Muzakarah PAS - UMNO

July 16th, 2008 by eddyra on politic

Muzakarah bermaksud perbincangan dan pertukaran pandangan yang berdasarkan ilmu pengetahuan. PAS dan UMNO akan duduk semeja untuk berbincang dan bertukar-tukar pendapat pandangan di atas nama Melayu dan Islam. Kenyataan ini disahkan oleh Dato Seri Tuan Guru Hadi Awang sendiri di dalam harakahdialy.net.

Secara peribadi aku bersetuju dengan usul untuk bermuzarakah kedua-dua parti ni. Aku tidak pernah menjadi ahli mana-mana parti, termasuk PAS dan UMNO. Jadi adakah aku ni tidak menyokong PAS dan UMNO, tidak juga. Sebagai rakyat yang bebas, sudah tentu aku ada kecenderungan sendiri.

Pas terdiri dari ahli-ahlinya yang majority berbangsa Melayu dan berugama Islam, juga kaum lain yang beragama Islam. Setakat hari ini nak jadi ahli PAS perlu beragama Islam, kalau nak jadi ahli kelab penyokong PAS ianya terbuka kepada semua kaum.

UMNO pula satu parti yang majoritinya terdiri dari bangsa Melayu yang beragama Islam, namun ada juga kaum lain yang di Sabah dan Sarawak yang menjadi ahli UMNO. Kalau aku salah tolong perbetulkan.

Di sini lah adanya titik pertemuan dan persamaan PAS dan UMNO, iaitu bangsa Melayu dan Islam. Namun matlamat dan dasar perjuangan sudah pasti tidak sama, kalau sama dah lama parti ni bergabung. Benar PAS dan UMNO pernah bergabung tetapi mampu bertahan lama.

PAS dan UMNO bercakaran, PAS dan UMNO bermusuhan, jangan nafikan kenyataan ini. Melayu Islam PAS dan Melayu Islam UMNO bertumbuk, berkelahi, bermasam muka, caci-mencaci, fitnah, carut marut, fuck you fuck me. Cakaplah apa saja kedua-dua parti ini ada pengalamannya. Malang sungguh, Melayu berpecah atas nama ugama, Islam aku mengajar begini dan bukan begitu. Islam aku mengatakan ini salah dan bukan tidak salah seperti cara kau. Ini tidak islamic, yang islamic mesti begini dan begini.

Ini hukum Allah yang jelas lagi nyata, eh yang ini pun hukum yang di ambil dari pendapat ini, dan ini. Bila ini berlarutan, maka timbullah itu imam sembahyang kamu, ini imam sembahyang aku. Itu kenduri rumah hijau itu kenduri rumah biru. Masyarakat Melayu lalu berpecah dua, eh tiga dah sekarang. Kita ada PKR pulak. Melayu di Malaysia ada 3 parti, PAS UMNO dan PKR.

Kaum Cina pun berpecah, kaum India pun berpecah, tapi mereka berpecah BUKAN atas nama ugama. Mereka berpecah atas dasar pandangan dan pendapat yang berbeza. Takde kedengaran di dalam politik kaum India dan Cina, Hindu aku betul, Hindu kau tak betul, atau Buddha kau salah Buddha aku betul. Dan juga tak kedengaran aku lebih India dari kau, aku lebih cina dari kau. Takde. Yang ada orang kita Melayu ni je yang bodoh sombong, macam lagu Anak Kecil Main Api…

Sudah-sudah lah.. kau mati aku jugak yang hantar kau ke kubur, aku mati kau jugak yang kapankan aku.

Kenapa mereka nak berbincang, perkara apa yang akan mereka bincangkan. Aku lebih suka meneka-neka KENAPA mereka nak berbincang berbanding APA yang mereka nak bincangkan.

23 Responses to “Muzakarah PAS - UMNO”

  1. 1
    aitHe Said:

    mungkin sebab nak selamatkan org Melayu (yeke.. yekot… yeke… ntahla…)….. tp dulu UMNO da tikam belakang PAS… tu pasal Nik Aziz letak syarat kali ni…. ntahla… aku ok je leh geng ngan sume org.. umno ke pas ke pkr ke… cara pemikiran lain2 tp klo bab agama tu bersatu la… manusia2…

    Reply
  2. 2
    aitHe Said:

    bro eddyra….. den da antar email…

    “Pecah kaca pecah gelas… sudah baca jgn x balas”… hehe

    Reply
  3. 3
    smartebiz Said:

    Betul la. Yang penting keistimewaan orang melayu. Saya bukanlah penyokong fanatik yang bermatian-matian menegakkan benda yang salah mahupun yang betul.Kalau perbincangan kearah kebaikkan untuk semua parti adalah amat dialu2kan. Orang Cina bergabung sayangkan bangsa. Tetapi sayangnya kita berpecah belah. Bertelagah. Politik, politik, politik. Naik muak dah saya.

    Sudah jelak dengan isu politik . Boleh dikatakan parlimen sekarang seperti pasar. Tiada hormatnya lagi dari bangsa lain.

    Sekrg bangsa lain sudah membuat pertikaian hak daripada orang melayu kita. Inikah yang kita kejar. Saya teringat brother di depan ofis saya nih, dia ckp Melayu dah terbahagi kepada 3 . UMNO, PAS dan PKR. Tetapi Cina terbahagi kepada 2. Tetapi niatnya sama. Bangsa mereka, bangsa mereka, bangsa mereka. Keistimewaan mereka hendak sama rata.

    Jadi pernahkan terfikir kita apa keistimewaan kita apabila mereka tarikh separuh dari keistimewaan kita. Kita tidak sekaya mereka. Setiap pendapatan hendaklah halal. Untuk menampung anak bini.Mereka apa peduli. Kalau duit, sanggup lakukan apa sahaja. Halal mahupun haram.

    Saya bersyukur sesangat. Bapa saya adalah salah seorang driver cum guard. Hidup memanglah tidaklah begitu senang. Hampir 42 thn bapa saya menetap di KL. Dahulu duduk dirumah setinggan. Gaji guard RM 700 lebih termasuk OT. Tanah hendak diambil untuk dibuat highway Pantai Baru. Diberi rumah pemindahan oleh DBKL sebulan RM 129 pada asalnya. Tetapi atas dasar DBKL hendak bagi walaupun pada hakikatnya cukup makan sahaja bapa saya terima walaupun tiada pampasan. Hanya rumah.

