Buat duit juta-juta

November 25th, 2007 by eddyra on Sketsa

Dapat Wang RM130,000 Sebulan!
RM50,000 Sehari Dari Rumah.
Rahsia Buat RM1000 Sehari
RM888 Seminggu Dari Rumah
Ketahui bagaimana saya dapat RM32,000.00 dalam masa 24 jam.
RM245,832 dalam masa seminggu!

Wow! Kaya!! Kui kui kui…
Sekarang saya tidak lagi perlu bangun seawal pagi untuk pergi ke pejabat. Saya boleh menonton Astro 24 jam sambil minum neskopi, hari-hari tunggu duit masuk dalam ATM.

Aduii.. kasihan buat kawan-kawan aku, kawan-kawan kita dan mereka-mereka yang telah tertipu oleh program-program pelaburan internet, scam forex, pyramid skim, MLM, paid to surf dan bermacam-macam affiliate program di internet.

Memang benar ada yang menjadi kaya raya di Malaysia hasil daripada usaha mereka di internet. Itu aku tak nafikan. Bahkan ada yang telah menjadi jutawan hanya dalam masa beberapa tahun. Tapi berapa ratus pula yang tertipu, berapa ribu pulak rakyat Malaysia yang hilang duit modal untuk join program-program tersebut. Entah tak pula aku buat research, hakikatnya ramai yang kechiwa.

Aku tak pasti bila, tapi aku sedar pertengahan 2005 dalam internet dah kecoh dengan affiliate program ni. Aku pun join jugak tak tipu punya, boffopaid lah, surfjunky lah entah apa-apa lagi. Aku tak rugi sesen pun sebab aku tak keluarkan modal. Kawan aku hangus RM12,000++ guna master card duk layan paid to click ni.. sorang lagi dekat RM7,000 jugak. Adehh.. macamana ler boleh tertipu cam tu.

EMPAY ke apa nama dulu, IRC shopping apa kepebender aku lupa pulak.. aku siap call brother ni, dalam sehari ribu-ribu orang register dengan dia, kata dia. Masa tu bayar RM126.00 kalau tak silap, katakan komisyen kat dia RM50.00 setiap kepala, mau ratus ribu dia sorang dapat. Aku masuk jugak tapi okey lah dapat balik modal sebelum kerajaan freezed kan EMPAY ni. Sekarang apa nasib dia orang aku tak tahu, website dia orang pun dah lama down. Entah apa dah jadi dengan ’share-share’ dia orang..

Forex, kawan aku kena scam dekat 4-5 ribu, origin website di US, kira halal jer lah tu. Apa kejadah nak cari office dia kat sana. Tapi forex ni kalau main betul-betul boleh buat duit, pandai main boleh kaya, walau bagaimana pun risiko tetap ada.

Pyramid scheme, masuk RM30.00 seorang lepas tu buang nama atas sekali. Masukkan nama dan bank detail kita. Cehh.. dulu masa takde internet zaman awal 90an dah wujud dah, bahkah masa aku kecik-kecik dah ada menatang ni. Siap dengan cerita tukang sapu sampai akhirnya terkejut melihat wang berjumlah RM100,000 dalam bank account dia. Adehh.. ramai jugak yang terkena.

Anda hanya perlu daftar, bayar yuran RM76. Dapat ID kemudian publish kan website, cari downline 3-4 orang. Cehh.. sama la dengan empay tadi.


Bukti pembayaran.. haha 10 orang guna photo yang sama..

Pendek kata orang kita ni mudah sangat terpedaya dengan skim-skim haram kejadah ni. Tak kan tak ingat Pak Man Telo, labu peram yang kecoh satu Malaya. Tahun 1990, Malaysia di kejutkan dengan kemunculan skim-skim cepat kaya, gila betul sampai ada yang hangus duit ribu-ribu, abis gadai itu ini, yang jadi biul jangan cakap lah. Betul la kata Tun Det, Melayu mudah lupa, tak lama selepas tu zaman internet pulak dikejutkan dengan skim yang hampir serupa dengan skim Pak Man Telo ni, masih jugak tak sedar diri nak kaya sekelip mata.

Kawan aku cakap, no money without sweat.. aaa lebih kurang gitu lah. Aku pulak, you got money you can buy sweet.

Hari-hari kebelakangan ni, MLM, skim-skim kejadah semua tu senyap seketika, itu pun selepas kerajaan masuk campur. Kerajaan tak dapat tax agaknya, kuikukui.. kata orang lah. OK juga kerajaan buat cam tu sekurang-kurangnya ramai yang buka mata, termasuk lah aku. Esok lusa ada pulak tu, tengok je la.

Sekarang bersepah pulak pasal e-book. E-book pasal buat duit lah, e-book belajar wordpress, pasal adsense, pasal hartanah, pasal internet marketing dan lagi lagi lagi lah. Kebanyakkan e-book ni (dalam format pdf) merupakan tips, cara-cara, panduan dan tunjuk ajar yang ditulis kemudian dijual kepada orang ramai. Yang ini aku setuju walaupun tidak 100%.

Aku setuju benar kalau mereka yang berilmu, creative dan berfikiran ni buat satu e-book mengenai apa saja yang mendatangkan menafaat kepada orang ramai, kemudian di jual hasil usahanya itu dalam betuk e-book. Good la tu. Macam orang buat buku kemudian jual buku tu. Boleh la buat duit.

Yang aku tidak berapa setuju, bila sesuatu info yang di jual tu boleh di dapati secara percuma atau secara illegal. Tak kira lah samada info / ebook tersebut di hacked, atau boleh di googe untuk dapatkannya. Ada seseorang telah memberikan aku tips macamana nak hack e-book ni, trial and error dan hasilnya banyak e-book yang bernilai ratus ribu mencecah jutaan dollar (sebahagian dari harga e-books) ni boleh di dapati secara illegal, kebanyakkannya dari luar dan yang tip-top e-book.. takde satu pun dari Malaysia. Tapi kasihan lah, buat e-book sampai nak pecah kepala tup-tup kena hack, macam album kena cetak rompak jer. Hormatilah karya intelek orang lain, jangan duk sapu jer.

So.. gitu lah. Pandai-pandai lah kita manafaat kan internet dan anugerah akal yang Tuhan bagi kat kita ni. Ada usaha dan ikhtiar untuk kita pilih yang mana satu intan yang mana satu rubbish. Ada program yang betul-betul ikhlas nak membantu antara satu sama lain, dan juga program yang nak mengena orang lain.

Jangan duk terbayang juta-juta kalau malas nak berusaha.

5 Responses to “Buat duit juta-juta”

  1. 1
    robot Said:

    saya pun terkena juga eddyra ribu-ribu juga habis. dapat juga ribu-ribu walaupun tak balik modal. tak ada rezeki lah tu.

    Reply
  2. 2
    waliz Said:

    i pulak nak join tp sbb malas nak cari downline..langsung tak jadi…nasib baik..kalau takk..pakcik kayooooo!!!ingat tak iklan ni…hehehe

    Reply
  3. 3
    ucu Said:

    tak larat nak delete emel yg masuk dlm mailbox… pergh! letih.. setiap ari ade.. tensen tol!

    Reply
  4. 4
    eddyra Said:

    ramai yang terkena dengan program ni. So berhati-hatilah bila memilih, lebih2 lagi yang berkaitan dengan duit duitt..

    Reply
  5. 5
    fatiah Said:

    Sindir kape?

    Reply

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Any view or opinion represented in the blog comments are personal and is accredited to the respective commentor / visitor to this blog. The owner reserves the right to moderate comment suitability in support of respecting racial, religious and political sensitivities.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me