Satu catatan perjalanan yang pernah aku siarkan di forum CARI sekitar tahun 2003. Aku publishkan di blog aku ni. (Post masih under construction, sorry banyak photo belum di upload kan)
9th July 1997
Aku bermula dari Newcastle Upon Tyne (Tempat aku study) menaiki bas selama 6 jam dan tiba di Victoria Station, kat tengah Kota London. Tido semalaman kat rumah member di North London. Malam tu discuss nak ke negara dulu, Belgium ka, Holland ka, bukak Europe map tengok route yang paling cun.. sebab duit pun bukan banyak sangat, biasa lah student MARA. Target kalau boleh nak round semua negara kat Europe.
10th July 1997
Aku gi empat orang, berbebankan backpack, sleeping bag dan beberapa helai pakaian menuju ke London Charing Cross, iaitu train terminal yang membawa aku ke Dover, travel time approx 1hr 45mins.

Berpandukan European Travel Guide Handbook yang kita orang beli, kami naik Stena Line Ferry dan menyeberangi English Channel atau pun Strait of Dover, sama la tu.. ingat tak Dato Malek Maiden berenang selama 17 jam tu.. hingga sampai kat Ferry terminal di Calais, dah masuk France dah. Permandangan pinggir pantai Dover cantik, nampak putih jer tebing tinggi, batu kapur kalau tak silap aku.
Setiba kami di Calais tuh, kami amik train menuju ke Lille, France. Sebab kami bercadang nak masuk ke Belgium dulu, masa nak balik semula ke England nanti baru kami nak pusing France tu. Yang menarik di France ni, sesetengah tempat takde tiang electric, sebab dia orang guna under ground cable. Puak2 French ni sombong lah sikit kalau kita bertanya dalam English, nak bercakap kena dalam bahasa mereka kalau tak, maaf tak layan. Eloknya cakap bahasa Melayu je.. hahahaha.. OK lah, tinggal kan dulu France.
Hari yang sama juga, kami tiba Brussel central Station, stesyen keretapi yang membawa kami dari Lille tadi. Dah petang sangat dah, lapor perut jangan cakap lah. Jangan mimpi nak cari nasik, air tebu ka, nasik dagang ka.. piirah.

So malam tu kami lepak kat hotel cikai. Letih jangan cakap, merayau lah malam tu sekitar Brussel, sekor muka Malaysia pun tak nampak, kut-kut boleh tanya kat mana jual nasik ka, halal food ka.. malam pertama tu kita orang makan pizza dan fish n chip jer.. yang menarik kat Brussel ni, ada banyak kedai cam kalau kat Malaysia ni kat Bukit Bintang tu, style cofe bean.. pastu siap ada orang mainkan musik sambil berdiri, main gitar ka, piano ka.. pehh kami backpacker empat orang ni mampu tengok jer.
11th July 1997
Masih lagi di Brussel, Belgium.
Lupa nak cerita, sesampai jer kami di Brussel Central Station dari Lille semalam tu, tengah2 duk lepak tengok orang lalu lalang tup tup tengok ada sorang mamat tu berlari dari Central Station, dua tiga orang kejar dia dari belakang. Kejar punya kejar siap bawak pistol lagi, ahhh kami dah suspend dah. Akhirnya dapatlah tangkap mamat tu, entah case apa tak tau lah.. ishh cuak jugak sebab kat tempat orang ni banyak sangat dengar cerita tembak tembak free ni..
Keesokkannya dah bangun pagi, breakfast roti jer lah. Check out dan keluar mengembara eecehh.. kami simpan backpack kami kat luggage locker kat Central Station, nak bawak berat sangat meh.
Oleh kerana hotel yg kami tumpang semalam di tengah-tengah bandar, maka banyaklah jugak tempat yg sempat kami sighseeing. Brussel - Bruxelles - Brussels, semua mempunya maksud yg sama. Brussels is the bilingual capital of Belgium. Maknanya, French and Dutch are the official languages of the city. Sebab tu nama jalan pun ada 2-3 sebutan. Brussel ni more than 1000 years old, kalau tengok buku sejarah Julius Caesar pun pernah extend power nya sampai ke sini,
Kami sempat ke The Grand Place - tapis de fleurs ataupun flower carpet. Tempat ni setiap tahun akan dihiasi dengan permaidani yang sungguh cantik dan berseri, kiri kanan kawasan ni terdiri dari banggunan lama dan penuh dengan sejarah. Yang menariknya Kerajaan Belgium ni masih mengekalkan / preservation of its ancient buildings and historical traditions. Di sinilah terletaknya Town Hall, is widely considered to be one of the most beautiful town squares in Europe….



Ada sesuatu yg menarik di The Grand Place ni, iaitu The Mannekin Pis - Patung budak tengah kencing. Cisss.. aku pun tak tahu lah budak tengah kencing pun dia orang boleh buat statue. The Mannekin Pis ni sebenarnya di katakan di ukir dalam tahun 1388. Selepas tu beberapa kali kena curi, dan beberapa kali juga ianya dijumpai semula. Ada satu occasions tu, mereka memakaikan patung tu dengan 600 jenis pakaian, tak tahu lah kenapa mereka adore kat dia ni.
Photo bawah ni Menneken Piss - budak tengah syok kencing..

Masih lagi di Brussel, Belgium.
Hari tu jugak kami visited Jardin Botanique Kruid Tuin iaitu taman bunga, bukan visit sangat pun sekadar lepak berhenti penat ooo..
Next, kami ke The Atomium iaitu monument atom yang di bina dalam tahun 1958. Monument atom ni diperbesarkan sebanyak 165 billion times untuk jadi sebesar tu.. ni aku paste kat bawah.. tinggi monument ni 100 meter.

Pastu kami melarat sampai kat The Cinquantenaire Park , biasalah taman dan ada ler beberapa banggunan peninggalan sejarah.. takde yg menarik sangat kecuali taman yang cantik dan terpelihara.
Last sekali sebelum kami blah, kami ke Mini Europe. Kat sini semua monument dan building yg ada seluruh Europe, ada di sini.. cantik dan err.. apa nak kata aaaa.. memang unik lah..


Petang tu kami membuat keputusan untuk terus ke Amsterdam, so amik train ke Antwerpen, utk tukar stesyen keretapi.
Malam tu kami amik train dan bertolak ke Amsterdam, Holland.. sampai dah agak nak malam dah.. dalam tourist guide handbook berpesan, supaya berhati-hati kat Amsterdam.. heheheheh!
AMSTERDAM!!
Read the rest of this entry »