Demonstrasi bantahan kenaikan harga minyak
June 8th, 2008 by eddyra on politicBerikutan daripada pengumuman kenaikan harga petrol dan diesel yang keterlaluan, beberapa pihak NGO dan parti politik telah dan bakal mengadakan demonstrasi bantahan di beberapa tempat di Malaysia.
Di Kemaman, Khamis lalu telah diadakan satu demonstrasi bantahan, tapi demo tak jadi sebab polis kata jangannn.. polis kata jangann.. so Cikgu Farez Musa hanya dibenarkan untuk membuat press statement sahaja. Hanya 5 minit sahaja yang dibenarkan. Aku percaya polis pun kalau boleh nak join demo tu sebab dia orang pun kena jugak RM2.70 tu, tapi dah tugas dia kata jangann..

Ada orang cakap-cakap, undi le lagi BN, padang muke. Undi BN confirm minyak naik. Kalau undi pembangkang minyak akan turun RM0.30 dari harga lama. Aku tak nak komen pasal ni, sebab ini soal politik, salah cakap kang aku dalam duduk. Tapi, benarkan kerajaan Malaysia hari ni sepatutnya tidak perlu menaikkan harga petrol dan diesel?
Kalau kita lihat price list of oil producer countries kita sama-sama boleh tengok perbandingan besarnya nombor RM2.70 / per liter petrol kita berbanding dengan mereka.
UAE– RM1.19/litre
Eygpt– RM1.03/litre
Bahrain– RM0.87/litre
Qatar– RM0.68/litre
Kuwait– RM0.67/litre
Saudi Arabia– RM0.38/litre
Iran– RM0.35/litre
Nigeria– RM0.32/litre
Turkmenistan– RM0.25/litre
Venezuela– RM0.16/litre
MALAYSIA– RM2.70/litre
Kalau nak tengok list yang lebih panjang gi cari kat sini: Diesel and gasoline price
Berbalik kepada persoalan asal, patutkah kerajaan hari ni menaikkan harga yang kaw-kaw sehingga membebankan rakyat. Beban ke? Aduhaii.. kalau tak membebankan takkan ler harga barang lain pun turut naik. Kos sara hidup sudah tentu meningkat dan ini bakal mencetuskan inflasi seterusnya taraf kehidupan akan menurun. Makcik jual goreng pisang tepi jalan pun akan terasa kesannya bila orang dah kedekut nak berbelanja.

Kalau banding harga petrol di US kurang lebih RM4.50 dan UK RM6.50 (satu pound sterling) memang nampak mahal, tapi kena tengok pendapatan perkapita mereka lebih tinggi dari kita kat Malaysia ni. Masa aku ke sana dulu sekitar 1997 harga rokok dunhill 20 pcs kat sana sekitar RM12.00, masa tu kat Malaysia baru RM5.00-RM6.00 aku pun tak ingat, bagi dia orang takpa sebab income dia orang besar, jadi aku sebagai student MARA masa tu memang terasa mahal nak mampus. Lainlah kalau aku kerja dan dapat income dari sana. Itu perbandingannya. Macam Singapore sampai RM5.20 perliter, takpe lah dia orang bukan negara pengeluar minyak.
Aku setuju kalau rakyat keluar dan menyatakan bantahan terhadap kenaikan ini, tak kira apa parti sekalipun nyatakan bantahan kita. Kita bukan nak mogok beli petrol pun, apa kejadah nak mogok, ingat kereta pakai air ke.. kita nak nyatakan bahawa rakyat tertekan dengan harga baru petrol dan harga barangan lain yang bakal naik. Yang tokey-tokey besar mungkin takde hal, RM2.70 tak menjejaskan hidup dia orang pun, apatah lagi kalau hidup dengan sponsor.. takde rasa geli pun.
Ada jugak yang cakap nak boikot petronas stesyen, jangan beli minyak kat Petronas tapi beli kat Esso, Caltex, BHP dan sebagainya.. hahahha minyak kat Esso, Caltax BHP semua tu datang dari mana?
Kita disarankan ubah cara hidup. Cakap memang senang tapi nak buatnya bukan senang, dulu lainlah naik basikal makan ubi kayu pun takpa. Atau kerajaan sendiri yang perlu ubah cara hidup?
