Search Results

Kekasih Gelap….

Tuesday, October 13th, 2009

Masa aku mula-mula ‘terdengar’ lagu Kekasih Gelap nyanyian Ungu tu, aku ingatkan kekasih gelap ni seorang awek yang dah lama mati atau cerita tentang awek lama dia yang dah lama terputus. Aku tak lah nak amik sangat tau pasal lagu karat ni, lain la macam korang.. sampai hafal lirik lagu semua tu. Jadi aku terus lah anggap kekasih gelap tu cerita lama dia tentang aweks nya yang dah padam.. hinggalah aku sampai di Miri ni baru lah aku tau apa maksud kekasih gelap ni.

So tafsiran aku sendiri selepas kaji selidik tentang kekasih gelap ni ialah seorang jantan kabaret atau perempuan kabaret yang telah berkahwin tetapi mempunyai affair dengan seseorang yang lain. Umpamanya suami dengan awek lain tak kira lah awek itu bujang, tunangan orang, mak jan atau pun bini orang. Sama juga tafsiran untuk isteri.


Kalau masih berstatus bujang, dah ada buah hati lepas tu nak pasang sorang lagi kekasih biar pi lah, apa masalahnya. Berkawan biar seribu berkasih lepas satu, satu.. selagi mampu cari, kita cari dan berkasih lah sampai berpuluh-puluh kekasih pun, tak salah pun kan sebab kita nak cari keserasian. Kalau tak serasi tak ngam buat apa kahwin bro.. hehehe aku tau musti ada orang tak setuju dengan aku..

Kekasih gelap ni, dia memiliki seorang yang lain secara sembunyi-sembunyi, dan pergerakkan mereka adalah secara gelap, dan sulit macam pergerakan bawah tanah gitu. Mana boleh secara terang-terangan, nak mampus ka apa.

Siapa yang terlibat di dalam kes kekasih gelap ni? Kekasih gelap ni tidak mengira apa status, pangkat atau pun apa pekerjaannya. Dari kuli cap ayam hinggalah ke politician semuanya termasuk dalam catogory ini, cuma di peringat atasan tu di panggil scandal. Bunyiknya lucah sikit lah, tapi untuk golongan bawahan ni bunyik nya geli-geli aka jiwang karat sikit lah. Entah mana Ungu dapat words tu aku pun tak tau mungkin kat Indon memang ada words tu kut..

Gambar curi.. owner please email me if you want backlink.. hehe

Apa yang dicari oleh kekasih gelap ni? Orait, kalau sudah berkahwin tetapi ada kekasih gelap sama itu perempuan bujang atau jantan kabaret yang masih bujang, samaada saja nak geli-geli layan perasaan atau disebabkan sex. Ada alasan lain, mungkin nak bantu di atas kesusahan yang bujang tu kut? Blah lah kalau nak bantu tak perlu lah sampai nak dibuat dalam gelap, dah gelap hati ka apa.. kalau perempuan kabaret yang dah berkahwin tapi ada simpan anak ikan takde benda lain lah melainkan sebab nak **tut** sama jugaklah dengan jantan kabaret yang dah berkahwin tu.. tapi mungkin juga kalau jantan kabaret ada simpan perempuan mungkin dia nak buat bini kan.. itu lain tu he he he.. simpan sekejap kemudian nikah, nak tunggu bini dia sign form tu payah sangat..

So camana kalau jantan kabaret dengan perempuan kabaret yang masing-masing sudah berumahtangga tetapi ada kekasih gelap dengan isteri atau suami orang.. suami orang scandal dengan bini orang.. zappp terus aku cakap sebab sex.. betul atau salah? Bercinta dengan laki orang, kita curang dengan laki kita sendiri, itu dah melencong tu. Sama la dengan laki orang yang berscandal dengan bini orang, apa kejadah lah.. apa lah yang best sangat dengan barang terpakai tuhhh.. gezzzzz..

Aku rasa kita selalu terbaca dalam papers pasal tangkapan khalwat. Isteri orang dengan anak bujang ditangkap di dalam bilik hotel. Isteri tersebut masih mempunyai suami dan ada anak-anak etc.. atau isteri orang ditangkap ketika sedang berasmara dengan suami orang.. atau perempuan bujang yang ditangkap dengan seorang lelaki kemudian baru mengetahui bahawa lelaki tersebut sudah berkahwin.. ahhh banyak sangat cerita macam tu. Itu pun sebab ada undang-undang, kalau takde undang-undang khalwat aku rasa macam pesta jer kat Malaysia ni.. kira OK lah kat Malaysia ni tak kuat sangat cerita pasal swinger ni hehehe..

Mengapa berkekasih gelap? Banyak sebabnya dan bergantung kepada individu lah. Kalau suami ada scandal di luar sebab nak cari kelainan, nak bermanja-manja dengan yang lebih muda atau yang lebih memahami. Atau sebab bini dia ni garang nak mampus, simpan dulu baru ajak nikah kat Siam. Atau bini dia dah tak best, atau bini dia dah tua kerepot dan dah tak menarik lagi. Duit banyak, nak nikah lagi takut nanti perang sabil pulak.. so simpan lah sorang kat apartment tanggung makan pakaian beri kereta beri credit card dan in return dapatlah apa yang jantan cabaret ni idamkan.

