Terima rasuah kerana kekasih

August 18th, 2007 | 06:07 am

Posted by eddyra on Isu Semasa

Dalam Harian Metro 18 August 2007 seorang bekas pengurus besar dijatuhi hukuman penjara 60 bulan dan denda RM160,000 oleh Mahkamah Sesyen di Shah Alam, selepas didapati bersalah atas 16 pertuduhan menerima rasuah daripada seorang pengarah urusan untuk bayaran sewa kondominium didiami bekas teman wanitanya.

Hehehe.. aduh ler. Cari side income untuk bayo sewa kondo awek, aku tak nak lah fitnah awek dia tu sebagai perempuan simpanan ka apa-apa ka sebab manalah kita nampak kan. Tapi itu baru kecik punya cerita, baru satu case dalam beribu-ribu cases yang berlaku kat Malaysia ni.

Tok Guru aku ada berpesan, lelaki ni ada 3 perkara yang dia duk kejar, dan 3 perkara ni jugaklah yang boleh menghancurkan lelaki.. apa dia? Jawab Tok guru aku… Pangkat, harta dan perempuan.

Perempuan Melayu beraksi lucah

August 18th, 2007 | 05:53 am

Posted by eddyra on Isu Semasa

Akhir-akhir ni banyak sungguh lah video clip perempuan Melayu yang dirakam dengan menggunakan handphone. Ada berbagai-bagai aksi lucah, ada yang macam itu ada yang macam ini. Pakai tudung pulak tu, kalau free hair tu lain lah sikit. Maksud aku kalau bertudung tu dah membawa kepada imej seorang Melayu yang beragama Islam.

Tersentak juga bila terima beberapa video clip 3gp lucah bebudak sekolah yang masih berpakaian sekolah, berbaju kurung siap bertudung sedang melakukan hubungan sex. Nak aku bagi link kat sini ke? Tak payah lah..

Cuma aku terpikir-pikir apa ler akan berlaku pada 10 tahun akan datang .. camana ler peel bebudak perempuan Melayu masa tu, kalau hari ni dah macam ni. Nauzubillah.

Nak salah kan pada sapa? Mak bapak yang tak pandai ajak anak, mak bapak yang selalu busy, cikgu cikgi yang dah terikat kaki tangan, kerajaan? Entah ler.. cakap salah tak cakap salah.

Seks bersih dosa

August 17th, 2007 | 04:31 am

Posted by eddyra on Isu Semasa

SHAH ALAM: Pengikut satu kumpulan ajaran sesat yang popular dengan amalan zikir laga lutut, boleh dianggap lebih hina daripada binatang apabila sanggup bertukar isteri dengan pengikut lain, kononnya untuk membersihkan dosa dan menambah pahala.

Kumpulan terbabit yang beroperasi di sekitar Klang, dikesan sering menjadikan pasangan suami isteri bermasalah dan suka hidup berfoya-foya sebagai sasaran bagi memudahkan urusan ‘menambah pahala’ dijalankan dengan lebih meluas sesama pengikut.

Amalan bertukar isteri untuk dijadikan pelampias nafsu dilakukan sejurus wirid secara beramai-ramai sambil memuja tok guru songsang itu selesai dijalankan.

Ketika berwirid, pengikut turut dibenarkan meraba pengikut wanita tanpa halangan bagi membangkitkan keghairahan sebelum tok guru memberikan mereka peluang melakukan hubungan seks bebas.

More >>

My Comment:

Zzzzz… adula hahaha. Apa kejadah punya ajaran cam ni. Hairan juga, kenapa tak activity tu menjerumus ke sex dengan lembu je ke, kambing ke.. apadehhhh!

Who will put Bloggers to sleep

August 17th, 2007 | 03:43 am

Posted by eddyra on Isu Semasa

On Monday 13 August Datuk Ruhanie, Zorro’s blog buddy, made a police report at the Kajang Police Station. Datuk Ruhanie Ahmad, a former Member of Parliament, lodged a report at the Kajang police headquarters late yesterday afternoon (12 August 2007) over an SMS that he said contained threats on his life.

“I’m not seeking publicity. I am lodging the police report because I don’t think I should take the SMS threat lightly. I think the police can help … the phone number is there, I have given them everything.”

Datuk Ruhanie

He received this SMS from 60163929760 that read:

Just 4 bloggres whoever there ard w’ever shall be given stern warning drastic. Bloggers must realise they successfully been identified even will be put to sleep.

