This is my new MB
March 25th, 2008 by eddyra on politic
This is our new Menteri Besar, Dato Ahmad Said replacing Dato Idris Jusoh who was rejected by Sultan Mizan.
I am not quite sure what is the reason behind him snubbing Idris Jusoh but I do believe in him and I believe he has rakyat in his interest. May be you can find that reasons here.
I am a Terengganu-ian and I support the Sultan of Terengganu.



March 25th, 2008 at 5:22 pm
Utusan Malaysia, 14 Mac 2008 dengan muka depannya bertajuk ‘DAP BIADAP’ lantaran kemelut perlantikan YB Nizar dari PAS menerajui kerajaan campuran di Perak….
tetapi dalam perihal Terengganu pula bilamana 23 ADUN nya bukan setakat ‘akan’ memulau majlis angkat sumpah, malah secara terang-terangan tidak bersetuju, membantah sekeras-kerasnya, membuat demonstrasi dan pelbagai cemuhan terhadap insitusi Raja Berperlembagaan….
mengapa tidak diterbitkan pula ‘UMNO / IDRIS JUSOH / 23 ADUN UMNO BIADAP, KURANG AJAR, GILA KUASA, BERTUHANKAN NAFSU, MUSANG BERBULU AYAM, MUNAFIK DSB’…..itulah media Malaysia yang duduk di rangking ke 151 indeks kebebasan media dunia di belakang Bangladesh dengan kelas ‘NOT FREE’
ReplyMarch 25th, 2008 at 5:25 pm
Terpahatnya sejarah dibumi terengganu mengundang berbagai reaksi dan spekulasi. tumpuan sekarang ialah diterengganu kerana terengganu sejak tahun 1999 memperlihatkan berbagai bagai keistimewaannya. dan kini kemelut perlantikan MB menjadi isu terbesar dalam sejarah pemerintahan negeri terengganu.
mat said menjadi pilihan tuanku untuk meneruskan tugas memanda menteri setelah matyeh selama memegang jawatan telah berperangai seperti beruk serta membangkitkan kemurkaan tuanku dalam banyak tindak tanduknya.
Gantinama I dan YOU ketika bercakap dengan tuanku dikhalayak ramai menunjukan matyeh dah lupa diri,lupa yang dia seorang melayu yang pula lahir dikampung yang penuh dengan adat sopan.
Begitulah matyeh yang lupa diri dan kemudianya berubah perangai menjadi beruk bilamana berkawan dengan spesis beruk khairy dan patrick badawi. akhirnya tuanku nekad untuk tidak menerima matyeh lagi sebagai memanda menterinya.
Maka bermulalah episod menurunkan matyeh ini.bila PRU diadakan tuanku sudahpun berkira untuk menyingkirkan matyeh.
Akan tetapi keputusan PRU masih berpihak kepada matyeh.semua calon belaan matyeh menang PRU kecuali seorang yang bernama mat said. cuma mat said seorang sahaja sanggup melawan matyeh.
Jadi tuanku tiada pilihan lain selain memberi watikah perlantikan kepada mat said. itupun sesudah 2 minggu berlalunya PRU.satu tanda betapa tuanku telah menimbang baik buruknya perlantikan mat said ini.
mengimbau kembali sejarah mat said, ternyata pilihan tuanku ini bukanlah pilihan yang baik tetapi ianya menjadi terbaik kerana ketiadaan pilihan lain lagi. kesanggupan mat said melawan arus menjadi sandaran tuanku untuk memilihnya.
Namun mat said juga harus sedar tanggungjawab dan risiko yang diterimanya.tersilap langkah mat said akan kecewa.
olih itu mat said berhadapan cabaran terhebat dalam hidupnya untuk berubah. rakyat terengganu semua tahu bagaimana reaksi mat said ketika solat hajat berkaitan runtuhnya masjid bujal dulu.
Dia begitu takabur sekali menyatakan yang dirinya tidak terasa apa apa balasan dari solat hajat tersebut. begitu juga mat said adalah wakil rakyat yang terkenal dengan sikap biadabnya bila dia mengajak YB hj wahid endut bertumbuk.
