Home » politic » Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh

28

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PULAU PINANG P44:PERMATANG PAUH

1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi

Source : anwaribrahimblog.com

Related posts:

Hari-hari yang berlalu.. cewah..
Salam semua, Lama dah aku tak menconteng kat blog aku nih, sorry lah ya gang aku sangat-sangat busy...
Life as an oil and gas engineer
Aku dah hampir nak masuk 12 tahun bekerja sebagai engineer di oil and gas construction company ni. S...
Salman Rushdie, Satanic Verses and the theater.
The late Ayatollah Ruhollah Khomeini has pronounced a fatwa in 1989 that called on Muslims to kill S...

28 Comments

  1. jerzs says:

    giler ah..keADILan menang majoriti besaq..

  2. khairy jamaludin says:

    Begini maklumatnya..Anwar Ibrahim menang dengan majority 15,671. Keputusan penuh : Anwar 31,195. Arif Shah 15,524 dan Hanafi Mamat 92. Jumlah undi 47,258. Undi rosak 447. Peratusan keluar mengundi 65.25%.

    Tidak perlu saya mencatatkan secara panjang lebar kerana semasa saya sedang menulis artikel ini pada tepat pukul 11 malam 26/08/08 , semua orang sudah tahu keputusan PRK Permatang Pauh. Mereka yang belum tahu keputusannya sehingga saat ini ialah TV3 suku, RTM dan media-media Prima yang lain. Hi hi lawak betul..tiba-tiba saja laporan TV menjadi lembap dan slow.Sebelum ni bukan main lagi cepat dan heboh. Dengan liwat, dengan Saiful, dengan Ezam, Dengan Nalla, Dengan Najib dan sebagainya. Bila aje DSAI menang, mereka tiba-tiba jadi bengap dan terkemut-kemut. Tunggu punya tunggu tak dak kelaur pun berita tentang keputusan penuh dan keputusan rasmi.

    Nampak sangatlah puak-puak pencacai BN ni. Time depa menang bukan main duk ulang tayang. Bukan main duk nak replay, sampai nak termuntah. Sampai ke subuh duk ulas dalam TV sampaikan ingatkan TV dah rosak pasai cakap benda sama jer.

    Eh tiba-tiba bila berita wakil Pakatan Rakyat menang, depa buat silence jer. Digelapkan berita tersebut segelap-gelapnya.

    Dahlah internet down dan line bz.Terpaksa tengok Astro Awani. Nampak macam berkecuali sikit. Ada jugak perbincangan dan kupasan wartawan-wartawan mereka dengan panel-panel jemputan dan panel-panel di talian. Pandangan mereka kira ok-oklah, ada jugak point dan idea tu. Cuma yang lawaknya bila talian dibuka dengan wawancara dengan Arif Shah. Sedih jer bunyi..teringat kata-kata dia yg lebih kurang..kalau dah orang Permatang Pauh tak nak terima kita apa boleh buat. HA! Sekarang baru tau langit tinggi rendah. Jangan takabur dan tabur duit sangat. Yang lagi lawak wawancara dengan Muhammad Mat Taib Mike Tyson..tengah elok-elok sembang..eh bila wartawan Astro Awani tanya soalan cepumas pasal ?perjalanan Anwar ke Putrajaya?..tiba-tiba je line putus..Putuskan talian ka apa?Takut ka..Jawab ah..Jawab..hi hi.

    Itu media eletronik yang duk bergelumang menjadi pencacai. Media cetak macam Utusan Meloya dan Berita Hairan 27/08/08 entah-entah apa pulak tajuknya. Macamana pulak teknik dan bunga silat mereka dalam menggelapkan berita penting dan besar ini. Macamana mereka nak gaululas berita yang merugikan tenaga, duit dan lidah mereka sebagai pemutarbelit dan pencacai ini.

    Saya rasa tajuk utama mereka 27/08/08 lebih kurang macam ni , ?Penduduk Permatang Pauh Bodoh Kerana Pilih Peliwat Dan Agen Yahudi Dan Amerika Sebagai Wakil Mereka? hi hi..atau..?Penduduk Permatang Pauh Bangang Kerana Tak Percaya Berita Dan Laporan Kami? hi hi lawak lawak

    Tuan-tuan pulak rasa apa tajuk nya..hi hi”

  3. khairy jamaludin says:

    Tahniah DSAI! Tahniah Pengarah Pilihan Raya PKR! Tahniah Pengarah Pilihan Raya PAS! Tahniah Pengarah Pilihan Raya DAP! Tahniah AJK Pilihan Raya PKR, PAS, DAP! dan tahniah kepada semua penulis yang menyokong DSAI/PKR/PR dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh melalui TKO. Kita semua telah berjaya dengan izin Allah Subhanahu wa Ta’ala. Allahu Akbar!!!