Atau jantan cabaret ni lonely duk jauh-jauh dari anak bini, macam aku ni tapi aku tak termasuk dalam hal ni lah.. contoh jer la kan.. so disebabkan lonely ni maka terjadilah kes-kes seumpama ini. Aku ni siapa lah kan, duduk terconggok kat Boulevard shopping complex tu dua tiga jam pun takde orang nak pandang, tak ada yang sudi nak jadi kekasih gelap aku nih gezzzzz… ehem..

Kalau isteri ada pasang kekasih gelap di luar, samala macam suami kat atas tadi. Jenis takde iman, curang dengan laki, ini yang orang kata bini nusyuk ni. Bengong ka apa..

So mengapa gelap? Sebab takut orang nampak. Macam VIP yang kena tangkap pasal video sex dia tu, nak kahwin lain dah tak bleh sebab quota satu jer so kena lah berhubungan gelap di luar.

Senang cakap kenapa jadi gitu sebab iman tak kuat.. hurai panjang-panjang pun akan balik ke point yang sama.

Apa kelebihan ada kekasih gelap ni? Banyak kelebihannya bang.. kalau dulu henpon bulan-bulan RM50.00 tapi sejak ada kekasih gelap ni jadi RM200.00 sebulan, kelebihannya lah tu. Itu baru cakap pasal bil henpon bang.. kalau awek geli-geli nak kasut Bonia nak tak nak kena beli jugak.. itu tak cakap pasal nak rantai gelang lagi. Kalau tak bagi nanti nampak tak macho bang, nasib lah kalau dapat awek yang baik, kalau dapat yang jenis pisau cukur.. botak lah kau bang sampai susu anak pun tak bleh nak beli. Jangan jadi bangang sampai tahap tu bang.. nak ada scandal kat luar lantak lah kalau nak pasang lapan ratus perempuan simpanan sekali pun tapi lu kena ingat bang anak-anak kat rumah dan bini lu tu adalah nafkah yang wajib lu bagi bang.. jangan jadi jantan cabaret yang takde otak.. eii apasal aku emotional pulak ni wahahahaha…

Banyak sangat kes kekasih kegelapan yang berlaku di depan mata aku ni. Kawan aku sendiri, duk kat Labuan 2-3 tahun siap nikah lagi dengan arroyo Philiphino, yang ni OK lah kan dia menyucuk tanam di tempat yang halal hehehe walaupun sebelum tu simpan dulu setahun kat rumah. Bini di Semenanjung tu percaya sangatlah laki dia tu cari duit di Labuan dan setia kat dia di Semenanjung tu.. satu kes lagi sanggup korban duit gaji duk support arroyo ni. Bila arroyo ni abis contract jadi GRO kat Labuan ni, pun sanggup lagi perabih duit gi Mindanao semata-mata nak berjumpa kekasih gelapnya gezzzzz… buang duit, buang masa dan buang benih jer opsss..

Kawan aku ni kan, entahlah aku nak kategori kan dalam kategori apa aku pun tak tau. Jiwang ke, mat romeo ke, playboy ke, jantan cabaret ke entah lah. Bini cantik, anak-anak dah ramai tapi sampai di Sarawak ni sudah jatuh hati pada seorang perempuan suku ******* ni. Aku tengok perempuan tu tak lah cantik mana pun, biasa-biasa saja bah. Harapkan rambut jer curly kaler blonde gitewww.. biasa jer lah takde ada-apa yang menarik pun aku tengok, bagi aku lah kan. Mungkin bagi dia perempuan tu macam bidadari kut. OK lah kan ikut suka hati dia lah, itu mata dia. Kalau lubang hidung kembang sekali pun dia nak kata mancung apa kita boleh buat, dah namanya pun sasau muahaha..

Apa yang dah berlaku, menurut cerita jantan cabaret ni.. hatinya sudah tertawan lah pada perempuan ni. Ceritanya lagi, siang malam asyik teringatkan perempuan tu, perempuan ni pulak layan jantan kabaret ni baikkkk punya so jantan ni hanyut dan tenggelam lah dalam kata-kata cinta dan belaian manja perempuan ni.. abis duit dia bro dia belanjakan untuk perempuan ni.. beli baju, perfume itu ini lah macam-macam.. last-last apa yang jantan ni dapat? Dapat asap jer bro.. asap jer.. bila sedar jer dia dari semua ni, baru lah dia tau bahawa perempuan tu sekadar nak mempermainkan dia.. muaahhahahha.. cap ayam betul. Habiskan duit habiskan masa jer lah.. Dari kisah ini lah baru aku tahu apa itu kekasih gelap.. hahahahah

So secara kesimpulannya, tepuk dada tanya selera. Semua yang gelap ni tak akan ke mana pun, dan tak mampu bertahan lama pun. Kalau belum sedar tu elok lah stop takut-takut esok lusa malaikat datang nak check out nyawa. Keluar lah dari kegelapan, kalau yang bujang tu kahwin je lah dengan jantan cabaret tu tak kisah lah laki orang sekalipun, best apa laki orang romantic jer dan pandai berkata-kata.. dan tak gelojoh hehehe..

