19

Kalau anda nak bekerja di Shell platform / vessel di sebelah Sawarak and Sabah Water ni, anda diwajibkan memiliki safety passport yang di keluarkan oleh Shell. Sekiranya sebelum ini anda memiliki safety passport dari Petronas atau pun Exxonmobil dari sebelah Semenanjung, maaf safety passport tersebut tidak laku. Boleh buang dalam laut. So nak ke tak nak ke anda perlu menjalani refresher course selama 2 hari, atau lebih bergantung kepada course yang diwajibkan ke atas anda. Macam aku, 2 hari jerk sebab course aku cuma courses cap ayam jer.

Orait, aku kongsikan di sini kepada mereka yang mencari-cari cerita cerita berkenaan dengan refresher course ni, adehh actually boring betul course ni.. aku sendiri dah 4-5 kali buat course, dah banyak air kolam aku telan hehehe..

Oh yer lupa pulok, terbaru refresher course yang aku amik ni aku buat di SMTC, Kuala Baram, Miri Sarawak. Berbeza sikit dengan apa yang pernah aku buat di TSTC, Kemaman, Terengganu.

3th August 2009

First day tu, seawal 7.30am aku dah register di SMTC. Aku sign jer lah kan sebab company yang bayar. Kalau persendirian bawak la duit secukupnya pada hari registration tu. OK jugak lah prasarana yang ada di sini, lebih kurang di TSTC Kemaman jugak ler.

Helicopter Underwater Escape Training (HUET)

Aku boleh kata lah, dalam banyak banyak courses yang wajib ni, HUET lah yang paling memboringkan dan kalau boleh nak excuse jer. Malas betul, remeh, cap ayam dan menyakitkan hati hehehehe.. sebab apa aku cakap canggitew sila lah tengok vclip yang aku upload ni, eiii best apa pusing-pusing dalam air. Kepala ke bawah, kaki kat atas.. gezzzzz…

OK sebenarnya HUET course ni diwajibkan sebab nak beri gambaran kepada passangers yang naik chopper tu apa yang perlu di lakukan sekiranya chopper perlu membuat pendaratan cemas di air.

ishhh..nantilah aku sambung yekkk…

46

I don’t think I will be doing anything special today.. I’m feeling kinda down ..

Great I’m Getting Older!

18

. Work with a valid work permit when required
. Conduct gas tests when required
. Verify isolation before work begins and use the specified life protecting equipment
. Obtain authorisation before entering a confined space
. Obtain authorisation before overriding or disabling safety critical equipment
. Protect yourself against a fall when working at height
. Do not walk under a suspended load
. Do not smoke outside designated smoking areas
. No alcohol or drugs while working or driving
. While driving, do not use your phone and do not exceed speed limits
. Wear your seat belt
. Follow prescribed Journey Management Plan

The Life-Saving Rules are not new rules. They have been picked out because they target activities where failure to comply with safety rules has the highest potential for serious injury or death.
Having the same 12 Life-Saving Rules across Shell is a powerful way of ensuring a consistent culture of compliance.

Life?Saving Rules are being briefed to all employees, contractors and sub-contractors before the end of June. At the end of briefings everyone must confirm that they have attended the session ? for example, by signing a register..

The Life-Saving Rules will be fully enforced from July 1, 2009.

Compliance is mandatory for everyone while on Shell business or on Shell sites. There are serious consequences if Life-Saving Rules are breached ? will cover this in more detail later in this session.
We must still comply with all other safety rules. If any national law requires an even higher level of compliance we meet that national requirement.

The Life-Saving Rules target 12 high-risk activities at work where it is proven that failure to comply has the highest potential for serious injury or death.

12 Group-Wide Life-Saving Rules: all equally important, no implied rankingThese rules are not new. By driving a simplified, standardised set of Life-Saving rules across the Group we intend to achieve a culture of compliance

Failure to comply with any Shell Life-Saving Rule will result in disciplinary action. For employees of contractors or sub-contractors, this means removal from site and disqualification?from future Shell work.

50

Sebulan lebih dah aku di Miri ni.

Sunyinya hidup tak tergambar dengan kata-kata.. anak-anak jauh, kaum keluarga apatah lagi. Kawan-kawan sibuk dengan kehidupan masing-masing. Budak-budak bujang memang happy lah duk sini abih tu tak kan aku nak jadi macam dia orang pulak. Aku ni laki orang he he he..

