Protes sejuta rakyat
July 7th, 2008 by eddyra on politicBuat pertama kalinya aku join ‘demonstrasi’ bersama dengan parti pembangkang. Bertolak dari Kemaman jam 11.30 malam seramai 42 orang dengan menaiki bas sewa. Ada ler 5-6 tahun aku tak naik bas. Masing-masing layan blues, aku pun layan blues sampai lah aku tertido. Setiba di highway Pantai Timur, sekitar Temerloh itu bas punya belts sudah putus lah. Kadavaleii..

Pukul 2.00 pagi bas broke down, pukul 4.00 pagi bas gantian pun sampai. Aku tertidur lagi. Sedar-sedar sudah sampai di RR Gombak. Kena kopi jantan dan nasi lemak. Solat Subuh.
Perjalanan diteruskan dan kami dihantar ke Putra bus Terminal. Lama dah aku tak lepak kat Putra ni, dulu masa belajar kat Uitm Shah Alam selalu sangat ler naik turun kat sini.
Naik LRT dan tiba di Masjid Jamek. Dari Masjid Jamek tukar ke Kelana Jaya Lane. Sampai Kelana Jaya naik bas terus ke MBPJ. Set-set Ganu mari KL. Wahaha..
Mmm.. sekitar pukul 9.00 pagi tak lah nampak macam nak jadi 1,000,000 rakyat pun. Kalau stadium MBPJ tu penuh semua seat aku agak ada ler 50 ribu kut.. maaf kalau salah. Kalau penuh atas padang pun mungkin 5 ribu kut. So kalau betul-betul 1,000,000 rakyat yang datang aku pasti nak berjalan pun terpaksa berhimpit-himpit.

Takpe lah alang-alang dah datang ke sini. Jalan terus.. tengok sekeliling ramai yang pakai t-shirt warna merah. Lambang nozzle minyak. Geram pasal minyak naik harga, memang geram bila minyak naik harga. Semua orang geram..
Lebih kurang jam 10.00 pagi gang-gang Hindraf started berdemo di luar stadium dengan menayangkan sepanduk hindraf mereka beserta slogan-slogan supaya minyak turun. Makal Sakhti.. makal sakti.. macam tu lah lebih kurang.

Orang semakin ramai yang datang, macam-macam orang ada. Golongan veteran yang dah tak larat tapi masih bersemangat pun ada, golongan ibu mengandung pun ada, ibu dukung baby kecik pun ada, golongan orang muda macam aku pun ada, Melayu Cina India ada.

Dari Penang, Perak, Kelantan, Terengganu, Johor semua ada. PAS, PKR, DAP, UMNO, BN dan SB pun ada. Mesti ada SB punya lah. Polis kepala merah takde. Adeh demo apa takde FRU! Water canon pun tak nampak batang hidung..

Aku dah agak, demo kali ni adalah bukan demo yang biasa pembangkang adakan. Ini macam sure heboh jer, atau macam family day, atau macam fun fair.. aduhai.. polis tak ganggu pun. Polis bagi satu kawasan, dalam stadium.. korang pembangkang nak jerit.. jerit lahh.. nak berdemo, berdemo lah.. siap ada gigs lagik tuh.. ada nama underground band tu Karburetor Dung.. sampai terlondeh seluar.. apa cerita ni nak protes pun kena londeh kan seluar ke.. apa kejadah. Sampai kena belasah.. apa kaitan minyak dengan tunjuk punggung dia aku pun tak tau ..

Pukul 1.00 tengahari 5-6 orang dari kumpulan kami blah dari kawasan stadium, malas lah nak berdemonstrasi kalau ini caranya. Aku ingat kan berdemonstrasi ni kita perlu public kan demo kita supaya masyarakat nampak, jelas rakyat tengok depan mata, buat macam BERSIH dulu, walaupun aku tak gi demo BERSIH. Buat kat KLCC ke, Kg Baru ke, depan Sogo ke.. baru best ada water canon, kejar mengejar dengan FRU. Lari sana sini.. ini kalau setakat duduk dalam stadium jerit sana jerit sini ‘turun turun minyak turun, turun turun BN turun..’ siapa yang dengar.. siapa yang nampak. Aku rasa kalau buat demo kat tempat awam macam BERSIH dulu tu lagi lah menarik perhatian rakyat, serta dunia sekali.

