Isu bakal doctor pegang babi
August 27th, 2007 by eddyra on SketsaKecoh satu dunia internet Malaysia berkenaan dengan photos 2 orang adik kita dari sebuah U di sebuah kandang babi, atau nama manjanya khinzir. Dalam photos tersebut ada beberapa pose pose yang menarik yang digayakan oleh mereka ni. Kebanyakkan respond yang aku baca, tak kira lah thru email ke, forum ke atau apa-apa sajalah kebanyakkannya menghentam dan berpandangan negative. Apa yang menariknya, kebanyakkan tukang komen dan tukang-tukang tambah cerita tu mengulas sekitar tentang haram pegang babi dan anjing.
Pelik aku, siapa kata haram pegang babi? Tak pernah dengan pulak aku dengar ada fatwa kata haram pegang babi dan anjing. Yang haram tu makan apa-apa yang berkaitan dengan babi dan anjing, dan yang datangnya dari menatang 2 ekor tu. Aku bukanlah yang terbaik untuk mengulas berkenaan dengan hukum hakam, tapi hukum berkenaan dengan haram halal menatang 2 ekor ni adalah basic jer. Basic fardu ain jer dalam jenis-jenis najis ni. Adeh..

OK kita baca penjelasan panjang lebar dari seorang hamba Allah berkenaan dengan isu ini semoga kita semua mendapat ilmu dari apa yang telah beliau tulis.
Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & babi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhKepada yang berkenaan, Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah swt. Saya merasa terpanggil untuk memberikan sedikit maklumbalas berkenaan beberapa gambar yang diedarkan menerusi internet yang menunjukkan seorang siswi Fakulti Perubatan Veterinar UPM yang bergambar berdekatan serta memegang/menyentuh anjing dan babi.

Email ini saya tulis secara panjang lebar dengan harapan huraiannya dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah tafsirkan. TETAPI buat mereka yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca cukuplah saya katakan
TIADA APA-APA MASALAH PADA GAMBAR TERSEBUT!. IA TIDAK MENGHINA ISLAM SEBALIKNYA MENERANGKAN BAHAWA UMAT ISLAM BOLEH MENYENTUH ANJING DAN BABI. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH UNTUK MENGURUSKAN KESELESAAN HIDUP HAIWAN INI DENGAN MEMASTIKAN KEBEBASAN DAN KESIHATANNYA TERJAGA.
Tiada nas yang mengatakan menyentuh anjing dan babi itu haram. Yang haram ialah memakannya. Kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ini. Kedua-duanya adalah ciptaan Allah, dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina oleh umatnya?

Sebelum meneruskan perbincangan, izinkan saya memberi sedikit pengenalan diri, saya merupakan salah seorang graduan Doktor Perubatan Veterinar tahun 2006. Kini menyambung pelajaran dalam bidang master fisiologi di Fakulti Perubatan Veterinar UPM semester pertama. Sebelum ini, bersekolah di Sek. Men. Keb. Agama Kuala Selangor.
Saya bukanlah orang yang paling sesuai untuk memberi penjelasan kerana yang terbaik adalah mereka yang mendalami ilmu agama agar dapat menjelaskan dengan menyatakan nas-nas serta tafsiran yang tepat serta mendalam. Walaubagaimanapun saya akan cuba menjelaskan dengan pengetahuan agama sedikit yang saya ada dan hasil daripada perbincangan secara peribadi dengan ustaz-ustaz serta seminar yang pernah kami adakan di fakulti sendiri berkenaan dengan isu ini.

Pertamanya, sebagai seorang doktor veterinar (doktor haiwan)sememangnya kami mungkin akan berhadapan dengan situasi merawat anjing atau babi. Bagi doktor veterinar atau ringkasnya vet, yang bekerja di klinik-klinik haiwan kebanyakannya akan merawat anjing dan juga kucing. Walaubagaimanapun terdapat sesetengahnya yang menghadkan rawatan kepada kucing sahaja.
Berkenaan dengan babi, kebiasaannya tiada vet muslim yang akan bekerja di ladang ternakan babi. Walaubagaimanapun, bagi vet yang bekerja di jabatan perkhidmatan haiwan,adakalanya mereka akan ke ladang ternakan babi untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan ladang tersebut mengamalkan amalan pengurusan ladang yang baik supaya bebas daripada penyakit- penyakit berbahaya seperti penyakit Nipah yang merebak pada tahun 1999 yang turut membahayakan nyawa manusia. Terdapat juga vet yang bekerja di makmal yang memproses sampel-sampel yang datang daripada babi atau anjing seperti darah, najis, organ-organ dan sebagainya.

Justeru, dalam kurikulum Doktor Perubatan Veterinar, pelajar akan terlibat mengendalikan anjing dan babi. Bermula dengan organ-organ haiwan tersebut dalam amali bagi subjek anatomi dan fisiologi sehinggalah kepada mengendali, merawat dan membuat post mortem terhadap haiwan tersebut secara seluruhnya apabila memasuki tahun para-klinikal dan klinikal.
Secara umumnya saya bersetuju dengan perkataan desensitization yang digunakan oleh salah seorang yang menghantar email tersebut kepada saya. Sebagai vet, proses ini perlu kerana kami tidak sepatutnya jijik untuk merawat pesakit kami kerana itu merupakan tanggungjawab kami yang juga terkandung dalam ikrar yang dilafazkan oleh setiap vet ketika bergraduan.

Apabila memasuki tahun ke 4, pelajar vet akan mengikuti subjek pengenalan terhadap klinik. Dan subjek klinik pada tahun ke 5. dalam kedua-dua subjek ini pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang kecil dan kumpulan-kumpulan ini akan bergilir membuat praktikal dalam amalan-amalan yang telah ditetapkan.
Pelajar-pelajar ini akan membuat praktis selama seminggu dalam setiap amalan. Amalan-amalan ini termasuklah amalan haiwan kesayangan yang melibatkan rawatan terhadap anjing dan amalan ternakan babi yang memerlukan pelajar ke ladang ternakan babi untuk membuat pemerhatian, diagnosis penyakit serta rawatan.

Daripada apa yang saya lihat, gambar-gambar yang diedarkan menerusi internet itu adalah gambar yang diambil oleh pelajar ketika praktikal sama ada dalam subjek pengenalan klinik atau subjek klinik ini. Pada pandangan saya, pelajar itu berkongsi gambar gambar tersebut secara umum dalam internet bukanlah bertujuan menghina agama atau sebagainya, sebaliknya sekadar berkongsi suatu pengalaman yang mungkin tidak dilalui oleh orang ramai.
Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat anjing dan babi yang dikategorikan sebagai najis mughollazoh iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat melayu.
Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim boleh menyentuh anjing dan babi yang haram disentuh?. Berdasarkan pelajaran feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama hinggalah sekolah menengah, menyentuh najis mughollazaoh tidak haram.
Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis mughollazoh kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan air mustamal (air yang bersih dan suci) sebanyak 6x. Yang haram berkaitan dengan anjing dan babi ialah memakannya bukan menyentuhnya.
Sebagai seorang melayu, saya maklum pandangan masyarakat melayu yang merasakan geli atau jijik terhadap anjing dan babi. Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak daripada tersentuh anjing dan babi yang mana proses menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak dilakukan akan menjejaskan ibadah.
Saya sendiri, walaupun telah jelas berkenaan dengan hukum menyentuh anjing dan babi, merasa kekok dan sedikit geli apabila kali pertama memegang jantung babi apatah lagi ketika kali pertama mengangkat anjing untuk diletakkan di atas meja pemeriksaan yang mana tekniknya memerlukan kita merapatkan badan anjing tersebut ke badan sendiri kerana itu merupakan teknik yang selamat bagi mengelakkan kecederaan yang tidak dingini dalam proses mengangkat tersebut. Namun, kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini.
Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburuberniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut. Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?
Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari sudut keutamaannya berbeza dengan manusia.
Justeru saya melihat apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab vet untuk mengetahui tuntutan agama yang perlu dipenuhi dalam kerjayanya.
Vet dan pelajar doktor perubatan veterinar perlulah berhati-hati dan tidak sambil lewa dalam soal kesucian tubuh badan dan pakaian kerana ianya akan menjejaskan ibadah. Yang terbaik ialah mengasingkan pakaian kerja dengan pakaian harian terutamanya pakaian untuk solat jika tidak mahu menyamak pakaian kerana khuatir pakaian akan rosak dan sebagainya.
Bagi orang awam pula tidak perlu risau kerana najis ini tidak berjangkit maksudnya jika seorang vet hanya membasuh tangannya dan telah membersihkan zat najis tersebut selepas bertugas tetapi masih belum menyamak tangannya, ia tidak berjangkit jika anda bersalaman dengannya kerana tiada zat najis (warna, bau dan rasa) pada tangan vet tersebut.
Tetapi vet tersebut perlu menyucikan tangannya dengan bersamak sebelum solat. Hal yang sama jika anda bersalaman dengan orang bukan Islam yang mungkin memelihara anjing di rumahnya. Begitu juga dengan tapak kasut anda yang memijak mukabumi yang pernah dipijak oleh anjing atau babi. Tidak perlu risau dan terlalu was-was selagi tiada zat najis.
Walaubagaimanapun terdapat cadangan daripada sesetengah ustaz untuk menyamak seluruh badan sekali sekala bagi orang awam dan mungkin berkala bagi vet seperti sebulan sekali supaya jika terdapat najis mughollazoh pada badan yang tidak diketahuinya, ia dapat disucikan. Namun saya kira ini adalah sekadar satu pandangan bukan kewajipan yang baik untuk mereka yang was-was praktikkan.
Sebenarnya terdapat pelbagai persoalan - persoalan yang timbul yang berkait dengan kerjaya vet seperti bagaimana vet muslim merawat kuda yang terlibat dalam lumba kuda, apakah hukumnya?, bagaimana pula dengan bayaran upah perkhidmatan yang diterimanya? adakah ianya halal? Begitu juga jika vet muslim memberi perkhidmatan nasihat untuk memperbaiki usaha perladangan babi, bagaimanakah hukumnya? Adakah ianya berdosa kerana membantu orang memakan babi?
Bagaimana jika membuat pembedahan yang panjang sehingga terlepas solat? Adakah sama seperti pembedahan manusia yang membolehkan solat tersebut dijamakkan?Banyak lagi soalan-soalan yang datang samada daripada orang awam, dikalangan vet atau pelajar vet sendiri yang saya sendiri tidak mampu menjawabnya dengan ilmu agama yang cetek ini.
Saya kira perkara yang sama juga berlaku atau akan berlaku dalam bidang kerjaya anda jika anda mencarinya ini kerana Islam itu adalah cara hidup yang syumul, elemennye terdapat dalam semua bidang, dan yang indahnya, Islam sudah pun ada jawapannya, terpulang pada kita untuk menyelidik dan memahaminya dengan panduan dan tunjuk ajar daripada mereka yang ahlinya.
Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan. Seorang senior saya dalam projek tahun akhirnya yang berkenaan dengan kebajikan haiwan, menjalankan satu soal selidik. Salah satu daripada soalannya adalah jika anda melihat seekor anjing yang tersepit kakinya, adakah anda akan menolong melepaskan kakinya?
Nyatakan alasan bagi setiap jawapan anda. Sebagai seorang muslim saya merasa sedih dan malu apabila terdapat satu jawapan yang menyatakan Tidak, kerana saya seorang Islam .Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain.
Sesungguhnya Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya, terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya. Wallahualam .Saya mengalu-alukan mereka yang ingin mengemuka pandangan, memperbetulkan fakta atau berkongsi maklumat baru berkenaan dengan hal ini.
Anda bolehlah menghantar email kepada lapanjuta@yahoo.co.uk.
Sekian moga bermanfaat untuk semua.
Dr. Mohd Dzulhamka Kamaluddin
DVM,
UPM Disemak oleh,
Prof. Dr. Rasedee Abdullah
Pensyarah
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia
————————————————–
My 2 cents..
Last word untuk adik-adik 2 orang tu, seboleh-bolehnya gambar-gambar seumpama ini janganlah di masa akan datang disebarkan, cukuplah untuk buat koleksi sendiri. Masyarakat Malaysia ni khususnya Melayu sensitif dik, perkara-perkara kecik cam ni pun boleh jadi isu besar, walhal tak besar mana pun. OK.. lepas ni kalau ada bergambar dengan cipan ka, tenuk ke pass kat eddyra.net jer .. haha..jk.
August 30th, 2007 at 2:38 am
ye la, tapi aku paling sian kat babi2 tu la, hina sangatkah mereka?
Replyini la yg menyebabkan mereka malu nak mengaku mereka tu babi
August 30th, 2007 at 8:16 am
betul tu, sampai anak-anak babi pun jalan tunduk muka kat bawah, malu sebab mak mereka tu babi..
ReplySeptember 5th, 2007 at 9:37 pm
ooooo pegang babi tak haram ya….
Replynanti saya nak suruh penduduk melaka tu angkut sorang sekor babi kat masjid tanah tu , campak dalam laut…
September 5th, 2007 at 11:44 pm
Ya en apit..
ReplyPegang atau sentuh babi dan anjing tidak haram, yang haram adalah memakan menatang tersebut. Kalau tersentuh kena lah samak.
September 9th, 2007 at 11:52 am
Tapi masalah di melaka …mereka telah ‘termakan’ babi secara tidak langsung…. kerana ‘bahan buangan’ binatang tersebut telah meresap jauh ke serata tempat samada melalui sungai yang kebanyakkannya berdekatan dengan kebun dan juga mengalir ke laut yang menjadi punca pendapatan pada kaum nelayan di situ.