Apa nak buat.. dah aku terpaksa datang ke sini kan nak buat camana lagi. Kalau nak ikutkan hati tak hingin aku duk sejauh ni. Dulu dapat offer Petronas KLCC aku tolak sebab KL jauh sangat dari Kemaman.. la ni laaagi jauh. Adeh kacau betul.

Dulu anak-anak menjerit suruh balik, la ni anak-anak dah tak bising dah, dah boleh terima daddy dia kerja jauh dari mereka. Yer ler kan.. End October 2008 dia orang dah duk kat rumah tok dia masa ummi dia beranak kan adik dia orang.. 2 bulan jugak tu.. February 2009 aku kena transfer ke Labuan, jadi kuli batak kat sana.. 2-3 bulan jugak duk kat Labuan. June 2009 aku dipaksa ke Miri jadi Operation Engineer kat sini.. aduhai.. bayangkan hero aku yang kecik tu hari ni dah tumbuh gigi, dah nak merangkak dah.. kadang-kadang kecik juga hati ni tak sempat nak tengok dia membesar.. tapi GM aku ni pekak, cap ayam punya GM. Aku cakap revise la package aku, boleh aku import anak bini aku ke sini tapi pekak.. puppet betul lah..

Nak tak nak kena hadapi jugak fenomena ni, aku bukannya ada kerja lain pun, diam-diam aku dah sent resume aku kat beberapa buah company di Semenanjung.. aku nak blah dari sini. Aku tak kisah sebenarnya duk kat Sarawak ni cumanya jauh dari anak-anak bini.. kecik lagi budak-budak tu sian jugak ummi dia orang siang malam kena jaga.. especially yang hero tu.. nakal yang amat :) macam ummi dia masa kecik dulu la.. he he he..

Pagi-pagi morning bangun tidur mandi semayang pakai baju bersiap.. turun lobby. Taxi dah standby kat bawah.. jalan terus menuju ke Piasau.. breakfast kat Restoran Mukmin dengan boss aku, kadang-kadang solo jer. Tengok orang lain breakfast dengan bini dengan anak-anak, dengan awekkss.. kalau pagi Jumaat nampak berseri je muka laki bini tu he he he … aku? Aku gigit jari jer. Itu yang jiwa kacau tu bang..

Masa daily meeting dengan Shell, adehh menusuk kalbu. Sebulan aku di sini, baru sekali aku kena fuck dek Shell ni.. pedih nya sampai ulu hati. Malunye muka.. rasa macam nak pack barang balik terus ke Kemaman. Yang ini yang jiwa luka ni … tapi apa-apa pun bila di fikirkan semula apa yang Shell buat tu tak salah pun. Ini yang aku belajar sebenarnya.. belajar tido awal, bangun awal.. seawal pagi dah update untuk read out progress status semalam punya. 7.30am sampai 5.00pm aku sentiasa busy, sampai terlupa anak bini, itu yang kadang-kadang dapat SMS bunyik macam merajuk tu :) … jiwa karat sungguh ..

Adeh yang paling kacau kat Miri ni bila terlintas dengan makhluk Tuhan paling sexi tu, kadang-kadang pakai skirt, kadang-kadang pakai short, yang berbaju kurung pun ada aduuuuhaiiii.. dah la putih, muka ethnic mix pulak tu.. Bidayuh ka, Orang Ulu ka, Iban ka, adehh mengganggu emosi sungguh bangg.. kena pulak yang rambut curly gitewww.. lupa anak bini sekejap keh keh keh..

OK apa… ni Bidayuh ni.. :)

tapi yer lah kan kena lah kuatkan semangat.. ramai jugak kawan aku yang lemah semangat terus berkahwin bah.. yang bujang tu OK lah, yang laki orang pun ramai yang bukak cawangan baru. Lemah semangat lah katakan.. itu yang jadi dua sim card tu, takut kena tangkap.. hahahahahaha.. nak hidup kena lah pakai otak. Aku pun pakai dua handphone. Maxis tu dari Semenanjung tapi kat Miri ni Maxis memang cap ayam.. kejap-kejap putuih.. so aku subscribe 016 Digi pasal orang sini ramai yang pakai Digi. Memang nampak lanchi la he he he..

…. tapi aku nak berpesan sikit lah pada isteri-isteri di Semenanjung tu, perempuan di Sabah dan Sarawak ni lawa-lawa, nak nak yang duk kat kaki gunung tu.. ayu-ayu gitewww.. jaga-jaga lah sering-sering lah contact laki korang, buat sport check ka apa-apalah.


