Datuk Ahmad Said akan dikenakan tindakan disiplin

March 23rd, 2008 by eddyra on politic

Apa lagi nii.. Takde MB kecoh, ada MB kecoh. Rakyat Terengganu terngangga-nganga tengok drama yang semakin menarik. Di beritakan 11 dari 23 ADUN menyokong perlantikkan Dato Mat Said, yang selebihnya berdiri dibelakang bekas MB, Dato Idris Jusoh.

11 ADUN ni apabila mereka di ambil tindakan tatatertib oleh UMNO kerana membelakangi Pak Lah , kemungkinan besar satu kerajaan campuran BEBAS ( bekas 11 ADUN UMNO) dan PAS akan di dirikan di Terengganu Darul Iman. Perkara ini mungkin akan berlaku.. wahaha sejarah baru nampaknya.. Gocoh pulokk lepah ning..

Dato Idris dikatakan telah menerima watikah perlantikan dari PM Dato Seri Abdullah Badawi, jadi mana-mana yang tidak bersetuju dianggap menentang arus dan boleh diambil tindakan. Pada masa yang sama DYMM Sultan Mizan, telah berkenan mengistiharkan Dato Mat Said sebagai bakal MB baru. Bagi aku menentang arahan sultan lebih derhaka dari menentang arahan PM. Itu pendapat aku, jangan marah.

Apa dah jadi pada negeri aku ni.. Allah Peliharakankah Terengganu.

Berita dari malaysiakini.

Setiausaha agung BN dan Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Datuk Ahmad Said akan dikenakan tindakan disiplin Umno dan “menanggung akibat” jika beliau menerima pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan menteri besar esok.

Sambil mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal supaya mematuhi peraturan parti, Tengku Adnan berkata Ahmad sepatutnya meletakkan kepentingan parti terlebih dahulu dan bukan dirinya.

Tengku Adnan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga presiden Umno, telah mengeluarkan suratcara pelantikan kepada Datuk Seri Idris Jusoh sebagai menteri besar dan tidak betul bagi Ahmad untuk mengangkat sumpah jawatan itu.

Pejabat Sultan Terengganu hari ini mengumumkan Ahmad, 51, dilantik menteri besar besar dan majlis mengangkat sumpah di Istana Tamu pagi esok.

Menjelang keputusan istana itu, kesemua 23 Adun BN Terengganu dalam satu sidang akhbar memberi amaran untuk memboikot majlis esok atas alasan tidak menyokong calon lain selain Idris.

Bernama memetik Tengku Adnan sebagai berkata: “Kami semua adalah anggota komponen BN dan Umno. Oleh itu, adalah perlu bagi semua anggota untuk mematuhi keputusan yang diambil oleh pucuk pimpinan. Tidak kiralah apa hasilnya tetapi sekali keputusan telah dibuat, ia mesti dipatuhi semua anggota.”

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan apakah bentuk tindakan disiplin yang akan diambil terhadap Ahmad, jika beliau terus menerima pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan esok.

Sementara itu, Malaysiakini difahamkan ada pihak-pihak tertentu yang dekat dengan Umno bercadang mengadakan perhimpunan di sebuah hotel tidak jauh dari Istana Tamu.

Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan berkata Abdullah telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno negeri-negeri di Seri Perdana mulai semalam untuk mendengar sendiri daripada mereka punca BN kalah di lima negeri pada pilihanraya umum 8 Mac.

Semalam, Perdana Menteri menemui pemimpin dari Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka manakala hari ini, giliran pemimpin dari Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu.

“Ia adalah suatu bentuk sesi penjelasan. Terdapat juga sesi soal jawab.

“Selepas ini, kami akan mengadakan pertemuan antara mereka dengan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan diikuti pertemuan dengan naib-naib presiden Umno,” kata Tengku Adnan.

News source.