Download petrol budget dalam format MS excel yang telah direka oleh seseorang yang tidak dikenali.



June 8th, 2008 at 2:03 pm
Sila download Memorandum dibawah
Replydan dapatkan seberapa banyak tandatangan dan bolehlah forward ke DPPWP sebelum 11 julai.
Sebagai Tanda sokongan untuk menekan kerajaan BN
http://files.myopera.com/hermansamsudeen/files/DPPWP-MEMORANDUM%20RAKYAT%20BERKAITAN%20ISU%20MINYAK%202008.doc
June 9th, 2008 at 9:25 am
Rebate/year RM 625
Rebate/month RM 52.08
Your 1month average usage in the past RM 490
Your 1month average NEW price RM689.07
Difference RM 199.07
1 month different RM 199.07
1 month rebate RM 52.08
1 month, you spend extra (RM) 146.99
1 year RM 2,388.84
1 year rebate RM 625
1year, you spend extra (RM) 1763.84
EXTRA RM 1763.84 ringgit peryear…. rakyat terbeban…. pemimpin senang…
ReplyJune 10th, 2008 at 8:53 am
wa setuju dgn demonstrasi.. susah la gini beb petrolnaik.. wa baru sebulan keje.. gaji lom dpt lg.. nakkena 2,3 bulan gk baru dpt gaji.. hari2 isi minyak sampaikan wa ikat perut tak mkn bai.. ape kes nih?? negara pengeluar minyak sepatutnya harga tak naik.. agak2 lah nak naik sampai mcm nih skali.. adoi.. lepasnih dgr citer nk naik plak minyak RM0.60 sen.. penat la mcm nih.. huh..
ReplyJune 10th, 2008 at 8:02 pm
elleh…..pandai jer kerajaan suruh rakyat ubah cara hidup…lebih berjimat yer rakyat sekalian.
Replydepa tak tau ka rakyat malaysia skang nih ada lebih dari satu pekerjaan…ada yg jd agen insurans lah…internet biz lah , buat part time teaching lah..cam sy nih lah…dapat lah gak simpan duit untuk kenduri kawen nantih.Cemana tu? sumer barang naik….Dah sudah berjela-jela lak masalah nanti.
Sudahnya..hantaran pun kenalah naik-Ehehehe.. bising lak kaum lelaki nantih.
wahahaha…salah satu langkah kerajaan adalah dengan memotong 10% elaun PM,timbalanPM , menteri and timbalan. napa lah tak dipotong terus?Kerajaan yg sebnanyer kena lebih 100x berjimat…setakat ten percent tuh apala sangat?…tak luak pun kalau minyak and barang makan naik harga.Unlike the rakyat…siannyerr kita.uhuhu
I really admire MB kelantan , dia tak amek pun elaun.
kalau perkara ni berterusan…nampaknya yang kaya akan tetap kaya….yang miskin lak makin papa lah jawabnyer…
June 14th, 2008 at 12:49 pm
susahlah macam ni,kita kakitangan kerajaan.segala-galanya naik.cerita terbaru gaji di bahagikan 2.ini bkan cara utk mneyelesaikan masaalah…tambah membebankan rakyat…loan mereka yg menbuat susah mau bayar…kemelesetan ekonomi sewaktu tun sr dr mahadir mohamad kaki tangan kerajaann tetap mendapan bonos,kerajan setabil.barbanding sekarg.cara penyelesaiannya gaji di naikkan.dan diharap harga minyak diturun kan semula keharga asal.trima kasih
ReplyJune 14th, 2008 at 12:52 pm
andresopie wrote:
betul saya setuju dengan awak.susah macam ni….nampaknya ssemua orang di malaysia ni gna basikal.
ReplyJune 15th, 2008 at 11:32 am
Tips on Filling your Vehicles…
Dapat msg ni dari kawan:
I don’t know what you guys are paying for petrol… but here in Durban, we are also paying higher, up to 47.35 per litre. But my line of work is in petroleum for about 31 years now, so here are some tricks to get more of your money’s worth for every litre.