… ni Ibanez ni.. :)

Kalau line telephone asyik engage je tu haaaa haaaa jaga-jaga lah.. kalau tak engage langsung pun bahaya jugak tu sebab mungkin dia pakai handphone satu lagi.. so dua-dua kena call.. sebab tu aku pakai 2 handphone he he he.. bukan apa lah kan, cuma sebagai peringatan je.. manalah tau kan.. madu Sarawak ni manis-manis.. kuang kuang kuang…

Best mai diau di Miri, manyoh indu bajik-bajik burak-burak enti ulih nyadi ka bini nya manah gik.. hehehe

57

Salam semua,

Lama sudah aku tak update blog aku ni.. takde masa, takde mood entah lah macam-macam yang menghalang aku dari menekan-nekan keyboard laptop company ni..

Hari ni dah 2 minggu aku kat Miri ni. Fly dari KLIA 8 June 2009, sampai Miri town terus check in Imperial Hotel, dapat bilik ngadap swimming pool, boleh nampak town, waterfront dan kapal-kapal di laut.. platform minyak pun boleh nampak kalau takde kabus.. boring-boring time pagi atau balik kerja skodeng orang mandi kat pool.. adehh kalau boleh nampak yang geli-geli tu best juga kannn..

Aku ke Miri, report duty sebagai Operation Engineer for CAT3 under Shell project. Aku datang ke Miri kerana terpaksa, aku terpaksa akur dengan kehendak management yang entah apa-apa tu ‘on-loan’ selama 3 tahun.. apa kejadah ‘on-loan’ selama 3 tahun bah?

Aku stay di Imperial Hotel sebulan abis lebih kurang RM4,500.00 tak campur tax lagi tu. Taxi fare RM900.00 lebih kurang, sebulan.. campur outstation allowance RM1,500.00 sebulan.. laundry letak lah RM400.00, err laundry mahal ge natang spender RM3.00 selai.. muahahha campur semua sekali tu company abis RM7,500.00 tak masuk air ticket aku… apa lah payahnyer, bagi je aku RM5,000.00 outstation allowance sebulan then aku cari rumah cari transport duduk kat sini terus sampai abis project.. adehhh payah-payah.. kadang-kadang kalau dah terlebih cerdik ni payah juga kann.. nak break policy pun payah.

Itu yang bengkak hati sampai takde mood aku nak datang ke bekerja di Miri ni, gaji Kemaman bangg… aduhai benggong sungguh. Bila aku suarakan cerita aku ni pada GM aku sehari dua lepas, dia pulak yang naik angin.. bodo betul. Aku pun naik angin juga maka terjadilah confrontasi antara aku dengan GM cap ayam tu.. nasib baik dalam bilik takde orang.. rasa nak terajang jer.. pintu bilik tu he he he..

OK lah.. malas nak cakap pasal tu lagi.

Life aku banyak yang aku kena ubah bila bekerja di sini. Masa di sebelah east Malaysia ni awal sikit, pukul 6.15 dah cerah. Subuh pukul 5.00 pagi, maghrib 6.30 petang..

Shell start opis hour seawal jam 7.00 pagi, tapi opis aku start jam 8.00 pagi. Masalahnya sebagai Operation Engineer aku mesti duduk meeting dengan groups of contractors dan Shell reps pukul 7.30 pagi tiap-tiap hari without fail bro.. pukul 6.45 am aku dah naik cab menuju ke Krokop. Breakfast dulu kat restoran mukmin sambil fikir nak goreng apa dalam meeting nanti..

In this daily progress meeting ni, kalau takde issue OK lah boleh tarik napas panjang.. tapi kalau ada issue panas.. berasap laaaa punggung. Puak-puak ni mana ada nak simpan-simpan, kalau nak belasah tu memang straight to the point, solid dan pedihnya sampai ke ulu hati.

Aku pernah bekerja dengan Petronas Carigali, dengan Exxonmobil rasanya tidak lah strict sangat, tapi Shell ni mak aiii very very strict. Staff dia orang sendiri akui apa..

