Menteri Besar Terengganu, Dato Ahmad Said.
March 23rd, 2008 by eddyra on politic
ADUN Kijal, Datuk Ahmad Said dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru, menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh yang telah menerajui Terengganu selama 4 tahun.
Kenyataan ini telah menamatkan tanda tanya yang berlegar-legar hampir 2 minggu Terengganu ketiadaan Menteri Besar. Banyak cerita mengenai desas-desus DYMM Sultan Mizan menolak perlantikan semula Dato Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Kenapa?
Pelantikan beliau diumumkan melalui kenyataan akhbar oleh pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu petang 23 March 2008. Di dalam pilihanraya umum ke 12, BN telah menang 24 kerusi DUN dan ini bermakna BN berjaya menubuhkan kerajaan negeri. Terengganu merupakan negeri pertama di dalam sejarah yang tiada Menteri Besar selama 14 hari.. apa cerita?
Mengejutkan, kesemua 23 Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar keesokan harinya kerana membantah tindakan tidak melantik semula Datuk Seri Idris Jusoh. Aduii.. derhaka kat sultan aku la tu.
Pada masa yang sama diberitakan BPR telah bergerak untuk meneliti isu rasuah yang membabitkan bakal Menteri Besar Terengganu tersebut. Aiyakk.. apa dah jadi sama-sama gang ni.. Apa dah jadi pada negeri aku ni…

Pada pendapat aku, tindakkan memboikot arahan sultan ini merupakan tindakkan yang tidak proffessional.
Ampun Tuanku!



March 23rd, 2008 at 2:12 am
isunya satu je.. dalam perlembagaan tengganu tak semacam perlis dimana sultan berkuasa.. si ahmad said ni dah lawan cakap tauke (ketua). so saksikan lah apa yang akan berlaku kelak..
ReplyMarch 23rd, 2008 at 2:39 am
Jimi wrote:
tauke yang dimaksudkan di sini ialah DS Idris Jusoh ke?
ReplyMarch 23rd, 2008 at 9:08 am
nak pulaukan pulak?? tak de menteri besar kecoh, dah bagi, nak pulaukan plak…
Replynape Sultan tak suke DS Idris? dgr2 sb DS idris ber “u n i” je dgn Sultan…tak sopan la kalu gitu..
tp pg ni sy dengar cite, Dato Ahmad Said ni pn tak brape best…
kesian negeri kite ni…huhu
March 23rd, 2008 at 10:47 am
Copy and paste dari Utusan Online..:)
“Ahmad Said boleh dikenakan tindakan disiplin
Oleh:NORLIZA ABD. RAHMAN
PUTRAJAYA 22 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said yang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh parti UMNO jika menerima jawatan tersebut.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini kerana pelantikan Ahmad yang dipilih oleh istana itu jelas mengingkari arahan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahukan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar.
Katanya, berbeza dengan prosedur pelantikan Menteri Besar Perlis, pelantikan Ahmad tidak mendapat sokongan daripada 23 ADUN Terengganu yang sebulat suara memberikan sokongan kepada Idris.
”Pelantikan Menteri Besar Perlis Datuk Dr. Mohd. Isa Sabu mendapat sokongan daripada sembilan ADUN berbanding beberapa ahli yang memberi sokongan kepada Shahidan.
”Jadi, jika Ahmad masih tetap dengan pendirian menerima jawatan ini, tindakan tatatertib parti akan dikenakan terhadapnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tengku Adnan memberikan reaksi demikian ketika diminta mengulas pengumuman pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu mengenai pelantikan Ahmad.
Tegas beliau, sebagai ahli parti, ADUN Kijal itu perlu tahu apakah akibat yang bakal diterima olehnya jika melanggar keputusan presiden.
”Sebagai ahli UMNO dan BN, kita kena akur pada keputusan presiden parti, kita kena sayang parti, negara dan bangsa melebihi kepentingan peribadi tanpa mengira etnik kita,” katanya.
Ditanya mengenai tindakan kesemua 23 ADUN yang akan memulaukan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar esok sebagai tanda protes, beliau berkata, Ahmad akan bersendirian kerana tidak disokong oleh sesiapa.
Mengulas lanjut, beliau berkata, ”Dia (Ahmad) sepatutnya ikut arahan yang diberikan oleh presiden kerana surat tauliah sudah diberikan kepada Idris untuk angkat sumpah, jadi apa yang orang lain nak cuba lobi.”
Ditanya mengenai terdapat campur tangan istana dalam kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu, beliau memberitahu: ”Saya tidak mahu bergaduh dengan sesiapa.”
Tengku Adnan menjelaskan, walaupun istana berhak melantik Menteri Besar, tetapi presiden parti yang menang majoriti boleh menamakan Menteri Besar untuk sesebuah negeri.”
Errrr…nak tanye sket en edyy, sb sy ni tak berape tahu…kalu tak tanye sesat jalan…:)
Replyantare presiden parti dengan Sultan, mane yang lebih berkuase? pelik je bunyinye ni…
July 10th, 2008 at 12:25 am
Dak sah dok perang sekarang dah 100 hari Dato MB baru merentah,kita tengok pula 900 hari lagi biasa nya koha kuat MB baru memang kelas bukan kaki herek reng.
ReplyJuly 10th, 2008 at 12:30 am
lea wrote:
kalau teganung sultan atau raja yang besar,Presiden ni………ha….ha nanasikit.dak rok chetong presiden pelek sentiasa ada dimana-mana.
ReplyJuly 10th, 2008 at 12:42 am
Jimi wrote:
Mat said lawan pada orang yang tak betul kalau tokel gong takkan kina nak jadi koha nanal.Mat said memang terol dari dulu kalau dia berlawan hari ni kalah esok lawan lagi lama-menang juga dia.nak saksi apa lagi memang kalau dalam wayang kulit pun mat said peranan perancang herolah maksudnya.pasti tak ada apa berlaku royalty minyak dapat senang lah jaga negeri.Tak dok seng sapa pun jadi mereng.
Reply