Perempuan yang cerewet
May 2nd, 2008 | 11:33 amPosted by eddyra on Life
Cerewet! Memang cerewet.
Mungkin telah ditakdirkan sikap mereka begitu. Mungkin dari azali lagi mereka ni c.e.r.e.w.e.t. Kalau ada jantan yang slow, yang berkira-kira, yang banyak songel ni biasanya kita dengar orang akan kaitkannya dengan perempuan, cerewet macam perempuan. Bukan aku kata, orang kata.
Soal memilih pasangan hidup, pun cerewet. Nak yang hensem, yang ada kereta, yang kerja best-best, ada rumah besar, ada yang itu yang ini. Seorang kawan perempuan yang aku kenal sampai hari ni masih belum berbopren sebab nak cari bakal suami seorang architect atau engineer yang kaya. Umur dah melebihi 30 tapi masih ada hati mau demand. Itu memilih namanya, bukan memilih untuk mencari suami yang baik dari yang tak baik. Mari kita bandingkan dengan lelaki, rupa paras wanita dah jadi no 2, yang penting baik, beriman dan mampu menjalankan urusan rumahtangga. Kalau dia dah berkenan dengan seorang perempuan tu, dia jumpa mak bapak perempuan tu, melamar, bertunang dan terus kahwin. Mudah jer.
Perempuan kalau gi shopping, masa itu lah kalau nak kenal cerewetnya perempuan. Belek itu belek ini. Nak beli pengetip kuku pun abis round satu shopping complex. Itu belum kira nak beli sepasang kasut lagi kan. Berbanding dengan lelaki, nampak jer pengetip kuku umpamanya, terus bayar. Abis cerita, banyak lagi masa yang boleh digunakan untuk kerja-kerja yang lebih berfaedah dari pusing satu complex sekadar nak window shopping! Betul tak gang-gang mesyuarat tingkap semua?
Itu tak kira lagi camana cerewetnya mereka memilih kain langsir. Nak match dengan kaler floor tiles lah, wall panel colour lah.. aduhai. Corak bunga besar tak mau nak bunga kecik, yang ada manik-manik lah.
Lelaki kalau diajak keluar ke bandar, contohnya. Pakai seluar, sarung baju, buka pintu rumah cari selipar, hidupkan engine kereta ON kan air con. Siap. Tak sampai 5 minit. Perempuan, mak aii.. cari anak tudung, cari baju kecik seluar kecik nak match dengan kaler yang dia pakai, duk depan almari baju kaler mana nak match dengan kain ka dengan seluar ka pakai tudung herot situ herot sini dah 5 minit, gincu campur bedak lagi, bergaya dengan cermin lagi, eh sempat lagi basuh pinggan, duduk depan rak kasut duk pikir mana kasut nak pakai. Aduh saleha.. setengah jam paling cepat. Itu pun tak kira anak-anak yang nak ikut sekali. Jangan marah.
Kalau kita nak list kan perkara-perkara cerewet seorang perempuan tu, mungkin memerlukan lebih banyak ruang di blog ni, jadi untuk tidak merugikan space yang ada ni, kita beri 2-3 contoh jer lah. Terlalu banyak kecerewetan mereka sebenarnya.
Namun anugerah cerewet ini lah sebenarnya sesuai dengan perempuan bila kita lihat kejadian yang Tuhan jadikan mereka ni perlu dengan sifat-sifat cerewet ni, nantilah kita sambung lagi. Nanti kita lihat kenapa cerewet itu perlu ada pada wanita…





