I am back

May 30th, 2008 | 01:53 pm

Posted by eddyra on Blog

Salam semua pembaca budiman,

Seminggu jugak lah aku tak menulis kat blog ayam aku ni. Banyak sebenarnya yang aku nak perkatakan di sini tetapi disebabkan masalah-masalah yang tak dapat nak di elakkan, maka aku terpaksa akur dengan keadaan.

Streamxy akhirnya back online setelah hampir sebulan depa kat tmnet tu buat kerja cam cap ayam. Payment nak cepat, lambat sikit suspended. Apa kejadah punya service. Aku rasa ayam kat lorong punya service lagi tip top, bayar jer terus dapat service.

Banyak email masuk suruh aku post lagi, hantar resume dan macam-macam lah. Terima kasih. Aku salahkan tmnet sebab dia punya pasal semua urusan ni terbantut. Kalau tak salahkan depa aku nak salahkan sapa lagi, ingat tak lagu bangau oh bangau? Kan itu mentality masyarakat kita yang sedari dulu orang dah tahu, sehingga ada lagu untuk menceritakan tentang mentality masyarakat kita. Last-last ular kata memang katak tu makanan dia kwang kwang kwang..

Orait..

Seminggu ni banyak cerita, cerita politik Ezam masuk UMNO, Tun Mahathir Keluar UMNO, DS Idris Jusoh lepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato Sabery Cheek dan Rasol Wahid letak jawatan macam-macam lah, pening kalau nak follow politik Malaysia ni.

Cerita pasal rebutan Pulau Batu Putih di Singapore yang akhirnya sah menjadi milik Singapore, cerita pasal document Pulau Batu Putih yang hilanglah.. macam-macam ada. Tentu Kak Fatiah suka pulau tu jadi milik Singapore, kan kak..

Aduhai, cerita pasal berakhirnya era monarki Nepal yang bertahan selama 239 tahun. Nepal sekarang dah tak bersistem dengan sistem beraja dah. Kita masih ada raja, tapi raja kita akhir-akhir ini teruk dihantam oleh orang politik. Nasib baik masih ada raja kalau tak orang-orang kita dah takde orang nak hormat dah, pendapat aku lah kan.

Cerita tol Cheras lah, cerita pasal uniform sekolah yang sexy dan stim kan orang lelaki.. aduhaii macam-macam cerita.

Aku pun ada cerita, banyak cerita. Nanti-nanti lah aku cerita.

Thank you to all my readers

May 27th, 2008 | 04:49 pm

Posted by eddyra on Blog

I like to say thank you to all my blog readers for keep coming back to read my post, add comments and making this blog growing. At the moment I could not update my blog due to work constraint and at the same time my STREAMYX is down.

I promise to update this stupid blog once I get my things sorted out.

Thank you to all my readers.

Cheers

Takut Bini..

May 22nd, 2008 | 05:10 pm

Posted by eddyra on Life

He He…

Takut bini ataupun takut pada isteri merupakan satu fenomena di mana seorang laki yang takut pada bini dia. Perasaan takut pada bini timbul apabila bini dia memuncungkan bibir mulutnya sehingga 2-3 inci, atau perasaan takut kena belasah dek bini dia (mungkin sebab bini dia berbadan besar dari dirinya), atau takut kena tidur di luar ruang tamu, atau pun takut muka bininya akan bertukar kepada muka singa betina ataupun takut bininya merajuk.

Mana datangnya istilah takut bini ni, mengikut kajian aku pun tak tahu siapa yang mula-mula mencipta istilah ni tetapi masa aku kecik dulu aku dah tahu istilah ni. Pernah tengok tak movie Tan Sri P.Ramlee cerita Do Re Mi.. masa scene gang mesyuarat tingkap AR Tompel dan Ibrahim Din tu.. AR Tompel menurut semua kehendak bininya hingga Ibrahim Din kata “takut bini rupanya…”

Cerita tu berterusan bila bini Ibrahim Din datang dan menarik telinganya..

