Peraduan Celcom 100 Toyota Camry haram

June 9th, 2008 by eddyra on Sketsa

Astagfirullahalazimmm.. 3x

Celcom (M) Bhd menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya menerusi peraduan ‘Celcom 100 Hari 100 Kereta’. Sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pemenang peraduan berkenaan.

Pelanggan perkhidmatan Celcom yang berminat menyertai peraduan itu hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor xxxxx. Promosi itu terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baru Celcom.

Pelanggan yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat serta mendapat mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang. Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi tambahan sebuah kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu.

Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5.

Aku punya comments lah. Haram atau tidak sesuatu peraduan/pertandingan bergantung kepada unsur-unsur yang terdapat di dalamnya. Kalau ternyata haram, maka haram lah dan tak perlu kita nyatakan sebaliknya.

Kalau menurut www.zaharuddin.net ustaz Uzar secara terang beliau menyatakan peraduan ini ada berunsur perjudian.

Sekali SMS kena charge RM5. Awal-awal dah terkena. Di web ustaz berkenaan aku terkedu melihat satu comment yang di tulis, mintak kebenaran untuk copy dan paste di blog ini:

Written by rahim on 2008-06-04 09:58:03

Assalamualaikum,
Saya nak kongsi pengalaman. Saya dah sertai peraduan ini pada hari mula2 dilancarkan iaitu pada 2/6/08. Saya mula hantar sms pukul 9 pagi (2/6/08) setelah saya masuk laman web mereka dan dan kaji syarat2 penyertaan. Tujuan saya mendedahkan perkara ini adalah untuk kebaikan semua agar rakyat malaysia jangan sesekali terpengaruh dengan peraduan ini.betul kata Uztaz.. memang ianya JUDI.

a) saya kerugian RM460 kerana menjawab soalan2 yg diberikan. 1 jawapan yg dihantar=rm5
b) mata yang saya dapat 145,000 mata tapi x menang juga
c) solan yg disediakan amat mudah. ini strategi mereka untuk dapat RM5 tu, bukan nk menguji peserta. Sesiapa pun boleh jawab.
d) setiap soalan disertakan dengan kata2 pujian terhadap anda, dan perkataan yang seolah2 anda adalah pemenang kereta tersebut. ini menyebabkan anda teruja dan terpengaruh untuk terus menghantar jawapan.

Saya rasa selepas ini ramai yang sengsara dengan bil melambung. Yang menang seorang saja. Bayangkan kalau seorang rugi RM400, kalau 20000 org dah RM8 juta mereka dapat. Pihak berkuasa tolong lakukan sesuatu, jangan sengsarakan rakyat malaysia. Saya bukannya dengki kerana tak menang tapi saya dapat merasakan ramai yg terjebak dengan peraduan ini. Beritahu kepada kawan2 dan saudara mara bla bla bla….

Terpulang kepada anda, aku tak tergoda dengan benda-benda gini. SMS untuk Akademi Fantasia pun tak, apatah lagi dengan benda-benda yang belum tentu dapat ni.

Siapa tak mau Camry? Semua orang mau.. aduhai mudahnya kita kena kelentong.. It’s not a case of sour grapes lah, kalau tak dapat banyaklah aku punya alasan. Tapi pernah dengar tak pepatah kaki judi, you wont win a lottery until you buy it.. lebih kurang lah.

18 Responses to “Peraduan Celcom 100 Toyota Camry haram”

  1. 1
    zuraimas Said:

    Saya juga mahu Camry. Semenjak dari hostel sekolah lagi.

    Reply
  2. 2
    sipuri Said:

    lebih baik masuk Sijil Simpanan Premium..
    kalau LUCKY, dapat hadiah.
    errr… tapi, saya tak menang-menang lagi..
    huhuhu..
    tapi, back to peraduan CELCOM, yelah, dah nama peraduan, senang je rambang mata..

    Reply
  3. 3
    eddyra Said:

    zuraimas wrote:

    Saya juga mahu Camry. Semenjak dari hostel sekolah lagi.

    zuraimas mana ni..

    Reply
  4. 4
    zuraimas Said:

    Saya Zuraimas la bang..abang masih buat siri bercakap dengan jin lagi ke?

    Reply
  5. 5
    zuraimas Said:

    oh ye bang..Usop Wak Sir saya dengar cerita ada di Melaka sekarang.

    Reply
  6. 6
    eddyra Said:

    bercakap dengan jin mana pulak ni.. jin pakai tonceng ke?