Sambung yang tadi, kita 5-6 orang ni naik LRT gi Masjid Jamek, mandi manda dan sembahyang Zohor + Asar. Pusing-pusing KL sampai leguh kaki. Terserempak dengan gang-gang baju merah Protes, dia orang pun blah awal jugak sebab protes dengan program protes, terutamanya gang-gang PAS. PAS mana boleh ada concert-concert ni.. nak berdemo ala PAS tak main lah concert-concert..
Puas pusing KL, kita orang balik semula ke stadium MBPJ. Orang dah penuh di tengah padang, masa tu Lim Kit siang sedang berucap.. ok lah penyampaiannya boleh sampai kepada audiences. Lepas tu DS Anwar Ibrahim sampaikan ucapannya.. masa ni stadium dah panass.. reformasi, lawan tetap lawan.

Nasib baiklah ucapan di sessi sebelah malam tu tak membosankan, kalau bosan jugak.. aku rasa rugi yang teramat rugi aku join demo ni. Malas nak ulas apa yang penceramah tu sampaikan, banyak terdapat kat blog lain..

Program protes tamat sekitar 11.00 malam.. ramai yang bersungut.. bengang dan tak puas hati dengan pengisian program. Bas kami sampai sekitar 12.30 malam.. naik bas.. layannnn.. sampai di Kemaman jam 6.00 pagi.
Kalau ini lah yang di katakan demo.. baik aku duduk rumah.



