Kronologi Krisis MB Terengganu

March 24th, 2008 by eddyra on politic

BERMULA dengan penangguhan majlis angkat sumpah dua hari selepas pilihan raya umum 8 Mac, krisis pelantikan Menteri Besar Terengganu terus berlarutan hingga saat ini. Mari kita tengok siapa yang kena.. penyu dah stop menangis.

Rentetan peristiwa krisis Menteri Besar Terengganu
10 Mac: Majlis angkat sumpah calon Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh di Istana Maziah, KualaTerengganu ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

11 Mac: Idris, Adun Jertih dan juga Pengerusi BN negeri, kelihatan sugul dan tegang apabila media bertanya persoalan beliau tidak mendapat perkenan istana sebagai menteri besar bagi penggal kedua.

12 Mac: Nama Datuk Ahmad Said, wakil rakyat Ajil, antara tiga nama yang disebut-sebut menggantikan Idris. Setiausaha perhubungan Umno negeri, Datuk Rosol Wahid, wakil Ajil, dan Datuk Mohamad Awang Tera, wakil Chukai, turut dinamakan. Mohamad menafikannya kepada Malaysiakini dan menyebut beliau dan wakil-wakil BN akan berdiri di belakang Idris.

14 Mac: Idris mengesahkan tidak hadir dalam pertemuan semua 24 wakil BN dengan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang dijadual diadakan di sebuah hotel di Putrajaya.

15 Mac: Pertemuan wakil-wakil BN dengan MPPR dibatalkan dua jam sebelum dijadual berlangsung 11 pagi. Seramai 20 wakil BN bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pelantikan Menteri Besar Terengganu, selain menyatakan sokongan mereka kepada Idris. Istana Terengganu dilaporkan menafikan pembabitannya dengan isu pelantikan jawatan itu.

18 Mac: Idris menyeru pendudukTerengganu bertenang sewaktu negeri itu ketiadaan menteri besar dan berkata beliau masih belum mendapat apa-apa maklumat mengenai upacara mengangkat sumpah jawatan tersebut dari pihak istana.

19 Mac: Peguam Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong tidak terlibat dalam pemilihan calon menteri besar. Menurut perlembagaan, kata beliau, Baginda dilarang menjalankan fungsi sebagai Sultan Terengganu kecuali fungsi sebagai ketua agama Islam.

20 Mac: Polis menahan empat lelaki berusia 23 hingga 27 tahun kerana dipercayai membawa 20 helai kain rentang kira-kira 1.45 pagi mengenai pelantikan menteri besar diJalan Sultan Mahmud, sebatang jalan utama di Kuala Terengganu.

21 Mac: Empat lelaki tersebut, yang disiasat antaranya menurut Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, dibebaskan. Polis memberi amaran kepada penyebar SMS, yang dilaporkan semakin meluas sejak beberapa hari lepas, tentang isu pelantikan menteri besar.

22 Mac: Pejabat Sultan Terengganu melantik Adun Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besardan majlis angkat sumpah diumumkan pagi keesokannya. Seramai 22 wakil BN, yang diketuai Rosol, mengumumkan untuk memulaukan majlis tersebut.

Buletin Utama TV3 melaporkan, seorang ahli politik Terengganu (yang tidak dinamakan) kini sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung beberapa projek di Kijal. Setiausaha agung Umno Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Ahmad agar tidak menerima pelantikan tersebut atau sedia menerima tindakan disiplin.

23 Mac: Majlis angkat sumpah ditangguhkan dan Ahmad hanya menerima watikah pelantikan daripada MPPR. Rosol, bagi pihak kumpulan wakil rakyat BN yang memboikot majlis tersebut, menyerahkan memorandum sokongan untuk Idris dipilih sebagai menteri besar kepada MPPR.

Rosol juga menyatakan Umno negeri telah melucutkan keahlian Ahmad.
Idris bertolak ke Kuala Lumpur untuk bertemu Perdana Menteri selepas sidang akhbar di kediaman rasminya. Perdana Menteri menyifatkan pelantikan Ahmad tidak mengikut Perlembagaan kerana Ahmad tidak mendapat sokongan majoriti wakil BN. - Malaysiakini, akhbar tempatan

3 Responses to “Kronologi Krisis MB Terengganu”

  1. 1
    pemuda insaf Said:

    ini adalah menunjukkan sebilangan besar ahli2 politik kita masih cetek akal bodoh, dan menipu rakyat dengan aneka hasutan sehingga sanggup menderhaka kepada sultan .
    bagi mereka periuk nasi mereka mesti mereka jaga, semua ahli2 yang dicalunkan di Terengganu adalah calun2 yg dipilih oleh deris dan sudah diberi isi poket sepenuhnya oleh deris..

    sebab itu kita tidak mendengar apa ulasan dari Cikgu Rahman orng yang pernah menewaskan Datuk Haji Hadi di Marang, awal2 lagi deris telah pangkah kepala cikgu rahman.. mana lagi wakil2 lain yang tidak berdiri dibelakang deris deris tolak..

    sebab deris amalkan sistem kuku besi dan beri kesenagnan kepada yang mengikut dia.. sebab itu ada kain rentang “aku mahu deris Natang” inilah sikap orang yang kurang adat kurang ajar..

    mulut cakap saya ikut saja.. tapi kalau ikut kenapa tidak mengalah dan memberi laluan kepada yang lain.. memanglah adun2 lain itu dipilih olehrakyat.. tapi rakyat hari itu mengundi bukankerana calun tetapi kerana pangkah BN..

    BN kasi duit kepada yang pangkat dia.. setiap sampul ada isi seratus dua ratus atau tiga ratus mengikut saluran yang ditentukan……(jangan nafikan hakikat ini…. hanya Allah saja yang tahu… anda boleh menipu orang.. tapi banyak juga yang menjadi penjaga semasa SPR mereka ini disuruh mengundi pos dahulu….

    yang mana undi2 mereka ini diambil oleh orang2 yang tertentu dan diserahkan sampul berisi ampau oleh golongan deris… ada juga golongan2 lain yang banyak duit.. dimana sebenarnya ketelusan SPR… dan rakyat sendiri yang membuat keadaan menjadi begitu……POLIS??

    jangan harap mereka pun tutup mata.. kerana badan kehakiman sendiri dapat dibeli… mana rakyat yang celik mata dan cerdik akal mereka akan di tindas atau diguna2kan sehingga rebah dan tidak dapat bangun lagi.. tengoklah menteri2 baru yang dilantik.. semua nya jenis hampergasssssssssss………

    tengoklah apa akan jadi… setiap perbuatan itu Allah akan bayarkan cash sekarang ini…. kerana setiap doa orang2 alim yang teraniaya mereka akan didengar tidak selamanya Allah itu membisu dan memberi laluan kepada orang2 yang menjauhkan diri dari Nya

    Reply
  2. 2
    Hasbullah Pit Said:

    root of all evil = petroringgit?

    Reply
  3. 3
    eddyra Said:

    root cause.. power and money. You got power and you got money then you are the king.

    Reply

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Any view or opinion represented in the blog comments are personal and is accredited to the respective commentor / visitor to this blog. The owner reserves the right to moderate comment suitability in support of respecting racial, religious and political sensitivities.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me