11 Responses to “Datuk Ahmad Said akan dikenakan tindakan disiplin”

  1. 1
    amdang Said:

    Hangat dan Panas…. ingatkan dah selesai apabila Majlis Pemangku Raja Terengganu umumkan Mohd Said sbg MB Terengganu yang baru tetapi 21 Adun yang diketuai Rosol Wahid menyatakan pendirian akan memboikot majlis angkat sumpah Mohd Said sebagai MB esok.

    Senerio terbaru ini membuatkan keadaan BeEnd Terengganu yang menguasai dewan dgn 23 kerusi semakin bercelaru dan akan membawa krisis yang berpanjangan.

    Dengan sifat Idris yang tidak mahu mengalah dan Mohd Said tidak menandatangani surat sokongan Idris sebagai MB, meletakkan Terengganu dalam kemelut politik yang paling hangat abad ini.

    Rosol dalam sidang media di TV3 suku malam ini menjelaskan bahawa mereka sepakat tidak akan hadir dalam majlis yang akan diadakan di Istana Maziah esok.

    Jika benar…apa kesudahannya? Macamana Mat Said nak menggerakkan pentadbiran negeri jika semua menolak, dan ini bermakna tiada Exco akan dilantik.

    Rumit lagi memeningkan. Mat Said merupakan antara Adun yang paling dibenci oleh semua wakil rakyat BN Terengganu termasuk orang kuat Chukai Awang Tera…

    Tetapi, tindakan rosol dan awak2nya itu mungkin mengundang kemurkaan Sultan Terengganu dan pemangkunya yang dilihat sebagai tidak menghormati institusi diraja.

    Untuk setakat ini, kita lihat apa kesudahannya, dan siapakah yang akan ditunjukkan kebenaran dalam hal ini.

    Apakah satu piluhanraya semula akan diadakan di Terengganu? Mungkin.. Tunggu dan lihat kemelut paling hebat di negara kita. Cuma ingat…Allah bayar cash di atas segala penipuan yang dilakukan BeEnd dan Ameno…Takbir!!

    Reply
  2. 2
    jiwajiwa Said:

    Percaykah anda, sehingga berita ini ditulis, mamat bakal MB ni telah dilaporkan menghilangkan diri. mengapa? kerna dilaporkan juga, banyak pihak sedang mencari beliau termasuk khabarnya BPR yang secara tiba2 berminat untuk segera membuka kembali kertas siasatan terhadap mamat bakal MB ni.(ini membuktikan betapa BPR makin cekap. kan?)

    jadi bagi sesiapa yang terjumpa atau tahu dimana mamat bakal MB ni berada, sila laporkan sekurang-kurangnya kepada YB Rosol tanpa wahyu. tahu la camne dia nak uruskan mamat bakal MB tu.

    dan kita rakyat pulak, tunggu la episod seterusnya besok dan hari2 seterusnya yang dikhabarkan akan semakin menarik dan suspen.

    kita pasti akan seronok mendengar jawapan pak lah selepas ni ttg bgmana BPR blh terlepas nama mamat bakal MB dr tapisan sehingga membolehkan beliau bertanding.

    kami rakyat terengganu akan terus teguh dibelakang Tuanku Al-sultan. Daulat Tuanku.”

    Reply
  3. 3
    lea Said:

    Ahmad Said akan dipecat sejurus angkat sumpah MB
    23/03/2008 3:26pm

    KUALA TERENGGANU 23 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, yang menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru hari ini, akan dipecat keahliannya dalam UMNO sebaik sahaja mengangkat sumpah jawatan tersebut.

    Surat peringatan berhubung pemecatan itu telah dikeluarkan oleh UMNO Terengganu dan diserahkan kepada Ahmad selepas diminta berbuat demikian oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, malam tadi.

    Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, tindakan pemecatan akan dilaksanakan oleh Badan Disiplin UMNO. – Utusan.

    ~~~~~~~~~~~~~~~makin menarik nampaknye….

