PPE - Personal Protective Equipment
December 5th, 2007 by eddyra on OffshoreSalam semua,
Sebagai seorang pekerja, kita ada hak untuk TIDAK melakukan sesuatu kerja sekiranya kita tidak diberi alatan perlindungan diri atau perkataan glamernya PPE. Jangan lepas ni sebut ‘alatan perlindungan diri’ nanti kena gelak, sebut jer PPE, Personal Protective Equipment.

Kebiasaannya, setiap company ada Stop Work Policy, kita boleh untuk tidak buat sesuatu kerja kalau kita rasa tidak selamat atau tiada PPE yang cukup. Boss atau supervisor takde hak nak ambil tindakkan kalau kita refuse, dont worry kalau dia orang berkeras jugak nak ambil tindakkan sila bawa case anda ke pihak atasan. Peduli apa, yang buat kerja kita, yang accident pun kita.
Satu pesanan aku pada kawan-kawan di luar sana yang ghairah nak bekerja di bidang ini. Sekiranya kita diarah untuk melakukan sesuatu kerja, yang agak berisiko tinggi, pastikan kita betul-betul mengikut procedure yang ditetapkan dan jangan sesekali melakukan short cut, atau jalan pintas. Dan, sekiranya berlaku apa-apa incident, ketahuilah supervisor anda akan selamatkan punggung dia terlebih dahulu. Ini perkara biasa. Maka andalah kambing yang telah dihitamkan. Client supervisor sekalipun, kalau dia sendiri yang buat silap, jaga-jaga kesilapan itu boleh dipusingkan kepada anda semula.. hahahahah aku dah letih dengan hal ni. So, kalau rasa tak boleh buat, atau rasa tak confident tu jangan buat, mesti ada ikhtiar lain.
Ok lets go one by one. Anyway ini hanyalah basic PPE yang anda perlu ada.
Safety Helmet
Safety helmet ada berbagai-bagai jenis, brand dan bentuk. Yang penting pada helmet tu musti ada code ni BS EN 397. Ini ialah British Standard yang dah set kan standard piawaian, macam Sirim. So lain-lain safety helmet yang takde code ni, bukan tak leh pakai tetapi tidak up to standard lah, cuba check safety helmet anda, BS atau cap ayam punya.
Safety Glass
Orang Ganu panggil spek. Pastikan ada safety glass anda meet or exceed ANSI Z87.1+
Standards and EN 166-F standard. Kalau ada code ni then OK boleh pakai. Kalau nak pakai sun glasses pun boleh tapi bergantung kat mana kita nak bekerja, di sesetengah platform di haramkan sama sekali.
Safety Boot
Safety boot yang paling jadi tumpuan ialah Red Wing, tapi mahal sepasang boleh cecah RM300.00. Kalau bawak gi sembahyang di masjid, lepas tu biasanya hilang la. Client biasanya pakai kasut mahal-mahal ni, sebab company dia orang bagi 2 kali setahun. Contractor yang project kecik-kecik ni biasanya dari jenis King jer. Bersyukur jer lah apa yang ada, bak kata bekas MD aku dulu.. Mahal ka murah ke pastikan ada code ini : BS EN 345, DOSH SS06103.
Coverall
Sesetangah platform mewajibkan pemakaian coverall, seperti Platform Resak, di Petronas. Penguatkuasaan ini disebabkan terdapatnya mercury dan H2 di atas platform yang boleh tersebar dalam bentuk gas. Bahaya ni bang, jangan main-main, kalau 24 duduk dalam living quarter pun masih boleh terkena mercury ni.
Company anda wajib menyediakan semua keperluan ini, dan sesetengah company issue 2 kali dalam setahun. OK la tu tidak perlu keluarkan duit, tapi kalau ada duit lebih boleh beli yang lebih mahal untuk keselesaan diri.
Lain-lain PPE yang anda perlu ada ialah gloves, safety harness, face shield, disposable coverall dan banyak lagilah. Jangan bimbang, itu semua company anda yang akan tanggung.



December 5th, 2007 at 11:58 pm
Kesian tengok gambar ikan pisang tu. gara2 takde union, takde PPE.
ReplyDecember 6th, 2007 at 12:10 am
erkk.. Itu lah nasib seekor ikan pisang madam fatiah. Actually ikan ni ‘mensuwei’ kan kaki pancing, sebab ikan ini suka makan ikan yang kita sedang tarik dari dalam laut tu. Tarik punya tarik sampai sampai letih tangan, last-last nak sampai kat permukaan air, dia dulu yang baham.. ada ke patut. Suwei betul..
ReplyDecember 6th, 2007 at 8:02 am
alhamdulillah dapat gak tengok ikan pisang.. hulamak besor tuh.. ingatkan kiut miut je, sebab imagine cam besar pisang emas jek ahhaha.. patut la menyampah no ngan ikan tuh…uhuhuuhu
Replyn’way tq bro, heh~
p/s : e’eh ngokok sape lak tuh nyelit..
December 6th, 2007 at 8:05 am
Macam mengidam jer dak ucu ni.
Rokok tu tuan punya ikan pisang tu punya. Rokok tu sekadar nak memudahkan orang yang melihat photo tu membuat perbandingan.
Tuan punya ikan pisang tu, saya punya officemate.. kaki ngail la ni.
ReplyDecember 6th, 2007 at 8:22 am
hish, sytttttt.. mana de ngidam bro nih! ngidam nengok gambo jek, ehehe sbb byk no nampak perkataan ikan pisang dlm nih.. tingin beno lak nak kenal rupe gayenye.. uhuhu
ReplyDecember 6th, 2007 at 9:48 am
ye apa2 selamatkan diri kita dulu..ingatlah akan insan2 yg tersayang..
err ikan pisang tu sedap ke..ada rasa mcm pisang?hehehe..soalan bodo je ari ni…
ReplyDecember 6th, 2007 at 11:47 am
Ikan pisang jugak cikgu kita nie. Ikan pisang entah ler macamana rasanya. Orang buat fish ball jer. Tak tau lah kalau rasanya macam pisang kukuikui..
ReplyDecember 6th, 2007 at 9:59 pm
hi bro…tq tunjuk ikan pisang..beso la..ingatkan ikan kecik je..huhuhu..bro…ptg td layan oil rig platform blowout kat youtube..ngeri la..huhuhuhu..do u hv any idea bout this?or maybe ur opinion,experience bab letup2 ni kat platform..ngerinyer…huhuhuhu
ReplyDecember 12th, 2007 at 9:50 am
ehhh kat plantar boleh fishin fishin ker??
ReplyDecember 12th, 2007 at 11:23 am
abang long,
Kat platform tak boleh fishin fishin ni. Di larang sama sekali, membawa peralatan memancing pun salah. Kalau dapat tangkap sedang memancing boleh kena amik tindakkan.
Walau bagaimana pun bergantung kepada Platform Supervisor yang incharge, sesetengahnya tak kisah, sesetengahnya kisah sangat-sangat.
Macam platform Resak, tidak dibenarkan memancing, dan makan ikan yang di pancing tu sebab dikhuatiri mengandungi mercury.
Reply