Perjalanan bermula pukul 12.00 tengahari dari apartment aku meninggalkan Bandar Miri yang entah apa apa ni. Semuanya tidak dirancang dan tiada apa-apa persediaan rapi. Bawak pakaian dan laptop, pakai kereta Gen2 cap ayam kompeni, terus jalan bro.
Jalan terus meredah kesunyian melalui jalan-jalan dan lorong keboringan di Miri gezzzzzz…. Jiwang la pulak hehehe ..
Dari sini, terus limpas Luak Bay Esplanade menuju ke Beraya. Drive sendirian tengah tengah puasa… Hmm jalanraya sunyi pulak tu kalau minum air sambil ngisap rokok ni rasanya takde orang tau ni.
Alahhh kalau aku makan minum siang hari di Miri time puasa ni rasanya orang tak perasan sangat, orang sini cakap muka aku ada rupa orang local Sarawak, ada ke patut dia orang kata muka aku macam muka puak Iban hehehe..
So perjalanan di teruskan melalui jalan raya yang sunyi, sekali sekala jer bertembung dengan kenderaan lain. Kiri kanan jalan hutan kelapa sawit gezzzzz bosan nak mampus perjalanan ini. Dah la jalan berlopak lopak nasib baik kereta company, belasah saja la. Kalau pakai rim 17 tayar 45 aku rasa bengkok 18 la rim tu.
Kiri kanan adalah hutan, hutan belukar dan kelapa sawit. Sekali sekala jumpa rumah panjang, tapi rumah panjang dah modern la. Siap dengan astro, kereta dan ada yang memiliki back hoe. Keaslian dah takde hmm.. Aku nak cari yang original gitewww…
..a longhouse..
Jalan terus lagi sehingga sampai di Batu Niah, terus lagi sampai jumpa Similajau national park. Nak masuk tapi alaaa setakat park tu lain hari lah.
Aisehh.. Mana ler satu surau atau masjid tak jumpa lagi ni. Aku tak semayang Zohor lagi ni. Sebijik surau pun tak jumpa lagi last last ada jugak surau tepi jalan. Aku tanya boleh sembahyang ke, dia kata boleh. Hehehe aku tanya tu sebab nampak ada orang pakai seluar pendek dalam surau tu sedang menyapu. Manalah tau tu bukan surau, balairaya ke kan apa apa lah.
Aku cakap dari Miri tadi tak jumpa sebiji surau pun, hingga lah kat sini baru jumpa. Dia kata surau ni baru je siap, surau untuk muaalaf. Gezzzz… Nak harap bangsa lain jugak yang buat. Entah la labu…… Belasah ajer la.
After solat aku teruskan perjalanan hmm sampai dah kat Bintulu. Buat pertama kalinya sampai di sini. Dulu masa awal awal keje oil and gas selalu sangat dengar pasal Bintulu ni sebab company laa aku ada involve dengan MLNG3 project.
Bandar Bintulu.. Ok lah besar la juga. Cantik pun cantik, orang-orangnya pun cantik. Orang pesan nak aku belikan belacan Bintulu so aku drive ke tamu. Cari belacan gezzzzz rupanya ada pesta belacan di sini hahaha.. Terengganu dan Kelantan patut buat pesta budu kalau gitewwww… Ini tak asyik pesta mu kutuk aku aku kutuk mu… Bengonggg…
Orait.. Lepas tu aku singgah pasar Ramadhan tengok apa-apa yang menarik. Aku jumpa satu buahan exotic borneo, namanya engkalak. Aku sebut buat gajus dia orang kata bukan hahaha kat Semenanjung takde buah ni.
Aku beli buah tu satu supik (satu plastic la bro, orang Ganu kata) nak tra rasa. Cara makannya celup dalam air panas dan makan hahahah macam makan biskut kering.
Ok la sejam aku di Bintulu. Lapar bro, lapar gila. Tapi oleh kerana kuatnya iman di dada ini maka ku tahan walaupun aku tau hari ni punya puasa hanya puasa kering bro… Mata ini banyak sangat terhenti di wajah wajah ayu di sini. Walau pun tengok hanya sekali namun lamaaaaa sekali tengok tu. Hehehe…
Letihnya… Tu la neveng sangat nak travel bulan puasa.
Pukul 4.00pm teruskan perjalanan. Aku masih perlukan 3 jam lagi untuk sampai ke Sibu. Aduhai…
Email masuk thru my blackberry. Gezz email panas dari Shell punya Head of construction. Aku memang tak sedap hati dah, boss aku musti cari aku punya lah.
Dalam email tu kata progress slow, manpower idling dan macam-macam. Aku dah agak semua ini akan berlaku. Bengang la gini, aku nak cuti bro, jalan-jalan lepaskan tensen tapi apa punya bengong la weekend gini kena fikir pasal keje juge. Ishhh…
Bukan salah aku, bukan salah company aku la. Dia orang yang hantar spool salah, banyak error banyak modification la. So memang takde progress. Progress percentage tak naik la bro. Salah aku jugak ke? Gezzz aku jugak yang kena buat chronology. Eiii… Potong stim sungguh. Jadi engineer cap ayam gini la.
