Demonstrasi suara rakyat
June 13th, 2008 | 11:44 amPosted by eddyra on Isu Semasa
Masa aku study dulu aku pernah menonton banyak demonstrasi aman yang dibuat di tepi jalan, di depan banggunan ataupun di kawasan-kawasan lepak, ataupun square. Yang menariknya tiada polis yang menggangu mereka bahkan polis-polis tersebut membantu mengawal traffic!

Demonstrasi yang paling bodo pernah aku tengok ialah gang Green Peace yang berdemo di hadapan Burger King. Dia orang protes Burger King yang mengorbankan lembu semata-mata untuk dijadikan burger. Keh keh keh.. tapi walaupun nampak bodo takde pulak polis yang halang ataupun puak-puak lain yang gi buat provokasi.
Demonstrasi lain yang pernah aku tengok ialah satu perarakan membantah keputusan yang dibuat oleh kerajaan Britain, aku tak ingat apa kebendernya tapi demo tersebut berjalan dengan aman dan tak de masalah dengan puak-puak kerajaan di sana. Demonstrasi berjalan dengan lancar tanpa water canon macam air siram pokok bunga DBKL tu.
Aku balik ke Malaysia. Sekitar tahun 1998 kut masa tu gang-gang reformasi ada buat demonstrasi di Kg Baru, KL. Aku join tengok sebab aku kebetulan berada di KL, takde kerja pulak kalau semata-mata nak turun ke KL sebab nak berdemo kan. Entah apa yang sebenarnya yang berlaku aku tak tau tapi aku pun kena kejar dek FRU, aku tengok orang berlari bertempiaran. Syok juga main kejar-kejar ni.
Perbandingan yang aku boleh buat, di Malaysia ni tidak boleh menerima bentuk demonstrasi seumpama ini. Mana-mana protes, rally, demonstrasi walaupun difikirkan sebagai perhimpunan aman adalah tidak boleh diadakan. Kalau buat jugak boleh kena igak (hahaha).. polis kata jangannn. Kita akan jadi seperti beruk-beruk di jalanraya.. macam dalam satu video clip tu kata.
Itu pendapat aku.
Ketika BERSIH buat perhimpunan di KL sekitar February 2008, ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Kalau tanya aku, aku bersetuju sebab itu pendapat rakyat dan rakyat berhak menyatakan pendapat mereka.
Sama dengan isu kenaikan harga minyak sekarang dan rakyat ingin berhimpun untuk menyatakan protes mereka. Aku setuju. Rupa-rupanya YB Tok Guru Nik Aziz pun bersetuju dengan aku.. dan aku pasti bantahan rakyat kepada kerajaan tidak berunsur politik sebab apa-apa parti sekalipun dijemput untuk berhimpun. RM2.70 seliter tu orang UMNO pun kena, orang PAS orang PKR, DAP semua kena. Tak kira lah orang tu penyokong hidup mati UMNO sekalipun, dia tetap kena RM2.70 jugak.
“Ini adalah hak asasi rakyat (minyak)… kalau kerajaan tidak mahu rakyat berdemontrasi, janganlah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak rakyat” - Tok Guru Nik Aziz
Hari ini dijadualkan satu demontrasi membantah kenaikan harga minyak akan diadakan di ibu kota dari Masjid Kg. Baru hingga ke Suria KLCC.
Rakyat nak berita kepada kerajaan bahawa mereka tidak bersetuju dengan harga minyak, rakyat tertekan dengan harga barang yang bakal meningkat.
Betul sepatutnya perhimpunan tersebut tidaklah seharusnya diadakan kerana tidak mendapat kelulusan permit dari pihak berkuasa. Secara tidak langsungnya, perhimpunan tersebut menjadi satu perhimpunan haram.
Tapi.. rakyat perlu bersuara…






