Offshore Life.. part 2

September 24th, 2007 by eddyra on Offshore

Di post yang lalu, aku ada menceritakan perjalanan dari helibase ke oil and gas platform. Ok sekarang kita sudah tiba di platform dan apa yang akan berlaku sepanjang kita berada di sana.

Pagi seawal 5.30 pagi kita dah perlu bangun tidur dan solat Subuh bagi yang beragama Islam. Kalau nak bangun pukul 6.00 pagi ke ikut suka hati lah. Lepas tu boleh turun ke galley untuk breakfast. Makan la nak makan apa semua ada, nasik lemak, nasi goreng, mee goreng, kuih muih, roti dan yang pentingnya free.

Jam 6.30 pagi kita perlu berada di hall untuk sessi morning meeting, semua personnel yang berada di atas platform dikehendaki hadir. First agenda biasanya bacaan doa, lepas tu ada simple exercise kasi hilang ngantuk.

Next, work permit read out. Nak lakukan sebarang kerja di sini perlu ada permit to work. Leaders akan keluar ke hadapan audience dan membaca work permit, jangan bimbang kuli-kuli macam aku ni cukup sekadar beri perhatian jer. Lain-lain hal semua kerja leader.

Biasanya, sebelum jam 7.00 pagi morning meeting dah tamat. Tool box meeting pulak, ada pembahagian kerja-kerja untuk dijalankan pada hari tu. Kurang lebih jam 7.30 pagi tool box meeting pun selesai. Masa ni takde apa-apa lagi yang boleh kita buat, sebab permit to work belum di endorsed lagi oleh Platform Supervisor, sebelah Petronas Carigali di kenali sebagai OIM, Operation Installation Manager.

Sekitar pukul 8.00 pagi, biasanya lah, baru ler permit to work tu diserahkan kepada kita, so baru ler boleh start kerja. Masa ni masing-masing akan turun ke worksite dengan safety helmet, coverall. google etc.

scaffolder.jpg
Rigger scaffolder sedang memasang scaffolding

Pukul 9.15 am stop kerja for tea break.Naik semula ke galley dan pekena kopi teh dan kuih muih yang ada, makanan pukul 6.00 pagi tadi pun masih ada. Kaki rokok tak melepaskan peluang keemasan untuk melepaskan kerinduan, haha.. nak merokok bukan sesenang macam di onshore.

Kemudian sambung kerja lagi, sampailah jam 12.30 tengahari. Masuk galley dan makan tengahari sambil tengok TV. Nak baca surat khabar? Malam sikit. Yang rajin mandi akan naik ke bilik, mandi dan tunggu waktu Zohor masuk. Yang buat-buat uzur akan lepak kat smoking room atau depan TV, tidur sehingga jam 1.30 petang untuk sambung kerja.

Jam 1.30 petang sambung kerja lagi.. sampai jam 3.15 petang stop dan naik galley lagi pekena kopi teh dan kuih muih yang ada, biasanya makanan petang ni tak heavy la, kuih-kuih jer.

Back to work again, sampai lah jam 6.00 petang, housekeeping apa-apa yang patut. Pukul 6.30 petang maka habislah satu hari bekerja, mana-mana yang overtime akan kerja seperti biasa sampai pukul 10.00 malam. Kalau tak overtime, boleh naik bilik untuk mandi manda.

Dari 6.30 petang sampai kira-kira jam 8.00 malam adalah waktu makan malam. Makan malam sekali lagi, supper, pukul 9.00 malam. Biasanya ada mee sup, mee goreng, nasi goreng..

Sebenarnya, habis je 6.30 petang, masing-masing dah boleh buat hal sendiri. Biasanya habis saja solat Maghrib atau Isyak, manusia akan berkumpul digalley lagi untuk tengok TV, baca surat khabar baru, atau surat khabar 2-3 hari lepas kalau platform yang jarang-jarang ada kedatangan chopper.Huhu..