Ahh… Gi makan angin dulu la.
Sekitar jam 6.00 petang, baru jumpa sebuah restoran besar tepi jalan. Dia tulis makanan halal. Ada surau. Hmm.. Oraitlah stop dulu untuk solat Asar. Sian aku tengok surau ni, tak kisahlah nak buat camana kan.
Kira-kira dalam hati aku akan sampai di Sibu sekitar 7.30 malam gezzz tak sempat nak berbuka pulak. So amik keputusan tunggu je lah kat sini sampai berbuka, alang-alang surau pun ada. Nanti on the way tu bila pulak la jumpa surau.
So masuk la aku dalam restoran tu, rupanya tempat perhentian bas express. Ada orang makan dan minum. Biasalah bukannya pelik pun orang makan tu walaupun yang nampak cam Melayu pun ada. Sedangkan aku yang hensem ni pun mereka kata ibanez, apalah sangat mereka yang tak hensem tu kuang kuang kuang..
Amik lauk, nasik dan kueh satu. Standby. Sementara nak tunggu setengah jam lagi tu ramailah yang makan minum. Gezzzz serius macam aku je yang puasa di restoran makanan islam tu. Belasah la bro. At last ada gak satu family yang sama-sama menunggu waktu berbuka puasa dengan aku. Aaaaa…..
Makanan tak sedap, cap ayam. Harga dah la mahal. Nasik lembek berketul. Ikan patin entah bila punya lah. Aduhaiii ada la 2-3 suap je aku makan. Bengang betul la. At last blah cam tu jer.
Lepas semayang Maghrib teruskan perjalanan dalam hujan. Gezzz gelapnyer jalan takde lampu jalan. Suspen juga. Orang dah berpesan dengan aku jaga jaga sebab jalan Miri-Sibu ni memang selalu berlaku orang kena tahan tengah jalan. Nak merompak.
Terima call dari member aku di Miri. Chineese. Dia suruh aku be careful di Sibu sebab sana semua foochow. Gezzz… Aku dah cuak dah.
Katanya di Sibu ni 1001% foochow. So kena jalan tunduk bumi. Jangan buat hal. Kat Miri boleh settle lagi tapi di Sibu no way. Hehehe dia pulak yang bimbang.
Orait akhirnya aku sampai buat pertama kalinya di Bandar Sibu. Ok lah besar la jugak tapi dah malam nak tengok apa.
Tup tup jumpa Hotel Kawan, tengok rate ok. Agak-agak 3 stars gitu. RM100 nett ok lah. Aku nak lelap mata je bukan nak hidup di sana setahun pun. Aku check in, letih bro wa nak pusing-pusing. Nanti terlanggar foochow kang mampus aku. Hehehe..
Naik bilik. Mandi manda. Call member satu opis yang balik cuti ke Sibu. Mr Lau datang bawak aku pusing bandar Sibu. Wahhh cantik jugakkk malam hari. Nampak terbentang Sg Rajang. Sungai terpanjang di 1 Malaysia. Gezzz..
Nampak ferry besar entah apa nama siap dengan room hotel. Ferry entah apa nama ni hanya beroperate di Sg Kajang sahaja end to end. Hmmm.. Mahal oooo..
Dari jauh nampak Pagoda. Tapi Pagoda ni tak condong. Mr Lau kata esok gi la tengok. Tapi esok aku nak merentasi Sg Rajang, aku nak gi Kapit. Kapit bro… Lu tau ka kat mana Kapit tu? Gua pun tak tau.. Hehehe tapi dalam map tunjuk Kapit ni pendalaman Sarawak. Best tu mencari sesuatu yang asli.
Lepas tu pusing lagi bandar eiii ada ayam. Hehehe …
Orait la. Aku letih. Balik hotel terus tido. Esok nak puasa ke tak ni ha? Hehe..
Pagi esok bangun bagi pukul 7.40am. Abis subuh terbabas. Tak sengaja takpa nak buat camana.
Check out.
Breakfast eh.. Lupa. Puasa bro.
Terus menapak ke Terminal Penumpang. Ramai juge orang Sibu turun town hari minggu ni. Kalau aku baik tido jer. Lebih baik tido dari mengurus keringkan puasa aku.
Amik express Miri Boleh 268. Bayo RM30 for 1st class seat. Hmm business class RM25. Ok la tak banyak beza pun.
Yes aku nak ke Kapit. Tengok map mak aiiii jauh jugak Kapit ni. Entah la apa yang ada di Kapit aku pun tak tau. Member suruh aku gi katanya di sana masih original.
So naik lah aku ferry Miri Boleh 268 dan bertolak jam 9.30am. Macam tak percaya pulak aku sedang merentasi Sg Rajang yang selama ini hanya aku dengar dan aku belajar di sekolah dulu. Luas bro.. Memang luas. Panjangnya pulak xxxkm.
bersambung.. nanti upload gambo..