    Kini telah diberi rumah kos rendah berharga RM 42,000 dan dalam umur 60 tahun buat pinjaman loan menggunakan nama anak dan membayarnya dengan hasil titik peluh sendiri tidakpun merungut. Alhamdulillah rezeki Allah hendak beri.

    Tetapi sekarang bila DBKL suruh berpindah kerumah flat yang sama mempunyai 3 bilik 2 bilik air beserta sedikit sedikit pampasan, tak nak. Bila dtg hendak robohkan rumah dan telah diberi notis, aturkan anak2 dihadapan. Sedangkan yang duduk disitu bergaji RM 4000 sebulan. Ini kisah benar. Hendak disalahkan siapa? Bapa saya bergaji RM 700 sebulan masih mampu membayar sewa RM 129 tetapi yang bergaji RM 4000 itu tidak mampu membayarnya. Rezeki datangnya dari Allah.

    Orang kita tidaklah banyaknya duit. Kalau keistimewaan sudah dibahagikan 2. Dimana kita ingin mencari dan menuntut. Kalau bangsa kita yang mentadbir bolehlah kita menuntut keistimewaan.

    Muzakarah penting. Jadi itu adalah keputusan yang amat baik parti yang pernah dibuat. Sudah nampak selangkah demi selangkah menuju kebaikkan. Buat perbincangan. Dapatkan kata persetujuan.

    Saya juga pernah terfikir macam mana PM kita hendak tidur nyenyak untuk mentadbir negara yang berjuta-juta orang dan dari pelbagai kaum dan agama. Hmmm… kalaulah kita diberi amanah sebegitu rupa blum tentu nyenyak tidurnya. Keputusan yang dibuat , kalau salah teruk padahnya. Kalau betul baiklah anggapannya. Keputusan dibuat melalui perbincangan. Tetapi untuk memuaskan hati kesemua rakyat yang berbilang kaum dan agama adalah sangat susah walaupun kita tahu Malaysia terdiri daripada Majoriti Bangsa Melayu yang beragama islam.

    Walau bagaimanapun terimalah seadanya. Pentingnya masa depan anak-anak kita. Orang asing dn pelabur luar datang dahulu rasa selamat kerana aman dan makmur. Sekarang mereka takut terancam kerana setiap hujung minggu tentu adalah demontrasi jalanan walaupun pada hakikatnya adalah selamat. Tetapi pernah terfikirkah ‘Penyokong fanatik yang bertindak diluar batasan?’

    Untuk memuaskan hati pelbagai pihak belum tentu dapatnya kerana berapa juta penduduk yang ingin bersuara. Apapun pentingnya kerajaan perlulah mengambil iktibar dengan apa yang terjadi dan perbaiki kelemahan, wujudkan perbincangan, kaji kesemua tindakan dan banteras gejala politik yang tidak sihat.

    Saya tidak mahu kenyataan saya ini disalah ertikan. Saya sendiri risau dengan apa yang anak saya akan harungi jika saya sudah tiada. Saya adalah kakitangan swasta yang selalu memikirkan kalaulah saya dapat kerja dengan kerajaan? Banyak keuntungannya. Sebab kita itu adalah salah satu keistimewaan. Diberi kerja dan dibayar gaji.

    Jadi bersatulah bak kata aithe “cara pemikiran lain2 tp klo bab agama tu bersatu la… “

    Reply
  4. 4
    hasan Said:

    Memang banyak manfaatnye bile 2 parti utama org melayu ni dok semeja berbincang. Carilah jalan terbaik agar kepentingan org2 melayu dan Islam ni terus terbela, terjamin hak2 nye.

    Disaat mereka2 yang lain dah pandai meminta2 lebih, ibarat dah di bagi betis, hendak pulak peha, selepas peha apa lagi yang mereka nak? Merayap naik atas pulak? Hallo!! Dah melampau tau tak!!!

    Reply
  5. 5
    sipuri Said:

    Wahhh..cik smartebiz..comment anda lebih panjang dari eddyra sendiri. Tapi, (melencong sikit) betullah seperti yang smartebiz cerita part boleh survive dengan gaji rm700, dulu mak saya pun gaji lebih kurang macam tu, boleh survive. Lebih kurang serupa je jalan cerita kita ;) dan saya sangat sokong aitHe cakap, “cara pemikiran lain2 tp klo bab agama tu bersatu la…”..

    Reply
  6. 6
    eddyra Said:

    smartebiz wrote:

    Betul la. Yang penting keistimewaan orang melayu. Saya bukanlah penyokong fanatik yang bermatian-matian menegakkan benda yang salah mahupun yang betul.Kalau perbincangan kearah kebaikkan untuk semua parti adalah amat dialu2kan. Orang Cina bergabung sayangkan bangsa. Tetapi sayangnya kita berpecah belah. Bertelagah. Politik, politik, politik. Naik muak dah saya.

    Sudah jelak dengan isu politik . Boleh dikatakan parlimen sekarang seperti pasar. Tiada hormatnya lagi dari bangsa lain.

    Sekrg bangsa lain sudah membuat pertikaian hak daripada orang melayu kita. Inikah yang kita kejar. Saya teringat brother di depan ofis saya nih, dia ckp Melayu dah terbahagi kepada 3 . UMNO, PAS dan PKR. Tetapi Cina terbahagi kepada 2. Tetapi niatnya sama. Bangsa mereka, bangsa mereka, bangsa mereka. Keistimewaan mereka hendak sama rata.

    Jadi pernahkan terfikir kita apa keistimewaan kita apabila mereka tarikh separuh dari keistimewaan kita. Kita tidak sekaya mereka. Setiap pendapatan hendaklah halal. Untuk menampung anak bini.Mereka apa peduli. Kalau duit, sanggup lakukan apa sahaja. Halal mahupun haram.