Masa free ini lah kuli-kuli akan berkaraoke, main snooker, pingpong, urut badan dengan massage chair, tengok movie cd atau Astro, err main 400 pun ada. Leader dengan tugasan masing-masing, prepare kerja untuk esok..

Apa lagi nak buat kalau semua yang di atas dah kita buat?

……. Zzzzz.

26 Responses to “Offshore Life.. part 2”

  1. 1
    hamzah Said:

    salam..best gak cite ko nih..aku igt nak apply engineer kt tmpt ko..ko dgr2 ader ksong mail la aku..seriyes nih..tq tuk ko..hihihi

    Reply
  2. 2
    eddyra Said:

    hamzah,
    Jadi engineer oil and gas ni best, boleh ler buat duit, tapi sakit kepala bang.. btw apa qualification yang saudara ada tu, chemical ka, construction ka.. banyak field utk o&g ni.

    Reply
  3. 3
    bard Said:

    nak tnya ada x jwtan kosong kt offshore.riggger ker..semiskill ker

    Reply
  4. 4
    eddyra Said:

    bard,
    Berkenaan dengan jawatan kosong ni, eloknya saudara bard call atau datang ke office company berkenaan. Sila check di entry lain, saya ada masukkan beberapa nama company yang biasanya mengambil pekerja offshore.

    Reply
  5. 5
    Reza Said:

    saya sekarang kerja sebagai sales engineer dalam valve utk oil n gas. ingat nak bertukar ke offshore pulak. Post apa yg berkaitan dgn valve ni kalau nak apply kerja offshore??? Thanks….

    Reply
  6. 6
    eddyra Said:

    Valve servicing boleh?

    Sales engineer normally dont have offshore experiance, because you only do the sales and specification. Unless you do supply and service, tapi kalau service pun not an engineer do that.. kuli-kuli cam saya ni gak yang buat..

    What kind of valve Reza? Instrument or mechanical valve?

    My suggestion is, join oil and gas company, such as valve servicing company which related to offshore, kalau dulu company macam Oakwell di Kemaman Supply Base if i am not mistaken, or you can apply for instrument engineer if you from E&I field. E&I Engineer biasa ke offshore..

    Reply
  7. 7
    tulips Said:

    Salam,
    Nak tanye, klu consultant engineer bahagian heavy building and structure tu kerja camne sebenarnye? Got to go offshore sometimes. Maaf ye tanye kat sini, xtau nak refer kat siapa… tQ in advance.

    Reply
  8. 8
    tulips Said:

    sorry, it is actually heavy structure and lifting some kind like that.

    Reply
  9. 9
    eddyra Said:

    heavy structure and lifting ni lebih kepada lifting equipment, methods, procedure etc atau apa saja yang berkaitan dengan lifting.

    Contoh:
    Crane Vessel - heavy lifting vessel, biasanya digunakan untuk hook up and commissioing sesebuah platform, atau platform module.

    Di atas platform pun ada heavy duty crane untuk lift equipment, containers dari boat, vessel to platform deck.

    Kalau nak move platform pun, guna heavy lifting equipment juga.

    Itu lah lebih kurang.

    Company yg JV dgn petronas di terengganu? BASF? Optimal? aaa.. apa lagi aku pulak lupa daa..

    Reply
  10. 10
    wmohmad Said:

    Sesiapa yg berminat untuk berkerja di Qatar boleh lawati website dibawah:-
    http://www.aprecruitment.com.my

    Reply
  11. 11
    IJAM Said:

    SALAM…SAYA BERTERIMAKASIH DENGAN RUANGAN INI YANG BANYAK MEMBERIKAN PENGETAHUAN KERJA DAN KEHIDUPAN DI OFFSHORE SERTA ADA RUANGAN SOAL JAWAB KERANA SAYA AMAT BERMINAT BERKERJA DI PELANTAR SETELAH SAYA MENAMATKAN PERKHIDMATAN DALAM TENTERA TIDAK LAMA LAGI.OLEH KERANA ITU SAYA HARAP SAUDARA DAPAT MEMBERIKAN SEDIKIT INFO TUGAS SEBAGAI SAFETY OFFICER DI PELANTAR TERMASUK KELAYAKAN,TUGAS,GAJI DAN LAIN-LAIN..TERIMAKASIH DIATAS KERJASAMA ANDA.