Dikawasannya mat said juga terkenal kerana menggunakan khidmat kaki pukul untuk mengugut penduduk setempat.
Selain itu mat said juga terkenal kerana membela “HANTU” malah kemenangannya di PRU dulu disumbangkan olih “HANTU BELAAN’nya.
Dosa terbesar mat said kepada rakyat terengganu khasnya dan malaysia amnya ialah sebahagian ‘HANTU’ nya ialah pendatang tanpa izin burma dan indonesia yang bersembunyi di sri bandi. mat said juga dikatakan menggunakan khidmat bomoh tokcai siam dalam usahanya.
Inilah ciri ciri yang yang ada pada mat said yang patut dirunsingkan olih rakyat terengganu. namun tuanku tiada pilihan lain lantaran keputusan tuanku patut disokong sambil mengharap mat said diberi hidayah petunjuk dari ALLAH untuk memikul tugas memanda menteri nanti.
jadi kepada mat said renungkanlah.barangkali inilah peluang anda menebus semua kesalahan kepada rakyat terengganu dan inilah juga peluang untuk menjadi pejuang rakyat. perubahan pada diri anda dituntut olih semua rakyat.
ingat pada malam pengumuman perlantikan anda berbagai bagai lapuran rasuah anda telah dilapurkan olih media arus perdana malah tindakan mereka yang menentang perlantikan anda turut melampau bilamana kain rentang yang memaki sultan kelihatan jelas sehingga kedalam TV3 pada hari penyerahan watikah perlantikan anda.
lagipun sultan juga berpandangan jauh bila baginda hanya menyerahkan watikah perlantikan sedangkan hari mengangkat sumpah masih belum ditetapkan.satu tanda sultan juga mahu anda berubah.
bukannya susah sangat nak berubah.tetapi anda perlu melakukan dan mengakui beberapa perkara sebagai permulaan.antaranya ialah;
mengakui bahawa kemenangan PRU anda tidak sah kerana penipuan dan meminta maaf daripada lawan anda serta rakyat.
rasanya tidak sukar rakyat memaafkan anda kerana rakyat sudahpun terima tanpa belah bagi keputusan sultan melantik anda.
meminta maaf dari YB wahid endut atas keterlanjuran anda dulu serta meminta maaf dari tok guru kerana keceluparan anda.
mengakui kesilapan anda dan meminta maaf dari kesemua rakyat yang pernah menanggung kesusahan akibat perbuatan lampau anda.
dan mungkin beberapa perkara lagi yang bolih ditambah olih para pembaca sekelian.ingatlah inilah peluang anda dan sekiranya anda melepaskannya mungkin sudah tidak ada peluang lain lagi.
ingatlah umur anda sekarang sudah melebihi 50 tahun, tak berapa tahun lagi hidup anda.gunalah peluang ini untuk menebus dosa anda dan menjadi hero rakyat.
ana melihat ada tanda tanda TKO ini turut dikunjungi olih ahli UMNO dan mungkin juga mat said.olih itu sekiranya ada ahli UMNO atau mat said sendiri membaca tulisan ana ini,pesanan ana harap dipertimbangkan.
berpijaklah atas kebenaran dan kebenaran itu pula ialah kebenaran yang datang dari ALLAH. kita orang islam dan sebagai orang islam kita sentiasa menerima orang orang yang mahu mengaku kesilapan lampau dan kembali kepada ajaran ALLAH.”
ReplyMarch 25th, 2008 at 5:28 pm
Hairan betul dengan Idris Jusoh dan 23 ADUN yang dibelakang nya. Sudah menderhaka kepada DYMM Sultan, masih lagi mahu duduk di bawah naugan baginda.
Kalau orang yang waras dan beradab, dah lama angkat kaki dan membawa diri ke negeri lain yang tiada Sultan seperti Melaka ke, Pulau Batu Putih ke ataupun ke Pulau yang tuntutan bertindih di tengah-tengah laut Cina Selatan (lupa apa namanya).