July 7th, 2008 at 11:16 am
heheheeh.. Btul mu ckp, baik dok umah, layan anak2 n uminye..
ReplyJuly 7th, 2008 at 12:03 pm
uhuhu…kalo demo dlm stadium , itu demo sesama sendirilah , merapatkan hubungan silaturahim , eheheh. Dah lama tak jenguk ur blog, sudah lain ler en eddy.
ReplyJuly 7th, 2008 at 12:14 pm
biasa je jaja..
OK I’ll be away for 2-3 days. Gi IJN KL.
ReplyJuly 7th, 2008 at 2:40 pm
wahahah… cam frust je g demo. aku pun lama tak g demo cenggini. last masa sekolah form 3. time tu anwar punya reformasi. mmg best! abis skola, tukar baju, join demo. org jerit aku jerit. org g pecahkan signboard aku pun join pecahkan. nasib baik tak kena tangkap.
part paling best bile kawan aku ajak merasa kena watercanon. die kate best kene water canon ni. ubat tu. org buta leh nmpk balik kalau kne watercanon. ceit..sakit adalah.
ReplyJuly 7th, 2008 at 4:36 pm
wahahah… cam frust je g demo. aku pun lama tak g demo cenggini. last masa sekolah form 3. time tu anwar punya reformasi. mmg best! abis skola, tukar baju, join demo. org jerit aku jerit. org g pecahkan signboard aku pun join pecahkan. nasib baik tak kena tangkap.
part paling best bile kawan aku ajak merasa kena watercanon. die kate best kene water canon ni. ubat tu. org buta leh nmpk balik kalau kne watercanon. ceit..sakit adalah.
i gi juga masa tu.. tapi i ngan geng2 i kena kurung kat dalam masjid. ramai gak kena naik trak, tapi i terlepas.. nasib baik..
ReplyJuly 8th, 2008 at 9:12 am
eddyra, apa yang menyebabkan terasa nak join demo tu in the first place?
ReplyJuly 8th, 2008 at 11:10 am
Buatlah apa yang sepatutnya untuk merubah sesuatu yang sudah keliru.
ReplyJangan hinggakan anak cucu nanti akan mencemuh generasi hari ini dengan mengisytiharkan generasi hari ini sebagai Tun Mutahir yang pernah mengheret penjajah Portugis menceroboh Melaka 1511 M dan menyusuri penjajahan sehingga 30 Ogos 1957 yang lalu.
July 8th, 2008 at 11:17 am
Usahlah berebut untuk berkuasa seperti amalan yag dipelopori oleh UMNO baru hari ini.
Baliklah ke jalan Islam.
Disini ada segala-galanya yang boleh membaiki manusia supaya jadi siuman dan waras cara hidupnya.
Bukan menyusahkan rakyat untuk mendapat sedikit kesenangan yang dikepal dalam genggaman. Kelak generasi akan datang mengutuk sampai keliang lahad. Berada dalam laknat makhluk dan laknat Allah.
Carilah pedamaian yang syumul dengan cara Islam.
Disana ada pertolongan dan rahmat Allah sedang menanti.
Jangan hendaknya setelah mati baru menyesal buat selama-lama.
Masa diatas dunia inat dan derhaka kepada syariat Allah.
Tidak yakin dengan Nabi Muhammad saw.
Tidak sanggup untuk mengikut Al-Quran.
Tiada keimanan melainkan beriman kepada pangkat dan hata benda.
ReplyJuly 8th, 2008 at 5:12 pm
…tak ader keje ke gi sampai KL nak buat demo…. yg bestnyer kumpulan Protes memprotes kelakuan penyanyi underground tu…. nasib baik tak ditanggalkan seluar….
Replyaku nak comparekan punggung underground tu dgn kuali aku …hahaha….
July 9th, 2008 at 9:46 am
kahkahkah!!! demo ape dalam stadium?
Replybtol tu baik la duduk rumah je. Haha.
Tapi dpt tgk show Karburetor Dung yg hott!!!
kahkah!
July 14th, 2008 at 4:04 pm
Macam mn nak cakap ek! Actually my frenz org kuat AIC. Kalau setakat SMS n CALL terima dari Anwar & Azizah tu x payah la ckp. Ada masa laptop dia tuh mana2 pergi pun bawak. Org berblog la katakan. Masa protes harga minyak dia adalah salah sorang kaki yang handle protes tuh. Consider Anwar offer jawatan… dia x nk la.
Apa pun yg saya tahu sgt2 ayahanda nyer orang kuat UMNO dia orang kuat AIC…. HHmmm… anak ayah. X bleh nk cakap lor. Sehari sebelum protes kitorang ada jumpa. Dia ada invite. Ajak2 ayam lor kiranya nih. X interested nk menyibukkan diri dalam keadaan org yg ramai2 mcm tuh…. penat badan
ReplyJuly 15th, 2008 at 1:00 am
Terima kasih kerana ambil gambar saya !
ReplyJuly 15th, 2008 at 1:03 am Reply
July 15th, 2008 at 8:18 am
Sama-sama terima kasih.. tak tau yang mana satu ..
ReplyJuly 15th, 2008 at 8:54 am
Akhirnya Malaysia mengikuti jejak Indonesia, selamat kawan kawan.
ReplyJuly 15th, 2008 at 9:22 am
imcw wrote:
Doc, I believed in Indonesia you won’t be arrested if you join a riot on the street, but not in malaysia.
Selamat.
ReplyJuly 16th, 2008 at 2:55 am
wakakaka…. eddyra.. aku pon join first time masa ni… hampeh tul…. awal pagi da sampai dari melaka.. alih2 mcm ni je… kelakar pon ade… masa gigs tu memekak2 aku kuar je kat luar…. tensen je… kul 4 da blah da setelah menimbangkan prgram camni… huhu
ReplyJuly 16th, 2008 at 10:34 pm
aitHe wrote:
memang kosong abis.. syok kalau demo kat jalan raya.. main hujan dan main kejar-kejar. Hairan pulak takde polis dan FRU seorang pun di stadium tu. SB for sure ramaiii..
Reply