Search Results

Mecca Cube vs Apple Cube

Sunday, September 23rd, 2007

These photos were spread on the net last year.

In the business area of midtown ManHattan in New York a new bar is opened in the named of Apple Mecca which is similar to Kaaba Mecca. The muslims of New York are pressurizing Govt of USA to not open this bar.

apple5.jpg

It takes so little to upset the Muslims…
(more…)

Mayat budak perempuan itu adalah Nurin

Thursday, September 20th, 2007

Sedih, geram dan sakitnya hati.. aku tak tahu apa yang harus aku tulis berkenaan dengan berita mayat seorang budak perempuan yang ditemui di dalam sport bag adalah mayat Nurin Jazlin

nurinjazlin.jpg nurin.JPG

 

AL FATIHAH

alfatihah1.PNG

 

Sebaliknya bapa mangsa menafikan bahawa mayat tersebut adalah anaknya. Kalau kita berada di situasi begini, rasanya kita juga akan membuat menafian yang sama. Siapa yang sanggup melihat jenazah yang begitu naif keadaannya.

Sehubungan dengan itu, polis sedang mencari seorang wanita berbaju T merah, yang dipercayai boleh membantu polis dalam kes ini. Wanita itu dilihat mundar-mandir di luar premis itu kira-kira pukul 2 petang sebelum menaiki sebuah kereta Perodua Kancil berwarna perak yang dipandu oleh seorang yang tidak dikenali.

(more…)

Aku, Ramadhan dan Insomnia

Thursday, September 13th, 2007

Ramadhan datang lagi, 1 Ramadhan 1428H bersamaan 13 September 2007. Macam biasa lah bulan puasa, bukan pertama kali puasa pun, macam dulu-dulu juga. Bukak puasa, sembahyang tarawih, sahur, tidur, masuk office, tidur, petang-petang cari kuih. Ini lah rutin hidup aku di bulan puasa aku sejak aku di wajibkan puasa, sejak bila ehh.. sejak akal baligh.

Cuma Ramadhan tahun ni aku agak phobia sikit. Selama 10 tahun aku bekerja, bila datang jer bulan Ramadhan ni life circe aku berubah jadi kelawar. Aku tak boleh tidur, aku INSOMNIA! Mata aku pejam celik sampai ler waktu dekat-dekat nak Subuh, masa tu ler baru rasa mengantuk. Kalau aku TERtidur awal sekalipun, aku akan terjaga sekitar 2-3 pagi dan sampai subuh la aku tengok siling. Masa bujang-bujang dulu ingatkan lepas kahwin ni boleh ler tidur, rupanya sama jugak, asal bulan puasa jer aku insomnia. Kalau datang office, mata sure bengkak tak cukup tidur.

Selama 10 tahun ini jugalah bosses aku dari 2-3 companies yang aku pernah bekerja alhamdulillah memahami masalah aku, so dia orang tak berkira sangatlah kalau aku datang lambat atau tertidur kat office. Prestasi aku secara automatic menurun, logic la tu.

Cuma tahun lepas sejak aku joined new company ni agak berlainan sikit ler. Aku kena panggil mengadap dan confrontation pun bermula. Habis aku geledah surat-surat lama pengesahan insomnia yang di keluarkan oleh doctors, aku presented kat dia. Aduh la susah betul ler.

Hari ini 1 Ramadhan 1428H, first day puasa, aku tak tahu apa yang akan berlaku selama 30 hari yang akan datang.

Pohon Para Syuhada Di Bint Jbeil

Monday, September 10th, 2007

(From email)
Bint Jbeil- Ratusan para pelawat terus menyerbu Bint Jbeil, sebuah bandar di Selatan Lebanon yang digelar sebagai sebuah ibukota kepada Perjuangan Islam, datang daripada seluruh pelusuk Lebanon dan dunia untuk menyaksikan sendiri ‘Pohon Para Syuhada’, sebatang pohon yang dipotong pada tahun 2005 dan dipamerkan di dalam dewan utama bandar itu sebagai mengingati para pejuang yang telah syahid dalam peperangan dengan Israel.