Kalau yang dah kahwin tu especially bini orang, sudah-sudah lah kembali lah ke pangkal jalan. Bertaubat nasuha lah jangan buat lagi. Takde nyer orang bujang nak amik awak jadi bini dia apatah lagi kalau awak dah tua dan ada anak ramai, tapi ada jugak yang berkahwin broo.. anak perempuan cabaret tu dah 5 orang kalau tak salah aku, bila laki dia found that bini dia ada scandal kat luar laki dia lepaskan dia. Lepas tu nikah jugak dia dengan bekas bini dia serta anak-anak dia.. gezzzzz… menarik apa nikah package beli satu dapat 5 free wahahaha..

Satu pesanan lah buat para isteri di luar sana tu, dari biarkan suami buat hal yang tak senonoh ada baiknya izinkan mereka tu, atau biarkan mereka tu nikah lagi. Tak baik halang hajat baik orang nak dirikan masjid dan nak jauhkan dosa. Baru-baru ni aku terjumpa kawan lama di Miri ni dengan anak kecik dia woww comey putih jer, tapi dia sendiri kelabu asap. Dia cakap ini anak dari bini dia yang no 3. Nikah dengan Orang Ulu bah patut lah putih anaknya bah. Dia kata, bini kat Semenanjung beri green light kat dia kalau nak nikah lagi di Miri ni dari buat dosa tak tentu hala. Adehh.. entah apa-apa. Selagi tak mampus selagi itu lah nafsu akan terus membara.

So akhir sekali kepada yang terasa jangan marah yer, no offence oraittt… :)

Labuan – Kota Kinabalu – Kota Belut

Sunday, October 11th, 2009

Baru je sampai di Miri 28 September 2009, aku dah kena gi Labuan semula untuk handover kerja dan inspection untuk new site team. OK best apa jalan-jalan dari duk ngadap pc di opis. At least kurang lah kebengangan aku pada GM cap ayam tu.

So Thursday 1st October sesudah subuh tu terbang lah aku dengan kawan aku sorang ni ke Labuan.. sampai di Labuan jam 8.30am gitu.. check in hotel Global yang dulunya banyak lipas tu. Ini ler hotel yang penuh kenangan manis sejak aku kena hantar oleh GM sekitar February 2009. Lama dah jugak aku tak ke Labuan ni.. 2 bulan kut. OK lah tu tak ada banyak perubahan di sini..

Sampai di opis, jumpa kawan-kawan lama semasa aku jadi kuli di sini. OK lah semuanya terima dengan baik, itu lah oil and gas ni kecik jer, hari ni buat hal esok lusa jumpa lagi kat company mana-mana pun. So jangan lah buat masalah, screw up job ka, sexual harrasment ka err macam boss aku dulu tu.. haa pergi mana-mana orang kenal punya lah..

Pukul 10.00am kami naik speed boat gi naik vessel Ajang Hormat. Ada la 10 minit kut.. perghh view yang menarik dapat tengok bandar Labuan dari arah laut, lalu tepi kapal-kapal besar, workboat, workbarge dan ferry yang bawak kereta ke Sabah. Cantik juga.

Sampai di vessel, safety briefing … gezz.. faham-faham je lah duk ulang benda yang sama. Actually vessel ni baru sampai dari Matanani Island selepas menyelamatkan diri dari ombak yang kuat di St Joseph Field, Sabah… sampai tercabut anchors. So amik kesempatan la visit my baby ni. Ini ler vessel yang aku duk jaga sejak bulan 6 hari tu..

OK lah, malas la nak duk lama-lama atas vessel ni banyak sangat procedure and protocol.. macam kat platform jugak, sama jer. So call speed boat amik kita orang dan balik semula ke opis..

Pukul 5.00 petang, blah balik hotel Global. Pusing-pusing town.. biasa je la Labuan takde apa pun.. harap ada arroyo jer lah.. tapi sedikit sebanyak ada juga terlepas kerinduan di tempat kita mula-mula tercampak ni dulu, melangkah di jalan-jalan yang pernah kita lalui sewaktu ketika dulu cewahh..

Malam, takde activiti pun.. duk layan client minum jer lah.. nak buat apa lagi malam-malam di Labuan ni kannn..

Esoknya pun sama jer lah, gi opis inspected barang sikit dengan Shell representative ni.. asalkan dia sign jer dah kira abis sudah kerja aku. Malas sebenarnya aku nak buat kerja-kerja ni, lecehhh tapi nak buat camana.. kerja bro kerja..

Petang tu cadang nak makan di Anjung Ketam, di Tg Aru tapi ketam takde pasal bulan cerah kata tuan kedai.. alahaiii.. ketam datang bulan pulak. So malam tu, makan KFC jer.

Layan live band di Beyond 2000.. lagu-lagu yang sama dengan group penyanyi yang sama, OK lah not bad la Adam bawak lagu November Rain yang aku requested.

Esok tu, fly semula ke Miri. Balik lepak kat apartment. Bosan nak mampus.

Client called, suruh aku ke Kota Belud hari Isnin ni untuk tengok Roving Gang punya first mobilisation. Hmm.. OK gak tu. Dapat cuci mata tengok Gunung Kinabalu dan sumandak-sumandaknya.. boring abis duk Miri, kita jalan-jalan ke Sabah pulak.

So Isnin pagi tu naik flight ke Kota Kinabalu.. nak check in di Marina Court, gezzzz tak bleh check in, adehhh payah kalau orang tak reti buat kerja ni, so dengan bag-bag itu lah aku ke Kota Belud tumpang kereta Myvy client aku nih.

