Akukah yang terliwat…
August 18th, 2008 by eddyra on politicBeberapa hari lalu rakyat Malaysia menyaksikan, dan menjadi saksi kepada upacara angkat sumpah (mubahalah) seseorang yang dikala ini menjadi terkenal dengan tiba-tiba. Apa yang menariknya, sumpah laknat yang dilaksanakan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan ini, memperjudikan nasibnya sehingga kiamat.
“Bismillahir rahmanir rahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, nombor kad pengenalan 850706-01-5687, sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:
“A’uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismillahir rahmanir rahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya.
“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga kiamat. Wallahualam.”
Aku tak nak komen samaada benar atau tidak kejadian terliwat ini berlaku, sebab aku tak berada ditempat yang dimaksudkan, lainlah kalau aku yang skodeng. Takda orang yang tahu melainkan Saiful sendiri, atau DS Anwar sendiri. Wallahuaklam.

Kepala otak aku berpusing-pusing memikir hal ni.. betul ka DS Anwar Ibrahim telah meliwat Saiful? Banyak sangat cerita-cerita dari internet yang menceritakan keperibadian beliau yang sukakan lelaki lembut ni. Sejak dari MCKK lagi.. kalau tuduhan ini tuduhan politik maka cerita ini aku anggap cerita politik.
Betul kah si Saiful ni dulu homosexual, rejected Uniten, Saiful mintak biasiswa, Saiful balaci UMNO, Saiful muda dan perlu melawan .. entah banyak sangat cerita-ceriti yang ditambah perisa. Sama jugaklah, bagi aku ini pun cerita politik maka jadilah modal politik.
Malas lah aku nak tulis pasal 2 orang VIP ni. Berani buat berani tanggung. Sendiri punya cakap sendiri mau ingatlah. Tok guru aku cakap akhir zaman ni Tuhan delay kan bala kepada hambanya.. tak macam zaman para anbiaa dulu kalau buat terus kena. Apa yang kita buat hari ni lain hari Tuhan kasi tunjuk video clip tu semula kat kita. Cerita politik hari ni memang cerita busuk, jangan marah. Memang cerita busuk..
Saiful bersumpah beliau tidak rela dan diliwat secara paksa, sedangkan di dalam pertuduhan ke atas DS Anwar Ibrahim adalah seksyen 377B iaitu dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful secara sukarela.. mana satu betul daa?
Harap aku tidak terliwat untuk menulis cerita terliwat ini.
Tapi kenapa mesti meliwat aaa.. Tuhan dan jadikan baik punya tunnel, tunnel lain jugak yang di pi hantam. Best agaknya. Kalau aku gay boleh jugak aku mendalami hati dan perasaan gay nih.. tapi aku bukan gay huhu. Aku normal. Aku tak boleh dan aku mintak Tuhan jauhkan aku dari kaum ni. Apasal ehh.. entah aku rasa geli geleman… eiii. Banyak benor photo sodom dalam internet, geli tekak aku.
Mesti ada rahsia di sebalik liwat ni.. hahaha…



August 18th, 2008 at 2:11 pm
saiful telah pun bersumpah seperti mana yang ia telah janjikan sebelum ini… insyAllah dalam masa 40 hari sesudah ini akan berlaku suatu hal yang cukup besar akan berlaku baik terhadap Saiful atau pun DSAI.
ini rentetan cerita dari kisah lalu. telah terbukti doa orang teraniaya adalah amat makbul dan tanpa hijab waima doa orang kafir sekali pun tetap akan dimakbulkan. rasanya mungkin ada yang masih belum tahu lagi nasib yang menimpa kepada perancang konspirasi 1998 lepas.
Lihat senarai mereka yang telah diadili.
Ummi Hafilda Ali——> salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal. Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut. Apakah nasib yang menanti seorang anak yang telah diakui anak oleh bapanya sendiri dan bapanya meninggal sebelum sempat memaafkannya?
Azizan Abu Bakar——> rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan dihukum enam bulan penjara.
Aziz Shamsuddin——> ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalanraya dan isterinya juga meninggal dunia. Apabila mereka mengambil jenazahnya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina. Semua orang akan mati satu hari nanti, tetapi mati dalam keadaan menerima wang rasuah ialah cara mati yang keji.
Dan semua orang tahu apa yang terjadi kepada Peguam Negara pada masa itu, yang bertanggunjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar.
Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar.
Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan kepala kera.
Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!
Anda masih ingat Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar.
Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Shamsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.
Ya, hanya ‘perkara yang baik’ akan menemui mereka yang melakukan ‘kebaikan’ kepada orang lain. Sementara nasib sebegitu, sesuai untuk setengah orang, bagi yang lain, kematian mungkin balasan yang tidak setimpal.
Contoh, orang seperti Hamzah Zainuddin, seorang yang suka berfoya-foya, tidak wajar diberi ‘jalan keluar’ yang mudah. Kepada Hamzah, nasibnya lebih teruk daripada kematian.