Bayangkan life aku sebagai OE, kalau sesuatu issue yang timbul tu disebabkan oleh lain-lain department macam HR ka, Procurement ka atau mana-mana department sekalipun.. yang kena soal, yang kena belasah, yang kena tiawwww adalah OE! Pagi-pagi dalam meeting kena update progress offshore, kalau ada hick up berasap la telinga depan-depan 20-30 orang yang lain.. life aku mesti alert dengan progress 24 jam, tak boleh nak jawab kalau Shell tanya, pedih la. OK lah aku pakai Blackberry boleh send and receive email dari offshore, boleh lah up to date, tapi buatnya hari tu lupa nak baca email ka.. mampus lah. Kadang-kadang apa yang ditanya tu macam pegawai penyiasatan jenayah, terkebil-kebil nak jawab.

Apa yang kena ubah, aku kena jadi proactive, macam gangster sikit. Mesti fully comitted dengan kerja, aduhaii shock jugak. Mental mesti lebih strong dari dulu, dulu takpe apa-apa hal Manager yang kena, boleh nyorok belakang dia, kat sini sorry lah. Berserabut, kadang-kala stress aku walaupun baru 2 minggu jadi OE ni. Baru dapat bunga-bunga api tapi dah rasa macam C4 ha ha ha… itu lah pasal sampai aku buat keputusan untuk botakkan kepala aku 4-5 hari lepas, kasi release 5% tension tu.. :P

Pakaian kena ubah, no more jeans. Pakai slack macam pegawai bank, no t shirt dan mesti tuck in. Dulu simple je pakai jean, t shirt dan jacket. Mak aiiii rimasnya aku pakai slack ni, nasib baik tak kena pakai neck tie. Aku tuck in sekerat hari je, lepas tu back to normal la. Dah aku ni memang selekeh nak buat camana kan.

Language pun kena tuko jugok, sini English memanjang, aku English Terengganu lantak lah dia orang tak paham apa aku pedulik …

Duk di Miri ni, aku lebih banyak tunduk ke bumi, bukan tempat kita tempat orang kan, silap hari bulan esok jadi mayat. Kat sini ganas sikit orang-orangnya, kadang-kadang rasa lebih suka duk dalam bilik dari duk merayap kat luar bimbang kita tersalah langkah.

Satu lagi pasal waktu kerja yang awal (kira awal la kan aku dari semenanjung) pukul 7.30, nak stay lewat malam tak boleh dah, nak merayap sampai pukul 1-2 pagi tengok liveband pun dah tak boleh. Nak tak nak pukul 10.30 malam dah kena tido, sebab nak bangun jam 5.30 pagi.. hari-hari pulak tu.. aduhai.. pelik pulak tido jam 10.30 malam ha ha ha..

Kat opis, waaaaa cerah mata aku. Opis ramai orang.. berbagai kaum ada. Iban ada, Foo Kaw ada, Melanau ada, Bidayuh ada, semua ada lah.. kalau crew datang opis especially kaum Iban perghh siap dengan tatoo, takut aku tengok. Tapi bekerja di sini ada sedikit kejutan buat aku, perempuan opis aku ni sexy abisssss.. dah lah sexy putih-putih pulak tu. Pakai skirt ader, pakai baju kurung ader, baju kurung pulak mantap jer.. semua ni buat aku tak concentrate depan pc.. ini dah boleh di kira sexual harrastment pada aku ni. Bini orang ke anak dara orang ke perghh lawa-lawa.. fikir punya fikir kalaulah di Kemaman tu ada gunung ganang rasanya ramai yang putih cerah macam di Sarawak ni he he he.. nasib baik wife aku putih cerah hahahaha..

Apa lagi nak cerita..

Bandaraya Miri ni, OK lah.. kebanyakkannya chineese, rumah besar-besar mostly chinese punya. Nak cari makanan halal agak ada masalah juga, pilihan pun kurang. Restoran jual katak pun ada, katak masak kicap ka, asam pedas katak ke atau katak masak lemak cili api pun ada kut.

Yang famous di sini ialah nasi lelapan, orang kata datang dari Indonesia. Nasi, lauk ayam, ikan tenggiri, ikan bawal atau kambing, kemudian ada kuah sambal lelapan, timun, kacang panjang, tempei, pucuk ubi… best la jugak tapi kalau hari-hari tak ok jugak.

Harga sekitar RM10.00 satu set. Aku selalu makan dekat Madli’s depan Imperial Hotel, dekat waterfront pun best jugak. Kat Chillipepper pun ada, bersebelahan dengan restoran jual katak tadi. Aku bermasalah sebenarnya dengan makanan di Miri ni tapi nak buat camana, tak kan nak makan megi mangkuk je hari-hari..