    Sungguhpun UMNO/BN telah menggunakan semua jentera kerajaan untuk menyerang PKR/PR dari segenap sudut, rakyat/pengundi Permatang Pauh telah menyatakan pilihan mereka. Mereka menolak UMNO/BN bulat-bulat. Tahniah kepada semua pengundi yang memilih untuk membuat perubahan dan menentang UMNO/BN yang sudah tidak relevan itu. Anda sesungguhnya membuat pilihan yang bijak. Anda tidak termakan dengan pujukan mereka yang beracun. Ada antara anda telah mengambil wang mereka tetapi memangkah PKR. Syabas!!! Mungkin jalan di kawasan anda sudah diturap baru-baru ini. Baguslah. Masa kempenlah nak minta apa-apa pun. UMNO/BN mesti bagi punya.

    Adakah UMNO/BN akan berasa malu dengan kekalahan ini. Tidak sekali-kali. Mereka akan menyatakan pelbagai alasan untuk menutup kemaluan mereka. Semua isu yang mereka bawa berbalik kepada diri mereka sendiri. Kesian UMNO/BN. Sudahlah duit banyak habis. Kalah juga. Memang ternyata pemimpin mereka terdiri daripada golongan yang bukan sahaja tidak cerdik malahan juga tiada kualiti, tiada integriti, dan tiada kredibiliti. Mari kita lihat satu persatu isu yang mereka bawa.

    ISU LIWAT/SUMPAH LAKNAT

    Walaupun ramai pemerhati politik berpendapat UMNO/BN akan kecundang jika menggunakan isu ini, mereka dengan bodohnya menggunakan isu ini. Tidak tahulah apa peranan ilmuwan Islam dalam UMNO/BN buat apa. Mengapa mereka berdiam diri? Mengapa mereka memilih untuk menyokong? Mengapa pula yang tak tau benar tentang agama macam Najib, Khairy, Ezam dan lain-lain bercakap tentang sumpah laknat yang kini ternyata tidak valid. Itu pendapat Majlis Fatwa yang hanya dikeluarkan selepas pengundian selesai. Jika pendapat majlis ini dikeluarkan pada 25 Ogos 2008, pasti calon UMNO/BN hilang wang pertaruhan. Syabas pengundi Permatang Pauh kerana anda percaya cakap TGNA, TGHH, TGHD, HASHIM Yahya, dan Persatuan Ulamak Malaysia Pulau Pinang itu betul. Jika tidak anda ada saham dosa untuk dibawa ke akhirat nanti. Biarlah orang UMNO/BN yang tanggung dosa itu.

    ISU KEGANASAN PADA HARI PENAMAAN CALON

    UMNO/BN yang ketandusan isu menggunakan isu ini untuk menaikkan kemarahan pengundi kepada PKR/PR. Ternyata isu yang sengaja dibesar-besarkan ini memualkan pengundi. Kes ini hanya layak dikategorikan sebagai kes terpencil, bukan isu pilihan raya.

    ISU 10% NONBUMI DI UITM

    Isu ini ternyatalah sangat tidak cerdiknya UMNO/BN. Apa tidaknya. Asal mulanya hanyalah cadangan TSAK. Budak-budak UiTM yang tak cerdik termakan dengan kata-kata pihak pentadbir universiti hingga sanggup berdemonstrasi dan melanggar AUKU. Isu bodoh ini tidak menjejaskan langsung sokongan terhadap DSAI/PKR/PR. Sebenarnya ini bukan isu. Statusnya ialah sampah. Sebab itulah pengundi Permatang Pauh menyampah. Padan muka.

    ISU KUTUKAN PERIBADI DSAI

    DSAI dicap berbahaya, mengkhianati Melayu, pro-nonbumi, ejen Yahudi, pro-Amerika, dan anti-DEB. Majoriti pengundi bersetuju UMNO/BN yang lebih bahaya kerana mereka kuat rasuah, mengamalkan kronisme, dan nepotisme. Mereka juga setuju UMNOlah yang mengkhianati Melayu. Melayu Pulau Pinang dok tang tu juga walaupun PM orang Pulau Pinang dan UMNO/BN sudah memerintah selama 50 tahun, hinggakan ada kampung tak ada bekalan air paip sampai sekarang!!! PKR ialah parti pelbagai kaum. Oleh sebab itu, perjuangannya adalah untuk semua kaum, bukan untuk Melayu sahaja. Yang sahnya UMNO ialah parti perkauman sampai kiamat nanti. Isu ejen Yahudi dan pro-Amerika tidak masuk akal bagi pengundi Permatang Pauh.