    Reply
  12. 12
    eddyra Said:

    Saudara Ijam, maaf lambat reply.

    Sebagai seorang safety officer di offshore ni beliau perlu pastikan semua hal yang berkaitan dengan pekerja dan kerja-kerja yang di jalankan adalah dalam keadaan selamat. Kalau boleh aku katakan, kerja safety officer ni macam kerja mencari salah orang jer lah, maksudnya bukanlah mencari kesalahan orang ya, tapi memantau supaya apa-apa yang dilakukan oleh pekerja tu tidak lari dari soal safety.

    Seperti biasalah, report, record, monitor manhours without incident. Kalau ada safety issue, safety officer perlu buat insvestigation dan keluarkan report.

    Kalau ada briefing berkenaan dengan safety, kena conduct briefing, conduct urine test, conduct spot check drug and alcohol.

    Banyak juga task and responsibilities sebagai safety officer ni, tetapi sekarang safety officer offshore dah jadi multi skill, dia lah safety officer dan dialah medic, dialah radio operator.

    Ramaie ex army, ex tudm yang jadi safety officer di offshore ni.

    good luck saudara Izam.

    Reply
  13. 13
    Hasan Said:

    Salam bro,
    Nak tanya sikit, kalo boleh n tak sibuk la.
    Saya dapat offer kerja di ExxonMobil T’gganu offfshore. So,bro ada x sapa2 member atau contact yang boleh saya communicate psal kerja atau suasana kat sana. Post dia offer mechanical technician je. permanent staff. Serba salah gak ni. Nak tinggal bini and baby. n satu lagi, pada bro ok x kerja kat exxonmobil tu? kalo bleh bro bagi la komen sikit. Biasa gaji mech tech berapa ek? Umur saya skang ni 33 (muda lagi kan??)

    Reply
  14. 14
    eddyra Said:

    Tahniah hasan,
    Nanti saya cuba dapatkan seseorang yang boleh membantu Hasan.

    Kerja di Exxonmobil best. Itu pandangan peribadi saya lah. Kalau permanent pun best. 2 weeks offshore 2 weekf off kan..

    Kalau Hasan go through blog saya yang berkaitan dengan oil gas ni ada saya menceritakan tentang lifestyle di offshore, lebih kurang macam tu lah.

    Cuma yang tak bestnya kena tinggalkan anak isteri di rumah, apakan daya kita lakukan semua ini demi mereka jugak kan.

    Mula-mula mungkin ada rasa rindukan anak isteri, kejap-kejap nak balik lah.. lama-lama OK lah tu. Ada antara mereka yang dah masuk puluhan tahun kerja di offshore tu, kalau orang lain boleh kenapa kita tidak.

    Cuba dulu, tengok macamana. Mechanic tech dah kira OK dah tu.. jumpa kat sana OK.

    Reply
  15. 15
    Hasan Said:

    Tq bro..

    Reply
  16. 16
    elly Said:

    hye mr eddyra… saya org baru yg berminat nk tau pasal life offshore ni coz my bf keje kt petronas carigali based kt vietnam.. kenal tk mr shamsul.. huhuh…!!! thanx coz ur blog help me alot br tau mcm gitu sekali teruk nya keje offshore ni… hrmm… keep up the good work.. hope u’re happy in wat u’re doing now n deserve sumthing great in upbringing ur family..

    Reply
  17. 17
    eddyra Said:

    cik elly,

    Sebenarnya kerja di offshore ni tak lah teruk sangat. Yang teruk ialah dia punya PROCEDURE & SAFETY. Kerja perlu ikut procedure dan safety bekerja di offshore. Nak by pass tak bleh, maka nampak ler kerja tu macam teruk.