    Reply
  4. 4
    fatiah Said:

    Pening eh. Tapikan Datuk Mat Said tu kan orang UMNO jugak so ok ape kalau Sultan berkenan dia jadi MB. Kalau dia dari parti pembangkang yg kalah patutlah Pak Lah dan yg lain2 yg sewaktu dgn nye bolehlah boikot atau marah. jadi kalau Datuk Mat Said sendiri atau sape2 yg tak ikut perintah Sultan, derhaka lah tu, biadab. Maaf Tuan Eddyra, tumpang sibuk.

    Reply
  5. 5
    eddyra Said:

    pn fatiah,

    Walaupun Dato Mat Said tu UMNO, tapi antara mereka ada masalah sesama sendiri, so itu yang kena pecat tu. Ishh panjang ceritanya..

    Reply
  6. 6
    jiran mat said Said:

    AHMAD SAID SUDAH DIPECAT. Saya percaya Anwar Ibrahim bersedia menerima masuk PKR.

    AHMAD SAID perlu memujuk 8 orang lagi ADUN UMNO supaya keluar UMNO dan masuk Parti Keadilan Rakyat…

    Seterusnya bergabung dengan PAS yang sudah ada 8 kerusi ( 8 + 8 + 1 = 17) cukup untuk majoriti mudah untuk memerintah Terengganu….

    MAT SAID adalah orang lama dalam UMNO Trengganu (waktu Derih dan Rosol budak hingusan lagi) sudah tentu ada pengaruh untuk memujuk 8 orang ini….

    Sultan sudah beri laluan dan masa secukupnya untuk memujuk.

    8 orang bukannya ramai.. Janjikan jawatan exco kepada kesemua 8 orang yang melompat itu….

    PAS sedia beri laluan untuk tidak pegang jawatan exco sehingga kestabilan tercapai….

    Orang PAS bukan tamakkan kuasa macam UMNO.

    Reply
  7. 7
    set kuale Said:

    BUAT MB BR TERENGGANU…..

    CUBA RENUNG BANYAK2 DALAMI LUBUK HATI DIRI SENDIRI DALAM KEADAAN MERUNCING NI KITA DITINGGALKAN KESEORANGAN OLEH MANUSIA2 YANG DULUNYA DIGELAR SAHABAT…..

    CUBA FIKIR PERNAH DOK KITA BUAT SALAH DENGAN MASYARAKAT? TIBA2 DENGAN TAKDIR ALLAH WALAU JAHAT SEKALIPUN KITO DI MATA ORANG RAMAI, SULTAN MELANTIK MU JADI MB TERENGGANU YANG BARU. SAAT INI…. MU TERKAPAI2 SEORNG DIRI.

    AKHIR SEKALI CUBA INSAF KELEMAHAN DIRI DENGAN AZAM DAN ILTIZAM YANG BARU…..

    BERSYUKURLAH DENGAN KURNIAAN SULTAN YANG DITAKDIRKAN ALLAH TU KEPADA MU UNTUK MENGUBAH DIRI DAN MASYRAKAT SEBAGAI MB TGANU.

    YANG PENTING PIMPINAN TUAN GURU HAJI HADI TETAP ADA DISAMPING MU DAN KALAU MU ADA MASALAH CUBA LAH BINCANG DENGAN TUAN GURU YANG SEMEMANGNYA PERNAH MENJADI MENTERI BESAR TERENGGANU.

    SEKARANG NI BERSANGKA BAIKLAH DENGAN RAKAN PAS… KERANA SAYA YAKIN PIMPINAN PAS TIDAK AKAN CUBA MENANGGUK DI AIR YANG KERUH KERANA PRINSIP YANG MEREKA GUNAKAN IALAH ISLAM……

    TAKBIR UNTUK RAKYAT TERENGGANU…

    Reply
  8. 8
    tranungkite.net Said:

    Maaf ler aku nak habaq!!

    Sepatutnya krisis kerusi panas MB nie patut terjadi pada negeri2 maju seperti Penang, Selangor atau Perak.. sebab ia mmg akan memberi glamour yang lebih pada MB MB nyer..

    Sebaliknya kat Terenganu pun berlaku jugak krisis ini..
    apa yang ada kat negeri Terenganu ini..

