Benarkan pada tarikh 16th September 2008 akan wujud sebuah kerajaan baru yang akan diterajui oleh Dato Seri Anwar Ibrahim..
Segalanya bermula apabila sebilangan besar rakyat Malaysia menolak kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi di dalam pilihanraya umum ke 12, March 2008 lalu. Desakan demi desakan supaya Pak Lah berundur untuk mengelakkan kehancuran yang lebih dasyat di dalam UMNO dan Barisan Nasional. Che Det sendiri dengan selamba keluar UMNO sebagai tanda protes.. perhh!
Dato Seri Anwar Ibrahim di katakan telah mendapat thumb up signal dari beberapa MP di Sabah dan Sarawak untuk keluar dari BN dan menyertai Pakatan Rakyat. Cerita ini dikuatkan lagi apabila Dato Seri Anwar Ibrahim telah menjejakkan kakinya di Parlimen. Peluangnya begitu cerah untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September, 2008. Adakah benar Che Det akan tinggalkan Malaysia sekiranya beliau berjaya menjadi Perdana Menteri yang baru..? Satu lagi tanda tanya.
Di pihak Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pasukannya menafikan usaha Anwar Ibrahim ini dan ramai yang tidak percaya usaha ini boleh menjadi kenyataan. Harapan Dato Seri Anwar Ibrahim hanyalah dianggap angan-angan kosong sahaja.
Umum mengetahui perbicaraan seterusnya ke atas DS Anwar Ibrahim di dalam kes liwatnya dengan Saiful Bukhari pada 10 September, 2008 dan sekiranya ini merupakan satu conspiracy untuk menghalang pergerakan beliau nescaya ini boleh menyekat peluangnya untuk membentuk kerajaan baru pada 16th September 2008, dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia.
9 days to go my friends. Mari kita lihat siapa yang kena..
Related posts:
A former aide, 23 years, filed a police report late Saturday claiming that DS Anwar Ibrahim had sodo...
It is estimated that 85% of women wear the wrong sized and style of bra and don't even know it. Not ...
Untuk mereka yang belum pernah sampai di offshore, aku kongsikan di sini. Mungkin gambar-gambarnya t...




9 days to go…sy pun tertunggu-tunggu jugak..huhu
jeng jeng jeng..!
ya! aku juga menunggu angin perubahan datang melanda dengan penuh debaran…
Nik Aziz Nik Mat, pemimpin Muslim Melayu yang selesa. Sejak menjadi Menteri Besar Kelantan, bukan UMNO atau Barisan Nasional akan dapat merampas kerajaan negeri Kelantan. Nik Aziz Nik Mat menang. Parti Islam Se-Malaysia, PAS menang. Rakyat Malaysia di Kelantan menang. Satu model telah dibentuk dan kesejahteraan dinikmat oleh semua. PAS semakin unggul di Malaysia.
Abdullah Ahmad Badawi, di negerinya sendiri, Pulau Pinang, pun kalah. Dia tidak pun boleh dijadikan model kepemimpin Melayu. Apatah lagi pemimpin Muslim, Islam Hadhari yang terus menerus mengelirukan. Di bawah kepemimpinannya, UMNO rosak, dan Barisan Nasional tidak relevan lagi. Model yang mantap sejak 1946 yang lalu, kini semakin lenyap, kerana semakin ramai Rakyat Malaysia dan semakin ramai ahli, tidak menyokong UMNO atau pun Barisan Nasional.
Selain memantapkan PAS, jauh di sudut hati Nik Aziz Nik Mat, ialah mengubah dasar Barisan Nasional, dan pemikiran Rakyat Malaysia. Khususnya menerima kepemimpinan Islam. Namun begitu, tiada banyak yang boleh dilakukannya, jika Abdullah Ahmad Badawi sendiri tidak mahu mengubah UMNO atau memantapkan Barisan Nasional. Tambahan pula, UMNO tidak mahu berubah, dan parti komponen Barisan Nasional mempamerkan keselesaan pemimpin lalu mengenepikan suara ahli. Maka, PAS menyediakan alternatif terutamanya kepada mereka yang insaf akan Islam, Melayu dan Muslim, sementara Pakatan Rakyat menyediakan alternatif kepada lain-lain individu dengan pegangan agama tertentu dan dari pelbagai kaum pula.