    Ramai dalam kalangan mereka kurang mengerti isu-isu antarabangsa ini. Mereka bukan sahaja tidak faham malahan juga sukar mempercayainya kerana tiada bukti nyata yang didedahkan. Pemimpin-pemimpin UMNO masih tak sedar-sedar merekalah yang mematikan DEB. Sudah tak betul otak mereka agaknya. Mungkin juga mereka berada dalam halusinasi!!!

    ISU PENANGKAPAN DUA EXCO PERAK

    Isu ini merupakan satu perangkap. Tujuannya untuk menjatuhkan kerajaan PR Perak menjelang 31 Ogos 2008 seperti yang dilaung-laungkan oleh Tajol Rosli. UMNO/BN sudah bankrap idea. Pengundi Permatang Pauh menolak isu ini. UMNO/BN terkulat-kulat.

    Apabila kesemua isu telah melantun balik ke kepala mereka, UMNO/BN terpaksa panggil wakil rakyat dari Sabah untuk bagi tau tak ada lompat. Mengapa yang Sarawak tak datang buat penafian yang sama. Mungkin MP Sarawak semua nak lompat kot!!! Nalla pun turut dipanggil untuk membela. Walau bagaimanapun, semua telah terlambat.

    Pengundi Permatang Pauh menyampah dengan perangai betina gaghit puteri UMNO dan putera UMNO yang membuat aksi lucah sodomi dengan gembira dan rasa puas yang terpancar di wajah mereka.Bila gambar mereka dibesarkan dan dipamerkan di jalan raya tau pula malu dan suruh polis buangkan. Akibatnya, mereka tidak berfungsi dalam merayu undi. Padan muka UMNO/BN. Terpaksa pula bawa anak perempuan Said Keruak dan kawan-kawan dari Sabah yang tak tau apa-apa tentang pengundi/penduduk Permatang Pauh untuk diracuni fikiran mereka.

    Khairy dengan lagak angkuh dan sombongnya lebih banyak membuka rahsia diri daripada berkempen. Ezam yang tak ada modal hanya tau kata yang itu-itu juga di mana-mana pun. Pengundi dah tau dia sebenarnya kecewa kerana tidak dipilih jadi pemimpin kanan PKR. Buatlah kerja rumah dulu kalau nak bersyarah. Ini pakai hentam buta tuli saja.

    Adakah dia ingat pengundi Permatang Pauh semua bodoh? Najib pula buat sumpah tak rasmi dalam masjid. Lucu, lucu, lucu!!! Siapa nak percaya. Sebenarnya perbuatan itu telah banyak membantu pengundi menyebelahi DSAI. Salah perancangan. Ingatkan orang akan sokong, rupa-rupanya orang ketawa terbahak-bahak. Begitulah tak cerdiknya pemimpin-pemimpin UMNO/BN.

    Kini, DSAI boleh menarik nafas lega. Walau bagaimanapun, masih banyak ranjau di hadapan. UMNO/BN akan tetap menyusun strategi untuk menggagalkan cita-cita DSAI. Inilah yang yang perlu diberi keutamaan. Namun demikian, keikhlasan akan menjayakan cita-cita. Berserahlah kepada-Nya.

  4. khairy jamaludin says:

    TAHNIAH…. DIATAS KEJAYAAN SEMALAM.. RAKYAT SUDAH SEDAR AKAN KEPINCANGAN UMNO(BN) MAKA DENGAN KEKALAHAN INI AKAN BERKUBURLAH UMNO (BN )SECARA PELAHAN-PELAHAN DAN TERUS AKAN DILUPAKAN OLEH GENERASI AKAN DATANG.UMNO BUKAN SATU PATI YANG MEMPERJUANGKAN BANGSA MELAYU.. TAPI MELINGKUPKAN SEGALA KEPENTINGAN BANGSA MELAYU..

  5. SPR BODO says:

    “PELIK TAPI BENAR!!!

    “Anwar memperoleh sejumlah 31,195 undi berbanding calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah 15,524 undi dan calon Akim Hanafi Mamat (92).

    Seramai 38,144 atau 65.45 peratus daripada 58,459 pemilih berdaftar bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh keluar mengundi sehingga pusat mengundi tutup pada pukul 5 petang.” – Bernama

    JIKA DISEMAK BALIK JUMLAH PENGUNDI YANG MENGUNDI ANWAR DAN ARIF SHAH ADALAH = (PKR) 31,195 + (BN) 15,524 + (AKIM) 92=46,719

    JUMLAH 46,719 INI ADALAH BERSAMAAN DENGAN 79.9175%, BUKAN 65.45 PERATUS….

