Kereta Kancil 660 silver

November 19th, 2007 by eddyra on Sketsa

Mungkin inilah ujian dan dugaan Tuhan kepada hambaNya. Aku menerima satu email yang merayu kepada sesiapa yang telah mencuri atau mengambil kereta kancilnya di sekitar Batu Pahat, Johor untuk segera memulangkan kereta tersebut.

Terasa simpati juga. Bayangkan sekiranya ini yang terjadi kepada kita.

asalamualaikum. …

pagi isnin lalu isteri aku selamat bersalin kul 2.30pagi…. alhamdulillah dapat anak lelaki. pukul 3.30pg aku nak balik rumah…pergi kat tempat parking,kereta aku dah tak ada,puas aku cari sana-sini tapi tak jumpa jugak…sah kena rembat…aku terus buat repot kat polis batu pahat kul 5.00pagi.malang sungguh nasibku…apa nak buat.tapi x pe…tu semua ujian bagi aku agaknya.

aku harap member semua dapat doakan aku supaya polis dapatkan balik kete aku yang hilang tu,pasal aku sangat memerlukan,tanpanya aku ibarat pincang takde kaki sebelah….aku harap2 korang doakan dapatkan balik kete aku tu secepat yang mungkin…insyallah

no kereta : JJF194
model : Kancil 660
warna : Silver

kepada pencuri kete aku….jika ada terbaca email aku ini,aku merayu pada ko…tolong la pulang balik kete aku tu….kan cuma kete kancil je,660 pulak tu….tu la satu2nya kenderaan yang aku ada….insurance cover cuma rm 16k je…hutang ada rm 24k…berapa la sangat aku dapat kalau aku buat tuntutan…ko tak kesian kat aku….macamana aku nak ambik anak bini aku keluar hospital nanti…takkan nak naik motor yang aku pinjam kat jiran aku tu…lagi

2) macamana aku nak bergerak sana sini kalau satu2nya kenderaan yang aku ada dah ko ambik.

3) nanti kalau baby aku nak pergi check up nak antar pakai apa?

4) lepas ni kalu aku start kerja nak naik apa pulak…rumah aku kat pt.yusof…kerja kat sri gading…jauh tu…!

5)tolong la pulang 2 bantal baby yang aku baru beli tu…baby aku nak guna…ko tak kesian ke?

6) pulangkan buku2 bank aku tu…ko pon bukan boleh buat apa buku2 bank tu….aku nak guna tu….!

7)pulang sekali buku hutang kedai runcit aku….tu sekali….!

8)demi baby aku yg baru lahir tu….aku merayu pada ko tolong la pulang balik…aku nak guna sangat ni….aku betol2 merayu pada ko ni…!

9)selain buat hantar baby..aku nak antar mak dan bapak aku check setiap bulan kat hospital batu pahat…ni ko dah ambik kete aku…macammana aku nak antar mereka lepas ni…ko tak kesian aku…tu

10)ko ingat aku ni banyak sangat duit ke…….aku gaji kecik la….duit susu,pampers dan keperluan baby lepas ni nak kena beli…banyak nak pakai duit…..ko pulak senang2 kebas kete aku….kesian sikit la kat aku…..!

11) demi baby aku yang baru lahir tu…aku merayu sekali kat ko…pulang la balik kete aku……!

12) ni no telepon aku 0197457101.. …kalau ko segan nak jumpa aku…ko letak la kat man a2 kete aku tu…nanti aku ambik sendiri….boleh tak? aku perlu sangat kete aku….!

Semoga beliau akan menjumpai kereta yang hilang tu.

11 Responses to “Kereta Kancil 660 silver”

  1. 1
    fatiah Said:

    Kesian nye kawan kite ni. Cobaan…..

  2. 2
    eddyra Said:

    si pencuri itu memang jenis mangkuk.

  3. 3
    fatiah Said:

    Maaf, tak faham. Apa tu jenis mangkuk?

  4. 4
    eddyra Said:

    mangkuk ni macam bowl tu.

  5. 5
    ucu Said:

    adoii.. ahahhaha

  6. 6
    Fatiah Said:

    Ialah tu.Takpe korang buallah anak beranak. I dah tak paham, i bleh relax one corner.

  7. 7
    waliz Said:

    kak fatiah…mangkuk tu mangkuk hayun la…macam mana nak explain ye…

  8. 8
    eddyra Said:

    Fatiah wrote:

    Ialah tu.Takpe korang buallah anak beranak. I dah tak paham, i bleh relax one corner.

    hahaha.. itu bahasa pasar, slang untuk mereka yang macam culprit.

  9. 9
    fatiah Said:

    Lupakan sajalah Waliz. Dah jenis mangkuk, hayun pulak. Tak tercapai akalku.

  10. 10
    amir Said:

    hahaha..aku tumpang gelak jek..tapi kesian kat org tu..

  11. 11
    eddyra Said:

    aku diberitahu kereta ini telah pun dijumpai.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me