Pulau Pinang tak leh kerana orang Pulau Pinang alergik kepada kuman spesis umno. Sabah dan Sarawak pun tak leh. Walaupun Sabah dan Sarawak tak beraja, tetapi mereka beradab.
Mereka mempunyai sistem Ketua Adat dan Ketua Rumah Panjang yang berfungsi seperti seorang Undang di Negeri Sembilan.
Saya syor kepada Derih dan kuncu-kuncunya, pergilah membuka negeri sendiri. Tak perlu besar setakat di Tanjung Rambutan atau Tampoi.
Boleh lah Idris dan kuncu-kuncu nya mendabik dada di Istana merangkap Balai Rongseri nya “Ha Ha Ha…. aku Raja….. aku Maharaja, King of the world…. Ha Ha Ha….
Tidak siapa boleh gugat aku….. aku boleh buat sesuka aku…. Ha Ha Ha…. . Ha ha Ha…lagi hebat dari Imam Had Hari……”
sepanjang hari sepanjang malam kecuali masa santapan yang di hidangkan oleh gundik gundik berbaju putih.
ReplyMarch 25th, 2008 at 5:29 pm
Memandangkan pihak istana sudah mula membuktikan kekuasaannya,dicadangkan agar dikembalikan semula ‘absolute power’ Sultan-Sultan yang masih ada ni.
Semua urusan pentadbiran dijalankan sepenuhnya oleh DYMM Sultan-Sultan. Dengan ini,kita mungkin tidak lagi memerlukan pilihanraya, pungutan suara, perbalahan, persengketaan dan perpecahan dan juga MAKI HAMUN.
Ini kerana,Sultan-Sultan merupakan tonggak dan payung kepada rakyat. Perlu dingat,adalah menjadi tanggungjawab seseorang pemimpin iaitu khalifah untuk memberi perlindungan dan kesejahteraan kepada rakyat jelata.
Jika tidak,tiada gunanya menjadi khalifah di muka bumi Allah ini.
ReplyMarch 25th, 2008 at 5:56 pm
aduih.. abis la blog aku…
ReplyMarch 25th, 2008 at 10:59 pm
Diaorg ni komen panjang2 kalah Tuan rumah. Nasib baik bayar sewa, kalau kat Blogger dah kena gam agaknye blog ni. Anyway, mudah2an pemimpin2 Umno dapt selesaikan perkara ni dgn baik tanpa mementingkan diri sendiri. Sedihlah kalau sesama bangsa bermusuh, berpecah belah dan tak hormat menghormati, lebih2 lagi terhadap Sultan.
ReplyMarch 25th, 2008 at 11:10 pm
komen apa.. semua copy paste. Dah jadi macam blog anti kerajaan dah..
ReplyMarch 26th, 2008 at 9:39 am
hehehe….
ReplyMarch 26th, 2008 at 9:46 am
api2kan ahli UMNO. Biar Pak Lah Pening
ReplyMarch 26th, 2008 at 9:47 am
huh
ReplyMarch 26th, 2008 at 12:53 pm
Pak Lah tengah sakit kepala tu.. atas bawah kiri kanan duk cucuk dia. Biarlah dia bernafas..
ReplyMarch 26th, 2008 at 1:25 pm
MB Baru Terengganu, Dato’ Ahmad Said diberitakan akan melantik semua Exco baru dikalangan ADUN yang BN menang baru-baru ini. Namun semua Exco itu adalah drp kalangan orang-orang yang menyatakan sokongan senyap kepadanya, tetapi terpaksa ikut rentak Pak Lah dan Idris supaya tidak dianggap ‘PENDERHAKA’ kepada Ameno.
Manakala Tengku Putera Tg Awang mantan MP Hulu Terengganu, musuh no.1 Deris & Rosol akan dilantik sebagai Speaker Dewan yang baru.
Beliau dikatakan akan dilantik berdasarkan keberaniannya yang menjadi kepala kepada MP yang dicantas oleh Idris untuk menjadi calon semula pada PRU12 baru-baru ini.
Difahamkan, beliaulah yang menghantar memorandum antaranya menyokong pihak istana agar tidak mencalonkan semula Idris sebagai MB Terengganu.