    TETAPI MENGIKUT LAPORAN YANG DINYATAKAN OLEH SETIAUSAHA SPR, DATUK KAMARUZAMAN DALAM TV3, DAN DALAM LAPORAN DALAM UTUSAN ONLINE, JUMLAH TURN OUT HANYALAH 38,144 IAITU BERSAMAAN 65.45 %…

    PERBEZAANNYA ADALAH SEBANYAK 8575 UNDI.

    ADAKAH BERLAKU SALAH PENGIRAAN MENGENAI JUMLAH YANG KELUAR MENGUNDI???

    ADAKAH JUMLAH PERBEZAAN ITU ADALAH JUMLAH PENGUNDI HANTU?????

    KENAPA PERKARA SEPERTI INI BOLEH BERLAKU??????

    ADAKAH BN CUBER MENGURANGKAN MAJORITI ANWAR DENGAN MENAMBAH BILANGAN UNDI “HANTU” TANPA MENYEMAK JUMLAH TURN OUT SEBENAR???

    ADAKAH SPR BERSUBAHAT DALAM HAL INI????

    DEMI MEMELIHARA KEPERCAYAAN RAKYAT, SAYA MEMOHON AGAR PIHAK SPR BOLEH MEMBERI PENJELASAN MENGENAI HAL INI…

    SEKIAN TERIMA KASIH…

  6. eddyra says:

    copycat dah masuk..

  7. che bedah says:

    ..just nak share , one of my kawan kat penang sms me this…….(sorry klu sesapa tak suka ngan bahasa nya)

    niat dihati anwar nak di kuboq, lalu disuruh sayfool sua juboq , doctor pun disuruh ukoq, kot2 ada taik sayfool di teloq, ..rupa2 nya hanya fitnah di taboq, rakyat mula rasa tak buloq, walau duit depa uloq , kini harapan dah hancoq, bila rakyat lari berteraboq, yg tinggal hanya si penjual pungkoq……..

    peace…

  8. eddyra says:

    [quote comment="4505"]..just nak share , one of my kawan kat penang sms me this…….(sorry klu sesapa tak suka ngan bahasa nya)

    niat dihati anwar nak di kuboq, lalu disuruh sayfool sua juboq , doctor pun disuruh ukoq, kot2 ada taik sayfool di teloq, ..rupa2 nya hanya fitnah di taboq, rakyat mula rasa tak buloq, walau duit depa uloq , kini harapan dah hancoq, bila rakyat lari berteraboq, yg tinggal hanya si penjual pungkoq……..

    peace…[/quote]
    wahaha.. susah nak nyebutnya.. tapi sangat lah faham message tu..

  9. lea says:

    Tahniah DSAI…

  10. lea says:

    [quote comment="4504"]copycat dah masuk..[/quote]

    copycat pn ok jugak enche eddy..sume sumber brite sy (malaysia today,TKO n etc) skarang tak leh masuk..at least bleh gak bace kat blog en eddy ni..hehe

  11. eddyra says:

    cikbedah ni.. zubaidah sapuracrest eh?

  12. che bedah says:

    [quote comment="4518"]cikbedah ni.. zubaidah sapuracrest eh?[/quote]

    ye..ingat tau…

  13. eddyra says:

    [quote comment="4519"][quote comment="4518"]cikbedah ni.. zubaidah sapuracrest eh?[/quote]

    ye..ingat tau…[/quote]
    ohhoo ingat cikbedah iteww… welcome to my blog.. thank you.

  14. che bedah says:

    [quote comment="4520"][quote comment="4519"][quote comment="4518"]cikbedah ni.. zubaidah sapuracrest eh?[/quote]

    ye..ingat tau…[/quote]
    ohhoo ingat cikbedah iteww… welcome to my blog.. thank you.[/quote]

    ok… komen ikhlas ni.. blog yg mcm mcm ada.. tak le satu topic je….

  15. eddyra says:

    [quote comment="4521"][quote comment="4520"][quote comment="4519"][quote comment="4518"]cikbedah ni.. zubaidah sapuracrest eh?[/quote]

    ye..ingat tau…[/quote]
    ohhoo ingat cikbedah iteww… welcome to my blog.. thank you.[/quote]

    ok… komen ikhlas ni.. blog yg mcm mcm ada.. tak le satu topic je….[/quote]
    oh ye ke.. tengkiu.. makan la apa yang ada, jangan malu-malu..