SMS from 60163929760

My comment:

What a funny story. I dont think that the sender dont know that he will be retrived. By the way, from the same blog he found this identity.

Nor Asmadi bin Hamdan
No 5 Kg Medan
09800 Serdang
Kedah Darul Aman Sg Taka
NRIC No: 810413-02-5471
Date of Birth: April 13, 1981

The question is, who is he…

Ramai lelaki Malaysia mati pucuk?

August 17th, 2007 | 12:45 am

Posted by eddyra on Health

Sebanyak 35 peratus lelaki berumur 40 tahun ke atas di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis menghadapi masalah mati pucuk.

Perunding Urologi Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) Dr. Peter Ng Eng Pin berkata, rumusan itu dibuat berdasarkan satu kajian yang dilakukan tahun lalu di tiga negeri terbabit.

Katanya, kajian juga menunjukkan jumlah lelaki penghidap mati pucuk di negara ini hampir sama dengan keseluruhan rakyat Amerika Syarikat yang menghadapi masalah serupa.

Beliau yang menyifatkan peratusan itu begitu tinggi berkata, masalah tersebut berlaku disebabkan kebanyakan lelaki malu untuk berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan kesihatan.

Katanya, lebih memburukkan keadaan apabila mereka cuba mengubatinya secara bersendirian dengan mendapatkan bahan ubat-ubatan atau kaedah rawatan yang tidak diperakui pihak berkuasa.

“Punca utama perkara ini berlaku adalah disebabkan amalan cara hidup tidak sihat seperti merokok dan minum minuman keras di samping peningkatan penghidap diabetes dan sakit jantung yang amat terdedah dengan masalah mati pucuk.

“Ia menjadi bertambah teruk apabila lelaki malu untuk bertemu dengan doktor disebabkan ego mereka,”
Dr. Peter Ng Eng Pin

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Persidangan Kesihatan Seksual anjuran Persatuan Kesihatan Keluarga Univesiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Persidangan kali pertama itu dihadiri kira-kira 200 doktor dan pengamal perubatan.

Alternatif

Dr. Peter berkata, kebanyakan lelaki juga percaya masalah seksual termasuk mati pucuk boleh diubati dengan rawatan alternatif.

“Kajian saintifik menunjukkan hanya Viagra dan ginseng merah Korea sahaja mampu menyelesaikan masalah ini, bagaimanapun pengambilan akar kayu atau kemaluan harimau tidak memberikan sebarang kesan,” jelasnya.

Menurutnya, persepsi masyarakat perlu diubah bagi memastikan masalah tersebut dapat diatasi.

“Seks merupakan sesuatu yang sensitif untuk dibincang oleh masyarakat di negara ini tetapi kebanyakan kita lupa bahawa ia memberikan kesan kepada emosi dan tingkah laku kita,” katanya.

Tambah beliau, kajian menunjukkan seramai 113 juta penduduk Asia dijangka menghadapi masalah mati pucuk pada tahun 2025.

My comment:

Adehh.. kalau tak power pun dah huru hara apatah lagi kalau tak bangun terus. Secara peribadi aku tengok golongan lelaki ni memang peka dengan bab ni, cuma satu yang aku musykil, focusnya pada benda tu semata-mata. Kalau beli ubat, kalau gi ngurut memang tang benda tu jer, tapi bahagian tubuh yang lain tak jaga, jantung ka, buah pinggang ka apa-apa lah. Abis camana nak power kalau jantung pun dah nak out.

Kalau aku sembang-sembang dengan tukang urut tradisional, ramai yang datang nak urut pistol, mau panjang mau keras macam-macam tapi hakikatnya jantung lemah, kencing manis dan macam-macam lagi ler. Ada pakcik tu cerita, kadang-kadang dia rasa segan jugak yang datang nak suruh urut tu, dah nak masuk 60 dah.. tapi masih duk active lagi.. hahaha..