Pada hari Rabu, 1 Ogos 2007, pohon tersebut mengejutkan penduduk-penduduk bandar tersebut apabila dedaunan hijau semulajadi tumbuh daripada dahan-dahannya. Dahan-dahan itu juga dikelilingi oleh titisan-titisan yang harum baunya yang keluar daripada sebuah garisan keretakan yang secara tiba-tiba wujud pada pohon tersebut.

Pohon tersebut dipenuhi dengan kepingan-kepingan kayu kecil yang terukir nama-nama para syuhada di atasnya dan ia dicat dengan warna coklat gelap, sebagai simbolik kepada warna tanah di kawasan itu yang telah menyerap darah-darah para syuhada.

Selepas perang dengan Israel pada Julai 2006 yang lepas, sejumlah 43 lagi kepingan kayu tersebut ditambah pada pohon itu yang terukir di atasnya nama-nama para syuhada yang syahid dalam peperangan yang terbaru itu.

Para penduduk bandar tersebut merasa sangat kagum apabila mendapati jumlah dedaunan yang tumbuh daripada dahan-dahan tersebut jumlahnya adalah 43 helai.
(more…)

Kanak-kanak hilang..

Monday, September 3rd, 2007

NAMA: NURIN JAZLIN
UMUR: 8
KALI TERAKHIR DILIHAT DI PASAR MALAM SEKSYEN 1 WANGSA MAJU PADA 20 OGOS 2007
JIKA ADA MAKLUMAT SILA HUBUNGI 019 - 366 7067 (JAZIMIN) /013 – 248 6651 (YAN)

Berita kehilangan ini disiarkan di dalam berita, news papers dan tersebar menerusi internet since August 20, 2007. Bersama-sama lah kita berdoa semoga adik ini kembali ke pangkuan keluarga.

*The girl in the photos above has been missing since August 20th, 2007. Please help as she has a kidney problem and suffers from high blood pressure. Those with information kindly please contact her family at 019 - 366 7067 (JAZIMIN) /013 – 248 6651 (YAN)

Kerja di offshore : Position yang ditawarkan

Wednesday, August 29th, 2007

Salam..

Di topics yang lalu aku ada menceritakan basic requirement untuk mereka yang berminat untuk bekerja di offshore. Oleh kerana ada yang menghantar email bertanyakan apa lagi lepas tu, itu dan ini, maka aku sukacita meneruskan topic offshore ni. Kali ini berkenaan dengan position yang ditawarkan di offshore platform.

List di sini mungkin tidak lengkap, tetapi ini adalah antara regular position yang ada di offshore.

Helper - kalau bahasa kasarnya kuli, macam aku lah. Helper task dia membantu sesiapa sahaja yang perlukan bantuan, tak kira apa task sekalipun. Kerja biasanya lebih kepada nak memudahkan kerja-kerja orang lain, termasuklah tukang angkat spannar, bersihkan working area dan housekeeping. Ramai adik-adik lepasan SPM yang apply kerja ni.
Estimated Salary : RM40.00-RM50.00, offshore rate, 12 hours working time.

Rigger - Atas sikit dari helper, nak jadi rigger pun kena join rigging course, bukan boleh pakai redah jer. Tasknya lebih kepada ringging job, lasak, seperti menarik dan menolak bebanan yang berat yang biasanya crane tak boleh operate. Kelebihan untuk mereka yang bertubuh sasa, mat fit tak sesuai.
Estimated Salary : RM80.00-RM100.00, offshore rate, 12 hours working time.

Rigger Scaffolder - Rigger juga tetapi specialize dalam erect scaffolding, bahasa baku panggil perancah, tapi jangan ler sesekali sebut perencah kat offshore, nanti kena gelak dik. Tugasnya erect scaffolding untuk jadikan access platform dan panjat tempat tinggi menggunakan safety hardness.
Estimated Salary : RM80.00-RM120.00, offshore rate, 12 hours working time.