Here at the Marian Hill Pipeline, where I work in Durban, we deliver about 4 million litres in a 24-hour period thru the pipeline.
One day is diesel; the next day is jet fuel, and petrol, LRP and Unleaded. We have 34-storage tanks here with a total capacity of 16,800,000 litres.
ONLY BUY OR FILL UP YOUR CAR OR BIKKIE IN THE EARLY MORNING WHEN THE GROUND TEMPERATURE IS STILL COLD.
Remember that all service stations have their storage tanks buried below ground. The colder the ground, the denser the fuel, when it gets warmer petrol expands, so buying in the afternoon or in the evening…. your litre is not exactly a litre.
In the petroleum business, the specific gravity and the temperature of the petrol, diesel and jet fuel, ethanol and other petroleum products play an important role. A 1degree rise in temperature is a big deal for this business. But the service stations do not have temperature compensation at the pumps.
WHEN YOU’RE FILLING UP, DO NOT SQUEEZE THE TRIGGER OF THE NOZZLE TO A FAST MODE.
If you look, you will see that the trigger has three (3) stages: low,middle, and high. In slow mode, you should be pumping on low speed, thereby minimizing the vapours that are created, while you are pumping. All hoses at the pump have a vapour return. If you are pumping on the fast rate, some of the liquid that goes to your tank becomes vapour. Those vapours are being sucked up and back into the underground storage tank so you’re getting less worth for your money.
ONE OF THE MOST IMPORTANT TIPS IS TO FILL UP WHEN YOUR TANK IS HALF FULL.
The reason for this is, the more fuel you have in your tank, the less air occupying its empty space. Petrol evaporates faster than you can imagine. Petroleum storage tanks have an internal floating roof. This roof serves as zero clearance between the petrol and the atmosphere, so it minimizes the evaporation.
Unlike service stations, here where I work, every truck that we load is temperature compensated, so that every litre is actually the exact amount.
ANOTHER REMINDER, IF THERE IS A FUEL TRUCK PUMPING INTO THE STORAGE TANKS, WHEN YOU STOP TO BUY, DO NOT FILL UP
Most likely the petrol/diesel is being stirred up as the fuel is being delivered, and you might pick up some of the dirt that normally settles on the bottom.
Hope, this will help you get the maximum value for your money.
DO SHARE THESE TIPS WITH OTHERS! LET’S SHARE INFORMATION AND BENEFIT ALL, FOR THE BETTER OF MANKIND.
Reply***********************
June 15th, 2008 at 12:42 pm
thank for sharing
ReplyJune 15th, 2008 at 8:39 pm
wow…brilliant tips ! , never knew it’s good to have your tank full.
ReplyJune 15th, 2008 at 8:45 pm
jaja behh wrote:
tapi dora…tak semua tempat sesuai naik beskal…kalau ofis kat depan umah , sesuai la kot…ini kang dapat penyakit lak sebab kena asap lori , panas matahari yang memancar-mancar membakar kulit…uih bahyer tak jelita nanti..ehehehe.
ReplyJune 17th, 2008 at 2:35 pm
aku tabik spring laa kat kerajaan kita skang nii…
sbb nak membantu rakyat krn kesan kenaikan minyak, mereka dah potong gaji menteri2 dll. utk tolong org (yg aku rasa auta jer tuu). kerajaan potong 10%. uishhh ‘banyak’ tuu.
kenaikan mnyak petrol dikira2 40%. rilek laa rakyat ’sikit’ jer tuu. para menteri kene potong gaji lagi ‘banyak’ 10% tuu.
fakta:
1. petrol naik 40%, ibarat rakyat kehilangan 40% gaji mereka. dgn brg2 umah, pakaian sume akan naik.
2. para menteri hilang duit entertainment sbyk 10%. wei… ni duit entertainment. bukan duit nak bagi anak bini makan minum baju umah cam rakyat kene tanggung skang ni. mana laa para menteri nak tau perasaan rakyat. menteri berjiwa rakyat konon. PEGIIII LAHHH!!
mari kita tabik spring kat KERAjaan kita yg begitu mementingkan rakyat…
ReplyJune 17th, 2008 at 3:32 pm
wahaha semua orang dah marah pasal minyak.
Reply