DS Chua Soi lek: Sex scandal and resignation
January 2nd, 2008 by eddyra on politicBermula dengan penyebaran vcd lucah dan pengakuan berani dan gentleman Menteri Kesihatan, DS Chua Soi lek telah membuat keputusan untuk melepaskan semua jawatan yang disandangnya. Beliau yang sebelum ini menjawat jawatan Menteri Kesihatan turut melepaskan jawatan berikut:
- Ahli Parlimen Labis
- Naib presiden MCA
- Pengerusi Perhubungan MCA Johor
- Ketua Bahagian MCA Batu Pahat
OK, the damage is done. Setuju dengan beliau, siapa yang edar tu tak penting, yang buat tu pun tak penting. Yang penting sekarang message yang beliau sampaikan tu. Beliau berkata, ramai lagi pemimpin lain kalau nak dikatakan ‘tidak bersih’. Adakah ini bermaksud terdapat ramai lagi pemimpin atasan yang mempunyai scandal seumpama itu.. huiiiii.. atau scandal rasuah, atau scandal-scandal yang sewaktu dengannya.
Bagaimana sekiranya beliau mendedahkan satu persatu scandal pemimpin lain lepas ni.. haru biru ler. Jaga-jagaaa..
Pendapat aku, scandal sex beliau adalah hal peribadi dan tidak perlu orang lain masuk campur. Akan tetapi disebabkan beliau merupakan seorang menteri, scandal tersebut bertukar menjadi isu besar kepada negara. Maka bertepuk tanganlah tukang skodeng dan orang di belakang tukang skodeng tersebut.
Tohmahan aku, ada hantu atau lebih tepat lagi ada pesaing politik beliau yang mahukan beliau jatuh. Tapi siapa? Yang itu biar polis cari jawapannya. Cuma hantu tersebut kurang bijak mengedar vcd tersebut di waktu ini, sebaik-baiknya dekat dengan pilihanraya atau pemilihan parti. Pendapat orang awam macam aku lah kan.
Cara beliau dijatuhkan cukup kotor..
From news.
Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Kesihatan dan semua jawatan dalam parti serta anggota Parlimen Labis berkuat kuasa serta merta.
Beliau sendiri membuat pengumuman peletakan jawatan itu pada satu sidang akhbar di Kementerian Kesihatan di Putrajaya pada jam 3.35 petang. Difahamkan Dr Chua, 61, mengambil keputusan itu selepas dinasihatkan oleh jemaah menteri yang mengadakan mesyuarat mingguan hari ini.



January 3rd, 2008 at 7:56 am
uwaa!! buat malu org Labis jek dia nih.. tapi, phewww~ nasib baik tak sekaum kalo tak lagi malu la me.. :((
ReplyJanuary 6th, 2008 at 3:12 am
sampai juga video ni ke tangan aku.. ini ler salah satu keburukkan internet ni huhuhuh..
ReplyJanuary 6th, 2008 at 9:31 am
nak tengok bro..
ReplyJanuary 6th, 2008 at 10:39 am
hish..
ReplyJanuary 6th, 2008 at 11:42 am
oo takleh ek.. ahahhaha ok ok~
Reply