    Saya bersyukur sesangat. Bapa saya adalah salah seorang driver cum guard. Hidup memanglah tidaklah begitu senang. Hampir 42 thn bapa saya menetap di KL. Dahulu duduk dirumah setinggan. Gaji guard RM 700 lebih termasuk OT. Tanah hendak diambil untuk dibuat highway Pantai Baru. Diberi rumah pemindahan oleh DBKL sebulan RM 129 pada asalnya. Tetapi atas dasar DBKL hendak bagi walaupun pada hakikatnya cukup makan sahaja bapa saya terima walaupun tiada pampasan. Hanya rumah.

    Kini telah diberi rumah kos rendah berharga RM 42,000 dan dalam umur 60 tahun buat pinjaman loan menggunakan nama anak dan membayarnya dengan hasil titik peluh sendiri tidakpun merungut. Alhamdulillah rezeki Allah hendak beri.

    Tetapi sekarang bila DBKL suruh berpindah kerumah flat yang sama mempunyai 3 bilik 2 bilik air beserta sedikit sedikit pampasan, tak nak. Bila dtg hendak robohkan rumah dan telah diberi notis, aturkan anak2 dihadapan. Sedangkan yang duduk disitu bergaji RM 4000 sebulan. Ini kisah benar. Hendak disalahkan siapa? Bapa saya bergaji RM 700 sebulan masih mampu membayar sewa RM 129 tetapi yang bergaji RM 4000 itu tidak mampu membayarnya. Rezeki datangnya dari Allah.

    Orang kita tidaklah banyaknya duit. Kalau keistimewaan sudah dibahagikan 2. Dimana kita ingin mencari dan menuntut. Kalau bangsa kita yang mentadbir bolehlah kita menuntut keistimewaan.

    Muzakarah penting. Jadi itu adalah keputusan yang amat baik parti yang pernah dibuat. Sudah nampak selangkah demi selangkah menuju kebaikkan. Buat perbincangan. Dapatkan kata persetujuan.

    Saya juga pernah terfikir macam mana PM kita hendak tidur nyenyak untuk mentadbir negara yang berjuta-juta orang dan dari pelbagai kaum dan agama. Hmmm… kalaulah kita diberi amanah sebegitu rupa blum tentu nyenyak tidurnya. Keputusan yang dibuat , kalau salah teruk padahnya. Kalau betul baiklah anggapannya. Keputusan dibuat melalui perbincangan. Tetapi untuk memuaskan hati kesemua rakyat yang berbilang kaum dan agama adalah sangat susah walaupun kita tahu Malaysia terdiri daripada Majoriti Bangsa Melayu yang beragama islam.

    Walau bagaimanapun terimalah seadanya. Pentingnya masa depan anak-anak kita. Orang asing dn pelabur luar datang dahulu rasa selamat kerana aman dan makmur. Sekarang mereka takut terancam kerana setiap hujung minggu tentu adalah demontrasi jalanan walaupun pada hakikatnya adalah selamat. Tetapi pernah terfikirkah ‘Penyokong fanatik yang bertindak diluar batasan?’

    Untuk memuaskan hati pelbagai pihak belum tentu dapatnya kerana berapa juta penduduk yang ingin bersuara. Apapun pentingnya kerajaan perlulah mengambil iktibar dengan apa yang terjadi dan perbaiki kelemahan, wujudkan perbincangan, kaji kesemua tindakan dan banteras gejala politik yang tidak sihat.

    Saya tidak mahu kenyataan saya ini disalah ertikan. Saya sendiri risau dengan apa yang anak saya akan harungi jika saya sudah tiada. Saya adalah kakitangan swasta yang selalu memikirkan kalaulah saya dapat kerja dengan kerajaan? Banyak keuntungannya. Sebab kita itu adalah salah satu keistimewaan. Diberi kerja dan dibayar gaji.

    Jadi bersatulah bak kata aithe “cara pemikiran lain2 tp klo bab agama tu bersatu la… “

    Satu cerita yang panjang dan telus. Berbanggalah, syukurlah mendapat seorang ayah seperti itu. Seorang yang tabah dalam mengharungi perit maung hidup di kotaraya demi anak-anak dan isteri. Macamana saya nak bayangkan sebuah keluarga yang berpendapatan kecil mampu untuk terus hidup.. besarnya kasih Allah kepada mereka yang Dia pilih..

    Reply
  7. 7
    eddyra Said:

    hasan wrote:

    Memang banyak manfaatnye bile 2 parti utama org melayu ni dok semeja berbincang. Carilah jalan terbaik agar kepentingan org2 melayu dan Islam ni terus terbela, terjamin hak2 nye.

    Disaat mereka2 yang lain dah pandai meminta2 lebih, ibarat dah di bagi betis, hendak pulak peha, selepas peha apa lagi yang mereka nak? Merayap naik atas pulak? Hallo!! Dah melampau tau tak!!!

    PAS ada pengalaman duduk sebumbung dengan UMNO.. PAS perlu tahu do and dont..

    Reply
  8. 8
    eddyra Said:

    aitHe wrote:

    bro eddyra….. den da antar email…

    “Pecah kaca pecah gelas… sudah baca jgn x balas”… hehe

    Pecah Gelas Pecah Kaca,
    Dah Baca.. hehe

    Reply
  9. 9
    eddyra Said:

    aitHe wrote:

    mungkin sebab nak selamatkan org Melayu (yeke.. yekot… yeke… ntahla…)….. tp dulu UMNO da tikam belakang PAS… tu pasal Nik Aziz letak syarat kali ni…. ntahla… aku ok je leh geng ngan sume org.. umno ke pas ke pkr ke… cara pemikiran lain2 tp klo bab agama tu bersatu la… manusia2…

    Ugama, bangsa dan keturunan yang sama, buat apa lah nak bertelagah.. rugi yang amat besar.