    Kalau ‘kerja berat’ .. yang tu betul. Cuba tanya gang drilling & workover.. berat ke tak kerja dia orang, teruk ke tak procedure dia.

    Reply
  18. 18
    edy Said:

    elo nk tanya pasal kerja offshore la.degre geophysicis ada tapi tak ke mana la kan,apply pun tak terjawab tapi tak try lagi la utk vacancies yang biasa2 ni,janji kerja berkaitan la ngn oil n gas.untk kerja start dari bawah ni kira tak kesah la kan dari bidang mana2 kita blaja,janji kerja dlu.so, kerja mcm eddyra kna ada skill tertentu ker?

    Reply
  19. 19
    Talib Said:

    Bro,

    Saya skang tgh follow course safety n health ngan NIOSH. Skrg tgh kerja ngan real estate company as research executive. Saya berminat la nak menceburi bidang offshore ni. Ada tak lubang2 yg menarik dlm bidang safety ni yg u kenal. I ada degree dlm mass comm dari uitm tapi degree tu buang ke tepi mcm tu jela coz tak byk membantu dlm perkembangan kerjaya saya. Sebab tulah saya amik short course ngan NIOSH utk ceburi bidang baru. Kalu ada info2 yg menarik tentang kerja kosong kat tempat u org mana2 yg u kenal bleh la kite share2 kan?

    Reply
  20. 20
    azmir Said:

    any vacancy on chemist or lab technologist..plz emel me..azmirsafuan@yahoo.com

    Reply
  21. 21
    nurul Said:

    hai..im nisha..da graduate..juz to ask kalau2 dekat sini ada keje part office..i mean bukan offshore..coz 2 bulan lepas i ada pergi kemaman supply base..then,ada la pompuan keje office yang uruskan kitorang sebelum kitorang g offshore untuk shooting marine video safety, coz sebelum ni i ada wat internship ngan EXXXONMOBIL.. so nak tnya kalau2 awak ada tau keje kosong part tu.. skang da habis tempoh internship.. so nak sangat keje kat c2.. plz reply..

    Reply
  22. 22
    che ku Said:

    salam bro:

    saya nak minta tolong attach bro alamat Shahpadu kat KSB kalu leh skali ngam contact person, satu lagi, kat bandar baru kertih ada lagi office Sime Darby

    ada orang mintak tolong saya carikan alamat conpany tuh

    Reply
  23. 23
    eddyra Said:

    che ku wrote:

    salam bro:

    saya nak minta tolong attach bro alamat Shahpadu kat KSB kalu leh skali ngam contact person, satu lagi, kat bandar baru kertih ada lagi office Sime Darby

    ada orang mintak tolong saya carikan alamat conpany tuh

    boleh boleh.. tunggu ehh.. company lama aku dulu tu..

    Reply
  24. 24
    fendy Said:

    saya berminat la ngan life pelantar minyak
    tp mcm mane nk apply
    sy ader sijil welder dr sek thp 3&thap 2
    bleh bgtau tak
    mcm mane nak apply
    reply to my mail
    fenfypeace4@yahoo.com

    Reply
  25. 25
    murad Said:

    aku keje kt pewaja skrg.. cam kuli gak laa.. kalu leh aku nk keje offshore. kuli2 pn gaji beso. cmne nk apply? aku da wat safety kos da pn.. tp x gune pn.. pls.. bg tip2 sket..

    Reply
  26. 26
    murad Said:

    salam bro.. ape2 jwtn kalu ade kt offshore nnti submit via email ek. i wait for your email er.. ape2 je. kuli2 pn xpe. tips skali cmne nk apply. ni my email, adeqrock_paps@yahoo.com. thanks

    Reply

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Any view or opinion represented in the blog comments are personal and is accredited to the respective commentor / visitor to this blog. The owner reserves the right to moderate comment suitability in support of respecting racial, religious and political sensitivities.

 

Ads Links

About Me

    This is my blog about my thought and my opinion. I will address anything on random topics and anything that comes to my mind. I invite you to join my rubbish blog by reading my posts and please feel free to write down your comment. About me