Bebola Babi

January 31st, 2008 by eddyra on Sketsa

Aiyaa.. berapa banyak babi dah aku termakan dah..

Thanks to sjamilah, from email.

Gambar 1 :


IDERIS Mohamad menunjukkan minyak masak kitar semula yang sudah bertukar menjadi hitam tetapi masih digunakan di kilang membuat bebola ikan di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.

Gambar 2 :

IDERIS Mohamad menunjukkan daging dan perut khinzir yang disimpan bersama bahan mentah lain termasuk ikan di sebuah kilang di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.

Gambar 3 :

IDERIS berada di bahagian stor bahan mentah kilang dengan periuk merebus bebola ikan berada di bawah dalam serbuan di Kepala Batas semalam.

KEPALA BATAS - Jika anda penggemar makanan berasaskan bebola ikan, wajar siasat semula kaedah pengeluarannya untuk mengelak termakan benda haram.

Ini kerana sebuah kilang di sini yang mengeluarkan makanan tersebut sejak lima tahun lalu, dikesan mencampurkan daging dan perut babi bersama isi ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan.

Malah, kumpulan wartawan yang menyertai serbuan ke kilang itu bersama 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKSPP) turut terkejut apabila melihat sebuah periuk besar berisi minyak masak yang dipercayai digunakan berulang kali untuk menghasilkan produk makanan di situ.

Lebih menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam periuk di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat seperti minyak pelincir kenderaan.

Ternyata serbuan yang diketuai Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP, Ideris Mohamad bakal membuka mata ramai pihak terutama penggemar makanan berasaskan bebola ikan dan golongan peniaga mengenai status kebersihannya.

“Tindakan pengusaha kilang ini dengan menyimpan perut dan daging babi bersama bahan mentah lain termasuk ikan di dalam satu peti penyejuk memang nyata salah.

“Alasan mereka daging berkenaan adalah untuk kegunaan para pekerja juga tidak masuk akal kerana kuantiti bahan yang disimpan itu terlalu banyak dan hasil siasatan mendapati memang mereka mencampurkan daging babi itu untuk membuat bebola ikan,” jelas Ideris.

Produk dari kilang berkenaan dipercayai dipasarkan secara meluas khususnya di Seberang Perai hingga meliputi Kulim dan beberapa kawasan lain.

Menurut Ideris, kilang itu pernah diserbu setahun lalu dan diarah tutup selama dua minggu atas kesalahan terlalu kotor.

Namun, serbuan semalam membuktikan tidak banyak perubahan berlaku.

Justeru, pihaknya telah merampas semua bahan makanan di kilang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 selain pengambilan sampel produk untuk ujian.

Jelas Ideris, jika disabit kesalahan, pengusaha kilang boleh didakwa di bawah Seksyen 13B Akta Makanan 1983 kerana memproses makanan tidak mengikut spesifikasi dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lapan tahun.

Kilang itu juga diarah tutup selama 14 hari.

Oleh RIZAM ZAKARIYA

Kosmo!

5 Responses to “Bebola Babi”

  1. 1
    waliz Said:

    Oh tidaaaaakkkk!!! babi lagi……!

    Reply
  2. 2
    eddyra Said:

    apa yang tidakkkk tu cikgu. Dah berapa banyak fishball babi dalam perut kita ni, dah berapa kilo sausage usus babi dah kita telan.

    Pemantauan setakat tanda logo haram halam, tapi yang ni sampai ke kilang fishball menunjukkan halal haram logo tu mesti dari bawahhhhhh lagi.

    Reply
  3. 3
    ucu Said:

    oh tq sbb post kat sini ;)) yw bro~

    Reply
  4. 4
    Ruza Said:

    Iskh…kesian kitaorang nie..entah benda ape-ape lagi yang dah termasuk dalam perut nie jadi darah daging..nie yang buat tak selera nak makan berbulan-bulan lamenye nih…

    Reply
  5. 5
    abu talip bin awang tengah Said:

    Syabas saudara Ideris..kami rakan rakan seperjuangan di Wilayah Persekutuan Labuan bangga dengan tindakan saudara. Semoga menjadi contoh pada rakan2 PPKP di Seluruh Malaysia.

    Reply

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Any view or opinion represented in the blog comments are personal and is accredited to the respective commentor / visitor to this blog. The owner reserves the right to moderate comment suitability in support of respecting racial, religious and political sensitivities.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me