16 September, 2008, ialah suatu tarikh, dan pada renungan Nik Aziz Nik Mat, ianya hanyalah suatu yang teknikal. Ertinya, biarlah Anwar Ibrahim menjuruterakan kejayaan ini. Doa dan sokongan tetap diberikannya sehingga pembentukan kerajaan baru tercapai juga. Jika bukan pada tarikh itu, maka tarikh berikutnya, usaha ini tetap akan diteruskan.
Pun begitu, walaupun tidak diterangkan kepadanya strategi menyeluruh perubahan dan pembentukan kerajaan baru, Nik Aziz Nik Mat, turut memainkan peranan kecil tapi bermakna. Terdahulu, demi kepentingan Rakyat Malaysia, Nik Aziz Nik Mat mengajak Parti Maju Sabah (SAPP) menyertai Pakatan Rakyat, sekiranya parti itu kecewa dalam pakatan Barisan Nasional (BN) yang telah disertainya sekian lama.
Bila ada pihak mengatakan 16 September, 2008, hanyalah gimik politik Anwar Ibrahim, namun Nik Aziz Nik Mat merasakan bahawa usaha ini ialah denyutan nadi Rakyat Malaysia yang mahukan perubahan. Yakni perubahan daripada kerajaan Barisan Nasional yang dasarnya tidak menepati pemikiran Rakyat Malaysia.
Nik Aziz Nik Mat tahu akan perancangan Anwar Ibrahim. Sokongan sentiasa diberikannya kepada pemimpin ini. Terbaru ialah persetujuan kerajaan negeri Kelantan untuk mengumumkan 16 September sebagai cuti umum.
Apa yang salahnya pengumuman ini, sehingga ada Menteri yang menuduh Nik Aziz Nik Mat, sebagai hipokrit. Berat sungguh templakan itu. Perhatikanlah, begitulah bongkaknya pemimpin UMNO. Bila berkuasa, mereka suka memperlekeh pemimpin lain yang sopan dan suci.
Sebenarnya, Nik Aziz Nik Mat sudah nampak sejak pilihanraya kecil P 44 Permatang Pauh, ada pihak yang menyekat kemenangan Anwar Ibrahim, dan kemaraannya ke Parlimen, dan ketakutan mereka akan 16 September, 2008, menjadi kenyataan.
Nik Aziz Nik Mat kesal dengan cara Barisan Nasional berkempen hanya isu Anwar Ibrahim. Memalukan dan mengaibkannya habis-habisan.
Sehingga kinipun, isu dari kempen tersebut, pilihanraya P 44 Permatang Pauh, belum reda, bila kenyataan cemarah Ahmad Ismail dulu, kini sedang mengeruhkan UMNO dan parti komponen Barisan Nasional.
Nik Aziz Nik Mat tahu, tidak ada pemimpin yang ketiadaan pengikut, dan tidak ada kerajaan yang ketiadaan Rakyat. Sebab itulah, dasar perjuangan parti PAS, terus maju, kerana pemimpinnya prihatin pengikut, dan kerajaannya prihatin Rakyat.
Menarik diperhatikan, Nik Aziz Nik Mat juga mempunyai hikmah dalam menangani isu perkauman. Pendekatan Islam, katanya.
Namun, kini semakin jelas Abdullah Ahmad Badawi gagal menangani isu perkauman yang memanaskan di antara orang UMNO dengan pemimpin parti komponen Barisan Nasional, seperti Parti Gerakan Rakyat Malaysia, MCA, dan SAPP.