    Reply
  10. 10
    Shah Said:

    Shah wrote:

    Ini hukum Allah yang jelas lagi nyata, eh yang ini pun hukum yang di ambil dari pendapat ini, dan ini. Bila ini berlarutan, maka timbullah itu imam sembahyang kamu, ini imam sembahyang aku.

    kadang2 aku pun xfaham jugak… orang len yang berpolitik orang len yang lebih sangat… over sampai kat umah ALLAH pun nak buat macam tue… haiz… fening-fening… baguslah kalo kater dieorang nak Muzakarah… carilah jlan yang terbaik untuk menyatukan umat islam kat negara kiter sekarang nie… dah banyak sgt melencongnyer… fikir2kanlah jgn plak sampai berimam pun ader yang memilih politik plak… sebab tentang agama ALLAH jgnlah dibuat main… nanti di akhirat sana kita xdihintung mengikut politik nie politik tue…

    Reply
  11. 11
    smartebiz Said:

    Shah wrote:

    sipuri Said:

    Wahhh..cik smartebiz..comment anda lebih panjang dari eddyra sendiri. Tapi, (melencong sikit) betullah seperti yang smartebiz cerita part boleh survive dengan gaji rm700, dulu mak saya pun gaji lebih kurang macam tu, boleh survive. Lebih kurang serupa je jalan cerita kita ;) dan saya sangat sokong aitHe cakap, “cara pemikiran lain2 tp klo bab agama tu bersatu la…”..

    Tu ler…melencong mmg melencong. But it’s sincere. Tu apa yg saya terpk la sipuri. Salam perkenalan

    Reply
  12. 12
    copycat Said:

    Mutakhir ini, heboh dikatakan PAS sedia bermuzakarah dengan UMNO demi kepentingan Melayu dan Islam, lantaran pandangan mereka tidak dihargai dalam Pakatan Rakyat oleh DAP dan PKR.

    Saya cuba meneliti perkara ini dengan sebaik mungkin. Nampaknya ada beberapa perkara yang boleh kita pertimbangkan di sebalik isu ini :

    1) UMNO dan Barisan Nasional berada dalam keadaan lemah. Lalu dengan strategi politik, mereka mula menyebarkan provokasi kononnya Pakatan Rakyat tidak mungkin bertahan lama kerana berlainan ideologi.

    2) UMNO meniupkan sentimen perkauman terutamanya melalui Utusan Malaysia dengan pendedahan oleh abang MB Perak, mengatakan kononnya ada Perjanjian Pangkor II di antara MB Perak;Ir. Nizar Jamaluddin dengan DAP. Tetapi Nizar menafikan perkara ini sekeras-kerasnya.

    3) Pertentangan di antara Dewan Pemuda PAS Selangor dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang diterajui oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besarnya, menampakkan seolah-olah pandangan PAS tidak dihargai. Isu konsert Mas Idayu dan Ella sempena perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor dan yang terbaru kedatangan Chelsea yang ditaja oleh syarikat arak ; Heineiken membuktikan lagi seolah-olah suara PAS dinafikan dalam membuat sesuatu keputusan. Lalu UMNO menyebarkan dakyah mengatakan PAS hanya melukut di tepi gantang dan dipergunakan oleh PKR dan DAP.

    4) Isu konsert melondehkan seluar sewaktu PROTES 678 juga menggambarkan pendirian PAS tidak dihormati oleh ahli Pakatan Rakyat yang lain. Sekali lagi nampak ketidaksefahaman di antara mereka.

    5) Ada kebimbangan di pihak saya dan mungkin pembaca budiman yang lain, tentang pimpinan PAS termakan dengan dakyah dan provokasi UMNO ini. Lalu timbul kenyataan oleh Presiden PAS bahawa “orang PAS bukan bodoh”, “PAS berhak mengadakan rundingan dengan UMNO tanpa meminta pandangan ahli Pakatan Rakyat yang lain” akibat gaya one man show oleh Anwar Ibrahim dan gelagat PKR dan DAP yang tidak menghormati prinsip dan pendirian PAS. Kesediaan oleh Presiden PAS untuk berunding dengan UMNO ternyata “dialu-alukan” oleh PM, TPM dan pimpinan utama UMNO yang lain dengan memastikan PAS tidak mengenakan sebarang syarat jika ingin berunding demi kepentingan Melayu dan Islam. Pertemuan di antara 12 orang delegasi PAS dengan Menteri Besar Terengganu, mengiyakan lagi perlunya disegerakan muzakarh di antara UMNO dan PAS setelah dilihat ada “sinar perdamaian yang positif” Mujurlah Tuan Guru Nik Aziz meredakan keadaan dengan menyatakan, kini bukanlah keadaan yang sesuai kerana UMNO menghadapi krisis kepimpinan dan hasrat PM hanya hasrat peribadi dan bukan kehendak ahli parti.

    Setelah meneliti sejarah PAS yang pernah dibuang dari Kerajaan Campuran pada 1974, apabila UMNO dan Barisan Nasional kembali kuat, maka pimpinan PAS perlu bijak membuat keputusan dalam saat yang kritikal ini. Renungilah sejarah terdahulu agar pisang tidak berbuah 2 kali! UMNO memang lemah kini dan sebab itulah PAS kelihatan sebagai tempat yang boleh mereka berpaut seketika sebelum nanti, dahan tempat mereka berpaut itu akan dipatahkan setelah boleh berdiri kembali dengan teguh.

    Kenapa tidak pimpinan PAS melihat terlalu banyak ruang dan peluang untuk berdakwah kepada PKR dan DAP di samping bersepakat di atas isu yang sama buat sekian lama. Benar Melayu dan Islam penting diperjuangkan oleh PAS, tetapi jangan sampai apa yang dikear tidak dapat dan yang dikendong berciciran! Ingin “lari dari mulut buaya, akhirnya masuk ke mulut singa”! Ingin membebaskan diri dari diperkudakan oleh PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat, tiba-tiba rela pula menyerahkan tengkok dan leher untuk disembelih oleh UMNO dan Barisan Nasional. Mungkin kenyataan ini agak keterlaluan, tetapi sebelum apa-apa keputusan dibuat, istikaharah dan mohonlah benar-benar petunjuk Allah Yang Maha Bijaksana.