Yang sohor di Miri ni shopping complex Boulevard, Parkson dan entah apa lagi. Harga memang mahal sikit compare to Semenanjung.

Masjid boleh bilang dengan jari.. sedih la pulak.

Kat town ni, banyak iklan tapak kaki. Besar-besar papan iklan tapak kaki massage center. Tukang service kebanyakkan chineese dari PRC dan Thailand, itu yang aku perasan lah.

Pub, lounge dan karaoke pun banyak tapi yang tip top dekat area Parkson tu je lah. Pelayan mostly pinoy, macam Labuan juga.

Bersambung..

82

Ada orang mintak tolong aku publish kan kerja kosong.. dah macam pejabat buruh dahh :P

Calon – calon yang berminat dipelawa untuk menghadiri temuduga bagi jawatan – jawatan seperti yang tertera di bawah. Butiran – butiran lanjut mengenai temuduga yang dinyatakan adalah seperti berikut.

Tarikh : 15, 16, 17, 18 & 19 June 2009
Masa : 10.00 Pagi Sehingga 4.00 Petang

Tempat : Sarku Engineering Services Sdn. Bhd.
PT 5058, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong,
Jalan Kuantan – Kemaman,
24007 Kemaman,
Terengganu.
No. Tel :09 – 863 3420

PAINTING FOREMAN
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai :
Sijil IMM Level 2 atau sijil – sijil lain yang setaraf.
Sekurang – kurangnya 8 tahun pengalaman dalam bidang industri minyak dan gas.
“Offshore Safety Passport” yang masih sah.

SCAFFOLDER FOREMAN
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai :
Sijil “Intermediate Scaffolding” daripada CIDB, ABM atau sijil – sijil lain yang setaraf.
Sekurang – kurangnya 8 tahun pengalaman dalam bidang industri minyak dan gas.
“Offshore Safety Passport” yang masih sah.

WELDER
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai :
Mempunyai kepakaran dan kelayakkan 6G / 6GR Multicoded (SMAW/GTAW/CuNi)
Memahami dan berkebolehan membaca lukisan “Isometric”
Boleh melakukan kimpalan di semua arah sudut dan memiliki pengetahuan tentang “filler metals”, “base metals” dan “joint preperation”, “welding techniques”, “preheat” dan “post weld heat treatment”.

“Offshore Safety Passport” yang masih sah.

FITTER
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai :
Mempunyai sekurang – kurangnya pendidikan sekolah menengah dan lain-lain yang setaraf
Sekurang – kurangnya 5 tahun pengalaman sebagai fitter dalam bidang industri minyak dan gas.
“Offshore Safety Passport” yang masih sah.

BLASTER – PAINTER
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai :
Sijil IMM Level 1 atau Level 2 atau sijil – sijil yang setaraf.
Sekurang – kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang industri minyak dan gas.
“Offshore Safety Passport” yang masih sah.

RIGGER SCAFFOLDER
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempumyai :
Sijil “Basic Scaffolding” daripada CIDB, ABM atau sijil – sijil lain yang setaraf.
Sekurang – kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang industri minyak dan gas.
“Offshore Safety Passport” yang masih sah.

RIGGER / RIGGER FIREWATCH
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai :
Sijil “Firewatch” daripada TSTC atau sijil – sijil lain yang setaraf.
Sekurang – kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang industri minyak dan gas.
“Offshore Safety Passport” yang masih sah.

PERINGATAN :
* Pastikan membawa sijil – sijil asal/salinan, resume, gambar dan salinan kad pengenalan di bawa bersama ketika temuduga.

9

Direct hire.

Please email to annuar@mirionea.com

Thanks

28

Dear Boss,

Today is my last day at Kemaman Office. Today is also my last day with you here. During these three and a half years, I learned a lot through my work and gained new knowledge from you and our team. I really appreciate that you gave me this chance to develop my career.

Dear Colleagues,

Time flies! My three and a half years with you always have gone by too fast for me. Thank you very much for your generous help during my working here. I’m looking forward to my new life in Miri. It is hard to say good-bye to so many people, especially the ones who I have been working with for many years. It has been an honor I will always remember!

