Akukah yang terliwat…

August 18th, 2008 | 01:32 pm

Posted by eddyra on politic

Beberapa hari lalu rakyat Malaysia menyaksikan, dan menjadi saksi kepada upacara angkat sumpah (mubahalah) seseorang yang dikala ini menjadi terkenal dengan tiba-tiba. Apa yang menariknya, sumpah laknat yang dilaksanakan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan ini, memperjudikan nasibnya sehingga kiamat.

“Bismillahir rahmanir rahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, nombor kad pengenalan 850706-01-5687, sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:

“A’uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismillahir rahmanir rahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya.

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga kiamat. Wallahualam.”

Aku tak nak komen samaada benar atau tidak kejadian terliwat ini berlaku, sebab aku tak berada ditempat yang dimaksudkan, lainlah kalau aku yang skodeng. Takda orang yang tahu melainkan Saiful sendiri, atau DS Anwar sendiri. Wallahuaklam.

Kepala otak aku berpusing-pusing memikir hal ni.. betul ka DS Anwar Ibrahim telah meliwat Saiful? Banyak sangat cerita-cerita dari internet yang menceritakan keperibadian beliau yang sukakan lelaki lembut ni. Sejak dari MCKK lagi.. kalau tuduhan ini tuduhan politik maka cerita ini aku anggap cerita politik.

Betul kah si Saiful ni dulu homosexual, rejected Uniten, Saiful mintak biasiswa, Saiful balaci UMNO, Saiful muda dan perlu melawan .. entah banyak sangat cerita-ceriti yang ditambah perisa. Sama jugaklah, bagi aku ini pun cerita politik maka jadilah modal politik.

Malas lah aku nak tulis pasal 2 orang VIP ni. Berani buat berani tanggung. Sendiri punya cakap sendiri mau ingatlah. Tok guru aku cakap akhir zaman ni Tuhan delay kan bala kepada hambanya.. tak macam zaman para anbiaa dulu kalau buat terus kena. Apa yang kita buat hari ni lain hari Tuhan kasi tunjuk video clip tu semula kat kita. Cerita politik hari ni memang cerita busuk, jangan marah. Memang cerita busuk..

Saiful bersumpah beliau tidak rela dan diliwat secara paksa, sedangkan di dalam pertuduhan ke atas DS Anwar Ibrahim adalah seksyen 377B iaitu dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful secara sukarela.. mana satu betul daa?

Harap aku tidak terliwat untuk menulis cerita terliwat ini.

Tapi kenapa mesti meliwat aaa.. Tuhan dan jadikan baik punya tunnel, tunnel lain jugak yang di pi hantam. Best agaknya. Kalau aku gay boleh jugak aku mendalami hati dan perasaan gay nih.. tapi aku bukan gay huhu. Aku normal. Aku tak boleh dan aku mintak Tuhan jauhkan aku dari kaum ni. Apasal ehh.. entah aku rasa geli geleman… eiii. Banyak benor photo sodom dalam internet, geli tekak aku.

Mesti ada rahsia di sebalik liwat ni.. hahaha…

First Anniversary

August 16th, 2008 | 12:35 am

Posted by eddyra on Blog

Today, one years ago, mark the very first post I made on this blog, set up this domain, blog on this address using independent hosting, and using WordPress as the blogging platform.

Eddyra.net has had 245,382 page views since launch. Thanks to all the ’special readers’ out there. Thank you to all my fellow readers for keeping this blog alive all this while.

Bicara tentang wanita

August 15th, 2008 | 01:45 am

Posted by eddyra on Life

Salam,

There are 3 things that can ruin a man’s life: power, money, and woman. Aku nak bercerita tentang bagaimana orang pompuan ni menjatuhkan lelaki. Orang kata behind every man’s success is a woman, and behind every success man there is a woman who is ready to destroy his success. That’s the power of woman my friends, the most beautiful creations walking on the earth. Pergh.. tangan yang menghayun buaian mampu menggegarkan dunia.. nampak lemah lembut tapi heavyweight boxer Mike Tyson pun boleh tewas dengan wanita. Wow..

Banyak cerita kita dengar pasal lelaki yang hancur disebabkan wanita ni. Adam a.s was the first man to fall at the hands of a woman, everyone knows this. Syaitan goda Adam a.s, failed bang.. failed. Hawa pujuk Adam a.s and he chose to listen to Hawa when he knew he shouldn’t have to. Because of that they were cast out of the paradise. Sebab apa jadi gitu, sebab wanita tau how much men love them, sebab mereka tahu lelaki akan kalah dengan pujuk rayu wanita.