    Reply
  7. 7
    Ana Said:

    masa dia bagitau kita dikenakan caj rm5 lagi dah tau benda ni tipu.. kiri kanan kena tipu..
    kanan kena tipu ngan pak lah..
    kiri kena tipu dengan syarikat tembolok besar..
    pendek kata.. kita rakyat ni lah yang terkena..

    Reply
  8. 8
    eddyra Said:

    Ana wrote:

    masa dia bagitau kita dikenakan caj rm5 lagi dah tau benda ni tipu.. kiri kanan kena tipu..
    kanan kena tipu ngan pak lah..
    kiri kena tipu dengan syarikat tembolok besar..
    pendek kata.. kita rakyat ni lah yang terkena..

    so rakyat kena lah cerdik jangan sampai kena tipu .. kan ana

    Reply
  9. 9
    zuraimas Said:

    ha ha ha

    Bukan abang ke yang berdialog dengan jin masa Abang tengah ambik SPM di Aspura, masa ada satu mamat yang kena rasuk hantu tiap-tiap malam tu.

    Abang ingat lagi rumah sewa belakang sekolah?

    ha ha ha

    Reply
  10. 10
    eddyra Said:

    zuraimas wrote:

    ha ha ha

    Bukan abang ke yang berdialog dengan jin masa Abang tengah ambik SPM di Aspura, masa ada satu mamat yang kena rasuk hantu tiap-tiap malam tu.

    Abang ingat lagi rumah sewa belakang sekolah?

    ha ha ha

    ohh.. ingat jin pakai tonceng mana tadi..
    Zuraimas adik pada prefect nama apa eh? Abang awak nama apa lupa la pulak.. Adi ka apa nama dia.

    Cerita jin aprit yang masuk dalam tubuh Al Fakir tu yer.. wahaha.. tapi serius memang sampai hari ni tak leh lupa cerita tu. Kejap jadi orang kejap jadi Al Fakir.

    Reply
  11. 11
    zuraimas Said:

    abang saya nama Musaidi.

    Abang masih ingat pada Adenan? Dinza? Awi?

    he he

    Reply
  12. 12
    zuraimas Said:

    oi..gua member musaidi aa, member adenan jugak. Rumah sewa sebelah rumah Kemboja

    ha ha

    gua google nama zuraimas. Jumpa lu

    Reply
  13. 13
    eddyra Said:

    Adenan? Dinza? Awi? semua ingat tu.. Adenan tu apa nama glamer dia, wada ka apa. Dinza duk kat roundabout Chabang Tiga entah kat mana dia sekarang. Awi lost contact.. semua ni senior aku kecuali wada tu batch zuraimas.

    Oh yer Musaidi .. ingat Adi jer. Ramai lagi masa tu Sedi Black sekarang di DBP KL, Duan Leger (Ust Ridhwan Mohd Noor, PAS Pusat)

    Reply
  14. 14
    jaja behh Said:

    wah ,en. eddy bercakap dgn jin? Jin Super Power eh….akakaka. tak yah pakai celcom eh , caya lah en.eddy

    Reply
  15. 15
    eddyra Said:

    Jin super power tu iklan laki bini minum super power.. kelentong betul lah iklan tu.

    Bukan bercakap dengan jin, kita orang masa tu diminta oleh al fakir untuk membantunya melepaskan jin di dalam tubuhnya.. so kita orang ni berdialog lah dengan jin aprit tu.. wah masa tu angin kuat bertiup, degung degang pintu tingkap terbuka tertutup.. tragis sungguh haha

    Reply
  16. 16
    waliz Said:

    ya allah…eddyra & zuraimas…. jadi ruang jejak kasih la pulak… takpe teruskan…. saya buat2 tak dengar je ok…

    kesimpulannya jgn masuk apa2 peraduan pun.. kalau nak sgt camry simpan duit dulu.. kalau tahu tak mampu tak payah beli… lgpun minyak dah naik.. pakai kancil pun takpe asalkan sampai…

    Reply
  17. 17
    firdaus Said:

    staf kat ofis saya ada 2 orang dah rugi. paling banyak rm2000, msg datang x henti2, sorang lagi rugi dekat rm200.

    Reply
  18. 18
    eddyra Said:

    firdaus wrote:

    staf kat ofis saya ada 2 orang dah rugi. paling banyak rm2000, msg datang x henti2, sorang lagi rugi dekat rm200.

    itu lah firdaus, kita ni mudah sangat kena kelentong.. hati-hati.

    Reply

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Any view or opinion represented in the blog comments are personal and is accredited to the respective commentor / visitor to this blog. The owner reserves the right to moderate comment suitability in support of respecting racial, religious and political sensitivities.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me