Jadi walaupun kita tau bahawa pegang tidak haram, …kita kena buka mata seluas-luasnya bahawa sebarang sokongan kepada pembiakkan benda-benda haram itu…. tetap berdosa.
Tetapi ini cuma pendapat dan prinsip saya secara peribadi. Sokongan kepada ‘kesihatan’ benda-benda haram, …itu bermakna menambah ‘peluang’ kepada masuknya benda-benda haram dalam diri kita dan masyarakat khususnya orang islam.
Berapa banyak orang sedar tentang ini?
Banyak cara untuk menunjukkan Islam ini ‘istimewa’ dimata masyarakat dunia.
Memang benar, pegang tidak haram. Dalam Al-Quran kata pegang tidak haram. Tetapi dalam Al-Quran tak kata ’suruh pegang’, suruh belajar pasal Babi, belajar suap ubat kat mulut babi. Kalau ada dalam Al-Quran kata dan sebut bulat-bulat orang Islam ‘disuruh’ pegang babi, …saya harap para pakar tahfiz bolehlah buktikan, …sebab kalau betul ada, ..saya pasti sudah ramai tokeh Babi dalam kalangan umat Islam tersebut, …saya pun nak jugak.
Jadi kajilah sedalam-dalamnya sebelum mengeluarkan sebarang fatwa.
ReplySeptember 12th, 2007 at 3:39 pm
apit,
Sila jangan sempitkan pemikiran apit pada persoalan dengan memberikan pendapat sebegitu. Apit kena terima bahawa setiap kebajikan haiwan memang dijaga sebegitu rupa. Apabila seseorang itu dinamakan dr haiwan, memang tidak akan ada batasan pada binatang apa yang akan dirawat hatta babi dan anjing. Kerana semuanya adalah makhluk Allah. Bahkan, apabila kami Dr haiwan melihat haiwan sedang kesakitan (tidak kira babi, anjing, kuda ayam sekalipun) kami wajib cuba merawat/ mengurangkan kesakitan haiwan tersebut dan mencadangkan kepada pembela haiwan itu apa perlu dibuat. Ia adalah servis dan tanggungjawab sebab selain merawat, kami perlu mengenalpasti adakah penyakit itu boleh berjangkit pada manusia? Itu sebenarnya perkara disebalik kenapa kita perlu belajar semuanya. Dan selagi kita masih taat menjalankan ibadah dgn sempurna, suci, kita masih hamba allah yang baik.
Malah apit perlu bersyukur ada orang islam sudi belajar mengenai babi supaya apabila orang bukan islam melakukan yang bukan-bukan di ladang babi, kami dr haiwan beragama islam tahu apa yang berlaku. Ia adalah suatu hikmah anda semua sedar kewujudan kami, namun perlu berfikiran bahawa, kita di sebuah negara Islam yang mempunyai golongan bukan Islam, kita memang kena menjaga kebajikan mereka. Bahkan bagus mengetahui apa mereka buat. Tapi bukan menjadi seperti mereka (itu tidak langsung). Hakikatnya, yang menjadi masalah di Melaka adalah bukan berkenaan Babi semata tetapi pencemaran alam yang jelas tidak dipantau seeloknya oleh pihak berkenaan. Dan perkara pencemaran alam ini bukan setakat babi sahaja tetapi daripada benda2 lain yang kalau apit tgk TV, Karam Singh suka utarakan. Jadi perlu fikirkan, apa2 yang hendak dipelihara perlulah mengikut peraturan (ini termasuk lembu, kambing dan babi). Dan perkara pemeliharaan ini ada peraturan dan cara yang betul.
Oleh itu, harapan saya agar apit berfikir dan bertanya pada yang lebih tahu dan faham tentang perkara ini. Sebelum itu pertanyaan saya… sudah kah apit tunaikan perkara wajib dengan penuh keikhlasan?
ReplySeptember 12th, 2007 at 5:07 pm
Kenapa dia kata samak kena basuh sekali dgn air tanah, 6 kali air mustakmal? Bkn ke air mustakmal tu suci tapi tidak menyucikan?? Setahu aku, nak samak kena 1 kali air tanah pastu bilas 6 kali air mutlak…
Anon
ReplySeptember 12th, 2007 at 10:45 pm
Anonymous, betul tu.. 1 air tanah, 6 air mutlak. Bukan air mustakmal.
ReplySeptember 13th, 2007 at 2:29 am
Assalammulaikum Dr Hariani dan terimakasih dengan penjelasan dan nasihat kepada saya. Mungkin pandangan saya nampak sempit dan tidak terbuka macam professional yang terlibat seperti doktor haiwan atau badan-badan yang tertentu.
Saya faham sangat-sangat dengan tugas seorang doktor haiwan dan setakat ini saya hanya beranggapan tugasan terhadap binatang yang diharamkan oleh agama adalah kerana terpaksa atas alasan pendidikan dan seterusnya kepada pengawalan segala aspek mengenai haiwan tersebut termasuk kesihatan dan penyelenggaraan yang betul macam yang Dr terangkan.
Cuma yang dimusykilkan disini,..adakah perlu disentuh dengan sedemikian rupa, tidak adakah tertib yang tertentu untuk menyentuh?
Atau ada system deria yang ada pada tapak tangan yang boleh mengesan penyakit haiwan tersebut melalui direct touching.
Maaf Dr Hairiani saya hanya merujuk macam kebiasaan tapak tangan biasa digunakan untuk menyentuh dahi kanak-kanak untuk mengesah dia demam atau tidak.( cara spontan )
Boleh tak Dr terangkan.
Dr, saya nie memang sentiasa ikhlas bila melakukan sesuatu dan tidak kira pada siapa sahaja lebih-lebih lagi kepadaNya,…termasuklah untuk memberikan pendapat, saya tidak kira pada siapa. Saya memang suka berbincang sesuatu yang baru dengan sesiapa sahaja. Ramai kawan,..bererti banyak pengetahuan,…bererti kumpul pengalaman…yang penting silatulrahim.
Perkara wajib pada pengertian saya adalah tanggungjawab kita sesama manusia. Tidak keterlaluan kalau saya katakan disini,…jika kita membuat janji sesama manusia kita harus tunaikan dahulu,….jika kita berbuat salah sesama manusia,…minta maaf sebelum terlambat,…amalan ini akan dihitung dahulu sebelum perkara wajib kita kepada agama dihitung nisab…kesalahan dan ketidaktepatan janji sesama manusia kalau terlambat(mati) kita tidak tahu keikhlas hati orang itu memaafkan atau menghalalkan…….tetapi Allah itu maha pengampun, maha mengetahui dan maha mengasihani.
Saya pun berharap semua yang saya temui sentiasa berkongsi sesuatu benda yang bermanfaat secara ikhlas.