On the way tu.. cantiknya view… nampak banjaran gunung, bukit bukau yang hijauuu mata memandang. Cantik bah rasa tak nak balik Miri.. macam aku cakap dulu lah kalau setakat nak tengok bangunan tinggi mencakar langit baik duk KL jer, di Sabah ni penuh dengan banjaran gunung yang sejuk mata memandang.

Sampai di Kota Belud, terus ke Kota Belud Hotel di mana Shell amik tempat tu sebagai dia orang punya base. Register nama dulu macam biasa. Meeting ni aku di brief apa yang akan team baru yang bakal aku lead ni akan buat selama 120 hari di North Sabah Field. Jumpa OIM dan CSR intoduce dan bercerita tentang planning untuk job ni. Nampak simple jer, kacang jer lah cuma job ni tak de vessel, crew aku akan stay di Kota Belud dan daily trip to worksite everyday sampai job complish. Senang tapi cerewet.

OIM berpesan pada crew, jangan mabuk, jangan kacau penduduk local, jangan create problem dengan penduduk local, jangan kacau bini orang gezzzz…. masyarakat di sini adatnya berbeza dengan di Miri so crew aku tu kena pandai menyesuaikan diri dengan keadaan setempat. OK la tu.. memang dulu masa previous contractor ada buat hal dengan penduduk local di Kota Belud, kecoh bro..


Abis short meeting.. aku keluar dari building tu dah tengok wowww cantiknya permandangan, rasa nak gi jer kat puncak bukit tu.

Ok lah times up so we left Kota Belud dan balik ke KK.. malam tu entah lah bosan nak mampus sebatang kara di Bandaraya KK .. hujan pulak tu. Laut pulak bergelora dengan angin yang bertiup kuat dari Philiphine..

Esoknya jam 11.00am sekali lagi ke Kota Belud untuk job briefing dengan crew.. layannnnn.. abis briefing blah balik apartment.. malam tu dengan client aku bawak di makan seafood di Restoran Nelayan.. makan steamboat. Gezzz ada persembahan kebudayaan.. cantik bah tengok masyarakat kadazan Dusun perform dengan pakaian tradisional mereka, aku pulak yang tak bawak camera malam tu. Sumandak-sumandak yang perform malam tu semuanya cantik-cantik, lebih cantik dari GM cap ayam aku tu.. muahahhaha..

Balik dinner tu.. merayap di sekitar KK town.. tapi hujan la nak merayap ke mana…

Esoknya.. satu hari suntuk duk kat town KK.. petang tu jalan-jalan di Pasar Philiphine makan ikan bakar. Wah cantik view dari pulau-pulau berdekatan..

Khamis 8th October 2009 aku fly back to Miri.. gezzzz…

**later upload photos..

Jiwa kacau

Sunday, July 12th, 2009

Sebulan lebih dah aku di Miri ni.

Sunyinya hidup tak tergambar dengan kata-kata.. anak-anak jauh, kaum keluarga apatah lagi. Kawan-kawan sibuk dengan kehidupan masing-masing. Budak-budak bujang memang happy lah duk sini abih tu tak kan aku nak jadi macam dia orang pulak. Aku ni laki orang he he he..

Apa nak buat.. dah aku terpaksa datang ke sini kan nak buat camana lagi. Kalau nak ikutkan hati tak hingin aku duk sejauh ni. Dulu dapat offer Petronas KLCC aku tolak sebab KL jauh sangat dari Kemaman.. la ni laaagi jauh. Adeh kacau betul.

Dulu anak-anak menjerit suruh balik, la ni anak-anak dah tak bising dah, dah boleh terima daddy dia kerja jauh dari mereka. Yer ler kan.. End October 2008 dia orang dah duk kat rumah tok dia masa ummi dia beranak kan adik dia orang.. 2 bulan jugak tu.. February 2009 aku kena transfer ke Labuan, jadi kuli batak kat sana.. 2-3 bulan jugak duk kat Labuan. June 2009 aku dipaksa ke Miri jadi Operation Engineer kat sini.. aduhai.. bayangkan hero aku yang kecik tu hari ni dah tumbuh gigi, dah nak merangkak dah.. kadang-kadang kecik juga hati ni tak sempat nak tengok dia membesar.. tapi GM aku ni pekak, cap ayam punya GM. Aku cakap revise la package aku, boleh aku import anak bini aku ke sini tapi pekak.. puppet betul lah..

Nak tak nak kena hadapi jugak fenomena ni, aku bukannya ada kerja lain pun, diam-diam aku dah sent resume aku kat beberapa buah company di Semenanjung.. aku nak blah dari sini. Aku tak kisah sebenarnya duk kat Sarawak ni cumanya jauh dari anak-anak bini.. kecik lagi budak-budak tu sian jugak ummi dia orang siang malam kena jaga.. especially yang hero tu.. nakal yang amat :) macam ummi dia masa kecik dulu la.. he he he..

Pagi-pagi morning bangun tidur mandi semayang pakai baju bersiap.. turun lobby. Taxi dah standby kat bawah.. jalan terus menuju ke Piasau.. breakfast kat Restoran Mukmin dengan boss aku, kadang-kadang solo jer. Tengok orang lain breakfast dengan bini dengan anak-anak, dengan awekkss.. kalau pagi Jumaat nampak berseri je muka laki bini tu he he he … aku? Aku gigit jari jer. Itu yang jiwa kacau tu bang..

