. mana kitab kata puasa tak sah ni.
Tok guru aku ada pesan, kalau dah tak tahan sangat tu minum air dulu baru nak buat kerja tu, saja-saja ke kena kifarah 3 bulan puasa. Lebih-lebih lagi kalau laki baru balik dari offshore 3-4 minggu tak jumpa bini, sampai je rumah kalau nampak laki tu muka macam kucing jantan mengiau tengah-tengah malam tu, gi dapur teguk la air dulu.. wahaha.. pesanan Tok Guru aku lagi masa buat kerja tu, hati-hati masa nak masuk waktu Subuh. Kadang-kadang kita terlupa masa ‘tut’ tu orang sedang azan Subuh, itu yang kena kifarah 3 bulan puasa tu. Sorry lah orang jahil sampaikan ilmu yang sebesar bunga kuku ni.
Masuk minggu ke dua, tinggal 2-3 saf.. lain-lain sibuk gi cari baju raya kuih raya. Apasal eh gitu? masuk minggu terakhir tinggal tok imam dengan sebaris makmum jer. Patutlah 10 hari terakhir tu ulamak kata adanya malam Lailatul Qadar, hanya mereka-mereka yang masih dalam istiqamah jer yang jumpa malam tu. Malam-malam terakhir tu la yang best gi mengarut cari kuih raya, tengok orang jual kuih raya, tengok orang cari kuih raya dan merempit.. tak kan ku rempit di kaki kubur.

Tarikh mula puasa dah lama tau, tarikh raya pun .. tahun lepas dah tau dah bila raya Aidilfitri 2008 ni. Kalau kita imbas semula 30 tahun lalu, berkumpul depan TV tunggu Penyimpan Mohor Besar nak umumkan tarikh raya, suspen punyalah. Kalau raya jatuh keesokan harinya, suka tak terkira. Kalau kena lusa memang takde thrill nak sambut raya punyalah.
Lepas puasa.. raya. Dah puasa.. raya lah. Kalau panjang umur jumpa Ramadhan tahun depan pulak. Gitu je la selagi tak rasa kebesaran bulan Ramadhan dan kelebihannya.
Itu je lah puasa yang aku tahu….



September 6th, 2008 at 6:41 am
cerita puasa pun blues la bang eddy.. layannn..
ReplySeptember 6th, 2008 at 6:44 am
saya sayang awak wrote:
layan je lah.. tido dulu lah dah 6.44 am ni.. baru rasa ngantuk ooooo.. good nite!
ReplySeptember 7th, 2008 at 1:01 am
En Eddyra
ReplyTAk hilang lagi ko punya isomia ye…..
Kalau ikut company lepas lepas mau 3 - 4 keping surat warning
he he he he senut pasal surat warning
Teringat plak kat c jessy……….
September 7th, 2008 at 1:12 am
hashim habeed wrote:
oh en hashim.. jessy itu kah.. adeh ibu tiri yang hampes. Macam biasa lah en hashim, insomnia tak abis abis.. harap company baru ni bagi bonus untuk orang insomnia.. haha
ReplySeptember 7th, 2008 at 8:55 am
lea wrote:
Erm..macam best je part ni enche eddy…oo..fitnah wanita ahli mesyuarat windows ye….kak fatiah,smartebiz,cikgu…meh sini cepat2..kasi bakar same enche eddy ni..hehe..
kitorang takde mase la nak pakai baju ketat2 n tunjuk ape2 yang tk patut enche eddy..yang pakai macam tu, budak2 yang tak cukup akal je…:)
ReplySeptember 7th, 2008 at 2:06 pm
lea wrote:
bukan lah saya maksudkan cik-cik dan puan-puan semua.. saya tahu cik-cik dan puan-puan semua orang baik-baik. Ini ahli mesyuarat tingkap zaman dulu ni.. zaman para sahabat ni…
ReplySeptember 8th, 2008 at 7:57 am
bulan puasa ni …hehehe salah satu cara natural family planning
kemaman kat mana bazar ramadhan best?
ReplySeptember 8th, 2008 at 8:30 am
che bedah wrote:
Natural family planning.. jangan plan untuk give birth dalam bulan puasa ka apa zu? hehe kang ada yang salah tafsir.
Bazar ramadhan Kemaman, ada di depan TNB dan depan Pantai Selamat.. se lagi dekat Pasar Binjai.. OK lah nak perabih kan pahala puasa..
ReplySeptember 8th, 2008 at 9:42 am
Sy ke bazar ramadhan sabtu lepas…mak ai…ramainyer org. Org nengok/membeli juadah berbuka ramai, org yg menengok org membeli pn ramai…sy le tu…banyak sgt pilihan mcm rasa x terpilih. Selalu sy kalo nak beli suka cari tempat yg sedap, biasa n x crowded sgt. Kurus pahala pose kat tempat ramai org nie…x gitu en eddyra…
ReplySeptember 8th, 2008 at 11:05 am
jem abih jalan…kalau wat kat padang MPK tu..alamatnya..jauhla nak masuk simpang ke rumah saya….last year jem yarabbi…
ReplySeptember 8th, 2008 at 11:55 am
en. eddyra tompang tanya, dengarnya kat Kemaman ada klinik yg mengubat secara medical dan tradisional…kat area mana ya?
ReplySeptember 10th, 2008 at 7:52 am
eddyra wrote:
Aaah… tahu takpe. Anyways benda free tak semuanye bagus- lebih banyak tak baik dari yg baik.
ReplySeptember 10th, 2008 at 8:08 am
lea wrote:
Enche Eddy kalau mcm2 lagi nanti kita ramai2 keroyok dia ok Lea. Anyway saya tumpang cut and paste here because I want to share the lesson in this beautiful story written by Muhammad Ali’s daughter. Read on guys…
“If memory serves me correctly, I was wearing a little white tank top and a short black skirt. I had been raised Orthodox Muslim, so I had never before worn such revealing clothing while in my father’s presence. When we finally arrived, the chauffer escorted my younger sister, Laila, and me up to my father’s suite. As usual, he was hiding behind the door waiting to scare us. We exchanged many hugs and kisses as we could possibly give in one day. My father took a
Replygood look at us. Then he sat me down on his lap and said something that I will never forget.
He looked me straight in the eyes and said, “Hana, everything that God made valuable in the world is covered and hard to get to. Where do you find diamonds? Deep down in the ground covered and protected. Where do you find pearls? Deep down at the bottom of the ocean covered up and protected in a beautiful shell. Where do you find gold? Way down in the mine, covered over with layers and layers of rock. You’ve got to work hard to get to them.”
He looked at me with serious eyes. “Your body is sacred. You’re far more precious than diamonds and pearls, and you should be covered too.”
Source: More Than A Hero: Muhammad Ali’s Life Lessons Through His Daughter’s Eyes
September 10th, 2008 at 8:30 am
fatiah wrote:
wah..kak fatiah..meremang lak bace cite ni..huhu…
ReplySeptember 10th, 2008 at 8:33 am
err.. ada meeting kat Awana Kijal jap.. hehehe
ReplySeptember 10th, 2008 at 8:42 am
Sama-sama lah kita jauhkan diri kita dari hanya mendapat puasa kering.. hehe
ReplySeptember 10th, 2008 at 10:01 am
lea wrote:
Thanks Kak fatiah. Sy pernah dengar cite nie dulu…
ReplySeptember 10th, 2008 at 12:05 pm
eddyra wrote:
Takutnya dengar… para sahabat x sahabat sgtlah. TP x pakai benda2 mcm tuh..
ReplySeptember 10th, 2008 at 12:09 pm
lea wrote:
Meremang adoi…
Reply