Jika mengikut Hiraki kepimpinan Ameno Terengganu, jika Idris tidak naik MB, maka Tg Putera akan mewarisi tapak itu, dan beliau dikatakan merupakan pilihan pilihan pihak istana. Namun, kesedaran Idris tentang bahaya itu dihidu lebih awal lagi, sebagaimana beliau pada peringkat awal tidak mencalonkan Mat Said di Dun Kijal.
Begitu juga dengan Nasir Ibrahim Fikri yang turut direstui Istana, tidak dicalonkan di DUN Bukit Tunggal, sebaliknya dihanyutkan ke Parlimen Kuala Nerus.
Sekiranya Mat Said kekal sebagai MB, maka nyawa MP2 dan Adun yang ditenggelamkan oleh Idris, akan dinaikkan semula termasuk Man Bakor yang akan diberikan peranan penting dalam kepimpinannnya nanti.
Nasib Rosol dan Idris dikatakan pasti berkubur, dan ada terdapat ura-ura yang menyatakan bahawa gelaran Datuk yang diperolehi oleh Idris dan Rosol bakal ditarik balik sedikit masa lagi oleh pihak istana.
Inilah dikatakan Lebai Malang…
ReplyMarch 26th, 2008 at 1:26 pm
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu menghormati dan menyokong siapa saja Menteri Besar yang dipilih pihak istana.
Dalam kes di Terengganu katanya, sebarang keputusan dibuat Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) mesti dihormati kerana ia merupakan sebahagian daripada institusi Raja yang menjadi teras kepada Perlembagaan Negara.
Sehubungan itu beliau menggesa pucuk pimpinan Umno/BN supaya menerima keputusan MPPR melantik Adun Kijal, Dato’ Ahmad Said sebagai Menteri Besar negeri itu, bukannya Adun Jertih, Dato’ Idris Jusoh.
Bagaimanapun Presiden PAS itu berkata sokongan diberikan kepada Ahmad bukan berdasarkan kepada individu tetapi atas dasar menghormati keputusan dibuat pihak istana.
“Oleh kerana dia dipilih Istana, maka Ahmad Saidlah yang kita sokong,” katanya ketika ditanya sama ada gesaan terhadap Umno supaya menerima pelantikan itu bermakna partinya menyokong pelantikan Ahmad.
Katanya, PAS, yang mempunyai lapan kerusi dalam DUN Terengganu, menerima prinsip peranan istana sebagai raja berperlembagaan dan menyokong sebarang keputusan istana yang dibuat mengikut lunas sewajarnya.
Hadi juga mengucapkan tahniah kepada Istana kerana tegas dalam hal itu dan menyokong cara penyelesaian yang diambil.
Krisis pelantikan Menteri Besar Terengganu berlaku apabila pucuk pimpinan Umno mahu Dato’ Seri Idris Jusoh dilantik semula sebagai Menteri Besar dan beliau dikatakan mendapat sokongan 22 Adun Barisan Nasional (BN) yang lain.
Sementara itu Tuan Guru Hadi, apabila ditanya sama ada PAS sedia menjalin kerjasama dengan Umno jika ditawarkan jawatan Exco sama ada di Terengganu dan atau negeri lain berkata, parti itu hanya bersedia bekerjasama dengan ‘Barisan Alternatif’.
Katanya walaupun ia merupakan satu peluang untuk PAS memain peranan dalam pemerintahan namun, PAS telah serik bekerjasama dengan Barisan Nasional berdasarkan pengalaman semasa tahun 1970an.
ReplyMarch 26th, 2008 at 1:26 pm
Assalamualaikum kepada semua pembaca terutamanya dari kalangan penyokong Umno. Berikut saya sertakan beberapa fakta sejarah mengenai penderhakaan Umno kepada raja-raja melayu.
Dalam fakta ini saya tidak boleh mengingati tarikhnya dengan tepat. Akan tetapi insyaAllah kepada semua pembaca yang mengikuti dengan rapat perkembangan politik tanahair sejak dari tahun 80an lagi akan ingat peristiwa-peristiwa ini semua.