Fitter - Fitter kerjanya fit up weld steel pipe atau structure, biasanya satu team dengan welder.
Estimated Salary : RM90.00-RM130.00, offshore rate, 12 hours working time.

Welder -Welder, tugasnya menyambung pipe atau structure yang telah di fit up oleh fitter. Post ni boleh tahan, kalau banyak “lesen” boleh buat duit banyak. Lesen ni datangnya dari Welder Qualification Test (WQT) .. haaa translate la sendiri, memang dah gitu term nya. Kalau banyak lesen dipanggil multi skill, boleh weld material carbon steel, stainless steel, duplex, cuni etc ler. Orang kampung aku cakap juruteri.. wahaha.
Estimated Salary : RM100.00-RM300.00, offshore rate, 12 hours working time.

Blaster – Blaster kerjanya blasts metal surface dengan menggunakan blasting equipment sebelum painter paints sesuatu surface, pipe ke structure ke.. mana-mana lah. Pakaian macam orang nak kebulan, rimas la sikit. Perlu ada IMM courses.
Estimated Salary : RM70.00-RM90.00, offshore rate, 12 hours working time.

Painter – Painter pulak sambung kerja yang blaster dah buat, dia apply paint pada surface tu. Sama la kena pakai pakaian ke bulan jugak. Perlu ada IMM courses.
Estimated Salary : RM70.00-RM90.00, offshore rate, 12 hours working time.

Electrician – Nama pun electrician, kerja-kerja berkenaan dengan electric di platform.
Estimated Salary : RM100.00-RM120.00, offshore rate, 12 hours working time.

Instrument Fitter – Instrument fitter tasksnya berkenaan dengan bahagian instrument, process, tubing etc. Rilex jer kerja ni, tak berat langsung.
Estimated Salary : RM90.00-RM100.00, offshore rate, 12 hours working time.

Crane Operator - Operate platform crane.. huii kena ada course ni, kalau boleh bawak crane di onshore belum tentu boleh bawak crane di offshore.
Estimated Salary : RMxx.00-RMxx.00, offshore rate, 12 hours working time.

Roustabout -
Roughneck-
Derrickman
Driller/Assistant Driller
Toolpusher -
Storeman -
Mud Logger -
Production Operator -
Maintenance personnel -
Divers-
Catering staff -

Professional posts - Graduates from Chemistry, Physics, Engineering, Mathematics, Geology, Geophysics and Petroleum Engineering courses are all of interest to offshore companies in exploration and production activities such as:

Geologists and Geophysicists
Reservoir engineers
Drilling engineers
Petroleum engineers

Kelayakkan untuk berkerja di offshore
Berminat bekerja di offshore?

Kalau berminat boleh lah apply dengan mana-mana company kat bawah ni. List yang ringkas namun nilah regular players kat sebelah Kemaman ni. Ada banyak lagi offshore company.

Vastalux Sdn Bhd
Work Location : Kemaman, Labuan.
Di Kemaman, currently ada contract dengan Petronas Carigali Sdn Bhd selama 5 tahun. Construction and painting job activities.
Website: www.vastalux.com.my/site/index.php
Email : enquiry@vastalux.com.my

Sarku Engineering Services Sdn Bhd
Work Location : Kemaman, Terengganu.
Currently ada job dengan Exxonmobil under FCB037 contract, Topside Major Maintainance - construction and painting untuk 5 tahun. Boleh lah apply untuk position dari rigger, scaffolder, fitter, welder,blaster painter. PMT pun boleh apply, workpack engineer, draughtman, technical clerk etc. Now company ni under Sapura.
Website : http://www.sarku.com.my
Email : hr-sarku@sarku.com.my

Intraline Resources Sdn Bhd
Work location: Kemaman.
Now di Kemaman project under DPD Exxonmobil untuk hook up and comissioning exxonmobil platform. Duration, 5 tahun.
Tell : 03-7880 4410
Fax : 03-7880 4710

Ramunia Fabricator Sdn Bhd
Work Location : Kemaman dan Teluk Ramunia,
Banyak job dengan Talisman

TJ Oilline Sdn Bhd
Work Location : Kemaman,
Contract dengan Talisman dah nak expire. Boleh cuba apply.