Mengapa mati pucuk berlaku?
(Di ambil dari majalah Wanita Ogos 1998)

  • Masalah lemah tenaga batin biasanya berlaku akibat gangguan vaskular yang menjejaskan bekalan darah ke zakar. Perjalanan darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol dalam darah yang luar biasa tingginya. Diabetes (kencing manis) merupakan satu-satunya masalah utama yang boleh dikaitkan dengan lemah tenaga batin.
    Ia boleh menimbulkan kesukaran seksual lelaki pada sebarang usia melalui gangguan sistem perjalanan darah dan saraf yang terlibat untuk merangsang ketegangan. Kesannya, kira-kira setengah daripada penghidap diabetes lelaki akan menghidapi masalah lemah tenaga batin.
  • Selain berpunca daripada keadaan fizikal, keadaan psikologi juga boleh menyebabkan masalah ini. Ketegangan perasaan, bebanan kerja, keletihan, perkahwinan yang tidak harmoni juga boleh menyebabkan lelaki menghadapi masalah ketidakupayaan. Sebenarnya, masalah ini adalah masalah perubatan yang biasa dan lelaki tidak pernah keseorangan menghadapinya. Cuma, tanpa rawatan segera, ia boleh menyebabkan banyak masalah emosi yang seterusnya menjejaskan imej diri, hilang keyakinan, ketegangan fikiran dan masalah perhubungan suami isteri.
  • Masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan lemah tenaga batin ialah gangguan neurologi seperti sclerosis berbilang, penyakit alzemir (angin ahmar) dan trauma akibat kecederaan pelvik atau tulang belakang. Pembedahan khususnya penyakit prostat dan terafi radiasi juga boleh menjejaskan fungsi tenaga batin sama seperti sesetengah ubat yang dipriskripsi untuk merawat penyakit seperti tekanan darah tinggi, ketegangan perasaan, penyakit jantung, ulser gastrik dan barah.

  • Pendapat Pakar Urologi merangkap Presiden Persatuan Penyelidikan Lemah Tenaga Batin bagi Asia Pasifik (APSIR), Dr Tan Hui Meng, yang mengatakan bahawa sebelum ini masalah lemah tenaga batin dianggap berlaku akibat masalah psikologi. Kini, para penyelidik mendapati empat daripada lima lelaki yang menderitai masalah tersebut mempunyai masalah yang berpunca daripada keadaan fizikal. Penyebab utama lemah tenaga batin biasanya berkaitan dengan diabetes, penyakit jantung dan masalah hati

  • Menurut kajian yang dijalankan oleh Pfizer berkaitan rawatan lemah tenaga batin di Asia, 25 peratus pesakit lemah tenaga batin juga menghidapi tekanan darah berlebihan (hypertension), 15 peratus menghidap prostatik hyperlasia ringan, 13 peratus menghidap diabetes jenis 11, sembilan peratus menghidap penyakit vaskular, sembilan peratus menghidap diabetes jenis 1, sembilan peratus menghidap keadaan psikitrik, tujuh peratus menghidap trauma pelvik dan dua peratus mengalami kecederaan tulang belakang
  • Kurangnya komunikasi antara pasangan dan pakar penjagaan kesihatan lambat laun boleh membawa kesan negatif. Masalah lemah tenaga batin boleh menjejaskan perhubungan suami isteri. lika isteri mengetahui bahawa suaminya menghadapi penyakit tersebut, dia boleh-membantu dengan menggalakkan suaminya membicarakan perkara tersebut secara terbuka. Ketika inilah peranan pasangan penting dalam membantu merawat masalah lemah tenaga batin,” tegas beliau sambil menekankan pengorbanan dan pemahaman isteri amat dituntut demi kesejahteraan rumah tangga.
  • Faktor gaya hidup juga penting. Merokok misalnya boleh menyempitkan aliran darah ke zakar dan memburukkan keadaan vaskular seperti tekanan darah tinggi. Meminum minuman beralkohol secara berlebihan serta penyalahgunaan dadah boleh memburukkan lagi masalah tersebut.

Mahathir gesa orang Melayu tolak kepimpinan Abdullah

August 16th, 2007 | 02:49 pm

Posted by eddyra on Isu Semasa

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru orang Melayu tidak lagi memberi sokongan kepada kepimpinan negara hari ini yang disifatkan telah banyak melakukan kerosakan dan yang membiarkan amalan rasuah berleluasa mutakhir ini. Beliau berkata demikian dalam syarahannya dalam program anjuran Majlis ImagePrihatin Malaysia (PRIMA) di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini.

Tun Mahathir
“Orang Melayu dia undi Umno tanpa sebab, kalau letak tongkol kayu pun sebagai calon Umno, mereka akan pangkah dan Umno akan menang. Berbeza dengan orang Cina orang Cina ada perkiraan untuk menyokong mana-mana parti,”

Antara yang hadir ialah, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dan Timbalan Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS, Abdul Rahman Othman (ARO); isteri bekas PM, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Pengerusi MTRK, Dato’ Ibrahim Ali; bekas orang kuat Proton, Tan Sri Tengku Mahalel; anak Mahathir, Marina Mahathir; Pengerusi Penerangan DAP, Ronnie Liu; para bloggers, antaranya Rocky Bru (Ahiruddin Attan) dan Sang Kelembai selain beberapa pensyarah universiti tempatan.