Abdullah Ahmad Badawi tiada cara penyelesaian, lalu sekejap begini dan sekejap begitu. Sementara itu, Mohd Najib Abdul Razak, masih terjerat dengan permohonan maafnya bagi pihak Ahmad Ismail.
Semua ini jelas menunjukkan, jika dulu pemimpin Rakyat Malaysia ialah Abdullah Ahmad Badawi, maka Nik Aziz Nik Mat mula menyokong Anwar Ibrahim, sebagai pengganti.
Jika dulu UMNO ialah tonggak parti di Malaysia. Kini Nik Aziz Nik Mat menawarkan Parti Islam Se-Malaysia sebagai alternatif.
Jika dulu Barisan Nasional ialah kerajaan Malaysia, kini pada 16 September, 2008, Nik Aziz Nik Mat, yakin kerajaan baru terbentuk, dan Pakatan Rakyat pula menerajui kerajaan negara Malaysia.
Inilah aspirasi menyeluruh Rakyat Malaysia.
Mencari artikel terdahulu, Menteri Yang Akan Bersama Pakatan Rakyat, sudah ada kenyataan yang keluar dari pimpinan PKR, difahamkan dan memang ada di kalangan menteri ? menteri yang sedang berkhdimat dalam kerajaan umno/bn sekarang, yang berhasrat, berminat dan bercita ? cita serta telah mengambil keputusan untuk berhijrah, bersama ? sama Pakatan Rakyat, bagi membentuk kerajaan baru.
Kita tinggal sekejap, soal 30 [ atau 43 , atau lebih lagi ] yang telah membulatkan tekad, tanpa goyah dengan umpan, ugutan dan pujuk rayu Pak Lah.
Perkara ini secara langsung atau tidak langsung sudah disahkan dan diperakui oleh Pak Lah dan barisan kabinetnya, juga melalui tindakan ? tindakan yang mutakhir ini, dimana Pak Lah terpaksa berkejar ke sana ke mari Sabah, Sarawak , Kedah Perlis , dan semalam di Pulau Pinang , manakala hari ini , sejumlah MP BN ?diarah? ke luar negeri kerana ?lawatan sambil belajar? di bulan puasa.
Sebenarnya ada diantara kita yang tidak berminat untuk memikirkan , siapakah diantara menteri ? menteri yang sedang berkhidmat dalam kerajaan sekarang , yang akan turut bersama ? sama Pakatan Rakyat ?
Soal pokok ialah kerajaan yang ada sekarang harus perlu ditukar , dan jumlah MP BN yang bersetuju untuk berhijrah sudah cukup. Itu sudah dikira selesai.
Sekurang ? kurangnya , ia menggambarkan betapa kabinet Pak Lah sekarang sudah goyah dan goyang , dan boleh tumbang bila ? bila masa dari sekarang.
Dan lagi , yang lebih penting keyakinan mereka ini kepada kepimpinan YB DSAI dan Pakatan Rakyat , untuk memacu negara ke era yang lebih cemerlang , gemilang dan terbilang , sekurang ? kurangnya 50 tahun akan datang. InsyaAllah.
Arena politik Malaysia memasuki fasa yang amat kritikal pada masa ini. UMNO/BN sedang menangkis serangan terhebat daripada PR. PR sedang berusaha sekeras-kerasnya untuk meletakkan diri sebagai pemerintah melalui pembentukan kerajaan baru. Rakyat menantinya penuh dengan debaran. Seperti yang selalu diingatkan, kesemuanya bergantung kepada izin Allah Subhanahu wa Ta’ala. Namun demikian, pihak yang diserang telah menunjukkan banyak tanda kekalutan. Sementara pihak yang menyerang menampakkan kegarangan dan sentiasa optimis dalam tindak tanduk mereka.
