Pertemuan Anak Kelantan di Perantauan - benarkah begini?

March 3rd, 2008 by eddyra on politic


Photo from jiwokelate.wordpress.com

Majlis Pak Lah bersama Anak Kelantan Perantauan di Bukit Kiara pada 1 Mac 2008.
Amanat Tok Guru kepada Anak Kelantan Perantauan di Hotel Nikko KL pada 2 Mac 2008.

Benarkah begini?

13 Responses to “Pertemuan Anak Kelantan di Perantauan - benarkah begini?”

  1. 1
    seng Said:

    mapuh la BN

    Reply
  2. 2
    cakna Said:

    Inilah satu lagi bukti sokongan rakyat kelantan yg tak berubah malah makin meningkat dari masa kesemasa walau dimana mereka berada, mereka matang dlm berpolitik.Berkat kezuhudan tok guru..TAKBIR

    Reply
  3. 3
    firdaus Said:

    kawan aku cakap..orang kelantan ni mengundi ikut keturunan betul ke?diorang cakap “belum pernah lagi keturunan nenek moyang aku pangkah BN”

    Reply
  4. 4
    eddyra Said:

    Firdaus, itu sekadar nak menyatakan sokongan atau tidak pada satu-satu perkara. Keturunan apa pulak baru 2-3 generation yang mengundi..

    kita start ngundi bila? Pilihanraya umum pertama tahun 1955, hampir 50 tahun 12 kali pilihanraya besar / umum.

    Reply
  5. 5
    tranungkiter Said:

    assalamualaikum semua,

    saya baru balik dr hotel nikko…dengar tok guru bagi amanat pilihanraya..
    di akhir ucapan, tok guru bacakan surah Al-Fil dan kupas bagaimana Allah hancurkan tentera bergajah abrahah.

    abrahah ini dtg dr yaman (selatan mekah)…sbgmana yg kita maklum…yaman ni negara padang pasir..mana ada gajah. so kira kaya la kerajaan abrahah ni…boleh import gajah..unta tengok pon takut. dia jeles tengok mekah ni ekonomi pesat so decided nak conquer. waktu nak pegi serang mekah ni, tentera dia dok sembelih unta2 abdul mutallib (datuk kpd Rasulullah SAW). abdul mutallib pon jumpa abrahah tanya kenapa sembelih unta2 dia. abrahah tanya sapa ko? abdul mutallib ckp aku ketua mekah ni. abrahah tnya kenapa ko tak defend mekah, sibuk pasal unta pulak. abdul mutallib jawab unta aku punya…mekah ni ada Tuannya..Diala yg akan Jaga.

    So tok guru pon berdoa ya Allah, kami diserang dari pelbagai sudut dan ketika, dan kami dah tak kuat nak pertahan agama Engkau, maka kami serahkan pada Engkau untuk Pertahankan AgamaMu.

    meleleh air mato ambo…takbir!!!

    Reply
  6. 6
    tranungkiter Said:

    MENTERI Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menyeru anak-anak Kelantan supaya pulang ke negeri itu bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

    “Kalau UMNO suruh kita balik ke Kelantan kita pakat balik, tapi bila undi, undilah Pas,” katanya ketika berucap di Dewan Serbaguna Presint 9 di sini petang ini.

    Hadir sama ialah calon Pas bagi Parlimen Putrajaya, Mohamad Noor Mohamad.

    Terdahulu dalam ceramahnya, Nik Aziz mengakui bahawa Kerajaan Pusat telah banyak membawa pembangunan ke negeri Kelantan meskipun diperintah oleh parti Islam itu sejak 18 tahun lalu.

    ‘‘Kalau Pas memerintah, pembangunan seperti universiti, jambatan dan sekolah-sekolah tetap dibawa oleh Kerajaan Pusat, jadi apa pentingnya kita undi dia.

    ‘‘Tidak ada sebab langsung untuk undi parti lain kecuali atas kerana rasa dengki dan tidak mahu kepada Islam,” katanya.