Masa daily meeting dengan Shell, adehh menusuk kalbu. Sebulan aku di sini, baru sekali aku kena fuck dek Shell ni.. pedih nya sampai ulu hati. Malunye muka.. rasa macam nak pack barang balik terus ke Kemaman. Yang ini yang jiwa luka ni … tapi apa-apa pun bila di fikirkan semula apa yang Shell buat tu tak salah pun. Ini yang aku belajar sebenarnya.. belajar tido awal, bangun awal.. seawal pagi dah update untuk read out progress status semalam punya. 7.30am sampai 5.00pm aku sentiasa busy, sampai terlupa anak bini, itu yang kadang-kadang dapat SMS bunyik macam merajuk tu :) … jiwa karat sungguh ..

Adeh yang paling kacau kat Miri ni bila terlintas dengan makhluk Tuhan paling sexi tu, kadang-kadang pakai skirt, kadang-kadang pakai short, yang berbaju kurung pun ada aduuuuhaiiii.. dah la putih, muka ethnic mix pulak tu.. Bidayuh ka, Orang Ulu ka, Iban ka, adehh mengganggu emosi sungguh bangg.. kena pulak yang rambut curly gitewww.. lupa anak bini sekejap keh keh keh..

OK apa… ni Bidayuh ni.. :)

tapi yer lah kan kena lah kuatkan semangat.. ramai jugak kawan aku yang lemah semangat terus berkahwin bah.. yang bujang tu OK lah, yang laki orang pun ramai yang bukak cawangan baru. Lemah semangat lah katakan.. itu yang jadi dua sim card tu, takut kena tangkap.. hahahahahaha.. nak hidup kena lah pakai otak. Aku pun pakai dua handphone. Maxis tu dari Semenanjung tapi kat Miri ni Maxis memang cap ayam.. kejap-kejap putuih.. so aku subscribe 016 Digi pasal orang sini ramai yang pakai Digi. Memang nampak lanchi la he he he..

…. tapi aku nak berpesan sikit lah pada isteri-isteri di Semenanjung tu, perempuan di Sabah dan Sarawak ni lawa-lawa, nak nak yang duk kat kaki gunung tu.. ayu-ayu gitewww.. jaga-jaga lah sering-sering lah contact laki korang, buat sport check ka apa-apalah.


… ni Ibanez ni.. :)

Kalau line telephone asyik engage je tu haaaa haaaa jaga-jaga lah.. kalau tak engage langsung pun bahaya jugak tu sebab mungkin dia pakai handphone satu lagi.. so dua-dua kena call.. sebab tu aku pakai 2 handphone he he he.. bukan apa lah kan, cuma sebagai peringatan je.. manalah tau kan.. madu Sarawak ni manis-manis.. kuang kuang kuang…

Best mai diau di Miri, manyoh indu bajik-bajik burak-burak enti ulih nyadi ka bini nya manah gik.. hehehe

Cerita dari Miri

Sunday, June 21st, 2009

Salam semua,

Lama sudah aku tak update blog aku ni.. takde masa, takde mood entah lah macam-macam yang menghalang aku dari menekan-nekan keyboard laptop company ni..

Hari ni dah 2 minggu aku kat Miri ni. Fly dari KLIA 8 June 2009, sampai Miri town terus check in Imperial Hotel, dapat bilik ngadap swimming pool, boleh nampak town, waterfront dan kapal-kapal di laut.. platform minyak pun boleh nampak kalau takde kabus.. boring-boring time pagi atau balik kerja skodeng orang mandi kat pool.. adehh kalau boleh nampak yang geli-geli tu best juga kannn..

Aku ke Miri, report duty sebagai Operation Engineer for CAT3 under Shell project. Aku datang ke Miri kerana terpaksa, aku terpaksa akur dengan kehendak management yang entah apa-apa tu ‘on-loan’ selama 3 tahun.. apa kejadah ‘on-loan’ selama 3 tahun bah?

Aku stay di Imperial Hotel sebulan abis lebih kurang RM4,500.00 tak campur tax lagi tu. Taxi fare RM900.00 lebih kurang, sebulan.. campur outstation allowance RM1,500.00 sebulan.. laundry letak lah RM400.00, err laundry mahal ge natang spender RM3.00 selai.. muahahha campur semua sekali tu company abis RM7,500.00 tak masuk air ticket aku… apa lah payahnyer, bagi je aku RM5,000.00 outstation allowance sebulan then aku cari rumah cari transport duduk kat sini terus sampai abis project.. adehhh payah-payah.. kadang-kadang kalau dah terlebih cerdik ni payah juga kann.. nak break policy pun payah.

Itu yang bengkak hati sampai takde mood aku nak datang ke bekerja di Miri ni, gaji Kemaman bangg… aduhai benggong sungguh. Bila aku suarakan cerita aku ni pada GM aku sehari dua lepas, dia pulak yang naik angin.. bodo betul. Aku pun naik angin juga maka terjadilah confrontasi antara aku dengan GM cap ayam tu.. nasib baik dalam bilik takde orang.. rasa nak terajang jer.. pintu bilik tu he he he..

OK lah.. malas nak cakap pasal tu lagi.

Life aku banyak yang aku kena ubah bila bekerja di sini. Masa di sebelah east Malaysia ni awal sikit, pukul 6.15 dah cerah. Subuh pukul 5.00 pagi, maghrib 6.30 petang..

