Home » Offshore » Offshore di sini.

22

Salam semua,

Aku rasa terpanggil sekali lagi untuk menulis berkenaan dengan panduan untuk mendapatkan kerja di offshore. Banyak email yang aku terima bertanyakan cara-cara untuk mendapatkan peluang bekerja di offshore, ada yang siap dengan CV, photo dan mintak aku recommend kan kepada mana-mana offshore company. Terima kasih kerana sudi menghubungi aku. Aku mintak maaf pada penghantar email yang yang belum terjawab.. :)

Sekali lagi aku nyatakan di sini, aku bukan manpower supply yang recruit pekerja-pekerja. Bukan juga 3rd party service company. Apa yang aku mampu lakukan ialah forwardkan email beserta CV yang korang hantar tu pada beberapa company yang aku kenal. Dah banyak juga CV yang dah aku forwardkan, kalau ada yang dapat panggilan dari mana-mana company tu, tahniahlah. Kalau dapat offer tu, kerja baik-baik, rajin-rajin dan jangan sesekali buat hal sebab orang lain sedang beratur panjang di luar sana untuk menggantikan anda.

Aku ni hanya seorang kuli cap ayam yang pernah melalui pengalaman bekerja di offshore, kemudian menceritakannya di dalam blog. Itu sahaja takde lebih takde kurang. Harapan cuma satu, apa yang aku tulis di dalam blog ni boleh dijadikan serba sedikit panduan untuk anda di luar sana. Buat masa ni, setakat hari ni rasanya belum ada blog berbahasa Melayu di Malaysia yang menceritakan pasal ini. Aku boleh recommend kan kat anda antara satu blog dan website yang juga berkaitan dengan offshore iaitu www.offshoreman.com. Penulis website tersebut, Saudara Sulaiman Sabur seorang engineer yang bekerja di sebuah oil and gas company di KL. Beliau orang lama di dalam bidang ni.

OK, now aku rasa entry blog aku ni berterabur sikit. Masa agak terhad untuk maintain blog ni, dah berapa bulan aku cuba nak tukar design blog pun masih tak buat-buat. So untuk memudahkan anda mencari entry yang berkaitan dengan offshore, aku summary kan di sini seperti di bawah ni:-

1. Berkenaan dengan position (jawatan) dan gaji yang ditawarkan. Click di sini. Position yang aku nyatakan di sini adalah tidak lengkap sebenarnya. Banyak lagi position yang berkaitan dengan offshore yang tidak aku masukkan seperti workboat crew, diving crew, underwater welder, tanker crew dan macam-macam lagi lah. Aku punya cerita banyak berkisarkan tentang construction work, bekerja dan life di offshore platform. Buat masa ni aku tak boleh nak bercerita pasal diving, underwater welder etc sebab itu semua kerja-kerja proffesional, hanya dia orang jer yang boleh ceritakan, kalau aku cerita nanti macam jadi cerita dongeng pulak :)

2. Kalau nak tahu bagaimana nak apply untuk bekerja di offshore sila click di sini dan di sini. Aku ada menceritakan panduan ringkas dari mula sampai akhir. Aku ada tulis beberapa nama company sekitar Kemaman, Terengganu. Buat masa ni itu yang terlintas. Insyallah aku akan tambah dari masa ke semasa. Kalau boleh aku akan list kan nama-nama offshore company yang ada di Labuan, Bintulu, Miri dan sebelah Sabah sana.

3. Kalau nak membaca serba sedikit mengenai pengalaman bekerja, makan dan tidur di offshore sila click di sini dan di sini. Ceritanya tak best pun, best baca cerita lucah lagi.. hahaha. Cerita kehidupan di bulan Ramadhan, di sini. Nak tengok apa yang ada di dalam living quarters, gi sini.

4. Tentang safety, di offshore memang menjadi tajuk utama. Ramai jugak yang kena halau balik ke umah sebab tidak memakai safety gears. Jangan terkejut, hanya kerana tidak memakai safety goggle, platform boleh menghalau anda balik rumah. Nak baca pasal cerita safety, di sini dan di sini.

5. Kalau nak mudah lagi gi kat sebelah kanan blog ni ada section Offshore Series, kalau nak mudah lagi pergi sebelah Categories, click Offshore.

Anyway, terima kasih kerana sudi datang ke blog ni, tanpa anda blog ni mungkin dah lama mati. Kalau rasa ada perkara yang nak privacy, email kepada aku di eddyra.net@gmail.com mungkin ada pengalaman-pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.

Related posts:

Aku di Labuan
Salam semua, Posting ini dibuat di hari ke dua aku di Labuan. Aku naik flight pada 6th Feb 2009, de...
Bubar PAS bubar UMNO
Tok Guru Nik Aziz kata bubar UMNO bubar PAS, kita bentuk parti baru yang berteraskan Islam. Abis ce...
How much is your blog worth?
My blog is worth $10,726.26. How much is your blog worth? Have you wondered ? Mine is $10,726....