Juga sekiranya ada kesilapan dalam fakta-fakta ini harap ada pihak tampil untuk membetulkannya.Dan kalau saudara-saudara sekelian ada penambahan,digalakan juga untuk menambah.Kita sebarkan agar generasi muda sekarang tahu akan siapa sebenarnya Umno ini.Saya susun mengikut negeri-negeri.
Kelantan:
Tan Sri Mohammad Mohammad Yaacob yang juga Menteri Besar Kelantan pada era pemerintahan BN di Kelantan (1978-1990) sentiasa lari ke Kuala Lumpur apabila ada majlis rasmi di istana di Kelantan.Ini adalah kerana beliau sentiasa tidak sebulu dengan Tuanku Sultan Kelantan.
Dato’Annuar Musa pernah pada sekitar tahun 90an dahulu ketika krisis imuniti raja-raja melayu meledak,telah menabalkan Tengku Ibrahim (kalau tidak silap saya sepupu kepada Tuanku Sultan Kelantan) sebagai Sultan Kelantan yang baru.Majlis pertabalan itu telah disempurnakan di bawah sebatang pokok gajus di sebuah padang sekolah di Kelantan.Ini kerana beliau ingin menunjukkan kuasa beliau kepada rakyat dan Tuanku.
Namun segalanya gagal malah beliau pula didakwa terlibat dengan kes kehilangan wang PPRT yang sehingga sekarang masih menjadi misteri.
Tun Mahathir pula pernah cuba memalukan Tuanku dengan penyiarkan berita beserta gambar oleh akhbar-akhbar utama negara tentang Tuanku yang dikatakan telah melarikan kereta Lamborghini Diablonya dari simpanan kastam.Peristiwa ini juga berlaku pada ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja melayu.
Dalam satu Persidangan Agung Umno,kalau saya tidak silap Dato’Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno Kelantan sekarang) telah melafazkan kata-kata berikut kepada Tuanku “Raja Adil Raja Disembah,Raja Zalim Raja Disanggah”sebagai amaran kepada Tuanku agar tidak mencampuri urusan politik di Kelantan.
Negeri Sembilan :
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum perlantikan baginda kejawatan Yang Di-Pertuan Agong juga telah dimalukan oleh Tun Mahathir dengan penyebaran berita bahawa baginda menyimpan minuman keras di istana beliau.Hal itu juga disebarkan oleh seluruh akhbar utama negara ketika krisis imuniti raja-raja melayu sedang berlaku.
Selangor :
Menteri Besar Selangor ketika itu Tan Sri Mohd Taib telah melukakan hati Almarhum Sultan Selangor iaitu Sultan Sallahuddin Abdul Aziz dengan “kisah” beliau dengan puteri Tuanku (Ku Yah).
Sehinggakan dalam satu siaran berita apabila ditanya wartawan tentang suatu perkara berkaitan dengan menteri besarnya ketika itu,Tuanku menjawab “Kalau bagi kat Mamat tu habislah dengan-dengan saya kena pindah kat Pulau Ketam”Jawapan itu cukup menyerlahkan kekecewaan baginda kepada Tan Sri Mohd Taib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pada masa itu.
Pahang :
Walaupun Tuanku diketahui ramai bahawa Tuanku adalah seorang penyokong kuat Umno dan BN akan tetapi sokongan itu tidak bermakna bagi Tun Mahathir ketika krisis imuniti raja-raja melayu kerana baginda juga tidak terlepas dari dimalukan oleh Tun Mahathir.
Baginda digambarkan sebagai seorang sultan yang mempunyai harta kemewahan yang melampau dan membazir kerana baginda mempunyai kapalterbang peribadi pada ketika itu.Disiarkan juga kepada seluruh rakyat kapalterbang baginda itu.
Perak :
Tuanku Sultan Azlan Shah,sultan yang tercerdik dan terpintar yang lahir dikalangan sultan-sultan yang sezaman dengan baginda.Baginda adalah bekas hakim dan diangkat menjadi sultan setelah kemangkatan sultan Perak Raja Idris Syah dan Raja Muda Perak yang tarikh kemangkatan kedua-duanya adalah hampir jaraknya.