Dan apakah anda mungkin bertanya, nasib Hamzah yang lebih dahsyat daripada kematian? Hamzah diperintah bayar RM11.206 juta
Pada 8 April 2004, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memerintahkan Pengerusi Felcra Berhad, Hamzah Zainuddin, membayar tuntutan cerai bekas isterinya, Nooraini Abdul Rashid. Jumlah yang perlu Hamzah bayar ialah RM11.206 juta
ReplyAugust 18th, 2008 at 3:06 pm
uppps…i thought en eddy dah bersare dr posting tentang politik…hehe..cr gak komen2 pasal muhabalah tu br2 ni..huhu
ReplyAugust 18th, 2008 at 3:12 pm
belum terniat nak bersara untuk bercerita pasal politik ni Lea.. tapi cerita Saiful dan DSAI ni memang menarik untuk di follow sebab nampak macam ada puppetria jer huhuhu.. mari kita tengok siapa yang kena.
ReplyAugust 19th, 2008 at 4:24 am
trimas kpd saudara kamarudin ali yg memeriahkan posting ni dengan penghayatan kpd yg maha esa.
Mm, pada pendapat & pengalaman saya, org yg suka buat cerita & tipu, cerita dia mesti berubah-ubah dan selalu tokok tambah.. mesti nak letak cili sos, tomato, tiram kat cite dia.. kasi romantik & enak didengar walaupun cerita dah expired lama, supaya sedap dia mcm love at first bite.
ReplyAugust 19th, 2008 at 7:59 am
Memang syiok ikut perkembangan politik ni… Tapi, macam memalukanlah juga, sebabnya, kita orang Islam, orang agama lain atau bebudak akan nampak macam perkataan sumpah tu dipermainkan je. Sumpah sana, sumpah sini.
ReplyYelah enche Eddyre, tuhan sekarang mungkin tak bayar cash dah kot…
August 19th, 2008 at 11:21 am
I agree ngan en. eddry. Semua nie mcm puppetria. Mainan politik. Sampai berani bermain ngan sumpah. Isk…. xpe kita nengok siapa yang kenaaaa….
ReplyAugust 19th, 2008 at 11:38 am
eddyra wrote:
memang btol en eddy..sy pn amat mengikuti perjalanan cerita ni dan juga kes altantuya…just nk tengok sape yang kena…kdg2 interesting jugak..cume geram gak skali skale..komen banyak2, nanti tak leh plak…huhu…malaysia today salah satu sumber bacaan sy gak..hehe
ReplyAugust 19th, 2008 at 5:24 pm
Hahahah…Kiter tengok sapa yg kena..
ReplyTapi kalau orang luar tengok and follow politik kat Malaysia nie…malu jer…Rakyat Malaysia jugak yg kena tempiasnya…aduhhh..
August 19th, 2008 at 10:39 pm
selamat menyambut hari kemerdekaan…! hehehe…malas nak cerita pasal politik…mungkin lain kali ye eddy…:D
ReplyAugust 20th, 2008 at 8:34 am
kamarudin ali wrote:
ReplyAugust 21st, 2008 at 12:22 pm
pegang kitab suci Allah pun dgn tangan kiri…Aku dulu pergi ngaji kalau pegang Quran kena peluk.Kalau tok guru aku nampak aku pegang dgn tangan kiri comfirm kena rotan…Ini kan pulak wat bersumpah…sengal
ReplyAugust 24th, 2008 at 12:31 pm
Hepi Besday Mesia….
ReplySeptember 10th, 2008 at 9:25 pm
manntia wrote:
saye setuju sebenar-benarnya! malu kite rakyat malaysia kes macam ni di politikkan. tapi saye memang nak gelak dengar kes ni… kejap ubah tu…kejap ubah ni…memang sah main tipu…sakit perut aku gelak tiap kali aku dengar cerite ni…ha…ha..ha..
ReplySeptember 18th, 2008 at 4:26 am
hmmmm…sajer nak tambah mcm nasi…ader gak nasi tambah…baru ader burpppp!!!…hmmmm apa yg oral pikirkn…sememangnya semer nih adalah perjalanan wayang politik….tak kiralah mana mana pihak….kalau dah join politik…join jugak akan kebusukkannya….lainlah….politiknya bersandarkn kepada agama….hmmmm
Replytapikn….kalo kiter rakyat yg nakkn kepastian…..malah kerajaan pun patut buat gak…kerana kes nih mmg ader nilai masa depan agama , bangsa, negara dan politik mesia….so..oral cadangkan kiter semer kutip rm n wat tambang kedua duanya skali…si saiful n DSAI….pergi ke Masjidil Haram……di hadapannya….dengan siaran secara langsung melalui boneka TV3 mrk….berserah kpd YG Maha ESa…tuk terima hukuman….hmmmm pasti ader yg kena…PASTI!!!!!…..amacam…ader berani???