    Saya tidak menentang jika PAS ingin meneruskan muzakarah dengan UMNO tetapi biarlah kita tidak dipermainkan sekali lagi. UMNO hanya ingin menggunakan PAS demi survival politiknya. Kita perlu lebih berwaspada dari golongan munafiq daripada golongan kuffar yang telah jelas kekufuran mereka. Buat pimpinan PAS, kita masih ada ruang dan peluang dalam menegaskan prinsip dan pendirian parti dalam Pakatan Rakyat. Jangan kita kalah sebelum mencuba. Kalau Nabi saw boleh melaksanakan Piagam Madinah dengan memperuntukkan fasal-fasal untuk golongan Yahudi dan golongan musyrikin demi menghormati agama mereka, kenapa tidak kita? Dan Nabi saw juga tidak pernah bersekongkol dengan golongan munafiq di Madinah, kerana mengetahui merekalah musuh dalam selimut yang sangat membahayakan Islam.

    Kalau benar UMNO ingin berunding dengan PAS, perkara pertama yang perlu kita tetapkan yang bukan dari syarat kita sebagai manusia dan sebagai parti politik, tetapi patuhilah perintah Allah dari sudut pelaksanaan hukum Allah seperti menutup aurat (terutamanya di kalangan isteri-isteri pembesar UMNO) dan menghapuskan akta yang zalim seperti ISA. Allah sekali-kali tidak mengizinkan perintahnya dicabuli oleh manusia sebagai hamba Allah dan mengharamkan kezaliman berlaku sesama manusia!

    Akhir kalam, ini merupakan pandangan peribadi saya yang ingin melihat negara terus ditadbir oleh pemimpin yang adil, berintegriti dan beramanah. PAS perlu mengambil tindakan yang bijak dan tepat pada saat yang genting ini, demi memastikan api perjuangan untuk memartabatkan agama Allah di negara kita, tidak pernah padam walau apa jua cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi! Siru ‘ala barakatillah.

    http://disertasi.blogspot.com

    Reply
  13. 13
    eddyra Said:

    Salah kah kalau aku kata muzakarah PAS - UMNO ini untuk menyakitkan perasaan PKR..

    Reply
  14. 14
    Idris klang Said:

    Saya sebenarnya menyokong untuk muzakarah UMNO dan PAS. Tapi apa yang ingin saya katakan adalah jika nak bersatu kenapa perlukan syarat. Kadang saya hairan melihat perkara ini seolah-olah bila di ajak muzakarah macam2 yang tak kena pada parti itu seperti sudah nazak dan tenat. PAS mengakui bahawa perjuangan mereka berteraskan islam tapi tahukah anda bahawa jatuh bangun sesuatu parti ittu bukan ditentukan oleh pemimpin atau rakyat, Ia ditentukan oleh ALLAH.

    UMNO melihat perkara ini sebab dulu PAS sukar untuk berkerjasama dengan parti lain dan menuduh UMNO kafir. Tapi pada hari ini isu kafir sudah ditamatkan tempohnya kerana PAS sudah boleh berkerjasama dengan parti bukan islam lebih2 lagi DAP yang terang2 menentang islam. Dari sinilah kalau PAS dah boleh duduk semeja dengan bukan islam kenapa dengan UMNO tak boleh? Apa bezanya PKR yang pemimpinnya jugak orang islam yang tidak masuk sekali dalam parti PAS.

    Dulu pas ditikam sebab apa? Dulu adakah pas melantik calonnya dari orang bukan islam? Kaum wanita dalam UMNO yang menjadi calon pun PAS bangkang sehinga nak menyertai tilawah pun pas haramkan kerana suara wanita itu aurat. Tapi kini PAS membenarkan wanita menjadi calon. Bukankah semuanya ini dulu PAS tentang dan sekarang semua ini telah dibenarkan dan sebab itulah UMNO menjemputnya bermuzakarah dengan keadaan melayu masa kini yang akan terhimpit dibumi sendiri.

    Terus terang saya katakan jika melayu tak sedar jugak hakikat masa kini jangan salahkan orang lain sebab jalan penyelesaian sedang diajukan.

    Reply
  15. 15
    Pungguk Rindukan Bulan Said:

    Aku pun heran dengan sikap PAS ni. Kenapa terlalu EGO sangat. Kalau benar perjuangannya berpandukan al-quran dan sunnah dah 50 tahun merdeka pas baru je benarkan kaum wanita jadi YB dulu tak ada ke disebut dan al-quran? kenapa baru tahun ni? Yang mengherankan bila orang lain buat dia buka kitab kata itu tak betul ini tak betul tapi sekarang dia buat boleh pulak.Kalau haram katakan haram jangan tahun dulu je haram tahun ni halal.

    Kalau betul berpandukan al-quran dan sunnah kenapa baru tahun ini kaum lain boleh pulak dilantik jadi calon PAS seperti dijohor kenapa tidak dari dulu? Sedangkan Al-quran bukannya dicetak setiap tahun atau setiap kali pilihanraya.

    Sebelum pilihanraya Hadi awang kata dia akan jadikan kedah melaksanakan hukum hudud, Bila dah menang isu hudud lenyap terus. menteri besar kata itu bukan isu besar begitu jugak ungkapan menteri besar perak.

    Sedih aku tengok orang melayu masa kini yang terus dibuai janji manis sehingga kaum lain mencari ruang untuk menidakkan bangsa melayu yang mudah goyah apa bila diberi macam-macam seebagai gula2 tidak seperti kaum cina yang tak pandang gula2 yang kerajaan bagi.

    Reply
  16. 16
    hasan Said:

    apa pun perbezaan pendapat antara kita, baik dikalangan UMNO atau PAS, berdoalah agar sesuatu yang positif akan berlaku.. Yang penting kedua2 belah pihak mendapat manfaatnye, dan yang TERPENTING, ISLAM dan MELAYU terus terbela dan kukuh di malaysia. Lagi pun muzakarah dah pun dijalankan.. Berdoalah kita agar semuanye succes!…

    Reply
  17. 17
    shukri hassan Said:

    Tersentak juga apabila membaca kenyataan media oleh Presiden PAS yang mengakui bahawa telah wujud pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menteri yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.

    Ia merupakan pengesahan kepada dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa muzakarah bersama Pas telah diadakan sebanyak tiga kali bagi membincangkan beberapa isu berkaitan dengan keagamaan dan orang Melayu.