  16. che bedah says:

    [quote comment="4522"][quote comment="4521"][quote comment="4520"][quote comment="4519"][quote comment="4518"]cikbedah ni.. zubaidah sapuracrest eh?[/quote]

    ye..ingat tau…[/quote]
    ohhoo ingat cikbedah iteww… welcome to my blog.. thank you.[/quote]

    ok… komen ikhlas ni.. blog yg mcm mcm ada.. tak le satu topic je….[/quote]
    oh ye ke.. tengkiu.. makan la apa yang ada, jangan malu-malu..[/quote]

    en yus..ni nak dtg menumpang lagi kat TKY…ntah kat tempat sapa la nak pinjam …

  17. bahari sabah says:

    [quote comment="4500"]Begini maklumatnya..Anwar Ibrahim menang dengan majority 15,671. Keputusan penuh : Anwar 31,195. Arif Shah 15,524 dan Hanafi Mamat 92. Jumlah undi 47,258. Undi rosak 447. Peratusan keluar mengundi 65.25%.

    Tidak perlu saya mencatatkan secara panjang lebar kerana semasa saya sedang menulis artikel ini pada tepat pukul 11 malam 26/08/08 , semua orang sudah tahu keputusan PRK Permatang Pauh. Mereka yang belum tahu keputusannya sehingga saat ini ialah TV3 suku, RTM dan media-media Prima yang lain. Hi hi lawak betul..tiba-tiba saja laporan TV menjadi lembap dan slow.Sebelum ni bukan main lagi cepat dan heboh. Dengan liwat, dengan Saiful, dengan Ezam, Dengan Nalla, Dengan Najib dan sebagainya. Bila aje DSAI menang, mereka tiba-tiba jadi bengap dan terkemut-kemut. Tunggu punya tunggu tak dak kelaur pun berita tentang keputusan penuh dan keputusan rasmi.

    Nampak sangatlah puak-puak pencacai BN ni. Time depa menang bukan main duk ulang tayang. Bukan main duk nak replay, sampai nak termuntah. Sampai ke subuh duk ulas dalam TV sampaikan ingatkan TV dah rosak pasai cakap benda sama jer.

    Eh tiba-tiba bila berita wakil Pakatan Rakyat menang, depa buat silence jer. Digelapkan berita tersebut segelap-gelapnya.

    Dahlah internet down dan line bz.Terpaksa tengok Astro Awani. Nampak macam berkecuali sikit. Ada jugak perbincangan dan kupasan wartawan-wartawan mereka dengan panel-panel jemputan dan panel-panel di talian. Pandangan mereka kira ok-oklah, ada jugak point dan idea tu. Cuma yang lawaknya bila talian dibuka dengan wawancara dengan Arif Shah. Sedih jer bunyi..teringat kata-kata dia yg lebih kurang..kalau dah orang Permatang Pauh tak nak terima kita apa boleh buat. HA! Sekarang baru tau langit tinggi rendah. Jangan takabur dan tabur duit sangat. Yang lagi lawak wawancara dengan Muhammad Mat Taib Mike Tyson..tengah elok-elok sembang..eh bila wartawan Astro Awani tanya soalan cepumas pasal ?perjalanan Anwar ke Putrajaya?..tiba-tiba je line putus..Putuskan talian ka apa?Takut ka..Jawab ah..Jawab..hi hi.

    Itu media eletronik yang duk bergelumang menjadi pencacai. Media cetak macam Utusan Meloya dan Berita Hairan 27/08/08 entah-entah apa pulak tajuknya. Macamana pulak teknik dan bunga silat mereka dalam menggelapkan berita penting dan besar ini. Macamana mereka nak gaululas berita yang merugikan tenaga, duit dan lidah mereka sebagai pemutarbelit dan pencacai ini.

    Saya rasa tajuk utama mereka 27/08/08 lebih kurang macam ni , ?Penduduk Permatang Pauh Bodoh Kerana Pilih Peliwat Dan Agen Yahudi Dan Amerika Sebagai Wakil Mereka? hi hi..atau..?Penduduk Permatang Pauh Bangang Kerana Tak Percaya Berita Dan Laporan Kami? hi hi lawak lawak

    Tuan-tuan pulak rasa apa tajuk nya..hi hi”[/quote]

  18. SPR BODO says:

    Keputusan rasmi Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh telahpun diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya, SPR, Roslan Yahya di Dewan Amuniddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainum, Bukit Mertajam jam 10.12 malam tadi.

    Sebagaimana dijangka, kerusi ini dimenangi oleh DSAI dengan majoriti 15, 671 apabila memperolehi 31,195 undi menewaskan calon BN, Dato? Arif Shah Omar Shah yang memperolehi 15,524 undi. Calon AKIM, Hanafi Mamat hanya mendapat 92 undi dan hilang wang pertaruhan.

    Pada hari semalam, ketika semua 25 pusat pengundian dengan 110 saluran mengundi ditutup pada jam 5:00 petang, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor mengumumkankan seramai 38,144 daripada 58,459 orang pengundi berdaftar di Parlimen Permatang Pauh telah keluar mengundi sejak pusat pengundian dibuka pada jam 8.00 pagi.