Sime Offshore Sdn Bhd
Last job dia orang buat ialah huc di Guntong E, Exxonmobil platform.

Shapadu Energy and Engineering Sdn Bhd
Location : KSB, Kemaman.
Sekarang ni job pun dah kurang, buat masa ni rilex dulu dan tak perlu apply lah.

Lain-lain company ialah seperti Geowell, Schlumberger, Weatherford, Anadrill,Tioman dan banyak lagi lah. Semua service company ni susah sikit nak join sebab kebanyakkan positionnya perlu ada pengalaman. Kalau nak join mungkin boleh tetapi start dari bawah lah.

Backpacker tour Europe - Old story

Tuesday, August 21st, 2007

Satu catatan perjalanan yang pernah aku siarkan di forum CARI sekitar tahun 2003. Aku publishkan di blog aku ni. (Post masih under construction, sorry banyak photo belum di upload kan)

9th July 1997

Aku bermula dari Newcastle Upon Tyne (Tempat aku study) menaiki bas selama 6 jam dan tiba di Victoria Station, kat tengah Kota London. Tido semalaman kat rumah member di North London. Malam tu discuss nak ke negara dulu, Belgium ka, Holland ka, bukak Europe map tengok route yang paling cun.. sebab duit pun bukan banyak sangat, biasa lah student MARA. Target kalau boleh nak round semua negara kat Europe.

10th July 1997

Aku gi empat orang, berbebankan backpack, sleeping bag dan beberapa helai pakaian menuju ke London Charing Cross, iaitu train terminal yang membawa aku ke Dover, travel time approx 1hr 45mins.

Berpandukan European Travel Guide Handbook yang kita orang beli, kami naik Stena Line Ferry dan menyeberangi English Channel atau pun Strait of Dover, sama la tu.. ingat tak Dato Malek Maiden berenang selama 17 jam tu.. hingga sampai kat Ferry terminal di Calais, dah masuk France dah. Permandangan pinggir pantai Dover cantik, nampak putih jer tebing tinggi, batu kapur kalau tak silap aku.

Setiba kami di Calais tuh, kami amik train menuju ke Lille, France. Sebab kami bercadang nak masuk ke Belgium dulu, masa nak balik semula ke England nanti baru kami nak pusing France tu. Yang menarik di France ni, sesetengah tempat takde tiang electric, sebab dia orang guna under ground cable. Puak2 French ni sombong lah sikit kalau kita bertanya dalam English, nak bercakap kena dalam bahasa mereka kalau tak, maaf tak layan. Eloknya cakap bahasa Melayu je.. hahahaha.. OK lah, tinggal kan dulu France.

Hari yang sama juga, kami tiba Brussel central Station, stesyen keretapi yang membawa kami dari Lille tadi. Dah petang sangat dah, lapor perut jangan cakap lah. Jangan mimpi nak cari nasik, air tebu ka, nasik dagang ka.. piirah.

So malam tu kami lepak kat hotel cikai. Letih jangan cakap, merayau lah malam tu sekitar Brussel, sekor muka Malaysia pun tak nampak, kut-kut boleh tanya kat mana jual nasik ka, halal food ka.. malam pertama tu kita orang makan pizza dan fish n chip jer.. yang menarik kat Brussel ni, ada banyak kedai cam kalau kat Malaysia ni kat Bukit Bintang tu, style cofe bean.. pastu siap ada orang mainkan musik sambil berdiri, main gitar ka, piano ka.. pehh kami backpacker empat orang ni mampu tengok jer.