Don’t worry ladies, I am not blaming you, without you, life would not be perfect. I know woman is not really that cause of man’s downfall, it is love and passion that destroys a man.

I am sorry if I had hurt anybody’s feelings.

Sejarah silam menceritakan lelaki gagah seperti Julius Caesar dan Mark Anthony pun boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Napoleon Bonarparte, one of the greatest military leaders in history boleh jatuh ke tangan Josephine. Samson yang mampu membunuh singa dengan tangan kosong pun boleh kalah dengan Delilah.

Nazi leader Hitler boleh tewas dengan Eva Braun, Eva bunuh Hitler, lepas tu bunuh diri sendiri. Itu belum cerita orang lelaki yang tergoda dengan awek GRO dangdut lagi.. tumbang bang.. tumbang. Belum cerita mat rempit berambat sebab nak dapat hadiah seorang perempuan.. sampai nak mampus kan diri.. perempuan punya pasal. Apa kejadah.

Demikian hebatnya wanita ni tuan-tuan.. Romeo sanggup minum racun sebab tengok Juliet dah mati. Dah mati cari lah yang lain, apa ke bodo nak sama-sama mati.

Kadang-kadang aku pelik, nak launch kereta baru pun model perempuan yang lebih-lebih, kalau beli kereta dapat hadiah model tu takpa la jugak, boleh bawak balik suruh basuh kereta ka.. Iklan minyak pelincir moto pun ada perempuan, maka berbondong-bondong lah mamat rempit beli minyak pelincir. Entah apa kaitan perempuan dengan minyak pelincir tu. Masa di fiesta apa entah aku lupa, sekitar 90an di KL nun, berbaris panjang lelaki ni, ingatkan apa rupanya berbaris nak bersalam dengan model rokok. Adehh..

So apa sebenarnya yang kita nampak di sini.. the power of a woman my friend readers. Lelaki ada satu nafsu sembilan akal, perempuan ada sembilan nafsu satu akal. Satu nafsu lelaki inilah yang banyak duk terangsang ke arah object sex. Sembilan nafsu perempuan ni macam korang tau lah, nafsu kepelbagaian.. cewah. Nak manja, nak gedik-gedik, nak tunjuk lawa, nak gelang beso lengan, nak kereta besar, nak perabot, nak mewah, nak mengata, nak menggatal.. ish banyak lah pulak.. Dia orang perempuan ni bernafsu kepada semua benda tetapi perlu ingat dia orang ni tidak mudah dimusnahkan oleh semua benda. Lelaki nafsunya satu, yang satu ni lah kebanyakkanya musnah dengan wanita..

Lelaki ni malas nak bercakap pasal langsir ka, perabot ka, pampers anak ka.. cuba ajak cakap pasal cara-cara nak memanjang atau nak tahan lama.. wahaha kui kui kui. Lelaki cari kerja yang best-best, nak income yang besar, nak pakai kereta yang besar, rumah yang besar-besar.. sebab apa, sebab nak dapat perempuan yang besar besarrr..

Lelaki selepas penat buat business, layan karaoke dengan GRO. Entertain client sampai ke Hadyai, sebab apa sebab nak suruh client approve proposal. Lelaki sama lelaki pun tahu mereka akan tewas dengan wanita, sebab itu lah dijadikan wanita ini sebagai satu fitnah yang amat besarr..

Dijadikan sebagai makhluk yang cukup hebat sehingga lelaki akan tewas dengan pujuk rayu seorang wanita. Tuhan dah jadikan mereka gitu.. itu lah kelebihan mereka. Kalu gi tang Koto Bharu, masuk abe nok beli gapo.. wah lembutnya ayat.. mati kutu bang.. sampai makcik hok tuo-tuo pun pangge kawe abe.. kui kui kui..

