Pemuda Gerakan vs Pemuda UMNO
December 24th, 2007 by eddyra on politicIsu terkini yang melanda politik tanahair, bagi aku agak panas dan menikam kalbu. Aku tak hairan kalau isu tersebut di antara PAS, UMNO dan Keadilan. Itu biasa, biasaaa la tu. Kalau tak UMNO pukul PAS, PAS pukul UMNO, UMNO pukul BA dan begitu lah sebaliknya.
Terkini, masih panas dan berasap lagi, Ketua Pemuda Gerakan S. Paranjothy mengeluarkan kenyataan yang telah disiarkan dalam Internet mendakwa UMNO merupakan salah satu punca mengapa kaum India terpinggir di negara ini.
Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu pucuk pimpinan parti Gerakan memberi penjelasan terhadap kenyataan yang padanya berunsur perkauman. Beliau kata kalau takde penjelasan atau penjelasan yang tidak memuaskan, tidak mustahil Pemuda UMNO serta BN akan memutuskan hubungan dengan parti Gerakan. Putus kawan..
Semalam dalam TV3 Tan Sri Dr Koh Tsu Koon agak terkilan dengan ugutan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Aduhai..
Secara tak langsung isu ini dah menjadi isu perkauman. Bahaya ni, boleh memudaratkan keharmonian negara. Sendiri tau tak payah aku ulas panjang-panjang.
Pada pandangan seorang rakyat bawahan merangkap kuli seperti aku ni, isu ni kalau tak di handle betul-betul boleh terus membengkak dan meletup di masa akan datang. Soal kaum memang sensitif. Tersalah cakap tersalah komen boleh bergaduh bang..
So tunggu dan lihat apa kesudahan episod ini, adakah Gerakan akan meminta maaf, atau Dato Seri Hishammuddin akan menarik balik ucapannya, atau Pak Lah masuk campur atau settle secara tertutup. Dah dekat dah election ni, banyak nak kena cover ni..
So aku tak nak cakap lagi..



December 24th, 2007 at 1:52 pm
itulah akibatnya jika pucuk pimpinan negara lemah…sapa2 je boleh cakap ikut suka…haaa pegila lagi keluar negeri banyak2..rakyat sendiri tak makan tak tau…
ReplyDecember 24th, 2007 at 1:55 pm
aaaaaaa…
Reply