    Menurut kenyataan media Presiden PAS, perjumpaan pertama dengan YAB Perdana Menteri berlaku sejurus selepas PRU ke 12 yang lalu yang melibatkan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Mustapha Ali dan ahli parlimen Shah Alam, YB Hj Abd Khalid Samad.

    Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.

    Dimaklumkan juga bahawa Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.

    Sehubungan dengan ketetapan itu pertemuan telah diadakan lagi di bangunan Parlimen yang melibatkan Timbalan Presiden PAS dan YAB Perdana Menteri, yang telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulamak.

    Dan kenyataan media itu pula diakhirkan dengan perenggan berbunyi

    “PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia. “

    Tuan Guru Nk Abdul Aziz selaku Mursyidul AM PAS telah memberikan responnya dengan satu peringatan tegas

    “Kalau kita ambil kesempatan berunding pula dengan UMNO, jahanam habislah.. bahkan Muktamar PAS yang bakal diadakan di Perak Ogos depan akan menjadi medan mengamuk penyokong.”

    Meninjau tulisan akhi SP wbemaster TKO,

    “Saya lebih suka mengatakan kenyataan Presiden adalah menepati keputusan Syura dan Dewan Harian. Pandangan peribadi saya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak bersetuju, walaupun majlis bersetuju. Banyak kenyataan media beliau adalah pandangan peribadi beliau sebagai seorang yang lama dalam PAS dan juga Muryidur Am.”

    Jika GB berada sepejabat dengan SP sewaktu mengendalikan laman TKO ini, ada kemungkinannya berlaku perdebatan atau percanggahan pendapat yang ketara di antara kami berdua - satu keadaan yang sama yang pernah dikemukakan oleh akhi Din Cryptos sewaktu menjadi webmaster TKO ini yang bertangungjawab membawa GB menjadi seorang PWM.

    Namun perbezaan pendapat sedemikian perlu dilihat dari sudut yang positif, supaya hasilnya turut positif jugak.

    Dan apabila GB menyatakan demikian sepastinyalah pembaca TKO dapat menyelami bahawa memang akan wujud perbezaan pandanan GB dengan pandagan peribadi akhi SP seperti yang di boldkan di atas.

    GB adalah penyokong PAS dari generasi zaman sebelum PAS menyertai Barisn Nasional pada tahun 1970 lagi. Dan telah mengikuti perkembangan politik Parti Islam SeMalaysia, aktif bersamanya sehingga kini meskipun di dalam cara yang tersendiri.

    OK kembali kepada isu sebenar.

    Pertama, di dalam kenyataan media Presiden PAS pada awalnya telah dinyatakan bahawa

    Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.

    Dimaklumkan juga bahawa Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.

    Ironinya, di dalam ayat terakhir kenyataan media Presiden dinyatakan:

    “PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia. “

    Ternyata terdapat perbezaan yang ketara di antara keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang merestui pimpinan PAS bagi mempertingkatkan usaha bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam dengan apa yang dilakukan oleh pimpinan yang bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia”

    Yang saya boldkan itu TIDAK disentuh (tidak direstui?) oleh Majlis Syura Ulamak dan seperti seolah-olah restu Majlis Syura Ulamak dikhianati.

    Kedua, di dalam isu sebesar in, pimpinan PAS TELAH menjalankan pertemuan terlebih dahulu kemudian memaklumkan kepada Majlis Syura Ulamak PAS yang pada sudut pandang saya adalah ternyata silap dari sudut tatacara berorganisasi.

    Kerana sepatutnya kebenaran dan restu diperolehi terlebih dahulu SEBELUM sebarang pertemuan dan rundingan oleh mana-mana pimpinan PAS dengan UMNO boleh dilakukan. Tetapi yang berlaku ialah pertemuan dan perundingan telah berjalan, Majlis Syura Ulamak dimaklumkan kemudian.

    Jelas peranan Majlis Syura Ulamak dikesampingkan malah dilacurkan pada peringkat awal dan apa juga langkah selepasnya yang diambil oleh pimpinan PAS dengan pembelakangan tersebut adalah terbatal dan perlu ditolak.

    Meninjau bagaimana PAS era kepimpinan ulamak dinaikkan saya khuatir perkara yang sama berlaku di dalam muktamar PAS yang akan datang ini.

    Ahli-ahli PAS yang terdiri dari kaum muda menjadi indikator dalam usaha menjatuhkan kepimpinan Dato Asri pada Oktober 1982 dengan slogan PAS di bawah ‘kepimpinan ulama’. Kaum muda PAS dipelopori oleh bekas tokoh ABIM dan pimpinan kelab pelajar Islam di luar negara. Bekas pimpinan ABIM ialah Fadzil Mohd. Nor(Timbalan Presiden ABIM), Abdul Hadi Awang(Pesuruhjaya ABIM Terengganu) lantaran tidak bersetuju dengan gerakan nasionalis-islamis pimpinan Datuk Asri ketika itu.

    Dan apakah Ustadz Abdu Hadi akan menerima nasibnya pula setelah cuba untuk menjayakan muzakarah dengan Umno ini dengan alasan untuk kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia?

    Seterusnya mengenai kenyataan TG Nik Abdul Aziz. Sebagai seorang Mursyidul AM PAS yang mengetuai Majlis Syura Ulamak, kita hairan bagaimana mungkin beliau tiba-tiba dikesampingkan oleh pimpinan PAS Pusat tatkala membincangkan isu sepenting muzakarah ini?

    Terus-terang saya menyatakan di dalam banyak hal keputusan Musryidul Am PAS lebih menepati kebenaran dan telah terbukti berjaya.

    (Ingat TG Nk Aziz pernah menjadi wakil tunggal PAS di Parlimen tatkala pemimpin lain semua tewas pada tahun 1982!)

    Di dalam banyak isu, PAS Kelantan di bawah TG Nik Aziz lebih dihormati dengan idea-idea yang lebih progresif yang akhirnya dituruti langkahnya oleh Kerajaan Pusat.