Ketika itu baginda menjadi Raja Dihilir Perak.Oleh kerana kecerdikan bagindalah maka Tun Mahathir rasa tercabar dan ingin menghapuskan imuniti raja-raja melayu ketika itu.Pelbagai cara jahat digunakan untuk menundukkan Tuanku dan akhirnya Tuanku mengaku kalah dan tunduk kepada Tun Mahathir.
Johor :
Baginda juga menerima nasib yang sama seperti Tuanku Sultan Pahang iaitu seorang yang kuat menyokong Umno.Akan tetapi amat malang sekali kerana baginda juga termasuk dalam senarai sultan yang dimalukan Mahathir.
Pelbagai skandal dan cerita dikeluarkan oleh Umno yang diketuai oleh Tun Mahathir tentang baginda.Ini termasuklah juga kisah anakanda Tuanku,Tengku Majid yang ketika itu mewakili pasukan hoki Johor di SUKMA 92 telah memukul penjaga gol pasukan Perak selepas perlawanan.
Berita itu disensasikan sebegitu rupa.Memang ianya satu kesalahan,akan tetapi jika tidak kerana krisis imuniti raja-raja ketika itu,adakah kisah itu akan disebarkan?atau sekadar didiamkan seperti kisah Prebet Adam?
Kerana tekanan Umno jugalah maka Pasukan Timbalan Setia Negeri iaitu pasukan askar peribadi Tuanku dibubarkan.
Terengganu :
Almarhum Tuanku Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Syah telah diugut oleh Mahathir untuk diturunkan dari tahta dengan menggunakan Tengku Ali.Tengku Ali telah mengemukakan tuntutan di mahkamah agar dikembalikan kuasa sultan kepadanya yang mana didalam dakwaannya pemecatan beliau sebagai sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah.Sehingga beberapa sesi perbicaraan berjalan,kes itu kemudiannya digugurkan oleh mahkamah.
Begitulah antara beberapa kisah dan senarai penderhakaan Umno kepada raja-raja Melayu.Bagi yang tidak tahu tentang krisis imuniti raja-raja,ianya bermula kerana ada beberapa akta yang tidak persetujui oleh yang Di-Pertuan Agong yang mana ketika itu Agong mempunyai kuasa untuk menolak akta yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Dek kerana tercabar dengan kebijaksanaan Sultan Azlan Syah (Agong ketika itu) maka Tun Mahathir telah memaksa semua raja-raja melayu menandatangani akta yang menyatakan bahawa setiap akta yang telah dipersetujui di Dewan Negara dan juga enakmen yang dipersetujui di Dewan Undangan Negeri akan digazetkan selepas beberapa tempoh walaupun tidak ditandatangani oleh Agong dan sultan.
Hanya Kelantan dibawah kekuasaan PAS satu-satunya negeri yang mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu walaupun Umno yang menguasai negeri-negeri lain ketika itu mengaku bahawa dialah juara dalam mempertahankan bangsa melayu.Demi untuk mencapai maksud itu,maka Tun Mahathir telah menggunakan segala ugutan-ugutan yang saya nyatakan diatas kepada raja-raja melayu.
Pada ketika itu jugalah RTM dan TV3 iaitu dua pemutar belit utama Umno telah menyiarkan dengan banyaknya cerita-cerita perihal raja-raja melayu yang mana kesemuanya berkisar tentang kezaliman raja-raja melayu.
Antara yang sempat saya ingat ialah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.Cerita ini pada waktu itu telah disiartayang beberapa kali dalam jarak masa yang dekat.Demikianlah dahsyatnya kelakuan Umno sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendaki maka akan mengamuklah mereka dengan gilanya.
Maka satu perkara yang amat penting bagi kita semua ketika ini,ialah kita seharusnya sedar bahawa Umno adalah penderhaka kepada raja-raja melayu yang tiada tolok bandingnya.Saya yakin dan percaya seluruh raja-raja melayu masih ingat akan peristiwa itu.Betapa hinanya raja-raja melayu diperlakukan Umno.
