Salam sekali lagi,
Setiap apa yang dijadikan Tuhan tu ada hikmah disebaliknya. Dijadikan lelaki dan perempuan untuk kenal mengenal dan berkasih sayang lantas berkembang dan menghasilkan keturunan.
Kejadian lelaki dan perempuan ada sedikit perbezaan dari sudut fizikalnya serta juga kemampuannya dengan fungsi yang tersendiri dan khusus. Wanita itu dijadikan lengkap dengan rahim bagi mengandungkan janin. Janin terbentuk hasil dari tertumpahnya air mani lelaki yang geli-geli ke dalam rahim menerusi hubungan sex.
Berlakunya hubungan sex ni disebabkan rasa geli-geli antara lelaki dan perempuan. So dalam soal ni, aku nak kaitkan dengan sex bebas ni, Tuhan jadikan celah kangkang lelaki dan perempuan tu dengan deria rasa dan saraf yang memberitahu otak bahawa sex itu syiok giler. Takde benda yang paling best dalam dunia ni yang yang boleh menandingi hebatnya sex, kalau ada orang kata korek telinga tu sesuatu yang mengasyikkan, maka sex lebih mengasyikkan dari itu.
Ketahuilah bahawa setiap yang syiok tu ada peraturannya, mesti ada limit, kalau setiap benda syiok dalam dunia ni tak ada limit percayalah huru hara dunia ni, contoh paling bodoh yang aku boleh beri ialah drive laju selaju yang boleh, memang syiok wooo tapi undang-undang dah set limit kepada 120km/h.. kalau nak lebih dari tu, itu hak masing-masing tetapi akibatnya kita boleh accident dan hilang nyawa di highway..

So sama juga dengan sex tadi, benda tu memang sedap pun tetapi ada limitnya juga, kalau terbabas boleh pregnant. Cantik dah Tuhan buat benda-benda ni, khayal dan mengasyikkan sampai tak sedar orang ketuk pintu bilik, sampai tak sedar jantan kabaret record scene mengangkang tu tetapi hukum alam dah set, silap hari bulan boleh bunting.
Maka termengandunglah anak dara ni selepas check dengan pregnency tester, ada double line. Apa nak buat sekarang?
Samada terus menyawakan baby tersebut atau kill the baby. Mana nak letak muka bro, ini bukan oversea boleh bawak perut ke sana sini takde orang nak kata, di Malaysia ni jangan kata anak dara mengandung, anak dara kena tangkap khalwat pun dah malu besar.
Nak terus membesarkan perut, malu.. nak abort duit takde. Kalau ada duit nak abort pun kena tengok usia janin jugak.. kalau dah terlalu besar doctor tak berani buat, so berlakun baiklah selama 9 bulan.
Cukup 9 bulan dah sampai masa, cari toilet hostel atau cari semak dan beranak sorang-sorang.. woww ngeri punya pengalaman. Masa wife aku beranak dulu, aku yang teman dia pun rasa nak pitam padahal doctor dan nurse semua ada, complete dengan alatan dalam labour room.. ini sorang-sorang je bro.. sorang-sorang je duk push push push.. camana eh nak imagine.. sakit ooo.. sebab tu lah aku tak nak beranak.
Bila dan settle lahirkan anak tu, apa nak buat sekarang.. cari surau atau masjid atau tong sampah.. atau longkang.. kalau umur panjang ada lah tu nanti orang jumpa, panggil polis panggil press, esok lusa keluar dalam Metro. “Bayi dijumpai dalam tong sampah…” .. TV3 pun buat coverage, menteri buat comments, ahli academic buat comments, lepas tu iklan minuman keraskan batang dan jamu untuk menyempitkan highway.. lepas tu war-warkan pesta sure jerit akan di adakan di sana sini, datanglah beramai-ramai…
Hehehe.. betul apa..
Yang peliknya, mudah jer perempuan tu beranak, sihat walafiat lagi baby tu.. tak perlu gi buat routine check di klinik desa pun.. mak budak pun OK jer .. tapi perempuan tu ada bawak gunting tak masa nak beranak tu ekkk? Kalau tak gunting camana nak keluar, kalau kepala baby tu kecik OK ler, kena baby yang berat 4 kg kepala besar buah labu.. mak aiii… takut aku nak beranak ni.. tu yang hari-hari aku telan pill Jasmine nih.. muahahahahha..

Kepada peserta-peserta sex bebas ni, kalau lah membaca blog ayam ni aku nak berpesan sikit ler, dan berpesan kepada diri aku jugak lah.. kalau belum berzina tu, jauhkan lah dari berzina.. memang pun best tapi kena lah fikir pasal consequences nya, akibat dari perbuatan terkutuk tapi best tu. Kalau bofren ajak berzina jangan pulak getik-getik pi kangkang, kuatkan iman dan jangan terpedaya dengan nafsu.
Kalau dah berzina tu, stop la dik.. macam ustazah aku cakap, berpuasalah, kalau puasa pun tak boleh, cakap kat mak ayah nak nikah, tak tahan sangat dah hari-hari ingat kat kangkang.. kalau mak ayah tak beri, gi nikah kat sempadan sana, sah tu sah lah kalau menurut syariat yang betul, soal undang-undang tu settle la kemudian, standby la 3-4 ribu untuk bayar saman. Alahh.. ahli politik pun nikah kat luar beb.
Kalau dah memboyot perut tu, teruskan sehingga anak tu selamat dilahirkan, jangan lah di tambah bala dengan mencekik leher budak tu, biarkan lah dia hidup, dia pun ada hak nak hidup.. dia tak bersalah dalam hal ni.. rasanya aku pernah bercerita tentang seorang kawan yang ingin menutup aib seorang perempuan yang mengandung anak luar nikah, lalu mengawininya, walaupun nampak macam hero tamil tapi bengong jugak sebab bila anak tu lahir, dia ber binti kan nama dia, adehh..
Kalau di UK, anak luar nikah ni ada tempat untuk ibu-ibu muda ni serahkan baby kalau tak mampu nak jaga atau malas nak jaga, mungkin ini antara sebab kenapa kadar teenage pregnancy rate di Britain ni paling tinggi di Europe. Dah ada baldi di bawah sinki, curah je lah air. Kalau ni Malaysia ni, pun ada tempat untuk remaja bermasalah yang ingin tempatkan anak luar nikah mereka.. sama macam kes baldi dah ada tadi, curah je lah.. tak paham tak pe lah.
Kalau rasa tak mampu nak menanggung malu dengan anak luah nikah, serahkan elok-elok pada orang yang mampu menjaganya. Masih ada pasangan yang masih terkial-kial di luar sana untuk mendapatkan anak namun tak berjaya..

Selain dari masalah pembuangan bayi ni, peserta sex bebas ni terdedah kepada masalah-masalah lain seperti penyakit kelamin seperti Herpes, syphilis dan gonorea. 3 penyakit ni still OK lah sebab ada ubat, kalau kena HIV seterusnya AIDS payah la bro.. makan tak abis lah. Syiok syiok juga tapi kena ada limit lah bro kalau sex bebas ni, kalau stick to same partner lain lah cerita, tapi kalau tido dengan prostitute atau dengan bohsia kabaret tanpa pakai baju hujan memang ler cari penyakit. Playsafe bro.