By the way,..thanks eddyra.net for bringing me to meet all the nice friend.
ReplySeptember 13th, 2007 at 1:13 pm
Haram Pegang Babi - dari http://baheis.islam.gov.my
Jawapan dari Baheis / Panelis Jakim
Pautan
Nama : Mohd Hafiz.
E-Mel : wasilah_mhmz@yahoo.com.
Kategori : ISU SEMASA
SUB KATEGORI
Sosial
Tarikh : 15/03/2007 01:04 PM
Soalan :
assalamu’alaikum
1) apakah hukumnya memakai ataupun mempunyai barangan daripada produk kulit yang diperbuat dari kulit babi? Ada pendapat yang mengatakan bahawa memegang kulit babi yang kering tidak mengapa dan tidak perlu disamak.. adakah hal ini sama dengan barangan kulit yang sudah kering? pegang tanpa perlu samak? huraikan hukum kulit babi.. kerana banya fatwa yang berkaitan tentang daging babi sahaja.. jadi saya hendak tahu tentang hukum kulit babi itu… dan hukum bila dibuat produk dari kulit babi… sekian.. wassalam…
Jawapan :
Hukum menggunakan atau memakai produk daripada kulit babi adalah haram sama ada menyentuh dengan sengaja atau tidak sengaja adalah wajib disamak dengan sekali air tanah dan enam kali air mutlak. Barangan tersebut hendaklah dibuang atau memberikannya kepada orang bukan Islam..
Status : Selesai - Paparan Web.
ReplyNombor : Panel SJAI 300707
Rujukan
Tarikh : 30/07/2007 04:31 AM
September 14th, 2007 at 11:55 pm
Terima kasih. Skrg gua paham yg sentuhan pada babi atau anjing memang tak haram. Masa dulu kawan Melayu saya memang phobia bila nampak anjing. Yg penting yalah kita tidak makan.
ReplyKpd apit ini yg saya nak persoalkan dr mana kawan kita ni dpt logik sedemikian. Apakah pada tsunami yg berlaku ada khabar kata jgn makan ikan dr Indon atau Thai krn khuatir ikan ikan ada makan mayat tsunami? So, how do we know 100% for sure. If like that baik kita jadi vegiterian ajelah. Chinese ada satu saying “if one genuinely does not know, than one wasn’t guilty”
Penternakan babi merupakan sumber hidup pada perternak yang telah melakukan bisnes itu sejak zaman datuk nenek mereka. Sistem filter memang telah dibina oleh majoriti perternak babi diMelaka (ada minority yg degil punya pasai menyebabkan semua penternak kena pulak)supaya apa yang dialirkan itu telah diproses. Tuduhan harus diarahkan kepada enforcement yg lemah sehingga masalah ini dijadikan sebagai isu perkauman pulak. Hai, inilah Malaysia kita walau selepas 50 tahun Merdeka??? TV3 boleh!
September 15th, 2007 at 1:41 am
Lee thank for your comment.
Menyentuh anjing atau babi memang tidak haram, cuma kaum Melayu beragama Islam ni kalau nampak babi atau anjing mereka lebih suka menjauhi daripada menyentuhnya, sebab bila tersentuh 2 haiwan ini kami perlu membersihkan tempat sentuhan tadi, kalau tangan yang menyentuh maka tangan tadi perlu di bersihkan dengan cara-cara yang telah di tetapkan oleh Islam. Jadi untuk membersihkan tangan, kami perlu mencari ‘bahan-bahan’ tersebut. Ini yang menjadikan seseorang itu lebih suka menjauhkan diri dari tersentuh.
Masa belajar di kolej dulu, saya ada memberikan makanan kepada beberapa ekor anak anjing yang kematian ibunya. Kawan-kawan ada yang memandang serong tapi biarkan lah, saya masih boleh membersihkan tangan saya.
Benar, kami di haramkan oleh ugama Islam untuk makan daging kedua-dua haiwan tersebut. Ini tidak lah bermakna kami boleh menyiksa mereka dengan sesuka hati kami.
ReplySeptember 16th, 2007 at 1:39 am
Thanks Lee, …pepatah cina “if one genuinely does not know, than one wasn’t guilty” sikit-sikit macam iklan ubat gigi, …”gunakan tanpa was-was”, (gurau eh) ….kalau nak citer pasal enforcement panjaaaaaaaang ceriternya, …sampai orang Melaka dah tak kuasa… kalau nak citer pasal perkauman saya no komen ….sebab saya punya kawan-kawan semua bangsa ada.
Cuma kalau ada yang kurang ajar, …perlukah kita melayan dengan sopan santun, …saya rasa Lee tentu faham. Kawan-kawan saya yang bukan bangsa Melayu semua sependapat dengan saya. Kalau ada yang cuba provoke bab perkauman, ..orang itu kita harus ’sekolahkan’ dahulu.
ReplySeptember 25th, 2007 at 2:31 pm
boleh tak buang perkataan “haram”….sbb benda ni boleh buat bergaduh kita sesama islam.
Anjing dan babi itu dikategorikan sbgai najis mughallazah
jadi adik yg di dalam gambar itu telah memegang najis mugallazah, tak tau lah motif nyer ..untuk merawat ker..untuk tunjukkan kat sanak saudara ker dia bergambar dengan haiwan tu..tapi baguslah yer dia telah mencetuskan perdebatan mcm ni!..boleh dengar banyak jawapan dari pelbagai pihak…tapi jawapan tu cuma satu jer..kita refer balik Al-Quran
kita kena terang kan betul2 sbb , bagi org2 yg cetek agama takut terpesong ..
ReplyOctober 10th, 2007 at 8:33 pm
niat dan tujuan tu baik..
cuma yang aku paham kenapa mesti bergambar dgn najis?
belajar tu memang tuntutan agama..cuma gambar ni akan menimbulkan fitnah dan macam2
seperti sedia maklum anjing dan babi adalah najis berat..
senarionya mcm ni..lupakan dulu pasal haiwan..kita cakap pasal najis..
kenapa tak bergambar dgn NAJIS sendiri sambil pegang2 najis tu..najis manusia belum kategori najis berat..(utk tujuan perubatan)..
kalau sanggup bergambar sambil pegang najis sendiri baru aku tak kan kata apa2 lagi dgn bakal doktor vet ni..tak berdosa pegang najis sendiri kan?
ReplyOctober 10th, 2007 at 10:26 pm
mustaza..
satu pendapat yang jelas.. straight to the point. Thanks.
ReplyOctober 28th, 2007 at 10:50 am
tapi yang buat marah tu, ada gambar yang di ambil bukan untok project assignment, tapi sengaja untok di tayang dan ditontonkan,tetap berdosa kalau di sengajakan, UPM should suspend this students.
