Penyebaran gambar post mortem Nurin

October 9th, 2007 by eddyra on Sketsa

Aku cukup marah, bengang, sakit hati dan frust dengan mereka yang tidak bertanggung jawab menyebarkan gambar post mortem adik Nurin Jazlin melalui email. Perbuatan ini bukan saja tidak bertanggung jawab, malah mendatangkan aib kepada pihak lain. Akal ada tapi sayang nak guna pada perkara yang betul. Apa kejadah punya kerja macam ni..


Photo post mortem Nurin Jazlin yang tersebar melalui email.

Pihak polis akan mengambil tindakkan kepada mereka yang terlibat. Elok la tu, memandai-mandai buat kerja kurang cerdik, dah dapat mereka yang sebar tu elok ditelanjangkan mereka pulak.


KUALA LUMPUR 9 Okt. - Ekoran tersebarnya berita hari ini bahawa gambar-gambar autopsi kanak-kanak yang mati dibunuh Nurin Jazlin Jazimin disiarkan dalam Internet, polis memberi amaran keras bahawa tindakan akan diambil terhadap sesiapa yang mengedarkan gambar berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kesal dengan apa yang berlaku yang mengaitkan pembunuhan kejam kanak-kanak berumur lapan tahun itu begitu rupa.

“Saya telah melihat gambar-gambar yang disiarkan melalui e-mel dan telah membuat laporan.

“Penyiasatan sedang dijalankan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan saya memberi amaran keras kepada sesiapa yang menyebarkan gambar-gambar itu supaya berhenti berbuat demikian atau menghadapi risiko didakwa mengikut OSA atau didakwa memiliki bahan-bahan lucah,” katanya.

“Saya tujukan amaran ini khususnya kepada anggota saya sendiri (polis) kerana mereka yang mempunyai akses secara langsung kepada gambar berkenaan dan juga sesiapa yang kini memiliki gambar itu,” Datuk Khalid Abu Bakar.

Nurin dilaporkan hilang pada 20 Ogos selepas dia seorang diri pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju di sini.

Pada 17 September, mayat kanak-kanak itu yang dalam keadaan bogel ditemui disumbat dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di depan sebuah kedai di Petaling Jaya.

Hasil bedah siasat mendapati dia didera secara seksual, dengan terung dan timun dimasukkan ke dalam kemaluannya.

Polis menahan lima orang, termasuk seorang wanita, berhubung kes pembunuhan itu 10 hari selepas mayat kanak-kanak itu ditemui tetapi hanya wanita itu masih ditahan reman.

Empat lelaki terbabit dilepaskan empat hari kemudian setelah ujian DNA yang dilakukan terhadap mereka tidak sepadan dengan bahan asing yang ditemui pada mayat Nurin.

Menyifatkan penyebaran gambar-gambar itu sebagai perbuatan yang keji, Khalid berkata, kemungkinan pihak lain juga memilikinya.

Ditanya jumlah gambar yang dipaparkan dalam internet, beliau berkata: “Banyak, kira-kira seluruh set gambar berkenaan.” - Bernama

10 Responses to “Penyebaran gambar post mortem Nurin”

  1. 1
    waliz Said:

    Stupid, idiot, moron B******d…!!! wht else uhh?

    Reply
  2. 2
    eddyra Said:

    sebenarnya aku tak nak blog aku ni kotor dengan kata-kata kesat, kalau ikutkan hati aku, dah lama aku carut kat sini pasal gambar-gambar yang tersebar ni.. mangkuk hayun betul.

    Reply
  3. 3
    waliz Said:

    hey..lama tak dengar perkataan ‘mangkuk hayun’ tu…u dulu sekolah menengah kat mana?i budak sekolah sains..

    Reply
  4. 5
    sue Said:

    kesian sgt2 kat family adik nurin nih…saya pun ader adik jugak..kdg2 takut nak biar dia kuar sensorang…saya doakan semoga arwah berada dlm keadaan yang tenang dan binatang yang kejam itu diseksa smp mati…

    Reply
  5. 6
    zaha Said:

    BODOH lah, BODOH
    binatg yang bertopengkan manusia yang sampai ati buat mcam tu pd budak.

    Reply
  6. 7
    zaha Said:

    BODOH lah, BODOH
    binatg yang bertopengkan manusia yang sampai ati buat mcam tu pd budak.
    xada ati manusia lgsung.

    Reply
  7. 8
    hana_hanis Said:

    she not deserved to get that teribble died..she,s only 8 years old..

    Reply
  8. 9
    Shah Said:

    Jgnlah disamekan meraka itu dengan binatang… sesungguhnya binatang tue lagi elok dari mereka… mereka tue syaitan yang bertopengkan manusia… sebab satu hari nanti neraka jahanam lah duduknya… kalo aku dapatlah syaitan yang sebar bende nie nak jer aku telanjang kan die plak pastu lepaskan jer syaitan nie kat tengah pekan… bio padan ngan muker… haram jadah tul…

    Reply
  9. 10
    name Said:

    hmmm…mb its true ,

    Reply

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Any view or opinion represented in the blog comments are personal and is accredited to the respective commentor / visitor to this blog. The owner reserves the right to moderate comment suitability in support of respecting racial, religious and political sensitivities.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me