Pernah juga disiarkan didalam akhbar ketika itu dimana tempat duduk diraja di Stadium Merdeka bagi perlawanan bolasepak telah digunakan oleh jurugambar untuk merakam perlawanan.Ini untuk menunjukan kepada rakyat bahawa raja sudah tidak dihormati lagi.Itulah yang dilakukan oleh Umno kepada raja-raja satu ketika dahulu.Jahat bukan?
Jadi,adakah anda semua hairan dan terkejut dengan segala apa yang telah berlaku sekarang ini?Perkara yang saya sebutkan diatas pada pandangan saya adalah lebih dahsyat daripada apa yang berlaku sekarang kerana ianya melibatkan perlucutan kuasa raja-raja melayu.
Alhamdulillah Umno tiada majoriti 2/3 hari ini di parlimen bagi menggubal akta baru yang mungkin memberi kesan yang lebih teruk kepada institusi raja kita.Apatah lagi dengan berlakunya peristiwa seperti sekarang ini.Kalau tidak,mungkin jawatan Yang Di-Pertuan Agong akan tinggal sejarah sahaja kerana amukan Umno…siapa tahu…?
Dan apabila mereka merasa tersepit,maka raja-raja melayu akan dijadikan tunggangan mereka bagi melepaskan diri.Contohnya seperti gesaan Umno bagi mengharamkan penggunaan nama Islam kepada semua parti-parti politik.Umno dengan selambanya menggunakan Majlis Raja-Raja untuk tujuan politik mereka itu.
Bagi saya ini adalah wajah sebenar Umno dulu,kini dan selamanya.Sejarah adalah sejarah.Ianya tetap akan diceritakan secara benar walaupun Umno cuba membohonginya.Yang benar pasti datang dan yang batil akan tumbang.
Renung-renungkanlah semua.
ReplyMarch 26th, 2008 at 1:28 pm
Dear BD,
Hope you can publish this story after your edit .An introduction to The Man called Ahmad Said under my pen name SirTopa…Dr Ruslan
INTRODUCING ON THE RED CORNER….AHMAD SAID.
I come from Kijal and by that virtue, the right to tell of this person by the name of AHMAD SAID is all mine. As for all of you, take your sit as the fight shall start soon. Its going to be an interesting fight as in blue corner we have all the giants of UMNO vying for his blood and he is the underdog (Tumpang lalu BigDog!!) ,in this one sided match.
Nevertheless this is the best fighter Terengganu people has to offer with full blessing of our dear Tuanku Sultan Mizan. He carry all the aspiration of Terengganu people on his tiny shoulder.
We, the Terengganu people, though small in number, little in possession and unpolished in presentation would swim float or sink with him as this man is not a ‘penderhaka’ to our Sultan for sure.
For this we take a great pride in him, cheer him up and I for one would not go fishing today as I been given the honour of holding the pail for him to spit on from his bloody mouth should the match extended to 15 rounds.
Before you place your bet its best that you know that this small boxer Dato’ Rais Yatim described, “shall fall like ‘buah nangka buruk” is far from it. Fall shall he not be…. the people of Terengganu shall glorify him as the man who stand again the tide for us. If Dutch people has a boy who saved the city by plugging his thumb in the hole, this hero in Ahmad Said shall be remembered as the man who plugged the hole of our treasury from the raiders fr the fourth floor whoever they might be. PakLah!! Can you look here this??
Ahmad Said by any form of measure wouldnt qualify as person of high civil and docile disposition nor does he presented himself as enlighten religious figure that would put people in awe in his presence. A medium height in presentation and of a feature that certainly wouldnt launch a thousand perahu in this part of fishing village in Terengganu.
On a first look he could have passed of as any average goodlooking fisherman in Kijal but this is a certainly a good outlook to fool his enemy. His uppercut is the worst, be forewarned, as his many enemy would attest to, especially so when the swing start from lower gravity angle that would leave many of his opponent knock-out silly on the first round itself.
One thing I am very sure of, he never back off from any fight, to him matter not your weight division is, what matter is, he would like to put his opponent to sleep. That s why people are clamouring to see his fight.