Hari ni, aku juga dah berbini macam orang lain yang berbini. Jadi istilah takut bini ni masih ada cuma yang penakut pada bini ni dah tukar kepada sayang bini. Aku pelik juga kenapa orang takut pada bininya, kalau muka bininya macam muka hantu ada ler logiknya jugak kan..

Contoh bila tengah lepak-lepak minum air tengok jam dah pukul 11.00 malam, kita nak blah jer kawan-kawan perli kita ‘takut bini marah la tu’ …

Contoh lagi, bila ada perempuan lain hantar SMS, cepat jer kita delete SMS tu walaupun SMS tu hanyalah SMS berkenaan hal kerja (tak ler termasuk aku, aku berkecuali dalam hal ni heheheh..) Kenapa takut bila bini baca SMS tu?

Aku tak takut bini, dan bini aku pun tak takut aku ha ha ha.. buat apa ler nak takut pada kat dia, atau dia nak takut kat kita kan.

Ada seorang kawan lama, dia kata bukan dia takut pada bini dia tapi dia malas nak dengar bebelan dan leteran biniiiii dia, korang pun sendiri mau ingatlah kalau kaum perempuan ni membebel.. pot pet pot pet dan pot pet so kawan aku ni kena balik awal setiap kali pulang dari kerja.. nak nak kalau bebelan tu diakhiri dengan kata-kata ‘tidur luar ler’ …

Jadi bila aku sendiri tengok nasib kawan-kawan aku ni yang ‘teraniaya’ ni, aku pun berfikir. Lelaki yang takut bini ni salah satunya memang penakut dengan bininya, takut macam .. macam apa eh? Alah memang takut bini lah.. tak berani angkat muka punya depan bini.. hahaha aku terfikir jugak camana dia orang dapat anak eh.. kena sergah jer terus lembik. Ni kalau ada jenis lelaki macam ni, memang memalukan kaum lelaki ler. Kalau terkantoi apa-apa sekalipun memang mati kutu lah.. nampak macam ayam bodo.

Jenis yang lainnya, bukan takut pada bini tapi malas nak dengar orang tu membebel pot pet pot pet dan pot pet.. sebab tu ler ada yang delete SMS perempuan, cover sana sini, dan termasuklah balik awal ke rumah.

Macam aku cakap kat atas tadi, aku tak takut bini walau pun aku selalu balik awal lepas kerja. Kalau lambat jer balik musti handphone berbunyi.. leceh kan..

Joke again

May 22nd, 2008 | 02:31 pm

Posted by eddyra on joke

I got one joke for you guys..

A mother and a father were arguing on who is the most coward between them, after a long argument they decided to ask their two kids who they think was the most coward between them.

The first one says,” Dad is the most coward one, he`s scared of women. Whenever he sees a beautiful lady in town he closes his one eye.”

The second kid goes,” That’s nuttin, Mom is so scared to sleep alone, when Dad works nightshift, Mom sleeps with the man next door. Sometimes she invites the gardener to sleep with her.”

Marriage may cure depression!

May 22nd, 2008 | 10:03 am

Posted by eddyra on Life

A sample of 3,066 men and women who had been interviewed and tested for depression during a span of five years. In the interviews, they were asked about the quality of their marriage, if they were married.

The study shows that marriage give a greater psychological boost to the depressed than to the happy people. The study was conducted by Adrianne Frech and Kristi Williams from Ohio State University.

Why wait some more, lets get married again.. :)

Karpal gets death threat

May 21st, 2008 | 02:33 pm

Posted by eddyra on politic

Bukit Gelugor MP Karpal Singh received a death threat with a live bullet enclosed on Tuesday afternoon.

The death threat and bullet, sent in a yellow envelope, were hand delivered to the DAP chairman’s office by a man at about 12.30pm.. full story here.


Photo source : thestar

The note warned him not to question Malay rights and the sultans’ constitutional powers. It reads:

Kau jangan cuba mempersoalkan keistimewaan orang Melayu (Don’t try to question Malay rights).