ReplyOctober 31st, 2007 at 1:27 pm
sy setuju sangat dengan pendapat mahani tu…..
rase melampau plak sy tengok gambar yang takde kaitan langsung dengan project assignment diorang tu.
saje-saje menunjuk yang diorang tak takut pegang babi n anjing.
ReplyNovember 5th, 2007 at 2:46 pm
salaam,
Setahu saya mmg pegang babi tidak haram. Bukan setakat itu, berdasarkan apa yg saya belajar kita samak apabila terkena air liur anjing berdasarkan hadis yg sahih. kalau pegang babi ada pendapat yg mengatakan tidak perlu samak kerana dalil yg sahih perlu samak adalah apabila terkena air liur anjing saja. ulama’ hanya menggunakan qias dlm hal ini.
Yang peliknya, apsal org MELAYU nak bising pasal hal ni? ‘melayu’ tu kasi besar sket sbb org melayu je yg sensitif ngan anjing. pak arab siap bela anjing lagi. haha.. ini menunjukkan org kita perlu menuntut ilmu dgn lebih bersungguh2 lagi.
Sekian.
ReplyNovember 5th, 2007 at 2:50 pm
Kalau nak marah sgt, pegi la marah couple2 yg dok berpegang-pegang tangan tanpa ikatan yg sah tu.. haaa.. itu konfem haram dan berdosa. Lebih-lebih teruk dari pegang anjing dan babi. pegang anjing dan babi kalau nak rawat dpt pahala. kalau saja2 pegang pon takde masalah. apa masalahnya? Islam itu luas. Jgn jadi sempit. Nanti sempit la kepala otak anda.
ReplyNovember 15th, 2007 at 2:10 pm
Rizwan,…jangan silap,…pak arab ada yang kafir, … dia main lantak semacam jer…
Bab pegang tangan memang ler haram, …tapi itu ‘perbuatan’ haram, …melibatkan bukan muhrim… memang ler gerenti dosa,… kau punya ‘perumpaan’,… kasi orang yang baru nak belajar Islam bertambah konpius ler…. he..he..he.
Bahaya beb,…
ReplyNovember 24th, 2007 at 3:36 pm
aku dapat tau pasal benda nie pun dari mastika.
Replyxda masalahnya apabila mempelajari tentang babi.babi adalah haram,so tak bermaksud kita harus menjauhinya 100%.dalam ertikata lain,babi dan anjing antara point atau isu yang sering dibangkitkan dalam menjatuhkan islam.jadi,usaha mempelajari babi ini sama seperti mengkaji balik kelemahan kita dan jadikan satu kekuatan untuk membalas balik.
anjing dan babi adalah najis,tapi xbermakna harus dibunuh kerana ia tetap makhluk Allah.siapa kita untuk menghukum babi dan anjing.
jadi isu ini sebenarnya datang dari kesilapan dua gadis itu sendiri yang ternyata tidak pernah terfikir akan tindakan mereka dengan mengambil gambar bersama anjing dan babi dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk akan menjadi isu.sekian.abes daaah..haha
November 24th, 2007 at 6:46 pm
bobu??
Setuju dengan saudara bobu.
Macam saya comment lah, pegang babi tidak salah, malahan tidak berdosa pun. Masyarakat kita khususnya Melayu ni agak kalut sikit bila berdepan dengan isu babi dan anjing.
Bila nampak anjing, lempar batu, nampak anak anjing nak sepak, seolah-olah menatang tu sehina-hina makhluk ciptaan Tuhan di dunia ni.
Menatang tu pun makhluk Allah..
Cuma adik-adik 2 orang tu, kena faham mentality masyarakat kita ni, nak bergambar macamana pun bergambar lah cuma tak perlu lah di expose pada public.
ReplyNovember 26th, 2007 at 1:21 am
Dr Dzulhamka Kamaludin who give opinion about this issue is my cousin…
Pernah masa hari raya 2-3 tahun yang lalu, saya dengan Dr pi tanam anjing yang mati bebetul kat umah kitorang… Memuler mmg geli…
Tapi when dia dh terang.. barulah kitorang ‘cousin-cousin’ dia tahu..
Hmm
ReplyNovember 26th, 2007 at 11:49 pm
ikhqoi wrote:
send my best regard to your cousin, ikhqoi.
ReplyNovember 27th, 2007 at 12:45 am
Bagi saya.. pendapat dari Dr Dzulhamka adalah pendapat dari seorang yang berkecimpung dalam arena vet itu sendiri..
Mungkin apa yang dikata itu betul tapi mungkin juga kurang lengkap..
Apa yang penting kita sebagai manusia menerima keterbukaan sesiapa sahaja utk memberi dan menerima pendapat…
Melayu penuh dengan ‘do and dont’ yang kadang-kadang melangkaui agama Islam itu sendiri…
Mungkin wanita itu melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh masyarakat kita tapi apa yang penting binatang yang mereka pegang itu hanyalah najis dan boleh disamak.. Bagi setengah orang ia mungkin giler, mungkin juga tidak..
Tapi bagaimana pula dengan artis-artis kita yang sewenangnya-wenangnya ‘cium-mulut’ atas tiket pasangan kekasih…
Adakah ‘mastika’ buat cover-up utk isu ini???
SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN
Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
a.k.a Cousin to Dr Dzulhamka Kamaludin
BBA (HONS) TRANSPORT
ReplyKISAS SPM 2000
November 27th, 2007 at 1:08 am
Saudara Mohd Ikhmal,
Penerangan Dr Dzulhamka Kamaludin dalam isu ini mendapat berbagai reaksi, ada yang menghentam dan sebaliknya menerima dengan hati yang terbuka.
Terpulang kepada mereka bagaimana untuk mereka menerimanya. Banyak pengajaran yang boleh kita sama-sama ambil di sini.
ReplyDecember 4th, 2007 at 4:35 pm
Isu ni tak patut dibesarkan kalau org Melayu kalau kita ni cukup faham dgn ilmu Islam yg sebenar. Tahu dalil2 dan nas2 Al Quran dan Hadith. Masalahnya adalah masalah sentimen! Semua ni sentimen Melayu saja.
Kepada Apit,
1. Pak Arab tu kawan aku dan seorang muslim dan membela anjing dgn tujuan
2. Perumpamaan aku pasal pegang tangan bukan muhrim oleh couple2 tu adalah tepat. Mmg perbuatan mereka itu jelas sebagai haram. Apa yg aku nak cakap adalah. Pelajar veterinar tu pegang babi tak haram pon. Malah tiada apa2 masalah. Niat mereka ialah ign menuntut ilmu, malah mereka mendapat pahala di atas perbuatan mereka itu. Jadi perbandingan aku adalah pegang tangan bukan muhrim tu haram, yg pegang babi tu tak haram. Mana lebih teruk? Tentulah yg haram. Bende simple pon tak boleh fikir ke? Huhu..
ReplyDecember 4th, 2007 at 8:03 pm
rilex rilex ..