Shell start opis hour seawal jam 7.00 pagi, tapi opis aku start jam 8.00 pagi. Masalahnya sebagai Operation Engineer aku mesti duduk meeting dengan groups of contractors dan Shell reps pukul 7.30 pagi tiap-tiap hari without fail bro.. pukul 6.45 am aku dah naik cab menuju ke Krokop. Breakfast dulu kat restoran mukmin sambil fikir nak goreng apa dalam meeting nanti..

In this daily progress meeting ni, kalau takde issue OK lah boleh tarik napas panjang.. tapi kalau ada issue panas.. berasap laaaa punggung. Puak-puak ni mana ada nak simpan-simpan, kalau nak belasah tu memang straight to the point, solid dan pedihnya sampai ke ulu hati.

Aku pernah bekerja dengan Petronas Carigali, dengan Exxonmobil rasanya tidak lah strict sangat, tapi Shell ni mak aiii very very strict. Staff dia orang sendiri akui apa..

Bayangkan life aku sebagai OE, kalau sesuatu issue yang timbul tu disebabkan oleh lain-lain department macam HR ka, Procurement ka atau mana-mana department sekalipun.. yang kena soal, yang kena belasah, yang kena tiawwww adalah OE! Pagi-pagi dalam meeting kena update progress offshore, kalau ada hick up berasap la telinga depan-depan 20-30 orang yang lain.. life aku mesti alert dengan progress 24 jam, tak boleh nak jawab kalau Shell tanya, pedih la. OK lah aku pakai Blackberry boleh send and receive email dari offshore, boleh lah up to date, tapi buatnya hari tu lupa nak baca email ka.. mampus lah. Kadang-kadang apa yang ditanya tu macam pegawai penyiasatan jenayah, terkebil-kebil nak jawab.

Apa yang kena ubah, aku kena jadi proactive, macam gangster sikit. Mesti fully comitted dengan kerja, aduhaii shock jugak. Mental mesti lebih strong dari dulu, dulu takpe apa-apa hal Manager yang kena, boleh nyorok belakang dia, kat sini sorry lah. Berserabut, kadang-kala stress aku walaupun baru 2 minggu jadi OE ni. Baru dapat bunga-bunga api tapi dah rasa macam C4 ha ha ha… itu lah pasal sampai aku buat keputusan untuk botakkan kepala aku 4-5 hari lepas, kasi release 5% tension tu.. :P

Pakaian kena ubah, no more jeans. Pakai slack macam pegawai bank, no t shirt dan mesti tuck in. Dulu simple je pakai jean, t shirt dan jacket. Mak aiiii rimasnya aku pakai slack ni, nasib baik tak kena pakai neck tie. Aku tuck in sekerat hari je, lepas tu back to normal la. Dah aku ni memang selekeh nak buat camana kan.

Language pun kena tuko jugok, sini English memanjang, aku English Terengganu lantak lah dia orang tak paham apa aku pedulik …

Duk di Miri ni, aku lebih banyak tunduk ke bumi, bukan tempat kita tempat orang kan, silap hari bulan esok jadi mayat. Kat sini ganas sikit orang-orangnya, kadang-kadang rasa lebih suka duk dalam bilik dari duk merayap kat luar bimbang kita tersalah langkah.

Satu lagi pasal waktu kerja yang awal (kira awal la kan aku dari semenanjung) pukul 7.30, nak stay lewat malam tak boleh dah, nak merayap sampai pukul 1-2 pagi tengok liveband pun dah tak boleh. Nak tak nak pukul 10.30 malam dah kena tido, sebab nak bangun jam 5.30 pagi.. hari-hari pulak tu.. aduhai.. pelik pulak tido jam 10.30 malam ha ha ha..

Kat opis, waaaaa cerah mata aku. Opis ramai orang.. berbagai kaum ada. Iban ada, Foo Kaw ada, Melanau ada, Bidayuh ada, semua ada lah.. kalau crew datang opis especially kaum Iban perghh siap dengan tatoo, takut aku tengok. Tapi bekerja di sini ada sedikit kejutan buat aku, perempuan opis aku ni sexy abisssss.. dah lah sexy putih-putih pulak tu. Pakai skirt ader, pakai baju kurung ader, baju kurung pulak mantap jer.. semua ni buat aku tak concentrate depan pc.. ini dah boleh di kira sexual harrastment pada aku ni. Bini orang ke anak dara orang ke perghh lawa-lawa.. fikir punya fikir kalaulah di Kemaman tu ada gunung ganang rasanya ramai yang putih cerah macam di Sarawak ni he he he.. nasib baik wife aku putih cerah hahahaha..

Apa lagi nak cerita..

Bandaraya Miri ni, OK lah.. kebanyakkannya chineese, rumah besar-besar mostly chinese punya. Nak cari makanan halal agak ada masalah juga, pilihan pun kurang. Restoran jual katak pun ada, katak masak kicap ka, asam pedas katak ke atau katak masak lemak cili api pun ada kut.

Yang famous di sini ialah nasi lelapan, orang kata datang dari Indonesia. Nasi, lauk ayam, ikan tenggiri, ikan bawal atau kambing, kemudian ada kuah sambal lelapan, timun, kacang panjang, tempei, pucuk ubi… best la jugak tapi kalau hari-hari tak ok jugak.