    Sementara itu, Mohamad Noor menggunakan isu tuntutan honorarium oleh kakitangan awam sebagai modal utamanya untuk meraih sokongan pengundi dari kalangan penjawat awam di sini.

    ‘‘Kita akui sistem perkhidmatan awam di negara ini adalah yang nombor satu di dunia tetapi mengapa kakitangan kerajaan dianggap sebagai satu liabiliti sehinggakan mereka tidak diberikan honorarium,” katanya.

    BERITA DI HARAKAHDAILY

    Kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat disambut hebat kira-kira 4,000 penduduk Putrajaya di Dewan Besar kompleks serbaguna Presint 9, petang semalam.

    Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, yang tiba di Putrajaya kira-kira jam 6.45 petang tidak menghampakan penduduknya biarpun beliau hanya sempat meluangkan masa selama kira-kira 15 minit.

    Beliau tiba dari Kelantan untuk menghadiri program bersama anak-anak Kelantan di perantauan (Perakan) di Hotel Nikko, Jalan Ampang, Kuala Lumpur malam ini.

    Tidak menghampakan rakyat, Tuan Guru Nik Aziz terus menuju ke Putrajaya bagi memenuhi permintaan pengundi-pengundi Putrajaya untuk mendengar amanat beliau sendiri.

    Biarpun hujan lebat turun, para pengundi tidak berganjak malahan mereka terus memenuhi ruang di dalam dewan tersebut.

    Memandangkan dewan yang hanya boleh memuatkan 1,000 orang, pihak penganjur menyediakan skrin besar di luar dewan.

    Di akhir ucapan Tuan Guru meminta rakyat Kelantan yang mengundi di negerinya agar jangan lupa balik pada hari mengundi, 8 Mac ini.

    “Semua rakyat Kelantan pakat balik mengundi pangkah bulan,” katanya yang diikuti takbir daripada orang ramai.

    Calon PAS Putrajaya, Mohamad Nor Mohamad ketika ditemui, berkata walaupun Tuan Guru hanya sempat berucap pendek, bagaimanapun itu sudah memadai dan memberi kesan kepada penduduk.

    “15 minit beliau berucap dah cukup, penduduk Putrajaya hanya nak tengok Tok Guru saja, orang yang sentiasa difitnah oleh media arus perdana,” katanya.

    Mohamad Nor juga percaya pengundi yang hadir pada petang ini adalah di kalangan penduduk Putrajaya dan berharap apa yang disampaikan Tuan Guru Nik Aziz melekat di hati mereka.

    Menurut penganjur program Ceramah Perdana itu dipancarkan secara langsung ke seluruh dunia melalui laman web.

    P.125 Parlimen Putrajaya menyaksikan satu lawan satu antara Mohamad Nor Mohamad (PAS) dengan Dato’ Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN), BN yang menang majoriti pada 2004 dengan KeADILan sebanyak 3,546 undi.

    Di Presint 9 mempunyai 3,000 pengundi yang majoritinya di kalangan orang Melayu Islam. - mr/mks

    Reply
  7. 7
    lea Said:

    sy yang membace komen en tranungkiter rase meremang, tak tahula kalau sy berada di sana…

    Reply
  8. 8
    eddyra Said:

    copy paste nampak kuikukui…

    Reply
  9. 9
    lea Said:

    en eddy maksudkn sy ke?

    Reply
  10. 10
    eddyra Said:

    tranungkiter tu..

    Reply
  11. 12
    andresopie Said:

    seng wrote:

    mapuh la BN

    berat menanang doh BN

    Reply
  12. 13
    Cucu-Cicit Said:

    Assalamualaikum…Bak kata Tok Janggut…Jangan Suka Berhutang…Kalu dh byk berhutang nnti badan xmampu utk menangung Hutang…Kesimpulannye..Mcm Pak Lah laa…dh byk sgt buat hutang ngan rakyat…

    Reply

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Any view or opinion represented in the blog comments are personal and is accredited to the respective commentor / visitor to this blog. The owner reserves the right to moderate comment suitability in support of respecting racial, religious and political sensitivities.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me