ReplyDecember 11th, 2007 at 12:07 am
don’t worry bro eddyra…kita discus cam adik beradik…
masyarakat yang selalu terkeliru…selalunya camni ler…
Dibuatnya kita dok kata babi tak haram…babi tak haram…babi tak haram…
Pegang tangan pompuan bukan muhrim tu haram…
Tercetus ler pulak…pemahamman dari golongan yang straight forward pasal halal haram nie menyatakan standard babi lagi tinggi dan mulia dari pompuan islam….
Sebab….
Pegang babi lagi baik,…tak banyak songel dalam bab agama….boleh samak etc.
hancus ler macam nie….
Cam Mustaza cakap tu betul….kena beza yang berat dan ringan….bebudak student tu aku ingat dah ….waallahualam……
Rilek eh Wan,…
ReplyDecember 15th, 2007 at 7:25 pm
Assalamaualaikum…
Tujuan saya menulis bukanlah atas dasar ingin mencetuskan sensitiviti mana-mana kaum apatah lagi ugama. Namun, saya berasa terpanggil untuk memberi sedkit pandangan yang saya kira wajar dalam meredakan sedikit ketegangan yang timbul darpada isu yang dilontarkan.
Sebelum itu, ikhlas saya akui bahawa saya bukanlah seorang yang benar2 arif dalam soal hukum-hakam agama. Tetapi,saya lebih cenderung ingin melihat isu ini dari aspek budaya dan tradisi kita sebagai orang melayu islam.
Ada perumpamaan orang-orang tua yang mengatakan,kita orang melayu hidup bersendikan adat, bersandarkan agama.Pada hemah saya, perbuatan kedua-dua pelajar tersebut perlu dinilai dari aspek sensitiviti seluruh masyarakat melayu islam di Malaysia.
Ikhlas saya katakan bahawa apabila kali pertama melihat imej-imej yang disiarkan menimbulkan rasa terkejut,keliru dan sedikit ketegangan yang wujud pada diri saya kerana situasi sebegini jarang berlaku dalam budaya serta tradisi melayu-muslim.
Mujurlah saya masih mampu menilai kembali perspektif saya terhadap isu ini atas dasar saya merupakan golongan yang menerima pendidikan tinggi dan mengambil jurusan yang berkaitan sosiologi dan budaya. Namun begitu, sedikit kerisauan wujud dalam benak pemkiran saya memikirkan kiranya imej-imej ini dilihat oleh pihak yang kurang terbuka pemikiran mereka.
Golongan yang saya maksudkan adalah mereka yang tidak mendapat pendidikan tinggi seperti masyarakat di kampung yang amat berpegang pada agama dan adat serta tradisi. Saya pasti dan percaya perasaan ini turut dikongsi oleh masyarakat melayu-islam yang lain.
Sememangnya amat tepat dan benar jika kita melihat isu ini dari perspektif agama namun sensitiviti budaya orang melayu-islam perlu diambilkira supaya tidak menimbulkan kekeliruan serta salah-faham dan pada akhirnya menimbulkan rasa tidak puas hati. Apa yang ingin saya timbulkan disini ialah imej berkenaan tidak harus ditonjolkan dalam keadaan terbuka.
Ini kerana dibimbangi akan menimbulkan kekeliruan dikalangan mereka yang tidak arif tentang bidang veterina. Saya bersetuju dengan pendapat bahawa seseorang yang mengambil jurusan vet perlu melalui proses penyesuaian dengan keadaan serta haiwan-haiwan termasuklah anjing dan khinzir. Tetapi sewajarnya imej yang digambarkan haruslah berkisar tentang tatacara pembelajaran mereka.
Apa yang saya khuatiri, imej yang disiarkan disalaherti oleh sesetengah pihak seolah-olah menonjolkan kebebasan serta keseronokan memegang haiwan yang dikategorikan agak sensitif pada orang melayu.
Suka saya mencadangkan agar imej seumpama ini adalah tidak sesuai untuk disiarkan secara terbuka kerana dibimbangi bakal mencetuskan rasa kurang selesa dikalangan kaum majoriti melayu-muslim di Malaysia.
Saya ingin memohon maaf sekiranya pendapat serta pandangan saya ada menyinggung perasaan mana-mana pihak secara langsung atau tidak langsung. Semoga kita semuai diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. Insya-Allah…Walahua’lam.
P/s:
1)Islam memberi alternatif kepada orang islam untuk memegang anjing dan khinzir secara berlapik (contohnya menggunakan sarung tangan). Adakah wajar sekiranya pemakaian sarung tangan dwajibkan pada pelajar veterina melayu-muslim bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat islam di Malaysia?
2) Penulis pernah menonton rancangan di kaca tv yang menunjukkan seorang veterina mengenakan sarung tangan sewaktu memegang anjing yang hendak dirawat.
ReplyDecember 21st, 2007 at 9:17 am
apit wrote:
Betul tu, kalau ya pun kena pegang babi dan anjing at least pakaila glove. Sekarang kan dah banyak cara yang kita boleh gunakan untuk mengelakkan dari direct contact kulit kita dengan apa2 benda.
Walau pun tak haram pegang babi dan anjing tapi sejauh mana orang2 kita tahu nak mensucikan semula tubuh kita yang dah terkena dengan binatang ni? Contohnya, anak fauziah latif yang dikatakan bergambar sambil memeluk anjing peliharaan mereka, sejauh mana bebudak ni tahu yang diorang kena bersihkan diri mereka mengikut cara islam?! quran memang tak kata pegang binatang 2 ni haram, tapi kalau tak silap ada dinyatakan agar manusia cuba menghindari daripada menyentuhnya.
ReplyDecember 23rd, 2007 at 4:48 pm
[...] sangka isu bakal doctor memegang babi ini mendapat liputan yang luas di negara ni. Terbaru, di dalam majalah Mastika keluaran December [...]
ReplyJanuary 4th, 2008 at 12:33 am
Akhirnya ada juga orang faham apa maksud saya…..
Yang tak disuruh ,…jangan dibuat,…kalau dibuat….serupa dengan menyokong perkara yang tidak baik…apatah lagi menyihatkan atau mencambah unsur-unsur haram dalam masyarakat islam…tiada alasan untuk melakukan dosa….
Thanks Maria…
ReplyJanuary 7th, 2008 at 6:35 am
BABI HANYA UNTUK ORANG-ORANG BERNAJIS.
ReplyBABI MAKANAN ORANG KOTOR BERNAJIS
BABI MAINAN ORANG KOTOR BERNAJIS
JADI
MUSLIM YANG SUCI TIDAK BOLEH MENYENTUH BARANG BERNAJIS SEPERTI BABI, KARENA BABI MERUPAKAN LAMBANG BUSUKNYA ORANG PEMAKAN BABI.
January 14th, 2008 at 10:37 am
Very clear.