Harga sekitar RM10.00 satu set. Aku selalu makan dekat Madli’s depan Imperial Hotel, dekat waterfront pun best jugak. Kat Chillipepper pun ada, bersebelahan dengan restoran jual katak tadi. Aku bermasalah sebenarnya dengan makanan di Miri ni tapi nak buat camana, tak kan nak makan megi mangkuk je hari-hari..

Yang sohor di Miri ni shopping complex Boulevard, Parkson dan entah apa lagi. Harga memang mahal sikit compare to Semenanjung.

Masjid boleh bilang dengan jari.. sedih la pulak.

Kat town ni, banyak iklan tapak kaki. Besar-besar papan iklan tapak kaki massage center. Tukang service kebanyakkan chineese dari PRC dan Thailand, itu yang aku perasan lah.

Pub, lounge dan karaoke pun banyak tapi yang tip top dekat area Parkson tu je lah. Pelayan mostly pinoy, macam Labuan juga.

Bersambung..

Panjang atau pendek.. besar atau tidak..

Monday, May 11th, 2009

Di dalam dunia lelaki yang inginkan kereta yang besar, pekerjaan yang besar, rumah yang besar-besar, bini yang besar dan apa sahaja yang besar-besar, payah untuk lelaki melupakan sesuatu yang besar itu adalah lebih baik dari sebaliknya. Adakah besar itu lebih baik, lebih bernilai dari yang kecil. Apakah yang kecil itu memang cap ayam semata-mata.

Lelaki akan bersaing dalam apa sahaja semata-mata untuk memuaskan wanita. Memiliki sesuatu yang besar, rumah yang besar, income yang besar dan apa-apa sahaja untuk wanita, termasuklah memiliki pistol yang besar. Ada yang frust memiliki pistol yang kicik bro.. bro lu punya kecik ka? :P

So, does size really matter?

Kebiasaannya ketinggian seseorang lebih mendorong untuk menjadi seorang great basketball player, seseorang yang lebih tough dan robbust untuk menjadi seorang pemain rugby yang terkenal. When it comes to sex, adakah mempunyai size pistol yang panjang dan gemuk serta gebu lebih baik dari yang pendek, kurus dan.. err tidak gebu?

Aku no comments lah dalam topic yang berkurun zaman diperbincangkan ni. Most girls say that size doesnt matter but be real does it really matters? Jadi aku kongsikan di sini survey yang aku ambil dari beberapa tempat.

There was a survey carried out with 556 women included, aged between 19-49 who participated in this question. Here were the results of the survey.

* 18% said the length was very important, 22% said the girth was very important.

* 57% said the length was somewhat important, 53% said penis girth was somewhat important.

* 25% said the length was unimportant, 25% said the girth was unimportant.

OK, scientific facts untuk lelaki dan wanita. A comprehensive worldwide study yang di ambil dari 40 independent penis size research projects, yang bermula sejak 1942, telah come up dengan satu penis guideline.

Lebih dari 11,000 participants ditanya, di dalam survey ini mendapati average erect size of the adult penis between 5.5 inches and 6.2 inches in length and 4.7 inches and 5.1 inches in girth.. dia punya ukur lilit bah..

Ha ha ha .. so what? Get your measuring tape..

My opinion lah, if a woman really loves you, she won’t care even if you have a small penis as long as it is about normal size, and you’re hot in bed, you don’t have to worry.

Sibuk seorang aku..

Thursday, January 1st, 2009

Salam semua.. salam maal hijrah and happy new year 2009. Apa cerita kita kali ni, aku ada banyak cerita nak disampaikan kat blog cap ayam kapang ni.. tapi entah ler boleh ke tak aku tulis panjang-panjang memandangkan aku amatlah sibuk di tika dan saat ini cewah. Kalau boleh aku nak tulis cerita kali ni siap dengan date, macam diary gitew sebab banyak sangat perkara-perkara menarik (bagi aku lah) yang berlaku sepanjang sebulan dua ni.

Apa-apa pun, terima kasih kerana masih lagi duk layan blog aku ni, tengok macam sehari dapat 2000 hits hehehe.. email pun banyak aku tak reply especially yang hantar resume, yang tanya itu ini berkenaan dengan oil & gas, maaflah aku tak berkesempatan nak reply. Berbanyak-banyak maaf. Alhamdulillah, walaupun blog ni nampak bodo dan poyo jer tapi sekurang-kurangnya ada seseorang telah mendapat manafaat darinya, beliau telah berjaya dalam interview dan kini dah join sebuah oil and gas company di Miri setelah duk tengok iklan walk-in interview di sini.

Setahun dah sejak aku buat title Happy New Year 2008 sehingga ke hari ni, macam cepat jer masa berlalu pejam celik pejam celik dah setahun.. adeh umur pun dah bertambah setahun .. tapi aku tak kira sebab birthday aku bulan August hehehe..

Ok la brader and sisters,
.. lepas jer aku gi site visit di Cakerawala Platform pada 15th December 2008, aku terus ke main office di Seri Kembangan tepi tasik mines tu.


Perjalanan pagi menuju ke KL yang kabussss…

Office building yang besar di tepian tasik bekas lombong bijih timah, mak aiiii rasa terus jatuh cinta kat area tu.. cool dan memang mententeramkan jiwakacau aku ni.


Tau tak kedalaman tasik buatan ni berapa dalam? Satu batu eh?

