Salam semua,
Aku rasa terpanggil sekali lagi untuk menulis berkenaan dengan panduan untuk mendapatkan kerja di offshore. Banyak email yang aku terima bertanyakan cara-cara untuk mendapatkan peluang bekerja di offshore, ada yang siap dengan CV, photo dan mintak aku recommend kan kepada mana-mana offshore company. Terima kasih kerana sudi menghubungi aku. Aku mintak maaf pada penghantar email yang yang belum terjawab..
Sekali lagi aku nyatakan di sini, aku bukan manpower supply yang recruit pekerja-pekerja. Bukan juga 3rd party service company. Apa yang aku mampu lakukan ialah forwardkan email beserta CV yang korang hantar tu pada beberapa company yang aku kenal. Dah banyak juga CV yang dah aku forwardkan, kalau ada yang dapat panggilan dari mana-mana company tu, tahniahlah. Kalau dapat offer tu, kerja baik-baik, rajin-rajin dan jangan sesekali buat hal sebab orang lain sedang beratur panjang di luar sana untuk menggantikan anda.
Aku ni hanya seorang kuli cap ayam yang pernah melalui pengalaman bekerja di offshore, kemudian menceritakannya di dalam blog. Itu sahaja takde lebih takde kurang. Harapan cuma satu, apa yang aku tulis di dalam blog ni boleh dijadikan serba sedikit panduan untuk anda di luar sana. Buat masa ni, setakat hari ni rasanya belum ada blog berbahasa Melayu di Malaysia yang menceritakan pasal ini. Aku boleh recommend kan kat anda antara satu blog dan website yang juga berkaitan dengan offshore iaitu www.offshoreman.com. Penulis website tersebut, Saudara Sulaiman Sabur seorang engineer yang bekerja di sebuah oil and gas company di KL. Beliau orang lama di dalam bidang ni.
OK, now aku rasa entry blog aku ni berterabur sikit. Masa agak terhad untuk maintain blog ni, dah berapa bulan aku cuba nak tukar design blog pun masih tak buat-buat. So untuk memudahkan anda mencari entry yang berkaitan dengan offshore, aku summary kan di sini seperti di bawah ni:-
1. Berkenaan dengan position (jawatan) dan gaji yang ditawarkan. Click di sini. Position yang aku nyatakan di sini adalah tidak lengkap sebenarnya. Banyak lagi position yang berkaitan dengan offshore yang tidak aku masukkan seperti workboat crew, diving crew, underwater welder, tanker crew dan macam-macam lagi lah. Aku punya cerita banyak berkisarkan tentang construction work, bekerja dan life di offshore platform. Buat masa ni aku tak boleh nak bercerita pasal diving, underwater welder etc sebab itu semua kerja-kerja proffesional, hanya dia orang jer yang boleh ceritakan, kalau aku cerita nanti macam jadi cerita dongeng pulak
2. Kalau nak tahu bagaimana nak apply untuk bekerja di offshore sila click di sini dan di sini. Aku ada menceritakan panduan ringkas dari mula sampai akhir. Aku ada tulis beberapa nama company sekitar Kemaman, Terengganu. Buat masa ni itu yang terlintas. Insyallah aku akan tambah dari masa ke semasa. Kalau boleh aku akan list kan nama-nama offshore company yang ada di Labuan, Bintulu, Miri dan sebelah Sabah sana.
3. Kalau nak membaca serba sedikit mengenai pengalaman bekerja, makan dan tidur di offshore sila click di sini dan di sini. Ceritanya tak best pun, best baca cerita lucah lagi.. hahaha. Cerita kehidupan di bulan Ramadhan, di sini. Nak tengok apa yang ada di dalam living quarters, gi sini.
4. Tentang safety, di offshore memang menjadi tajuk utama. Ramai jugak yang kena halau balik ke umah sebab tidak memakai safety gears. Jangan terkejut, hanya kerana tidak memakai safety goggle, platform boleh menghalau anda balik rumah. Nak baca pasal cerita safety, di sini dan di sini.
5. Kalau nak mudah lagi gi kat sebelah kanan blog ni ada section Offshore Series, kalau nak mudah lagi pergi sebelah Categories, click Offshore.
Anyway, terima kasih kerana sudi datang ke blog ni, tanpa anda blog ni mungkin dah lama mati. Kalau rasa ada perkara yang nak privacy, email kepada aku di eddyra.net@gmail.com mungkin ada pengalaman-pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.