Kau jangan cuba mempersoalkan kuasa raja-raja Melayu (Don’t try to question the sultans’ constitutional powers).

Kalau kau tak berhenti!!!! Peluru ini akan melekat pada kepala dahi kau (If you don’t stop, the bullet will be lodged in your forehead).

Ingat kau Bengali! Jangan lupa!!!! Ini adalah amaran pertama…. (Don’t forget, this is the first warning).

Gezzz.. who did it..

Jiran Cina Jiran Melayu

May 20th, 2008 | 04:23 pm

Posted by eddyra on Sketsa

Aku rasa ada dalam comments aku dulu aku sebut aku pindah rumah, ntah kat mana punya entry. Aku dah pindah dari taman perumahan yang aku duk selama 6 tahun, berpindah ke kawasan taman perumahan juga ler.

Taman perumahan lama tu, aku tinggal berjiran dengan kaum Tionghwa, kiri kanan dan belakang rumah aku semua kaum Cina lah, cuma depan jer mix indon dengan Cina. 80% taman perumahan tu terdiri dari kaum Cina. Sebelah kiri rumah aku, tokey kedai hardware. Sebelah kanan rumah aku seorang auntie tua, anak-anak semua berharta punya orang. Belakang rumah entah tak tau kerja apa tapi anak perempuan dia sexy abis kui kui kui..

3 jiran Cina aku ni semua OK takde masalah, aku hormat dia orang dan dia orang hormat aku. Maknanya dia orang tahu aku punya batasan ugama, dan aku tahu dia orang punya kehendak-kehendak ugama dan budaya mereka. Raya Cina dia orang pong pang pong pang main mercun, aku tak kisah sebab Raya Aidilfitri aku bising jugak layan mercun dengan anak aku. Time dia orang buat majlis rumah baru, dia orang bawak tarian singa degung degang degung degang, aku rasa takde hal pun, anak-anak aku pun boleh tumpang tengok singa he he he. At least setiap raya cina auntie sebelah rumah beri aku limau. Ok la tu.

Petang-petang anak aku boleh main depan rumah join anak-anak Cina tu sekali sekala, aku boleh sembang-sembang dengan Cina-Cina tu, apa saja topic termasuk politik.

So hampir 6 tahun aku kat situ, maka terasalah nak berpindah untuk berjiran dengan bangsa sendiri, nak bergaul dengan masyarakat Islam Melayu. Mak aku dah letih sound aku suruh aku cari rumah yang dekat dengan orang Melayu Islam, biar ada rahmat katanya.

1st May 2008 aku pun berpindah ke taman perumahan Melayu, 100% rumah kediaman Melayu. Rumah baru ni, sebelah kiri dan kanan rumah aku ni rumah keluarga Melayu. Aku tak sempat nak berkenalan pun di awal-awal tu sebab masing-masing busy dengan hal masing-masing. Cuma sekadar angkat tangan gitu gitu jer lah. OK takde masalah nampaknya.

Hampir seminggu jugaklah keadaan begitu, jadi aku berpakat dengan wife aku untuk berkenalan dengan keluarga sebelah kiri dan kanan. Agak mendukacitakan juga bila aku tahu jiran aku kiri dan kanan sudah tidak bertegur sapa hampir 5 tahun!!

Aduhai.. dengar cerita sebelah pihak, punca masam muka disebabkan hal anak-anak jer. Hal budak-budak tapi mak bapak yang masuk campur. Abis tu camana.. aku pulak rasa kekok duk kat tengah-tengah tu. Ingatkan duk berjiran sesama bangsa ni semua akan rasa persaudaraan, tapi tak juga rupanya..

Hari-hari berlalu, aku balik kerja terus masuk rumah, kalau ada orang sebelah rumah aku tegur atau senyum. Kalau takde aku buat bodo jer lah. Nampaknya kena buat hal sendiri, lu lu punya pasal, wa wa punya hal. Bagi aku, aku akan tetap berjiran dengan rumah kiri dan kanan, itu masalah mereka. Cumanya aku perlu berhati-hati bila berjiran dengan mereka..

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me