Tak sangka pulak kat KL ni ada area yang cool macam ni, kalau tak hari-hari mata ni duk tengok plaza tol, lepas tu plaza tol kemudian plaza tol lagi.. jalan lain sikit nampak awek massage kat Bukit Bintang Walk, jalan-jalan lagi apek tegur “mau amoi ka?”.. jalan lagi nampak KLCC.. ish ingat best sangat ke tengok KLCC.. macam batu nesan jer.


Pemandangan dari opis.. cakap pun tak guna punya lah..

Jalan lagi nampak mat black nigger, nampak pak arab dengan mek arab yang hilang purdah, nampak indon, nampak mat hippies punk macam ayam belanda, err set punk ni ada class apa lepak kat tepi bank.. wahaha set punk lepak tepi bank.. jalan-jalan lagi nampak kereta jam memanjang, adehh bosan sial.


“Gold Man” cari makan…

OK lah, aku masih kat opis ni walaupun orang lain semua tengah cuti sambut new year, tapi aku kena perabih kan tender work aku ni.. bini aku pun dah bising lama sangat kena tinggal.. dia cakap tak payah balik terus pun takpa wahaha.. nanti aku sambung lah entry ni, malam ni ke kat hotel kalau takde kerja nak buat.. banyak photo nak aku upload.. tunggu …

21hb December 2009 – Ahad
Aku drive ke KL sorang diri. Sampai di KL terus ke Sunway gi tengok kereta baru wife aku. Aku bawak pomen kereta, pomen UMW. Dia test drive, dia kata kereta OK boleh beli. Honda Jazz 1.5 vtec. Spec biasa lah tapi owner dulu sudah pasang banyak barang lah, K&N filter, Tanabe punya spring, spoon parts.. Spoon N1 Muffler, Spoon Extractor, Spoon Spoiler, Spoon Front Strut bar, Spoon front lower arm bar.. Summit Crank Pulley. Dulu aku fikir apa kejadah lah duk tulis ’sudu’ kat rear screen tu.. heheh

Boss sudah bising suruh aku masuk office di Seri Kembangan sebab tender preparation work masih tak berjalan, adeh aku masih dalam cuti la bosss.. Malam tu check in hotel kat Bukit Bintang.. Malam takde apa nak buat aku keluar cuci mata dulu. Tengok orang-orangan yang mundar mandir.. tengok live band kat tepi BB Plaza, ok lah boleh lah layan kepala sambil minum kopi O mamak kat tepi tu. Syok jugak tengok puak-puak tu tarik shisha, ceh apa kejadah.. kalau campur ganja OK la jugak. Kalau lah zaman bujang dulu aku jumpa shisha ni, aku modify buat dapur ganja hehehe..

Macam biasa pemandangan aku tertumpu kepada live style orang-orangan KL ni, pukul 1.00 am pun masih duk bersembang sambil makan-makan. Aku boring nak mampus sebatang karat duk kat kerusi gerai mamak tu. Nak bersembang dengan sapa? Takde siapa nak bersembang dengan aku, boring nak mampus, kalau aku cakap kat bell boy hotel kang dia suruh aku cari ayam jer.. apa kejadah.

Last-last aku gi McD, mintak fillet O fish, bubur and kopi O.. aku dah serik makan makanan mamak, sakit perut bang.. entah berapa hari punya kari laa.. Maka duduk lah aku kat McD sambil mengharap ada aweks-aweks malang yang sudi temankan aku makan.. tapi hampeh. Oh baru aku tau rupanya kopi O kat McD boleh refill wakakaa..

Abis makan aku blah, lalu kat depan Maybank, ada street show bebudak perform apa kenama aku tak reti nak tulis, ada yang tiup buluh, ketuk gendang, tambourine.. adik perempuan tu hantuk tambourine.. kalau kat UK dulu macam gang-gang homeless atau pun hippies gitu.

Aku jalan lagi lalu depan BB Plaza tengok massage kaki punya business duk tarik customer. OK lah tu foot reflexology, body massage etc.. entah lah ada urut batin ke tak kekeke.. ada satu group yang berpakaian sexy abissss..

‘mau massage body enche. .. ?’

OK aku nak tido dulu.. esok aku kena hadir di sebuah big oil and gas company untuk menjadi saksi kepada domestic inquiry.. aku tak bleh tulis nama company tersebut..

esok aku sambung.

My perfume collection

Tuesday, November 25th, 2008

I love perfume and have decided to share my perfume collection with you my friends, yeah but not as big as some people I have seen.

Carolina Herrera – 212
Carolina Herrera – 212 Sexy Men ~ sooo nice!
Calvin Klein – CK One
Calvin Klein – Eternity
Chanel – Allure
Chanel – No. 5
Chanel – Pour Monsieur
Christian Dior – Dune
Christian Dior – Poison
Guy Laroche – Drakkar Dynamik
Gianni Versace – Versus
Giorgio Armani – Aqua di Gio
Giorgio Armani – Attitude ~ just bought, suck!
Hugo – Boss
Paco Rabanne – Sport De Paco
Ralph Lauren – Polo Blue
Ralph Lauren – Polo Explorer
The Body Shop – White Musk for Men :)
Tommy Hilfiger – Freedom
Givenchy – Givenchy Gentleman (1974)

Each one is unique in its own way, and I like to change it depending on my mood.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me