    Jumlah ini mewakili hanya 65.25 % iaitu merosot sebanyak 16.62 % berbanding dengan peratusan mengundi pada 8 mac lalu.

    Ketika Rancangan Analisa AWANI sedang keudara sejak jam 8:00 malam di siaran TV Astro, pengacara Rancangan, Kamarul Bahrin Haron dan Zaiful Arifin bersama dengan beberapa penganalisa politik yang dijemput khas dari Merdeka Center sekali lagi menerima pengesahan dari setiausaha SPR itu bahawa peratusan yang keluar mengundi adalah merosot iaitu 65.25 %.

    Trend penurunan peratus yang agak ketara ini telah mendapat komen dari panel jemputan tentang kemungkinan kemerosotan ini menandakan bahawa rakyat di permatang pauh ingin menyatakan protes mereka kepada BN dengan tidak keluar mengundi.

    Apa yang ingin saya bincangkan di sini ialah fakta tersebut menunjukkan bahawa apabila keputusan penuh diumumkan ianya mendedahkan bahawa terdapat lebih dari 38,144 kertas undi di dalam peti-peti undi.

    Pengundi-pengundi pos telahpun membuang undi mereka pada Sabtu lalu, 23 Ogos 2008 yang berjulah 490 orang kesemuanya.

    Jika mengikut pengesahan Datuk Kamaruzaman, 38,144 pengundi yang keluar mengundi pada hari semalam jika dicampur dengan jumlah pengundi pos, maka jumlah kertas undi yang sepatutnya ada dalam peti-peti undi adalah sebanyak 38, 634.

    Petugas-petugas pilihanraya dari Pakatan Rakyat telah menjalankan gerak-kerja yang intensif pada hari semalam dan mendapati 81% pemilih berdaftar yang keluar mengundi menyokong calon keadilan iaitu Anwar Ibrahim.

    Kalau mengikut kiraan kasar, 81% dari 38,144 akan menunjukkan sebanyak 30,896 undi. Ini menandakan bahawa berdasarkan kajian rambang oleh jentera pilihanaraya Pakaran Rakyat ketika pusat pengundian ditutup pada jam 5:00 petang, DSAI telahpun dapat dipastikan akan mendapat jumlah undi tidak kurang dari 30,000.

    Bila keputusan rasmi diumumkan, DSAI telah memperolehi undi sebanyak 31, 195 dan jumlah ini hampir-hampir menyamai angka sebagaimana yang diramalkan.

    Jumlah undi yang diperolehi oleh calon AKIM, Hanafi Mamat Cuma 92 undi dan terdapat sebanyak 447 kertas undi yang rosak. Jika jumlah kertas undi yang diperolehi oleh DSAI dicampur dengan kertas undi diperolehi AKIM dan kertas undi rosak, maka jumlahnya ialah 31,734. Oleh kerana hanya terdapat 38,144 pengundi berdaftar yang keluar mengundidicampur dengan undi pos (anggaplah semua undi pos menyokong BN) maka baki yang cuma tinggal itulah yang diperolehi oleh calon BN, Dato Arif Shah Omar Shah iaitu 6,900 undi sahaja.

    Memerhati trend sokongan pada hari mengundi semalam dengan mengambil kira faktor semasa dan mood rakyat terhadap kos sara hidup yang meningkat, ketidakyakinan pengundi-pengundi terhadap kemampuan Kerajaan Pak Lah dalam menangani masalah ekonomi, rasuah dan penyalahgunaan kuasa dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO-BN, saya dari awal lagi menjangkakan bahawa Dato? Arif cuma mampu mendapat undi antara 7000 hingga 8000 sahaja seandainya peratusan mengundi tidak mencapai 60 %.

    Keputusan diumumkan SPR bahawa calon BN memperolehi undi sebanyak 15, 524 menimbulkan persepsi bahawa telah berlaku sesuatu yang tidak kena. Jika mengikut fakta bahawa hanya terdapat 65 % pengundi ( 38,144 orang ) yang keluar mengundi pada hari semalam, BN Cuma boleh memperolehi undi sebanyak 6,410 dan bukannya 15,524.

    Fakta:
    38,144 pemilih berdaftar (65.25 %) keluar mengundi
    Semakan
    Undi diperolehi Calon AKIM: 92
    Undi Diperolehi DSAI: 31,195
    Undi diperolehi BN: 15,524
    Undi Rosak: 447
    Jumlah undi Pos: 490
    Jumlah Semua Kerta Undi: 47,748 ( jumlah ini menunjukkan bahawa yang keluar mengundi termasuk pengundi pos adalah 47, 748 orang iaitu 81.68% iaitu peratusan yang sama dengan jumlah yang keluar mengundi di Parlimen Permatang Pauh pada PRU ke12, 8 Mac lalu.

