Penyebaran gambar post mortem Nurin
October 9th, 2007 by eddyra on SketsaAku cukup marah, bengang, sakit hati dan frust dengan mereka yang tidak bertanggung jawab menyebarkan gambar post mortem adik Nurin Jazlin melalui email. Perbuatan ini bukan saja tidak bertanggung jawab, malah mendatangkan aib kepada pihak lain. Akal ada tapi sayang nak guna pada perkara yang betul. Apa kejadah punya kerja macam ni..

Pihak polis akan mengambil tindakkan kepada mereka yang terlibat. Elok la tu, memandai-mandai buat kerja kurang cerdik, dah dapat mereka yang sebar tu elok ditelanjangkan mereka pulak.
KUALA LUMPUR 9 Okt. - Ekoran tersebarnya berita hari ini bahawa gambar-gambar autopsi kanak-kanak yang mati dibunuh Nurin Jazlin Jazimin disiarkan dalam Internet, polis memberi amaran keras bahawa tindakan akan diambil terhadap sesiapa yang mengedarkan gambar berkenaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kesal dengan apa yang berlaku yang mengaitkan pembunuhan kejam kanak-kanak berumur lapan tahun itu begitu rupa.
“Saya telah melihat gambar-gambar yang disiarkan melalui e-mel dan telah membuat laporan.
“Penyiasatan sedang dijalankan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan saya memberi amaran keras kepada sesiapa yang menyebarkan gambar-gambar itu supaya berhenti berbuat demikian atau menghadapi risiko didakwa mengikut OSA atau didakwa memiliki bahan-bahan lucah,” katanya.
“Saya tujukan amaran ini khususnya kepada anggota saya sendiri (polis) kerana mereka yang mempunyai akses secara langsung kepada gambar berkenaan dan juga sesiapa yang kini memiliki gambar itu,” Datuk Khalid Abu Bakar.
Nurin dilaporkan hilang pada 20 Ogos selepas dia seorang diri pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju di sini.
Pada 17 September, mayat kanak-kanak itu yang dalam keadaan bogel ditemui disumbat dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di depan sebuah kedai di Petaling Jaya.
Hasil bedah siasat mendapati dia didera secara seksual, dengan terung dan timun dimasukkan ke dalam kemaluannya.
Polis menahan lima orang, termasuk seorang wanita, berhubung kes pembunuhan itu 10 hari selepas mayat kanak-kanak itu ditemui tetapi hanya wanita itu masih ditahan reman.
Empat lelaki terbabit dilepaskan empat hari kemudian setelah ujian DNA yang dilakukan terhadap mereka tidak sepadan dengan bahan asing yang ditemui pada mayat Nurin.
Menyifatkan penyebaran gambar-gambar itu sebagai perbuatan yang keji, Khalid berkata, kemungkinan pihak lain juga memilikinya.
Ditanya jumlah gambar yang dipaparkan dalam internet, beliau berkata: “Banyak, kira-kira seluruh set gambar berkenaan.” – Bernama

October 10th, 2007 at 7:38 pm
Stupid, idiot, moron B******d…!!! wht else uhh?
ReplyOctober 10th, 2007 at 11:36 pm
sebenarnya aku tak nak blog aku ni kotor dengan kata-kata kesat, kalau ikutkan hati aku, dah lama aku carut kat sini pasal gambar-gambar yang tersebar ni.. mangkuk hayun betul.
ReplyOctober 11th, 2007 at 12:50 pm
hey..lama tak dengar perkataan ‘mangkuk hayun’ tu…u dulu sekolah menengah kat mana?i budak sekolah sains..
ReplyOctober 11th, 2007 at 5:04 pm
SMSSKT
ReplyNovember 28th, 2007 at 6:02 pm
kesian sgt2 kat family adik nurin nih…saya pun ader adik jugak..kdg2 takut nak biar dia kuar sensorang…saya doakan semoga arwah berada dlm keadaan yang tenang dan binatang yang kejam itu diseksa smp mati…
ReplyApril 18th, 2008 at 1:47 pm
BODOH lah, BODOH
Replybinatg yang bertopengkan manusia yang sampai ati buat mcam tu pd budak.
April 18th, 2008 at 1:49 pm
BODOH lah, BODOH
Replybinatg yang bertopengkan manusia yang sampai ati buat mcam tu pd budak.
xada ati manusia lgsung.
May 14th, 2008 at 9:22 am
she not deserved to get that teribble died..she,s only 8 years old..
ReplyMay 14th, 2008 at 12:28 pm
Jgnlah disamekan meraka itu dengan binatang… sesungguhnya binatang tue lagi elok dari mereka… mereka tue syaitan yang bertopengkan manusia… sebab satu hari nanti neraka jahanam lah duduknya… kalo aku dapatlah syaitan yang sebar bende nie nak jer aku telanjang kan die plak pastu lepaskan jer syaitan nie kat tengah pekan… bio padan ngan muker… haram jadah tul…
ReplyJuly 19th, 2008 at 8:14 pm
hmmm…mb its true ,
ReplySeptember 11th, 2008 at 11:04 pm
manusia yang macam ni lebih baik masuk neraka jahanam…biar tuhan yg ajar yang lebih sakit lagi.
ReplyOctober 24th, 2008 at 11:07 pm
aku benci keganasan. sesungguhnya orang yang bertanggungjawab mendera adik nurin akan sentiasa rasa azab dalam kehidupannya
ReplyJanuary 27th, 2009 at 9:49 pm
“Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, Allah SWT akan menutup keaibannya pada hari kiamat dan sesiapa yang mendedahkan keaiban saudaranya yang Islam, Allah swt akan mendedahkan keaibannya, sehingga dia akan dimalukan di dalam rumahnya sendiri.” (Ibnu Majah)
ReplyApril 7th, 2009 at 10:52 pm
jahat betul la diorang tu..mengalahkan csi jer
ReplyMay 9th, 2009 at 12:26 pm
Bg aku bila post mortem sdg dijlnkan yang berada masa tu hy dokter, kakitangan forensik atau pegawai polis sahaja yg dibenarkan.Org awan yang tak berkenaan dilarang keras sama sekali hatta ibu bapa simati sekali pun.Jadi siapa yang mempunyai akses kepada gambar tersebut,Kenapa kes tersebut senyap sepi sampai skrg. Masih disiasat? Kenapa lama sgt nak siasat?
ReplyMay 11th, 2009 at 10:28 am
orang Nogori wrote:
sorry.. polis sibuk dengan politik bro.. politik bro..
ReplyJune 30th, 2009 at 4:12 pm
alipulu kataan.almbiara nakatongan tong.waina kau maganda bang magtatoh….parasaiyyoo..
ReplyJuly 1st, 2009 at 5:06 pm
bahasa tenuk
ReplyJuly 13th, 2009 at 7:15 pm
apa pun manusia la.
Replyada gak mcm 2………
uadh2 la nk gelamour oooi…..
July 17th, 2009 at 3:44 pm
salam.. saudara2 sekelian.. korg x prasan ke kes nurin ni xde penyudahnya? yg aku heran 2 cctv dah rakam gambar serrial killer tp apsel xdpt gak muka mangkuk 2? aku pernah dgr kbr hangin PDRM ada BOMOH antarabangsa nape xgunakan aje cara mcm tu.. malaysia ni kecik je, hrp PDRM dpt meneruskn siasatan hingga tertangkapnye bedebab 2 amin…..
Reply