ReplyYang bulat tetap bulat,…yang bersegi tetap bersegi.
Jangan kita memandai mengubahcara,…
Lebih2 lagi perkara membabitkan amalan dan anutan.
Kekalkan prinsip yang termaktub.
January 17th, 2008 at 5:15 pm
Betul tu sy sokong apit yang bulat ttp bulat da terang lg bersuluh..klu btul la kte dorang tu natang tu xper nape tak pakai barangan dr kulit natang tu pakai cb tes try uji tgk
ReplyFebruary 12th, 2008 at 5:13 pm
apa pun fahaman tntg ini bkn sahaja disalah ertikan oleh org melayu tetapi pad bukan melayu.
Pertama:-
2 beradik ni tak speatutnya expose kan gambar ni…
Bukan org melayu je salah faham tapi org bukan islam pun akan salah faham… nanti apa yg akan dikatakan oleh orang bukan islam tengok tu gadis islam pun dah pegang babi mungkin mereka pun dah makan babi… dan lagi worst… pegang babi pakai tudung…. sepatutnya gambar mcm ni tak perlu di exposekan.. dikhuatiri akan menimbulkan salah faham di kalangan bukan islam jika sesama islam kita blh bg penerangan tp pada yg bukan islam macam mana???
mencegah dan mengelak fitnah tu kan di tuntut…. semua orang tau bila belajar bidang vet itu lah risikonya…. btl ada kisah pelacur mati masuk syurga kerana bagi anjing minum….. maksudnya moral dari cerita tu… disuruh buat baik walaupun dengan anjing…. tapi bukan memeluk anjing…… nampak wajah mereka dalam gambar tu macam pegi picnic tak macam kerje….atau sedang belajar…. seperti mereka gembira posting macam tu… tak nampak macam terpaksa untuk sentuh binatang tu tapi macam enjoy buat macam tu…
ReplyFebruary 13th, 2008 at 3:04 pm
hm…biler baca2 balik aper yg semua dok tulis rasa macam klakar plak…ayat2 nyer tue sedap untuk dibaca…tapi memang klakar….tapi betul lah apa2 yg dicakapkan 2…apa2 hal pun kita nengok Qur’an balik jek…sure x sesat punyer…
Replybab yg kapel tue paling klakar…aku baca sampai golek2 kat lantai…betul ek??? dari pegang tgn kapel baik pegang ba-alip-bi…wateverpun…mekasih ntuk semua yg tulis bermacam2 ayat kat sini…teruja nak baca…tulis g banyak2 ek…
February 13th, 2008 at 3:10 pm
Aku duk menanti-nanti adik-adik 2 orang di dalam gambar tu buat sedikit komen di sini. Aish.. tak kan adik-adik dua orang tu tak baca cerita dia orang ni..
ReplyFebruary 23rd, 2008 at 12:32 am
aku pun x sabar nk tnggu penjelasan bebudak 2 orang tu.. kot2 excited sangat nk jd doc’, jgn terlampau over sangat smpai nk wat show, cz ia melibatkn isu agama..fikirkanlah!
ReplyFebruary 23rd, 2008 at 4:23 pm
Ya En Saripudin…,nak memahamkan memang susah,…tapi kalau nak kelirukan cukup senang…,ketahuilah wahai sahabat…
Replybila obsesi diri telah dipengaruhi dengan unsur-unsur yang lemah ,…maka lemahlah umat itu…
apa pun alasan…kita tidak boleh dan jangan sesekali terikut-ikut dengan pandangan yang tidak berasaskan 2 perkara yang ditinggalkan oleh Nabi junjungan kita…iaitu sunnahnya dan al-quran.
Boleh mengkaji…,tetapi rosaknya akidah apabila kita mula mempertikaikannya…
February 26th, 2008 at 9:50 pm
boyfren minah ni kalu dah biasa tido ngan dia nampaknya kena pi samak satu badan blk la
ReplyFebruary 26th, 2008 at 9:53 pm
rizwan rantissi wrote:
rasanya anda ni pun bodo mcm babi jg ni…..
ReplyFebruary 26th, 2008 at 10:47 pm
hmmm aku rasa blog nii laa pling hit dlm 2008 ni. mcm2 pemikiran leh kita tgk kat sini.
kes ni aku tgk mcm nak sama kes rasuah vs. blanja mkn. aku ada dpt info semua2 nii berbalik kpd soal NIAT. niat yg dimaksudkan adlh niat yg sebenar2nya yg ada dlm ati seseorg. kadang2 tu niat jer baik tapi hnya di mulut bkn di ati.
kes #1 : sesorg tuu pegang babi @ anjing. niatnya utk blaja, utk selamatkan haiwan tu (mayb tgh terseksa), aku rasa hukum nya berbeza dgn niatnya utk saja2 pegang atau utk bermegah2.
kes #2 : lelaki memegang tgn @ tbuh perempuan yg bukan muhrim & tak berlapik/alas & tiada ikatan sah. niatnya utk mengubati (doktor & pesakit), utk menyelamatkan nyawa (tgh lemas dlm air ker) berbeza hukum nya dgn niat yg memegang kerana sengaja (kaki raba ler tu), suka2, utk mbuktikan cinta (kononnya - padahal amik kesempatan), tul tak??
itu yg dlm islam tekankan “nak wat sesuatu, perlu ada niat”. kalau niat tuu kerana Allah, alhamdulillah, aman dunia akhirat. kalau niat sebaliknya, tggu jer laa azab yg bakal menimpa.
bila dah berkaitan dgn niat nii, paham2 jerla hanya Allah saje yg tau niat di hati masing2. kita sebgai manusia leh tanya “kau berniat ape utk melakukan perkara tu?”. kalau dia jawab utk tujuan yg baik, kita terima sahaja laa. dia nak tipu pun biarkan. yg penting Allah maha mengetahui. hanya Allah berhak menentukan betul atau salah, pahala atau dosa.
yg aku nak highlight kan kat sini adalh peranan NIAT si pelaku tuu. mungkin niat 2org gadis tersbut hanya utk simpanan masing2 (private laa beb). sbb aku rasa bdk2 nii tobat mmg takmau pi kandang babi utk saja2 (gile ape nak pi saja2). so… mereka tangkaplah gambo utk kenang2an krn bg depa itu lah kali terakhir mjejakkan kaki di kandang tesebut. tapi malangnya ada si polan yg dpt gambar2 tuu dan di sensasi kan di mata umum. lagipun depa dah mengaku yg tidak berNIAT utk hina islam yg mana agama depa juga. kita terima saje laa apa yg mereka katakan. walhal soal betul-salah, pahala-dosa nii kerja tuhan.
tapi jgn lupa, kita sbg yg melihat dan memerhati ada hak jugak; hak utk menegur dan memperbetulkan. bukan hak utk MARAH, MAKI HAMUN, MENGHINA, MENSENSASIKAN. kalu pada pdpat masing2 mengatakan sesuatu tuu salah, maka cpt2 la tegur kepada si pelaku dgn cara yg berhemat.
hidup kita perlu saling tegur menegur baru lah kita tau mana landasan yg betul dan berada di landasan tersbut. berubahlah untuk berpandangan lebih terbuka, fikir dgn minda dan hati di atas dasar2 agama, dan bertindak mgikut garis panduan dlm islam. tak semua yg kita paham itu betul, dan tak semua yg kita nafi itu salah. kalau saya salah, tegur la saya. =)
ReplyFebruary 27th, 2008 at 2:18 am
masih ternanti-nanti adik dua orang tu buat comment kat sini..