11th July 1997

Masih lagi di Brussel, Belgium.

Lupa nak cerita, sesampai jer kami di Brussel Central Station dari Lille semalam tu, tengah2 duk lepak tengok orang lalu lalang tup tup tengok ada sorang mamat tu berlari dari Central Station, dua tiga orang kejar dia dari belakang. Kejar punya kejar siap bawak pistol lagi, ahhh kami dah suspend dah. Akhirnya dapatlah tangkap mamat tu, entah case apa tak tau lah.. ishh cuak jugak sebab kat tempat orang ni banyak sangat dengar cerita tembak tembak free ni..

Keesokkannya dah bangun pagi, breakfast roti jer lah. Check out dan keluar mengembara eecehh.. kami simpan backpack kami kat luggage locker kat Central Station, nak bawak berat sangat meh.

Oleh kerana hotel yg kami tumpang semalam di tengah-tengah bandar, maka banyaklah jugak tempat yg sempat kami sighseeing. Brussel - Bruxelles - Brussels, semua mempunya maksud yg sama. Brussels is the bilingual capital of Belgium. Maknanya, French and Dutch are the official languages of the city. Sebab tu nama jalan pun ada 2-3 sebutan. Brussel ni more than 1000 years old, kalau tengok buku sejarah Julius Caesar pun pernah extend power nya sampai ke sini,

Kami sempat ke The Grand Place - tapis de fleurs ataupun flower carpet. Tempat ni setiap tahun akan dihiasi dengan permaidani yang sungguh cantik dan berseri, kiri kanan kawasan ni terdiri dari banggunan lama dan penuh dengan sejarah. Yang menariknya Kerajaan Belgium ni masih mengekalkan / preservation of its ancient buildings and historical traditions. Di sinilah terletaknya Town Hall, is widely considered to be one of the most beautiful town squares in Europe….

Ada sesuatu yg menarik di The Grand Place ni, iaitu The Mannekin Pis - Patung budak tengah kencing. Cisss.. aku pun tak tahu lah budak tengah kencing pun dia orang boleh buat statue. The Mannekin Pis ni sebenarnya di katakan di ukir dalam tahun 1388. Selepas tu beberapa kali kena curi, dan beberapa kali juga ianya dijumpai semula. Ada satu occasions tu, mereka memakaikan patung tu dengan 600 jenis pakaian, tak tahu lah kenapa mereka adore kat dia ni.

Photo bawah ni Menneken Piss - budak tengah syok kencing..

Masih lagi di Brussel, Belgium.

Hari tu jugak kami visited Jardin Botanique Kruid Tuin iaitu taman bunga, bukan visit sangat pun sekadar lepak berhenti penat ooo..

Next, kami ke The Atomium iaitu monument atom yang di bina dalam tahun 1958. Monument atom ni diperbesarkan sebanyak 165 billion times untuk jadi sebesar tu.. ni aku paste kat bawah.. tinggi monument ni 100 meter.

Pastu kami melarat sampai kat The Cinquantenaire Park , biasalah taman dan ada ler beberapa banggunan peninggalan sejarah.. takde yg menarik sangat kecuali taman yang cantik dan terpelihara.

Last sekali sebelum kami blah, kami ke Mini Europe. Kat sini semua monument dan building yg ada seluruh Europe, ada di sini.. cantik dan err.. apa nak kata aaaa.. memang unik lah..

Petang tu kami membuat keputusan untuk terus ke Amsterdam, so amik train ke Antwerpen, utk tukar stesyen keretapi.

Malam tu kami amik train dan bertolak ke Amsterdam, Holland.. sampai dah agak nak malam dah.. dalam tourist guide handbook berpesan, supaya berhati-hati kat Amsterdam.. heheheheh!

AMSTERDAM!!
(more…)

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me