More >>

My comment:

Aduhai.. Tun Mahathir nak UMNO terus terajui Malaysia tetapi pada masa yang sama menolak kepimpinan Pak Lah, bagi aku ini merupakan satu arahan yang agak pening sikit. Cuma aku rasa lah, maksud Tun ialah tolak Pak Lah masa pemilihan parti nanti, tapi masa pilihanraya kena undi BN.

Apa nak jadi dengan Malaysia ku ni.

Negarakuku: GPMS, PKPIM maafkan Wee

August 16th, 2007 | 02:48 pm

Posted by eddyra on Isu Semasa

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) hari ini menerima permintaan maaf Wee Meng Cheng atau “Namewee” yang menyesali perbuatannya mencipta video klip yang menghina lagu Negaraku. Mereka menyambut baik sikap Wee meminta maaf dan menyarankan beliau melakukannya secara terbuka menerusi laman web YouTube pada kadar segera sebagai tanda menyesali tindakannya.

negarakuku.JPG

ILoveMyCountry – Negarakuku

Negaraku
Negarakuku
Negaraku
Negarakuku
Negaraku
Negarakuku

Aku cinta negaraku, Hanya bila ada negara, Ada tanah air ku
Hanya bila ada tanah air ku, Di sini aku berdiri di sini
Nyanyikan lagu ini untuk kau dengan lantangnya, Janganlah kau takut
Walaupun aku selalu menggunakan perkataan-perkataan kesat dalam laguku
Tetapi lagu aku hanya seperti durian, berserta duri-duri
Hanya apabila kau berani membukanya, untuk melihat kebenaran nyata di dalam
Ia boleh berbau seperti tahi, ataupun berbau sangat elok
Hanya bergantung kepada jenis hidung yang kau ada
Polis kami mempunyai nama lain yang dipanggil MATA
Kerana mata-mata mereka sangat tajam
Apabila tahun baru semakin hampir, mereka seolah-olah sangat bekerja keras
Mereka akan mengeluarkan pen-pen, tetapi mereka tidak membuka tiket kepadamu
Kerana mereka terlalu dahaga dan mereka perlu minum TEH
Dan juga kopi O, mahukan gula lebih?
Kalau ditambah lagi gula, mereka akan tersenyum kegembiraan denganmu
Mereka akan katakan TATA kepadamu bila kau mahu beredar

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju

Fenomena seumpama ini tidak perlu dipertingkatkan lagi
TIDAK perlu untuk pertingkatkan kerjasama antara polis dan rakyat
Perhubungan tidak akan berubah dengan secawan kopi
Aku sangat gemarkannya
Sekurang-kurangnya aku tidak akan dapat tiket saman bila aku balik rumah
Kalau berlaku, bapaku mesti berang dengan aku
Aku mesti kena hamun, tak de kereta untuk aku
Kurang asam, apa yang aku boleh buat waktu macam ni?
Macammana aku nak BERGEMBIRA tanpa kereta?
Macammana aku nak beromen tanpa kereta?
Macammana aku nak cari awek tanpa kereta?
Aku sangat cintakan negara ini

Waktu subuh pukul 5 pagi
Ada seruan azan untuk kejutkan aku
Kadangkala ada lagu sekali
Sama macam nyanyi lagu cinta
Kadang-kala suaranya diubah jadi macam gaya RnB
Walaupun kadang-kala mereka menyanyi sampai jadi sumbang
Atau kadang-kala mereka menyanyi sampai serak
Sesetengah suara mereka sama macam kokokan ayam jantan, tetapi mereka lebih awal dari ayam jantan
Hanya dengannya, kami akan dikejutkan untuk pergi ke sekolah atau kerja

Tolong jangan salahkan kerajaan hanya ambil kisah tentang orang bumiputra
Tolong jangan salahkan kerajaan kerana tidak adil dengan kami
Ini semua tunjukkan kami orang cina tidak takut kerja keras
Ini semua hanya berikan kami cara untuk cari jalan keluar
Jangan terperanjat dengan keadilan mereka
Ini hanya tunjukkan kami adalah cemerlang
Hanya kanak-kanak kecil yang belum lagi dikotorkan tahu apa itu kemerdekaan
Kalau tidak, kau nampak beberapa orang lain masih lagi perlukan pengasuh kanak-kanak