I don’t know yet what my next challenge will be, just wish me luck! I don’t know how long I can stay there but trust me not too long……. you know the ‘half-hearted promises’. I have to go by hook or by crook. Show cause letter, domestic inquiry and termination..

I wish you all the best of luck in your future endeavours.
Please do keep in touch gang! Btw you can follow my story thru my blog www.eddyra.net :p

Regards,

eddyra.net
Operation Engineer

25

Aku nak menulis pun malas sebenarnya, takde mood. Akhir-akhir ni memang berserabut dengan masalah kerja aku ni. Aku dah nak kena transfer ke Sarawak Shell Bhd (SSB) CAT3 project di Miri.. tapi… nanti lah aku tulis dengan ayat-ayat yang manis sikit.. kang keluar ayat pedih dan lucah pulak kang.. payah kalau jadi kuli makan gaji makan aku ni.. lain kali aku nak apply jadi GM lah, senang sikit nak transfer orang ke mana-mana ikut suka kepala otak dia tanpa fikir masalah orang lain.. he he he.. kan dah keluar dah ayat-ayat ganas aku..

Siraulo betul..

Sebagai pekerja kuli makan gaji macam aku ni, aku sememangnya perlu menurut instruction dari management seandainya dia orang nak transfer aku kemana-mana pun sebagai mana yang terkandung dalam contract aku.. itu akui dan aku setuju akan tetapi management pun kena lah pakai otak banyak-banyak dalam hal ni.

Di Kemaman, aku contract dengan Exxonmobil, gaji aku bersandarkan contract approval dengan Exxonmobil, bersesuaian dengan qualification aku dan position aku, sedangkan kalau aku dikehendakki ke Miri tu position aku dah lain, work load aku pun dah bertambah malahan semakin berat compare to contract dengan Exxonmobil. Aku bukan mengira tetapi pakai otak lah sikit, gaji aku selama ni gaji Kemaman, kalau dah ke Miri tu pakai otak lah sikit banyak benda nak kena tambah, rumah sewa, kereta sewa, air ticket balik sebulan sekali jumpa anak bini.. kalau setakat sebulan dua ok lah.. ini 3 tahun beb.. tarak akai ka?

Kalau gaji lima nam juta ok lah.. ini berapa sen jerkk.. :P

Aku jaga workboat operation weii.. bukan jaga reban ayam.. itu pun payah. Kalau aku tak ikut kemahuan mereka, bakal ada lah show cause letter sampai kat aku nanti, bakal ada lah domestic inquiry.. apa kejadah..

Aku memang takde masalah kalau nak berpindah ke Miri, kerjanya bukan payah sangat lebih kurang kerja yang aku buat sekarang ni jer, cuma tambahnya ada vessel atau workboat untuk aku jaga.. lagi pun Sarawak Shell Berhad SSB dah pun interviewed aku baru-baru ni dan alhamdulillah aku passed, qualified and approved as Operation Engineer by Sarawak Shell Berhad.

Apa lagi mau pikir daa.. kasi up sikit lima nam ribu + air ticket + car and housing allowances then I go beb.. apa susah.. project 1 billion apa setakat aku sorang ni pun nak berkira ka.. ceh.

Tanya kawan-kawan, ada pros ada contras. Elok gi cari pengalaman dan dapatkan nombor Shell kemudian nanti dalam resume cantik oooo.. kalau ikut kawan-kawan yang bertanduk tu kata baik jangan biar dia orang melompat-lompat tak cukup orang nak run operation hahaha..

My wife no problem, kalau tak de halangan dia pun nak request tukar ka Miri, ala Schlumberger pun kat Krokop, Miri jugak.. eh tertulis pulak nama company awak Mi.. muahaha.. wife aku memang nak ikut, dia takut aku sorang-sorang kat sana nanti bawak balik 2-3 botol madu sarawak.. :P

So.. tunggu dah lihat bah..

8

I am having hosting problems again. If you?re a regular visitor to this site you?ve probably noticed error messages. I?ve also had problems with my wordpress databases crashing and needing repair too.

Message from my hosting:

Increasing of users on your account it already against our server TOS which is your account use server resource more than 10% that is not allowed, as now we are using Quad Core Xeon with 4GB RAM but your account is using more than 40%, for shared hosting we cant host your account anymore, so you need to move to another hosting or upgrade the package to semi dedicated server but if you are moving to other hosting make sure they are allowed you to use more than 10% of cpu resource, because your account will cause the server very heavy..

Sorry for any inconvenience caused..