He had stepped on many toes whilst carrying out his duty and to his enemy he is so called by Terengganuan as ‘orang tak leh wak kira’ loose translation as someone who does not go by the book or someone you cant count on whatever way it means.
His first came to prominence in the day when Dr Mahathir had Dato’ Eric Chia as blue-eye-boy playing the role of lordship in his small kingdom of Perwaja in Kemaman. No one dare to go against EC as to do so would certainly bring the wrath of Khan in the form of Dr Mahathir himself.
Dr Mahathir spent the night in Perwaja refurbished cabin on his state visit of Terengganu rather than official state home. So much trust were given to EC that no other voice mattered to him. It would be unthinkable to anyone to step on Lord EC’s toes then, as his mere whining would cascade into loud crusendo that would certainly cause much displeasure to Dr Mahathir.
You wouldnt want to wake him up, would you? And this EC was certainly a cry baby that would whine at a drop of a hat. He knew Dr Mahathir would order to change the maid should he find this particular baby had a simple rash for want the change of diaper so to speak…
ReplyMarch 26th, 2008 at 11:56 pm
copy and paste again… gezzzz..
ReplyMarch 27th, 2008 at 12:16 am
ni bukan copy and paste ye…heehe…saya orang negeri sembilan tetapi saya sokong yang dipertuan agong @ sultan terengganu…daulat tuanku
ReplyMarch 27th, 2008 at 12:30 am
Sultan Terengganu Sultan Mizan ni memang berjiwa rakyat cikgu waliz.. pak sedara pernah main golf dengan baginda suatu masa dulu. Ceritanya memang baginda ni good, humble dan memang berhemah.
ReplyMarch 27th, 2008 at 9:26 am
sy tak pernah jumpa face to face dgn Baginda Sultan Mizan, tp banyak cite yang didengar la.. memang sultan yang berjiwa rakyat, tidak bangga pn dengan status sultan yang dimiliki..
ayah pernah cerita dulu, waktu tu Sultan Mizan belum ditabalkan sebagai Agong, baginda ke Masjid Terapung Puteri sorg2 je tanpa pengiring dgn menaiki motorsikal besar…kat masjid tu, ade lah 2-3 org pekerja tengah membersihkan masjid tu…pastu Baginda tegurla diorang, “tengah keje pakcik?”
…alkisah plak, mamat yang dia tegur tu tak kenal Baginda, selamba je la jawab, “tengah keje la, tak kan tak nampak..”…pastu Sultan Mizan, senyum je, pastu masuk dlm masjid…
membe pade mamat tadi tanye la kat dia, “mung kenal dok sape tu?” mamat tadi jawb je, ” mane aku tau..” membe nye kate, “tu la Sultan Mizan..” kecut perut la mamat tadi…dia tunggu sultan keluar masjid dan mintak maaf… Sultan Mizan tak kisah pn, baginda kate, tak ape la…
kalu zaman dolu2, rasenye dah kena pancung kan?hehe…
Replybetul ke cerita ni? sy pn tak tahu, tapi inila yang sy dengar..masekan pokok bergoyang kalu tak ade anginnye…
March 27th, 2008 at 9:42 am
tapi sultan -edit- jahat, makan tengahari minumannye air arak, sepupu saya pernah serve makanan sultan dalam istana dulu. sultan -edit- pun jahat. sultan perak pandai. sultan terengganu sempoi, pergi joging dia taknak bodyguard ikut.
ReplyMarch 27th, 2008 at 10:05 am
sebab Allah dah ciptakan manusia ni mcm2…kalu semua same, tak tahula ape jd dlm dunia ni..tak gitu en eddy?
ReplyMarch 27th, 2008 at 10:55 am
lea wrote:
ya betul cik lea..
ReplyJuly 10th, 2008 at 1:01 am
Geng Mat Said wrote:
ReplyAugust 3rd, 2008 at 8:18 pm
Raja2 Berkelahi cara Melayu, menikam dengan pantun,
ReplyRaja2 Menyanggah dengan senyum,
Raja2 Murkanya dengan diam,
Raja2 Merendah bukan menyembah,
Raja2 Meninggi bukan melonjak.