Semasa isu ini dibangkitkan, banyak pihak yang cenderung untuk memperlekehkannya. Namun demikian, terdapat segelintir yang menganggapnya sebagai satu ancaman yang boleh menjadi kenyataan. Bertitik tolak dari penilaian itulah hal ini menjadi isu hangat yang dibincangkan di mana-mana juga pelosok bumi Malaysia. Begitulah kuatnya daya tarikan sentuhan sakti itu.
UMNO/BN semakin kalut menangani isu kritikal ini. Hal ini terpancar pada tindak tanduk pemimpin tertinggi mereka. UMNO sebagai teras BN menghadapi masalah dari segenap segi, dalaman dan luaran. Mereka berada dalam situasi kucar-kacir yang sudah pasti menjadi semakin meruncing. Krisis kepimpinan tidak berjaya disorok lagi. Pergeseran antara pemimpin semakin ketara. Presidennya tidak dapat mengawal tingkah laku anak buah untuk berdisiplin. Kehancuran disiplin dalam parti tidak syak lagi akan membawa mala petaka.
Banyak peristiwa yang menyerlahkan situasi tersebut. Dalam isu penolakan rakyat terhadap UMNO, Presiden mengambil sikap tidak peduli. Tiada perancangan yang dibuat walaupun berkali-kali menegaskan keperluan berbuat demikian. Cadangan penjenamaan semula tidak dihiraukan. Isu pendatang Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera bukan sahaja mendapat reaksi bercampur-campur malahan juga tidak konsisten. Tanggapan awal PM ialah pencetus tidak bermaksud untuk berkata demikian. Apabila parti komponen dan pembangkang Cina riuh rendah mengutuk, TPM tampil meminta maaf. PM sokong TPM dan mengharapkan pencetus memohon maaf. Pencetus bukan sahaja enggan memohon maaf malahan juga mencemuh wartawan yang didakwa salah lapor. Anehnya, PM bersekongkol dengan pencetus. Dalam hal ini TPM tertolak ke dinding tanpa sokongan. Namun demikian, tidaklah menganehkan jika TPM mengambil sikap membisu. Itu memang perangai dia yang dikatakan setia kepada ketua.
Kesan negatif daripada peristiwa tersebut ialah MCA, Gerakan, dan DAP menjadi semakin berani. MCA secara terang-terangan mengkritik UMNO dan menggunakan kesempatan yang terhidang depan mata itu sebagai isu kempen pucuk pimpinannya sehingga ada MCA negeri yang mendesak parti itu keluar dari BN. Gerakan dengan imej no yes man mengkritik dalam nada yang lembut tetapi tegas. Hanya mereka yang tau maksud tersiratnya. DAP masih tidak menerima semua inisiatif yang diambil oleh UMNO/BN. Oleh sebab itu, kekalutan, ketidaktentuan, dan kewujudan pihak yang hanya mengambil kesempatan tidak dapat dielakkan.
Rakyat berasa hairan tentang kewujudan isu ini menjelang 51 tahun merdeka. Semua orang menerimanya sebagai sesuatu yang boleh dimaafkan jika hanya sekali berlaku. Semua orang akan tanya “Apa hal?” kalau dah berkali-kali isu yang sensitif dibangkitkan oleh UMNO sendiri. Nampaknya pemimpin UMNO tidak mampu lagi berfikir secara rasional. Cakap dulu baru fikir. Sudah terang lagi bersuluh pegangan itu terarah kepada ketidakcerdikan.
Kini, UMNO/BN mencipta masalah demi masalah. Imej yang terpantul daripada situasi itu ialah mereka sedang berada dalam keadaan yang amat tertekan. Hal ini mendatangkan keuntungan besar kepada Pakatan Rakyat. Kesepakatan yang kental dalam PKR, PAS, dan DAP mampu mengubah keadaan. Inilah saatnya untuk membuka langkah yang lebih lebar bagi mencapai cita-cita menubuhkan kerajaan baru.