    Demikian juga di dalam senario politik PRU12 yang lalu, tatkala segala serangan ditumpukan kepada Kelantan. Umum mengetahui, TG Nik Aziz berjaya mengharungi gelombang dasyat tersebut dengan caranya untuk mempastikan kerajaan PAS Kelantan terus kekal di bawah pemerintahan kepimpinan ulamak da hal tersebut gagal dilakukan oleh pimpinan PAS Terengganu yang kini menguasai kepimpinan parti Islam Semalaysia

    Apabila ada yang bertanya saya apa kes muzakarah PAS-UMNO ini? Jawapan saya tegas: Ujian Allah untuk mematangkan PAS supaya jangan terjerat sehinga mengutamakan kepentingan duniawi dari ukhrawi!

    …sampaikan kebenaran walaupun pahit.

    “Perbezan pandangan di kalangan umatku adalah satu rahmat” - mahfum hadith

    Reply
  18. 18
    shukri hassan Said:

    AsSalam..

    Sebagai pendokong PR… bermuzakarah utk kepentingan ISLAM demi utk melihat ISLAM kembali bersinar di bumi M’sia tercinta ini amatlah dialukan..dlm masa yg sama hendaklah tegas dlm menegakkan yg HAQ’ dan menentang yg MUNGKAR…

    Jgn sia-siakan PENGORBANAN yg dibuat oleh para SYUHADA, solehin, solehah, mukminin/nat, muslimin/nat yg telah kembali ke RAHMATULLAH yg selama ini berkorban utk melihat ISLAM(Al-Quran & Sunnah S.A.W) tertegak dibumi ALLAH ini demi kepentingan DUNIAWI… Jdkan kejatuhan kerajaan UTHMANIAH diTurki sbg sempadan.. Akhir kata.. Moga2 ALLAH sentiasa bersama2 dgn kita.

    Musuh Alloh SWT Oleh : edi ss Rasulullah saw bersabda : Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, apabila berbicara bohong, apabila berjanji mengingkari dan apabila dipercaya khianat. (HR. Bukhari & Muslim)

    Apabila dikatakan kepada mereka, “Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul”, niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. (QS. An Nisa’ 4 : 61) Hai Nabi, berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka ialah Neraka Jahanam. Dan itulah tempat kembali yang seburuk-buruknya. (QS. At Taubah 9 : 73)

    Karakteristik Musuh Allah(Orang-Orang Munafiq)Oleh : Abdurrohim Ba’asyirSudah menjadi sunnatullah bahwa setiap kebenaran pasti memiliki musuh yang akan berusaha untuk menghalanginya. Begitu juga dengan kebenaran Islam yang akan dimusuhi oleh syaitan dan pengikutnya.

    Melihat hal demikian maka sudah menjadi keharusan bagi kita untuk mengetahui siapa saja yang sebenarnya menjadi musuh-musuh Allah swt dan mengenali sifat-sifat mereka. Hal demikian supaya dapat kita antisipasi dan segera mengambil langkah-langkah dalam mengatasinya.Di antara musuh-musuh Allah atau pengikut syaitan (Hizbu syaithon) yang gencar memusuhi Islam ialah golongan munafikin.

    Golongan ini adalah mereka yang berpura pura menjadi mukmin dan menyembunyikan kekufurannya. Mereka benci dan memusuhi terhadap kebenaran yang datang dari Allah swt serta berusaha untuk menghancurkan dan menghalangi penyebaran cahaya Islam.Zaman ini di mana orang-orang munafik memiliki duri-duri yang begitu tajam. Kenyataan ini sebagaimana dikatakan Hudzaifah ra, beliau berkata: “Orang-orang munafik pada hari ini lebih berbahaya bagi kaum muslimin daripada di masa Nabi saw.”

    Dikatakan: “Kenapa demikian ?” Beliau berkata: “Mereka dahulu pada masa Rasulullah saw menyembunyikan (kemunafikannya) sedangkan sekarang mereka menampakkannya.” (Bagaimanakah seandainya Hudzaifah menyaksikan kondisi kita sekarang ini ??? pen.) Di masa sekarang ini segala urusan dikendalikan oleh mereka (orang-orang munafik).

    Sehingga kita menyaksikan bahwa mereka berpakaian sebagaimana orang-orang yang mengadakan perbaikan. Mereka layaknya seorang ulama atau penasihat yang penuh belas kasihan, bahkan mereka memakai pakaian seperti halnya seorang ahli ibadah atau orang shalih. Telah dipersiapkan bagi mereka mimbar-mimbar dan markas-markas ilmu agar berbicara tentang Islam.

    Telah dipersiapkan lembaran-lembaran kitab dan majalah untuk mereka tulis dengan mengatasnamakan Islam. Namun, kenyataannya mereka sangatlah jauh dari Islam, bahkan bertentangan dengan ajaran Islam.Di dalam Al qur’an, Allah swt telah membuka kedok kepura-puraan mereka hingga sangat jelas bagi kita yang ingin mengetahui dan mengenali karakteristik musuh yang satu ini

    Reply
  19. 19
    shukri hassan Said:

    SALAM PERJUANGAN kepada semua ……

    SAYA dengan ini menzahirkan tidak bersetuju dengan sikap pimpinan yang dilihat begitu mudah mempercayai JANJI-JANJI yang entah di mana KEPASTIANNYA.kepada pimpinan, berhati-hati dalam melayari BAHTERA, sebagai anak muda, saya mengikuti perkembangan dengan minat dan harapan semoga BAHTERA yang saya sebagai penumpangnya TIDAK akan karam……….

    bermuzakarah dengan UMNO, PAS hendaklah mampu membaca permainan mereka, mereka merupakan ANJING BRITISH yang sekarang ini tersepit TAHI dipunggung, masakan orang UMNO begitu bodoh dalam soal memperjuangkan ISLAM, MEMBELA nasib watan, mereka cuma ingin menjahanamkan organisasi ISLAM seperti PAS, SEBAB jahanamnya organisasi ISLAM bermakna berjayalah MODUS OPERANDI TAJAAN yahudi LAKNATULLAH, TELAH LIMA PULUH TAHUN DIBERI MASA UNTUK ISLAM DAN WATAN, tapi apa yang ada sekarang, kehinaan dan sebagainya……. itu yang mampu ditelan oleh UMMAH SETIAP HARI.

    Tiada sebab untuk PAS bersatu dengan menatang UMNO.