    Sedangkan kita semua maklum bahawa melalui pengumuman yang disahkan oleh SPR bahawa pada kali ini cuma 65.25 % iaitu 38,144 orang pemilih berdaftar sahaja yang keluar mengundi di Parlimen Permatang Pauh. Dari mana pula datangnya sejumlah 9,114 kertas undi lagi yang telah mengubah jumlah undi yang sepatutnya diperolehi oleh BN iaitu 6,410 undi menjadi 15,524 undi.

    Ini yang sepatutnya:
    38,144 pemilih berdaftar (65.25 %) keluar mengundi
    Semakan
    Undi diperolehi Calon AKIM: 92
    Undi Diperolehi DSAI: 31,195
    Undi diperolehi BN: 6,410
    Undi Rosak: 447J
    umlah kertas undi keseluruhannya: 38,144
    Jumlah undi Pos: 490
    Kesimpulan: BN & SPR menipu lagi lah.

    Barangkali penipuan ini tidak perlu dipedulikan sangat sebab PR sudah menang. Tetapi apa yang dikesali ialah BN dengan memperkudakan SPR masih lagi mahu menipu rakyat. Pada PRU ke 12 lalu, BN telah mendapat isyarat bahawa rakyat mahu mereka melakukan sesuatu untuk memulihkan kepercayaan terhadap mereka. Sebagai seorang kakitangan kerajaan saya merasa amat malu dengan penipuan yang masih lagi dilakukan oleh kerajaan ini. Sepatutnya kerajaan meningkatan integriti dan moralnya dengan cara berhemah dan tulus ikhlas agar kepercayaan serta keyakinan ramai termasuk penjawat awam dapat dipertingkatkan semula.

    Namun, amat mendukacitakan Kerajaan BN masih lagi memilih cara yang bangsat dan bedebah dengan melakukan penipuan dalam pilihanraya untuk memulihkan imej dan maruahnya yang telah tercalar teruk. Kalau beginilah caranya, tak payahlah menjadi kerajaan lagi selepas ini. BN boleh menipu tetapi dengan angka-angka ini jelas menunjukkan penipuan dilakukan tidak boleh ditutup dan dinafikan lagi. Tolonglah wahai Kerajaan yang memerintah, kalau ingin bernyawa lebih lama lagi, lakukan sesuatu dengan cara yang betul dan jujur. Jangan menganggap rakyat ini bodoh seperti kambing, lembu dan kerbau!!.

  19. ucu says:

    tak tau nak taruk mana… lekat je la sini…

    “Salam Ramadhan bro… moga beroleh segala keberkatan Insya Allah~”

  20. eddyra says:

    [quote comment="4530"]tak tau nak taruk mana… lekat je la sini…

    “Salam Ramadhan bro… moga beroleh segala keberkatan Insya Allah~”[/quote]
    terima kasih ucu.. terima kasih semoga ucu cukup puasa sebulan tahun ni..

  21. ucu says:

    [quote comment="4531"][quote comment="4530"]tak tau nak taruk mana… lekat je la sini…

    “Salam Ramadhan bro… moga beroleh segala keberkatan Insya Allah~”[/quote]
    terima kasih ucu.. terima kasih semoga ucu cukup puasa sebulan tahun ni..[/quote]

    hoh! itu adalah amat mustahil sekali utk dilaksanakan … haha n’way makasih bro~

  22. eddyra says:

    [quote comment="4533"][quote comment="4531"][quote comment="4530"]tak tau nak taruk mana… lekat je la sini…

    “Salam Ramadhan bro… moga beroleh segala keberkatan Insya Allah~”[/quote]
    terima kasih ucu.. terima kasih semoga ucu cukup puasa sebulan tahun ni..[/quote]

    hoh! itu adalah amat mustahil sekali utk dilaksanakan … haha n’way makasih bro~[/quote]
    kena cuba ucu.. kuatkan azam, kuatkan semangat wahahha..

  23. smartebiz says:

    Salam Ramadhan yang bakal menjelang tiba untuk Enche Eddy dan kawan2. Semoga di bulan yng mulia ini tingkatkan ketaqwaan dan keimanan diri.