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Orang-orang yang di dalam kerajaan, mereka lagilah cerdik
Apa jua kerja mereka buat, mereka boleh buat dengan perlahan-lahan
Sedangkan orang-orang yang beratur pun akan tengking pada mereka
Mereka terus berasa selesa sepertimana yang mereka suka
Kadangkala mereka sampai bawak keluar kek mereka
Mereka makan kek nyonya mereka, anda semua boleh terus beratur
Meskipun kalau kau benar-benar tengking mereka
Ia masih lagi ok, kerana pengawal keselamatan tidur di sebelah dan dia tidak akan kesah tentang kau
Mereka tutup kepala mereka, lintas jalan dengan perlahan
Kau perlu benarkan dia melintas dan berhati
Yang paling penting untuk hidup dengan gembira, untuk hidup dengan selesa
Jangan jadi macam orang cina setiap hari sibuk dan penat gila
Kita amat disanjungi sikap sebegini
Inilah gaya hidup mereka, cara hidup mereka
(sikap sikap)
Aku masih lagi cakapkan perkataan baik-baik dalam lagu ini
Aku percaya mereka yang bencikan aku mesti tengah bergembira sekarang ini
Dunia ini sangat damai, dunia ini penuh dengan harapan
Tiada siapa yang tercedera, semuanya berjalan dengan lancar
Kau sangat suci, kau sangat pelembut
Tahi itu bau sangat wangi, tiada perkataan-perkataan kesat
Kau semua sangat berdarjat tinggi, setiap hari menikmati percintaan
Mendengar GuangLiang PinGuan (penyanyi popular malaysia)
Tetapi mereka telah lari ke Taiwan
Pelajar-pelajar sekolah Cina, selepas habis belajar
Sangat susah nak masuk ke universiti tempatan
Sebenarnya kitorang tak perlu dihasut oleh mereka
Kerana ini salah satu daripada pelan besar kerajaan
Mereka mahu kami pergi ke luar negara untuk mengejar cita-cita kami
Kemudian balik semula untuk menyumbang kepada negara
Rancangan ini memang sangat bagus sampaikan aku tak boleh nak cakap apa-apa
Di setiap pelusuk dunia sekarang ini boleh cari anak-anak Malaysia
Seolah-olah kami lari dari suatu tempat, sangat shiok (?)
Malaysia sedang mempromosikan tahun melawat Malaysia 2007
Tradisi cina dipromosikan di mana-mana
Tetapi kerajaan tidak pedulikan pun pelajar-pelajar sekolah cina
Semua sijil-sijil kami dibuangkan ke dalam longkang
Serupa macam aku, aku pergi ke Taiwan selepas habis belajar
Aku telah belajar sesuatu dan sedang bersedia untuk kembali dan membantu negaraku
Aku sekarang sedang berdiri di tepi jalan di Taipei, bersama dengan gitarku
Tetapi di dalam hatiku aku masih lagi menyanyi

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Tolong jangan saman aku, aku takde duit

Pendapat aku :

Ini pendapat aku lah.. sebenarnya yang tak sepatutnya pasal si Wee ni ialah dia post kat Youtube tu. Dia nak record dan edit lagu Negaraku tu ikut suka hati dia pun, tidak menjadi satu kesalahan pun. Masing-masing punya creativity, cuma bila dah di publish di internet maka jadilah isu negara. So bila dah jadi isu negara, maka muncul lah golongan yang akan bersuara. Biasa la tu.

Macam naik motorsikal tanpa helmet, tak salah pun, cuma bila polis nampak maka jadi lah satu kesalahan.. hahaha!

Aku tak paham apa yang Namewee tu bebelkan dalam lagu dia, aku mintak officemate aku, seorang chinnese from Sarawak. Apa yang aku paham, lagu tersebut penuh dengan kata-kata sindiran, dan kritikan, walau bagaimana pun ada kebenarannya. Umpama buah durian lah, tajam durinya tapi dalam rasa banyak sedap woo.

Ada kritikan untuk polis yang suka makan duit, kakitangan kerajaan yang slow, hak-hak bumiputera etc, bagi aku yang berbangsa Melayu ni, secara peribadi dan secara terbuka aku akui ada kebenaran di dalam lagu negarakuku yang di edit oleh Namewee. Itu pendapat peribadi aku, dan jangan la pulak ada orang di luar sana yang nak ambil tindakkan pulak :)

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me