Episod Tadika KEMAS bermula di Kedah

March 10th, 2008 by eddyra on politic

Episod arahan mengosongkan Tabika KEMAS pun bermula, kali ini di Kedah sehari selepas PAS menerajui negeri itu. Benarkan ini yang didakwa pembangkang (BN) negeri itu? Aku copy news dari mainstream media. Err.. bebudak tadika kat Kedah sekolah ka tengah cuti minggu ni?

PAS arah tabika KEMAS dikosongkan

SUNGAI PETANI: Baru sehari pakatan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menguasai Kedah, mereka sudah mengambil tindakan mengarahkan Tabika Kemas di beberapa kawasan negeri ini dikosongkanserta-merta sejak pagi semalam.

Beberapa guru Tabika Kemas yang ditemui mengakui mereka didatangi pihak tertentu sejak semalam yang mengarahkan bangunan itu dikosongkan secepat mungkin bagi membolehkan diambil alih kerajaan Pas.

Di Parlimen Merbok, 57 Tabika dikatakan terbabit dengan arahan itu. Seorang guru Tabika Kemas di Merbok yang ditemui berkata, beliau terkejut apabila didatangi individu yang mendakwa mewakili kerajaan baru Pas yang meminta kami mengosongkan premis dengan segera.

“Mereka bukan saja bertindak kejam, tetapi menggelapkan masa depan kanak-kanak kerana persekolahan akan dimulakan minggu depan.

“Di mana mereka hendak belajar jika bangunan ini diambil alih,” katanya yang enggan namanya disiarkan, semalam. Guru itu berkata, beliau mendapat tahu ada guru Tabika yang diarah keluar serta-merta dan pihak yang mengeluarkan arahan itu turutmengunci premis terbabit.

Beliau berkata, Pas sepatutnya bersikap tolak ansur dalam halini kerana ia membabitkan masa depan generasi muda dan bilangan kanak-kanak yang terbabit agak ramai. Timbalan Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus MatZain yang dihubungi berkata, beliau kesal dengan perbuatan itu kerana pihak terbabit tidak langsung memikirkan masa depan generasi muda yang mahu menuntut ilmu.

“Mereka mengutamakan politik lebih daripada segala-galanya sehingga sanggup menyusahkan kanak-kanak Tabika yang tidak berdosa dan menjadimangsa.

“Tambahan pula mereka baru saja menang dan sepatutnya memikirkan perkara lain dulu yang lebih penting iaitu menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, kelmarin, Pas memenangi 16 kerusi DUN, Parti Keadilan Rakyat (PKR) empat dan masing-masing satu bagi DAP dan Bebas. Barisan Nasional (BN) negeri pula meraih 14 kerusi DUN daripada 36 kerusi keseluruhan.

Ada action, maka adalah reaction. Aku paste pula jawapan dari PAS Kedah, kasi fair.

Teruskan Tadika Kemas, kami pernah tidak arah tutup - MB Kedah

ALOR STAR, 10 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak mengarahkan semua Tadika Kemas di negeri ini mengekalkan premis masing-masing tanpa perlu berpindah, mengeluarkan barang sebaliknya meneruskan pengajian seperti biasa.

Beliau berkata, beliau sendiri atau pihak PAS tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian rupa sebaliknya akan memikirkan beberapa langkah untuk memantapkan lagi pusat pengajian pra sekolah tersebut.

Katanya, beliau juga telah mengarahkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Yusuf Husin untuk menghantar surat kepada kesemua 15 PAS Kawasan untuk memastikan Tadika Kemas di kawasan masing-masing meneruskan sesi pengajian seperti biasa dan jangan terpengaruh dengan mana-mana arahan selain dari arahan kerajaan negeri.

“Kita berterima kasih kepada semua guru-guru Kemas yang telah lama berjasa kepada masyarakat, kita tidak akan tutup Tadika Kemas, ini tidak betul, jangan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan, PAS tidak akan tutup Tadika Kemas,” tegas beliau lagi.

Ustaz Azizan berkata demikian ketika ditemui di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, dekat sini selepas mengadakan pertemuan ringkas dengan Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi.

Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan bahawa PAS Kedah telah mengarahkan Tadika Kemas ditutup dan telah menimbulkan tanggapan negatif terhadap PAS dan ternyata tidak betul. - mr

p/s: What Really Happened?

12 Responses to “Episod Tadika KEMAS bermula di Kedah”

  1. 1
    Hasbullah bin Pit Said:

    Kalau Tadika Kemas guna sukatan pembelajaran PASTI?

    Reply
  2. 2
    eddyra Said:

    mana bleh, kan dah ada taska hadhari.. kat lain tak tau lah tapi di Terengganu especially ada taska hadhari. Syllabus tak sama kut.. :)

    Reply
  3. 3
    yelloez Said:

    Sush hati jadinya bila Kedah akan mengalami kemunduran seperti Kelantan. APa yang diharapkan, kata2 meraih undi sebelum PRU akan dikota kerana masyarakat perlukan pemimpin yang menjaga kebajikan rakyat serta meneruskan pembangunan agar peluang perkerjaan terbuka luas. Wassalam.

    Reply
  4. 4
    nadzim Said:

    tadika kemas nii harta kerajaan so… mana2 kjaan negeri yg baru berhak ke atas semua harta kerajaan tersebut.

    kalau kes nii betul laa kan… ada pihak yg amik kesempatan nii…MEROMPAK dgn menggunakan nama2 tertentu.

    contoh dah ada… jadi semua org berhati2.

    Reply
  5. 5
    andresopie Said:

    propaganda jer semer tuh..

    Reply
  6. 6
    firdaus Said:

    pasal tadika kemas yg PAS tutup ni saya x paham la bro.ape sebab kukuh diorang mesti nak tutup tadika tu?

    Reply
  7. 7
    eddyra Said:

    siapa yang tutup tadika KEMAS firdaus?

    Reply
  8. 8
    firdaus Said:

    kerajaan PAS dulu tutup Tadika Kemas masa perintah terengganu.dapat kedah pun tadika Kemas hampir ditutup.kenapa mesti tutup Tadika kemas tu?

    Reply
  9. 9
    lea Said:

    tadika kemas yg mane kena tutup mase pas printah trg? Spjg pgthuan sy,semua mcm biase je..adik sy grad ape kat tadika kemas kmpung sy..ade ke yg dtutup en eddy? Semua 2 auta je…

    Reply
  10. 10
    firdaus Said:

    MRSM yg ditutup masa PAS perintah terengganu dulu ?

    Reply
  11. 11
    zangetsu_82@yahoo.com.my Said:

    MRSM mmg ditutup semasa PAS memerintah…sapa yg ttp klu x len x bukan si menteri nazri….poraahhhh punya menteri.

    Reply
  12. 12
    klakakers Said:

    Propaganda semata-mata…

    Reply

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Any view or opinion represented in the blog comments are personal and is accredited to the respective commentor / visitor to this blog. The owner reserves the right to moderate comment suitability in support of respecting racial, religious and political sensitivities.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me