Siapa Menteri Besar Terengganu?

March 11th, 2008 by eddyra on politic

Kedudukan Idris Jusoh masih jadi tanda tanya
11/03/2008 3:06pm

BESUT 11 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh mengambil sikap membisu berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar Terengganu sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau akan terus menerajui negeri ini atau digantikan dengan calon baru.

Beliau yang enggan mengulas perkara itu ketika ditanya oleh pihak media hanya memberi jawapan ringkas: “Tiada kenyataan untuk media malam ini.”

Idris berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis kesyukuran sempena kemenangan Barisan Nasional (BN) di Bangunan UMNO Besut di sini malam tadi.

Ketika ditanya bila beliau bersedia untuk bertemu pemberita, Idris hanya menjawab: “Belum ditentukan lagi.”

Pada masa ini khabar angin bertiup kencang bahawa Idris tidak akan meneruskan khidmatnya sebagai Menteri Besar.

– Utusan.

7 Responses to “Siapa Menteri Besar Terengganu?”

  1. 1
    andresopie Said:

    hahaha..ada jugak org atas tak berkenan kamo nih jd menteri besar yer..wa igt wa sorg jerk..kes3..wakkk luuuuuuuuuu..

    Reply
  2. 2
    Mohd Zaid Daud Said:

    andresopie wrote:

    hahaha..ada jugak org atas tak berkenan kamo nih jd menteri besar yer..wa igt wa sorg jerk..kes3..wakkk luuuuuuuuuu..

    Selama Wan Moktar jadi MB Ganu orang Chukai berapa biji masjid ada? Sebelum PRU 12 aku gi Jerteh aku singgah bandar MB jerteh sembahyang di Masjid Hadari Masjid tu macam loby hatel, dulu masa Wan Mohktar tak gamok nok tengok.

    Reply
  3. 3
    niwantan Said:

    wak luuuuuuuu……….tu mende

    Reply
  4. 4
    samarkand Said:

    Krisis MB Terengganu…(ganu kiter)!!!masih berpanjangan sehingga hari ini…kalau x silap,hingga sekarang (16/3/08) dah msuk seminggu pilihanraya ke 12 berakhir…sedang negeri lain dah ‘bertuan’,Terengganu masih terkontang-konting mencari pengganti Si Deris Jusoh!!!

    Usahlah berdolah-dalih,terimalah keputusan dengan rela hati…sesungguhnya yang kita ingini tak selalu kita kecapi….yang kita pegang takkan kekal selamanya.ingatlah,ALLAH sentisa memerhati gerak geri kita…apa yang kita lakukan akan sentiasa diberi balasan oleh-Nya..begitu juga dengan perbuatan kamu wahai Pak Deris!!!

    Wahai Deris,ingatkah kamu akan perbuatan kamu menggugurkan ‘awak-awak’ kamu yang suatu ketika dahulu menjadi tulang belakang kpd perjuangan kamu????

    mana hilangnya Dato Dr Latif,Dato’ Rahman Bakar dan Dato’ Tengku Putera…??rasalah sekarang!!!janganlah kamu angan lagi utk menjadi MB Terengganu…kamulah pemusnah hasil bumi Terengganu..projek berjuta ringgit sedangkan rakyat masih di takuk lama…Bandaraya yang tersergam indah sebenarnya indah khabar dari rupa…malu rasanya bila org2 luar bertanyakan ttg kehebatan Terengganu..dimana letaknya kemasyuhuran negeri Terengganu hinggakan digelar BANDARAYA PESISIR LAUT…kononnya peluang pekerjaan banyak di Terengganu..memang laa banyak,tapi semuanya Bangla yang dapatkerja di Giant dan Mydin Mall…tak usahlah nak banding negeri Terengganu dengan Kelantan..JAUH BEZANYA!!!rasanya banyak lagi perkara yang tak masuk dek akal yang direncanakan oleh Pak Deris…kalau tulis kat sini rasanya tak muat halaman ni…Pulau Wan Man@Pulau PakLAH,Monsuun Cup@Idris N Kroni Cup,cukai pintu,…..

    Oleh itu, Pak Deris kena sedar yang karier politik Pak Deris sebenarnya berada di hujung tanduk…kemana hala tuju Pak Deris selepas ini???sama2 kita nantikan!!!

    Reply
  5. 5
    honeybunee Said:

    Mohd Zaid Daud wrote:

    andresopie wrote:

    hahaha..ada jugak org atas tak berkenan kamo nih jd menteri besar yer..wa igt wa sorg jerk..kes3..wakkk luuuuuuuuuu..

    Selama Wan Moktar jadi MB Ganu orang Chukai berapa biji masjid ada? Sebelum PRU 12 aku gi Jerteh aku singgah bandar MB jerteh sembahyang di Masjid Hadari Masjid tu macam loby hatel, dulu masa Wan Mohktar tak gamok nok tengok.

    masjid jer bersusun…bangga wak per…lain la kalu masjid 2,3 butir p makmun hok g tuh bersusun. tengok la taman tamadun islam tuh, replika masjid serata dunia sebesor masjid kat kampung2. kalu buat kecik2 macam hok negara lain buat jadi ganer ngat ah. duit hok lebih tu bleh gok wak tamboh wak rumoh pprt ke hok tak dok umoh agi tuh. wak masjid kat pulau agak2 berapa orang sari g mayang situ? nama masjid p gok dok leh wak mayang jumaat starang. mayang memang leh maner2 jer tapi kiblab hok ngadap kena ah betul nih masjid sdiri lari dari kiblat doh…nok nyer ke nama dok mikir doh mende lain. manggok dok kena tepak. dang jadi gini saper malu? kalu ditakdirkan jadi MB agi pung malu gok…napok ngat terang2 atas darat orang tak mboh oh dia

    Reply
  6. 6
    andresopie Said:

    wak luuu ialah sjenis perkataan yg digunakan oleh seorg pelakon dlm drama bersiri “impak maksima” pd hari isnin jam 9.00 mlm..peace 4 da world..
    aku pon tak tahu maksd dier aperr..ngeh3..

    Reply
  7. 7
    eddyra.net » Menteri Besar Terengganu, Dato Ahmad Said. Said:

    [...] ini telah menamatkan tanda tanya yang berlegar-legar hampir 2 minggu Terengganu ketiadaan Menteri Besar. Banyak cerita mengenai [...]

    Reply

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Any view or opinion represented in the blog comments are personal and is accredited to the respective commentor / visitor to this blog. The owner reserves the right to moderate comment suitability in support of respecting racial, religious and political sensitivities.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me