Dah berbini anak lapan pun kalau orang perempuan lain beri perhatian, tanya apa khabar, dah makan ke, sihat ke, ambil berat sikit, tunjuk concern sikit.. jatuh hati jugak. Ish sama la dengan perempuan, kalau lelaki caring sikit pun jadi jugak kan…

Makhluk Tuhan yang paling cantik, dengan senyuman, lirik mata, suara yang lunak, manja .. luruh jantung lelaki dik. Jangan salahkan seratus peratus kepada lelaki kerana tak boleh nak control semua ni, .. sebab lelaki ni lemah dengan sifat-sifat wanita ni. Itu lah pasal Tuhan beri guide supaya kita tak terpengaruh dengan perkara-perkara yang boleh membinasakan ni.

Apatah lagi kalau perempuan tu berhias macam lupa esok nak mati, touch up situ touch up sini. Pakai baju ketat sampai nak terkeluar buah betik. Seluar ketat kain ketat sehingga menyiksakan mata lelaki yang melihat. Jalan goyang-goyang punggung pakai kasut high heel ketup ketak ketup ketak.. menggoda nafsu lelaki. Ini agaknya orang kata makhluk Tuhan yang paling seksi..

Ini permerhatian aku sendirilah, kat opis ka, kat sekolah ka, kat shopping complex ka, kat mana-mana lah.. perempuan ni suka menonjolkan apa-apa yang boleh ditonjolkan untuk public. Tak payah lah aku detailkan, lu pikirr la sendiri. Jawapan default .. I bukan nak menunjuk-nunjuk, untuk kepuasan diri. Yer ker hahaha… patut ler banyak sangat kedai salon, pusat-pusat kecantikan, barangan cosmetic wanita di dunia ni. Semuanya mempunyai target yang sama, mau kasi body mantap punya. Elok lah tu, bukan untuk orang lain, untuk lelaki jugak kan. Dia orang abis ribu-ribu pun untuk kita jugak walaupun yang kena keluarkan duit tu.. kitaa jugak. Dia orang pakai baju singkat nampak pusat nampak seluar dalam bukan nak tunjukkan pada perempuan lain pun. Dah berlaki pun masih berpakaian yang menggoda lelaki lain, itu yang jadi laki orang syok kat bini orang, bujang ada affair dengan bini orang.

So antara sifat-sifat kejadian wanita ini lah boleh menghancurkan hidup lelaki kalau lelaki tu dari kalangan lelaki yang bodo. Seganas-ganas lelaki pun hancur hanya dengan kecantikkan rupa paras dan pujuk rayu wanita. Walaupun perempuan tu tak cantik, muka berjerawat batu sekalipun kalau kena caranya lelaki cerdik sekalipun boleh jatuh ke tanah juga.

Dasyat betul perempuan ni..

Crude oil and natural gas

August 7th, 2008 | 12:09 am

Posted by eddyra on Oil & gas

Crude oil ialah cecair (liquid) yang datangnya dari bawah permukaan bumi. Nama pun cruder oil, jadi crude oil ni perlu di process terlebih dulu dan diasingkan melalui beberapa process dan process-process ini menghasilkan product seperti petrol, diesel, jet fuel minyak pelincir dan sebagainya.

Manakala gas asli (Natural Gas) ialah gas yang juga tersimpan dalam telaga minyak tadi. Ada 3 chemicals yang boleh di dapati daripada natural gas ni ethane, propane, and butane. Masa SPM dulu Chemistry aku dapat 8.. itu yang lembab sikit tu.. huhu.

Ethane di process dan dijadikan ethylene, kemudian digunakan untuk menghasilkan barangan polyethylene seperti plastic bag, casing handphone korang dan bekas plastic isi kuih. Polyethylene (M) Sdn Bhd di Paka nun menghasilkan polyethylene material dan menjadi raw material kepada manufacture barangan plastic. Optimal (M) Sdn Bhd, Petlin Sdn Bhd, Ethylene Malaysia Sdn Bhd ni semua chemical plant yang berkaitan dengan raw material dari natural gas ni. Kalau lalu kat Paka boleh nampak plants ni kiri kanan perjalanan.

Ethylene jugak diguna untuk menghasilkan product seperti radiator kereta, lori dan macam-macam lah. Ethylene oxide finish product jadi paints material. Ethylene campur chlorine jadi vinyl chloride. Vinyl chloride melalui beberapa process maka jadilah PVC pipe yang kat rumah tu. Dari bahan ini juga maka terhasil barangan seperti electrical cables, packaging material, furniture, stationery, vinyl flooring, selipar, plastic bag derma darah (blood bag) dan mainan kanak-kanak.