  24. ucu says:

    [quote comment="4534"][quote comment="4533"][quote comment="4531"][quote comment="4530"]tak tau nak taruk mana… lekat je la sini…

    “Salam Ramadhan bro… moga beroleh segala keberkatan Insya Allah~”[/quote]
    terima kasih ucu.. terima kasih semoga ucu cukup puasa sebulan tahun ni..[/quote]

    hoh! itu adalah amat mustahil sekali utk dilaksanakan … haha n’way makasih bro~[/quote]
    kena cuba ucu.. kuatkan azam, kuatkan semangat wahahha..[/quote]

    wkakakaka… aduiii… cadangan ditutup! sesia je berusaha! haha

  25. tuan Nadzim says:

    Meluat aku dengo/baca citer pasal keputusan pilihanraya. Mesti ada yg tak puas hati. Pastu mula la citer yang berbaur spekulasi sana sini. katakan lah pilihanraya pmtg pauh tuu umno menang, gerenti puak penyokong pkr tak pueh hati dan membuat spekulasi2 dan analisis2 kesalahan org lain yg menyebabkan parti mereka kalah.

    ni pkr menang, dah kluar jugak spekulasi2 dari penyokong umno utk mnyatakan tak pueh hati mereka plak.

    hmmm akhirnya penyokong2 nii yg berpuak2 (tapi sebangsa dan seugama) adalah golongan yg sama… takleh terima kenyataan, menuduh yg bukan2, menabur fitnah dan lain2 yg sewaktu dgn nya.

    kawan aku penah mnyaksikan bagaimana politik dimainkan di depan mata nya. cukup byk perkara yg diselindungkan dari para penyokong dan rakyat yg memerhati. jgn tak tau, politik nii dah jadi pementasan lakonan. atas pentas sptmana org ramai buleh lihat adlh cukup berlainan dari blkg pentas. depan rakyat bertikam lidah, aku kata kau, hang kata kat chek, demo tudoh kawe, eden tuduh ekau. tapi di luar ‘pentas’, duduk semeja, makan bersama, bersembang mesra. baru laa dikatakan profesional.

    aku nak nasihatkan kpd pnyokong2 semua parti supaya berjaga2 la dlm menyokong ketua yg disokong tuu sbb kita tak tau apakah kisah sebenarnya. jgn terlalu taksub dlm menyokong seseorg sehingga kan boleh memecahbelah kan perpaduan bangsa dan agama. nak sokong, sokong laa. tak salah. tapi jgn laa sampai nak kutuk mengutuk menghina2 org lain, tak hormat sesama sendri, bergaduh bertumbuk dll.

    jgn lah berani hanya ketika membawa panji2 dan poster2 parti masing sewaktu berkempen. sptutnya berani, bermegah ketika membawa jalur gemilang pada setiap masa. kibarkan lah jalur gemilang di merata tempat kerana Malaysia ini lah yg korg sayangkan sgt2 lebih dari parti politik.

    aku tertarik dgn kartun dlm harian metro ker BH… aku terlupa yg mana satu. tak salah bertarikh 28 ogos. dialog antara isteri dgn suami nya.
    isteri : haa masa berkempen awak sanggup panjat berpuluh2 tiang gantung bendera. ni merdeka dah nak dekat jalur gemilang satu pun tak gantung lagi.
    suami : yela2… saya pi gantung nii….
    (dialog tak sama tapi makna sama)

    so… sudahkah anda kibarkan bendera kebanggaan kita sbg rakyat MALAYSIA??

  26. eddyra says:

    tuan Nadzim,
    Terima kasih atas komen yang membina.

  27. anita pahang says:

    taniah kepada DSAI kerana telah menang. Rakyat permatang pauh lebih tahu siapa yang boleh menjadi pemimpin yang berkaliber… Hidup DSAI…..Hidup DSAI…. Allahuakbar…

  28. Aziz69 says:

    Sokong tuan nazim..kau orang tengok le apa nak jadi sekarang..apa kekawan DSAI dh buat kat malayu/Islam..tulisan jawi slow2 kasi padam…azan slow2 kasi dengar, (orang mau titun le)..Babi banyak2 kasi bela, melayu punya tempat.(mANA pegi pejuang PKR)…DSAI diam diam duduk, pk apalagi mau kasi gadai..modai mau kasi tambah maa..
    Kau orang rasa lakan andai ada rezeki DSAI dapat jadi PM, apa yang dia akan buat untuk kita, maksud aku pembaharuan) tolong jawap…yang baru cume orang2 yang diatas, perjalanan politiknya tetap sama, masaalahnya tetap sama juga…kau org ingat senang nk bt pembaharuan..mesti ada buruk dan baik, kita sekarang di momok dengan kebaikannya yang tk seberapa tu, dan keburukan akan kita bayar cash masa dia jd PM nt..tak caya? kau orang ingat je le apa kata aku…

    Dah le, penat dibuatnya…Lu Pk le sendiri…

Leave a Reply