    Royalti Petronas atau wang Ehsan sahaja.. bukan kah itu hak rakyat yang jelas pengalirannya di perhatikan oleh ramai orang..

    kesian kat warga warga Terengganu.. dah lr negeri miskin.. dapat pulak YB YB yang pentingkan diri, dan bijak memanipulasi kemiskinan warga terengganu dengan hanya mengulur RM100 atau RM200 jer bagi mengaburi mata org org miskin terenganu..

    bila agaknya warga Terengganu nak bijak berfikir atau celik bijik mata untuk melihat mana satu kristal dan mana satu intan….

    hormatilah institusi raja yang kita prtahankan sekian lama dari di leburkan oleh juak juak Umno nie.. demi membolot segala kekayaan yang masih dara di bumi ganu ini yang tidak dapat di hidu oleh warga terengganu sendiri…

    Biar kita miskin harta tapi jangan kita miskin hati atau maruah diri..

    Reply
  9. 9
    tranungkite.net Said:

    Drama MB Terengganu menambahkan lagi kebencian rakyat Terengganu kepada UMNO. Idris Jusoh tidak berpegang pada Qada dan Qadar.

    Rosol dan juak-juak politik lain sanggup menderhaka pada Raja hanya semata-mata kepentingan politik. Inikah yang dikatakan Perjuangan Membela Rakyat?

    Siapa kata rakyat berdiri di belakang Idris? Cuba pergi ke akar umbi, dengar sendiri luahan hati mereka. Mereka tidak dapat menerima Idris sebagai MB.

    Jebat disanggah kerana derhaka pada Sultan Melaka. Deris Jusoh ditolak kerana derhaka pada Sultan Terengganu.

    PERLU DIINGAT: Di mana nilai Melayu kalau Raja sendiri sanggup disanggah? Dalam Perlembagaan Negeri atau Persekutuan, Raja-Raja Melayu adalah lambang KETUANAN MELAYU.

    Tolonglaahhh… JANGAN TERLALU BIADAP! KENA AKUR KUASA BUDI BICARA RAJA-RAJA.

    Reply
  10. 10
    eddyra Said:

    siapa lah yang rajin sangat copy and paste respond dari tranungkite ni…..??

    Reply
  11. 11
    aku reti Said:

    tranungkite.net wrote:

    Maaf ler aku nak habaq!!

    Sepatutnya krisis kerusi panas MB nie patut terjadi pada negeri2 maju seperti Penang, Selangor atau Perak.. sebab ia mmg akan memberi glamour yang lebih pada MB MB nyer..

    Sebaliknya kat Terenganu pun berlaku jugak krisis ini..
    apa yang ada kat negeri Terenganu ini..

    Royalti Petronas atau wang Ehsan sahaja.. bukan kah itu hak rakyat yang jelas pengalirannya di perhatikan oleh ramai orang..

    kesian kat warga warga Terengganu.. dah lr negeri miskin.. dapat pulak YB YB yang pentingkan diri, dan bijak memanipulasi kemiskinan warga terengganu dengan hanya mengulur RM100 atau RM200 jer bagi mengaburi mata org org miskin terenganu..

    bila agaknya warga Terengganu nak bijak berfikir atau celik bijik mata untuk melihat mana satu kristal dan mana satu intan….

    hormatilah institusi raja yang kita prtahankan sekian lama dari di leburkan oleh juak juak Umno nie.. demi membolot segala kekayaan yang masih dara di bumi ganu ini yang tidak dapat di hidu oleh warga terengganu sendiri…

    Biar kita miskin harta tapi jangan kita miskin hati atau maruah diri..

    weh.. orang tganu bukan bodoh le… kami dah buka mata awal -awal bulan lagi… mu bukan dok kat tganu.. ape mu tau?

    Reply

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Any view or opinion represented in the blog comments are personal and is accredited to the respective commentor / visitor to this blog. The owner reserves the right to moderate comment suitability in support of respecting racial, religious and political sensitivities.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me