    Katakan, UMNO NAK MAMPUS…. BIARKAN DIA MAMPUSS, MALAH HENDAKLAH DIJIJAK KEPALANYA SUPAYA CEPAT MAMPUSSSSS…….. tiada maaf untuk perkataan ini.

    saya produk BTN 90 AN……….tiada gunanya menyimpan perompak yang cedera, bila mana mereka perlukan air sebab kehausan, hulurkan……
    tapi awas, air itu hendaklah air penawar…….

    katakan, UMNO DAH MAMPUS, ORANG MELAYU HENDAK KEMANA…….pastilah PAS akan menjadi dahan bergantung, kemana lagi hendak pergi, melainkan PASlah tempat mereka bergantung harap.

    Dalam soal perbincangan ini, pimpinan PAS jangan sampai kena lelong
    sekupang lima duit (bahasa utara), UMNO tu puak JAHAT……..

    AKHIR kata……..sapa nak BLAH DARI PAS, BOLEH BLAHH…..

    Reply
  20. 20
    Salah Pangkah Said:

    PAS Sebenarnya umpama dahan..bila ada isu PAS naik..Tak ada isu PAS turun..itulah hakikatnya..PAS jugak hampir pupus pada 2004 dan pulih kembali kerana anwar..bila anwar kedalam PAS hampir pupus contoh diklantan beza antara BN dan PAS 1 kerusi saja.
    Perjuangan PAS tak kemana dan tiada kemajuan. Pengikutnya jugak tak ada arah tujuan. Tanpa pembangunan yang dirancang oleh BN pas tak se GAH hari ini. Kerjanya ceramah tiap2 bulan tak kira hujung bulan awal bulan dan pompuan datang bulan. Ceramahnya jugak berteraskan untuk mendidik rakyat berpekerti mulia berbudi bahasa dan patuh perintah ALLAH. Salah satu yang berpekerti mulia yang patut anda contohi hasil dari didikan PAS adalah kata-kata dari shukri hasan seperti yang diluahkan diruang ini.Begitu jugak yang dikatakan oleh yb hadi awang sendiri bahawa maki hamun dibenarkan dalam islam dalam politik. Mencarut dan bermacam lagi dibenarkan dalam islam.
    Tahukah saudara semua bahawa ALLAH mendidik kita setiap tahun selama sebulan dengan menyuruh kita berpuasa untuk mendidik kita supaya mengawal telinga kita dari mendengar perkara yang tidak baik,Menjaga mata kita dari melihat perkara yang tidak elok,Mengawal nafsu kita dari melakukan perkara yang tidak baik dan yang paling utama MULUT kita dari berkata perkara yang tidak baik.Tapi pemimpin PAS?.
    Cuba anda bayangkan jika anda berada dalam UMNO suatu ketika dahulu wanita didalam umno telah dikritik dan dihina kerana dilantik menjadi calon BN suatu ketika dahulu hingga kehari ini.Kaum wanita tidak dibenarkan menyertai tilawah atas dasar suara wanita itu aurat dan melayu didalam UMNO telah dikafirkan kerana berkerjasama dengan bukan islam dan pak lah telah di hina sebagai gembala babi dimalaysia.Pada 2008 PRU12 terdapat ramai kaum wanita telah dibolehkan menjadi calon PAS dan PAS juga tanpa segan silu berkerjasama dengan kaum lain (DAP) Yang terang2 menentang PENUBUHAN NEGARA ISLAM. Dan kalau dulu UMNO hanya bertaraf gembala babi tapi kini sejak PAS bersama PR status gambala yang dipegang oleh pak lah telah bertukar dan menjadikan saudagar babi oleh para pemimpin PAS sendiri(Projek BABI MEGA DiSepang).
    Sudah lebih 50 tahun PAS memerintah dan berpandukan AL-QURAN dan SUNNAH baru tahun 2008 PAS terjumpa ada hadis yang membolehkan wanita menjadi calon dan mengikut balik yang dulunya ditegah kini dicontohi. Lebih sesuai saya katakan PAS harus menukar teras yang di laungkan selama ini kepada KEPIMPINAN MELALUI UMNO.
    Apa yang dibuat oleh UMNO semuanya di ikut oleh PAS.
    PAS sering kali memainkan isu tudung terhadap pemimpin UMNO. Isu yang dibawa itu umpama menonjolkan kepada umum bahawa PAS perjuangkan islam. Kenapa Dikedah sejak mereka ambil alih pemerintahan isu tudung hanya di gemburkan pada UMNO sahaja sedangkan bini sultan yang tidak memakai tudung yang menjadi KETUA AGAMA lansung tak disentuh.
    Sekian Terima Kasih

    Reply
  21. 21
    abdullah bin ali Said:

    Usahlah bermuzakarah. Manakan boleh bertemu minyak dengan air.
    perjuangan umno lain, perjuangan pas lain.

    Kehendak berbeza manakan dapat persamaannya.

    Satu cari reda dunia, satu cari reda akhirat. Manakan dapat disatukan dalam hati yang satu kasih akan dunia dan kasih akan akhirat.

    Sabda Rasulullah saw. : Barangsiapa kasih akan dunia, maka terlepaslah akhirat. Manakala barangsiapa kasih akan akhirat terlepaslah akan dunia’.

    Reply
  22. 22
    abdullah bin ali Said:

    Kalau orang umno tidak bermuzakarah dengan pas pun Islam tetap bersinar sampai bila-bila kerana Islam adalah hak milik mutlak Allah.
    Cuma tanya diri masing-masing samada ingin ikut Islam atau tolak Islam.

    Selesai masalah, sebab semua manusia kembali kepada Allah bukan lagi nafsu.

    Tak payah muzakarah………… kalau kasih kepada Allah. Kasih yang lain datang tanpa diundang.

    Reply
  23. 23
    eddyra Said:

    abdullah bin ali,

    Ada yang menangguk di air keruh ke dalam muzakarah dan mukabalah ni..

    Reply

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Any view or opinion represented in the blog comments are personal and is accredited to the respective commentor / visitor to this blog. The owner reserves the right to moderate comment suitability in support of respecting racial, religious and political sensitivities.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me