Persetankan tuduhan tidak demokratik seperti yang dinyatakan oleh Tsu Koon dan ungkapan tidak masuk akal dan celarunya tentang “takkan nak tubuh kerajaan dua tiga bulan sekali. Lepas lompat, lompat. Lepas lompat, lompat”. Banyak parti komponen BN yang tidak yakin UMNO akan berubah dalam keadaan sekarang. Mereka sudah keletihan lantaran gagal menangani masalah dan meladeni karenah anggota yang tidak berdisiplin, angkuh, dan sombong.
Pilihan yang ada ialah bersama-sama membentuk kerajaan baru yang matlamat utamanya membawa kesejahteraan kepada semua kaum di Malaysia, menjunjung tinggi perlembagaan negara supaya tiada yang terpinggir, dan menentang habis-habisan amalan rasuah, salah guna kuasa, nepotisme, kronisme, dan sebagainya. Bukankah kesemua yang disebutkan itu baik menurut pandangan Islam? Untuk menjadikannya lebih baik, rundingan lanjut yang berhemah perlu dibuat setelah kerajaan baru berjalan dengan licin. Kita membaca al-Quran pun bermula dari alif , mana boleh terus sebut kaf.
“UCAPKAN SALAM KEPADA MALAYSIA BARU”
ALLAHU AKBAR!!!
Jika saya cakap ni, mesti kene hentam kaw-kaw punya kot. Hahahaha… But, seriously, I hope, if they really, really want to change PM, hopefully bukan Anwar Ibrahim yang naik. It is not because those liwat-liwat tuh, or whatever contribution yang dia dah berikan kepada negara, cuma, sometimes, again, SOMETIMES, saya rasa dia lebih kepada perjuangan peribadi. Yet, may be I was wrong. And, I have to stress here, I am not interested in politics. Politik ni kotor (pada saya). IMHO, hanya orang yang betul-betul ‘kuat’ dan ‘bijak’ je boleh masuk.
Mana orang PKR tak masuk ke belasah sipuri ni..
Hahaha… Habislah kene belasah nanti nih… Adoiiii… Tapi, nasiblah, dah berani komen, kenelah tadah telinga, eh silap, kenelah baca je komen pedas tu nanti.
[quote comment="4691"]Hahaha… Habislah kene belasah nanti nih… Adoiiii… Tapi, nasiblah, dah berani komen, kenelah tadah telinga, eh silap, kenelah baca je komen pedas tu nanti.[/quote]
pendapat masing-masing.. itu yang kita kena hormat, tak gitu sipuri.. kalau boleh masa comment tu letaklah URL dalam box tu, boleh kasi naik rating kat your blog.
bab-bab politik nih…kotor ka bersih ka , A salah ka B betoi ka….hanya Allah yang maha MENGETAHUI …….sian kat kita ni lah ..the rakyat , ya Allah …takutnya kalau salah memilih…
Aah, betul tu jaja behh, Allah Maha Mengetahui.
Enche Eddyra, bukan taknak letak url, tapi, blog tu saja suka-suka. Lebih kepada nak tahu tentang CSS je.
[quote comment="4687"]Jika saya cakap ni, mesti kene hentam kaw-kaw punya kot. Hahahaha… But, seriously, I hope, if they really, really want to change PM, hopefully bukan Anwar Ibrahim yang naik. It is not because those liwat-liwat tuh, or whatever contribution yang dia dah berikan kepada negara, cuma, sometimes, again, SOMETIMES, saya rasa dia lebih kepada perjuangan peribadi. Yet, may be I was wrong. And, I have to stress here, I am not interested in politics. Politik ni kotor (pada saya). IMHO, hanya orang yang betul-betul ‘kuat’ dan ‘bijak’ je boleh masuk.[/quote]
saya memenag sokong sangat2…biar la org len….
i pun x sabar nak tau betul ke tidak…kalau tukar ok, x tukar lagi x ok…