ReplyFebruary 27th, 2008 at 8:44 am
saya selalau follow up entry ni kalau-kalau awek dua orang tu comment pasal ni
ReplyFebruary 27th, 2008 at 9:07 am
Bodoh la apit tu…nape la ada lagi orang melayu berpikiran kalut zaman sekarang ni? sape nak hentam budak pompan tu gi bukak buku agama balik rrr…orang x educated je yg salah faham isu ni.
ReplyFebruary 27th, 2008 at 5:11 pm
aku nak tmbah skit kat komen aku yg sblm ni.
dlm Al-Quran dan kitab2 yg menjadi pegangan kita sejak dahulu lagi byk menggariskan mengenai panduan hidup di muka bumi dan peranan umat dan makhluk lain dicipta oleh Allah taala.
bagi perkara yg terang lagi nyata cthnya; minum arak tu haram, sedekah itu sunat, solat 5 waktu tu wajib dsb, kita ikut sahaja laa jgn byk soal. gila kau nak mempersoal suruhan Allah. mau kene sambor petir beb.
bagi perkara yg tak brape jelas, kita ada ulama2 dan ahli agama yg pakar dlm ilmu agama islam, rujuk laa nasihat mereka. apa kata kalau eddyra jmput ulama utk mengulas kes sbegini. =)
tak salah nak kluar kan pendapat masing2, tapi jgn smpi mempengaruhi org lain sehingga menyesatkan secara tak sdar. bahaya tuu.
kalau ada kes2 yg camni, kita suarakan teguran dan pendapat shj. sbb kita bukan laa mahir dlm bidang agama islam utk tentukan hukum-hakam. bahaya kalau kuar hukum sendri hanya berdasarkan apa yg kita tau shj.
utk kes remaja gadis pegang babi nii kan… eh silap… kes remaja bergambar sambil memegang babi ni la kan…pada pendapat aku, gadis2 ni tak septutnya melakukan aksi2 tersebut.
sekiranya gambar yg diambil itu ketika memberi rawatan kpd babi tuu tak pe la. sapa2 yg lihat tuu takde laa terasa. kalau dah posing2 cam modelling lak, tu dah kira tak elok laa. dok molek deh (kata org kelate). ambil gambo bersama rakan sambil posing pun bagus. tak membazir kad memori digicam tu. bermanfaat, berkat.
sekian….
ReplyFebruary 27th, 2008 at 5:40 pm
just to leave a comment 4 the 2 girls…
terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan, inilah padahnya… bg sy diorg berdua ni just amik gamba for fun, nak tunjuk diorg bleh pegang, tak geli…masa buat semua tu diorang tak fikir pn akan jd isu semua ni..
sy stuju pd sesetgh pendapat, untuk blaja, ubat n rawat, tak ade masalah..tapi cara bergamba yang ditunjukkn, tak menggambarkan diorg ni nak blaja atau mengubat…macam amik gamba dgn arnab atau kucing je..gamba2 yang diorang amik ni jelas tiada niat utk pembelajaran…
kesimpulannye, gambar2 ni tak patut diorg kuarkn utk tatapan umum, untuk simpanan malah kalau bleh diundur semula, diorang tak perlukan semua gamba2 ni…
a picture can tell us a thousand of stories….
ReplyFebruary 27th, 2008 at 5:45 pm
sape la sebarkan gambar ni…x bertanggungjawab btol.leh timbulkan banyak salah faham.
ReplyFebruary 27th, 2008 at 8:47 pm
yesss thats right lea. “a picture tells a thousand stories…. not a thousand words”
yet we dont know whether the story is really potrait the truth or just posing a dramatic lies.
ReplyMarch 6th, 2008 at 7:28 pm
Mengapa kamu sekalian PANAS OLEH ulah ORANG LAIN, Sesungguhnya jika AGAMA mengatakan TIDAK BOLEH, YA TIDAK BOLEH, akan tetapi KALAU YANG TIDAK BOLEH MENJADI BOLEH, maka apapun HAL dalam DUNIA ini akan MENJADI POSITIF bila kita membuat alasan-alasan YANG MANUSIAWI.
Wallahualam Bswb
ReplyWARAKA.
March 30th, 2008 at 3:58 pm
Firdaus,…memang bebudak pompuan tu kena bukak Quran balik…bukan setakat baca,……bukan juga hafal…bukan juga faham sepatah-sepatah ayat dalamnya…tetapi carilah yang ‘tersirat’ didalamnya…
ReplyKalau kau educated,…kau orang yang paling sesuai untuk ajarkan bebudak pompuan nie belajar Al-Quran kot?
April 2nd, 2008 at 9:06 am
ape ni..korang sume yg berforum ni sume dah besar panjang kan..dah tua2 puan sume..kenape ckp macam budak kecik? emosi terlebih..suke buat andaian sendiri..x salah bagi pendapat tapi mane buktinye? tugas jadi vet utk muslim tu fardu kifayah..x igt dulu JE?
sape yang sanggup korban diri pegi ladang babi untuk cek n hapuskan babi? untuk sape dorg buat camtu?untuk selamatkan korang jugak kan..korang yang benci sangat ngan keje vet2 tu..pastu ni kenape nak salahkan mak bapak budak2 ni pulak? korang ajar anak2 korang baek sangat ke? korang tau x anak2 kesayangan korang tu buat ape belakang korang?
mesti la ade sebab kenape vet perlu belajar pasal anjing n babi..Allah cipta babi atas kapal nabi Nuh tu ade tujuannye sendiri..vet ni bukannye nak sayang babi2 tuh..salah satu tujuan die kalau la ade wabak penyakit ape2 dorg bleh kesan n amek ape2 langkah2 yang perlu..tu pun xleh pikir ke? n by the way dr kat atas xde PHD pon..buat pengetahuan korang doktor perubatan,gigi n haiwan x pyh buat PHD utk dpt gelaran doktor..dapat 1st degree name die dah doktor..
dr.dzulhamka cume bg pandangan berdasarkan situasi die..bukannye keluarkan fatwa..niat die untuk jelaskan kekeliruan sebab bukan semua orang paham keje vet ni..jadi kalau nak sangkal cakap la elok2..buat malu je..