Propane dan butane pulak diprocess untuk dijadikan gas LPG untuk memasak dan heating rumah macam kat negara sejuk. Produck lain yang terhasil dari propane dan butane ni seperti cream dan lotion muka.

Secara ringkas natural gas ni juga menjadi bahan utama untuk dijadikan baja, battery dan bahan kimia untuk pertanian.

Dulu masa budak-budak aku ingat plastic bag sampah tu diperbuat daripada pokok getah..

Pocong yang hampeh..

August 3rd, 2008 | 09:10 am

Posted by eddyra on joke

Selepas minum-minum dengan member member malam tu, aku pun start motor dan blah balik ke rumah ler. Macam biasa lah perjalanan pulang ke rumah aku mesti melalui jalan kampung yang agak gelap dan suspen. Oleh kerana dah biasa lalu jalan tu, jadi aku lalu je lah kan..

Setibanya aku di kawasan yang agak ‘unik’ sikit tu aku ada rasa sedikit lain macam, kawasan tu memang ada aura yang tersendiri, mungkin disebabkan semak samun dan beberapa batang pokok tinggi di kiri jalan tersebut membuatkan area tu nampak lebih suspen.

Tiba-tiba….

Aku nampak mayat berkain kapan putih tegak berdiri betul-betul di tepi sebelah kiri jalan, di bawah pokok besar. Betul-betul di depan mata aku. Seriau bang.. abis berdiri semua bulu yang ada. Mata aku memang tak tipu punya.. memang confirm pocong bodoh.

Serentak dengan itu aku terus pulas minyak motor, terkejut beruk punya pasal.

‘Woiiiiiiii…’ Aku jerkah kat pocong bodo tu.

Natang punya pocong.. Kemudian aku pusing balik, kuatkan semangat untuk tengok semula pocong bodoh tu. Seriau jugak, maklumlah malam, gelap pulak tu. Sampai betul-betul di depan pocong bodoh tu aku tengok ada asap berkepul-kepul, memang real macam dalam cerita kat TV. Siap dengan daun kering yang di bakar untuk jadikan asap. Bodo betul.

Memang bengong lah siapa punya kerja ni. Aku call member yang sama-sama minum tadi mintak dia datang settlekan pocong ni. Kalau boleh kita liwat pocong ni. Atas rasa tanggung-jawab sebagai masyarakat yang prihatin, perkara-perkara bodoh macam ni perlu dihapuskan. Aku bimbang kalau ada makcik-makcik yang lalu jalan tu terkejut lalu pensan.

Kalau tak settle jugak malam ni, aku khuatir esok lusa akan heboh cerita pocong di kawasan aku. Biasalah masyarakat kita ni kan. Kecoh nak mampus.

Satu dua motor yang lain berhenti untuk melihat pocong tersebut, orang ramai yang lalu kawasan tu ada yang berhenti dan ada yang buat tak tau.

Member aku pun datang lalu rebahkan pocong bodo tersebut dan bakar kain putih yang membalutnya. Ada seorang mamat ni kata semalam dia dah nampak pocong ni dekat dengan rumahnya nak tegur rasa takut, mungkin ingatkan pesanan orang tua jangan ditegur. Bangun pagi katanya dah takde.

Orang ramai semakin ramai berhenti untuk melihat pocong bodo yang sedang terbakar sambil menyumpah-nyumpah.


Pocong yang telah diliwat, keesokan harinya…

Abis jer kain bungkusan pocong tu terbakar, nampak lah ‘mayat’ tersebut. Buah kelapa yang diletakkan di hujung batang kayu sebagai kepala pocong, kain batik yang tebal sebagai dada dan paha.

Anyway.. good job boys. Good job. I know who you are..

Today is my birthday

August 2nd, 2008 | 02:50 pm

Posted by eddyra on Life

Today is my birthday, yes, my birthday is on 2nd August. Not much to say and I don’t think I will be doing anything special today. There is nothing I really want for my birthday. No birthday cake, no birthday party. Nothing special.

I’m so thankful to Allah for giving me another life, a good health and good life.

Happy Birthday to Me!

Bubar PAS bubar UMNO

July 27th, 2008 | 09:28 pm

Posted by eddyra on politic

Tok Guru Nik Aziz kata bubar UMNO bubar PAS, kita bentuk parti baru yang berteraskan Islam.

Abis cerita. Sorok dulu cerita liwat dan cerita Altantuya.. tau takpa.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me