22 Comments

  1. Terima kasih kerana mention Offshoreman.com & Offshoreman.net. Semoga dengan semakin banyak penulisan tentang offshore dapat membantu memberikan gambaran jelas kepada public tentang dunia Offshoreman.

  2. eddyra says:

    dah hampir 2 bulan, baru bro sulaiman ni sedar aku link kat site dia.. haha apa-apa hal pun backlink is appreciated bro.

    Amacam bro, sapura crest dapat tak Talisman contract?

  3. He he… jarang tengok statistic. Talisman contract, dapat… sekarang lewek champion tengah pasang risers & spools dekat field bunga orkid. Blog oil & gas Offshoreman.net tu dah makin lama makin mendapat tempat. Last week aku kena panggil dengan Top Management hanya kerana nak membincangkan pasal blog tu. So sebagai pengajaran, berikut ialah permintaan mereka (rasanya u pun boleh ambil pengajaran mana le tau Top management u pun fussy bab ni)

    1. Do not mention employer name.
    2. Do not write something that others might use to bring down the company.
    3. Posting pictures related to company’s work is not encourage but if do so, ensure all pictures are… HSE Compliance… Contractually Compliance … etc.
    4. Mention all sources…

    dan macam macam lagi. So this month mungkin busy mengupdate the whole blog to comply with all the employer’s comments.

    Tapi dari sudut lain, kita blogger sepatutnya bangga sebab company pun dah start alert tentang keperluan dan ‘powernya’ blogging.

    Di akhir pertemuan tersebut, top management kata… its a good effort … he he he… Ok, selamat blogging pasal kerja. Jgn tak kerja sudah…

    (This comment was written on 2124 hrs. Not during working hours.. he he he)

    Note : aku dah remove semua time. sebab mereka tersalah paham ingatkan aku menulis time kerja… time yg dipaparkan tidak tepat sebab bukan time malaysia.

  4. eddyra says:

    wahaha bro sulaiman..

    Saya menulis ni pun tidak membawa nama company, cuma sebut nama mother company. Mungkin rasanya kena edit semula semua nama company dalam blog ni. Ada baiknya hide kan nama-nama company. I work at site office, takde orang besar dari Mines datang sini bang, tapi ada jugak lah sekali sekala. So kebarangkalian nak kena panggil tu mungkin takde. Maklumlah jauh.. yang pasti time posting blog ni memang banyak time waktu kerja hahaha.. tapi kerja siap. Takpe kut..

    Anyway good blog and websites you have bang..

  5. hasan says:

    Nyampuk skit bleh?
    Tak salah rasenya kalo anda bdua letak nama company2 yg involved dgn O&G ni, penting utk org2 cam aku yg x tau ape2 ni (naive senang ckp) utk get some info ttg kerja kat offshore, apa co yg sesuai klo nak cari kerja, contact, n etc selagi tak memburukkan nama co2 tu. At least u all dpt la tlg sikit2 kawan2 lain kat luar sana tu..

  6. eddyra says:

    Hasan,

    Apa yang dimaksudkan dengan saudara sulaiman tu ialah nama company yang dia dan saya sedang bekerja. Nama company lain yang terlibat dengan oil and gas takpa sebagai reference selagi tak de yang buruk.

  7. hasan says:

    [quote comment="3833"]Hasan,

    Apa yang dimaksudkan dengan saudara sulaiman tu ialah nama company yang dia dan saya sedang bekerja. Nama company lain yang terlibat dengan oil and gas takpa sebagai reference selagi tak de yang buruk.[/quote]
    oooo..

  8. rahmat says:

    offshore is the best

  9. pesal says:

    Dua org ni (eddyra & sulaiman sabur) memang master of the blog for offshore.
    Good job and Good Luck!

  10. eddyra says:

    pesal.. jangan gitu gang.. rasa malu yang amat! Kalau bro sulaiman sabur tu memang best.. saya punya ni cap ayam jer. Bro Sulaiman sabur siap buat t shirt.. perghh caya lah..

    http://www.offshoreman.com

  11. a_rina79 says:

    Salam… hmm.. nak nyampuk gak la sket… anyway… nice job utk Bro berdua…
    at least terbukak la skit mana mana2 yg nak keja dalam industri Oil&Gas nie..
    saya sendiri yg keja sebagai Manpower Coordinator pun.. kdg2 pening ngan budak2 yg nak apply keja nie..

  12. fendy says:

    mcm mane nk apply job nie
    sye memang lame dah target nk ke pelantar minyak
    tp tak kesampaian

  13. mmohd says:

    check out vacancies at http://www.sikomsupplies.com register your email to receive enewsletter…

  14. ssalmii says:

    salam bro..i nak tanyala,y kat platform x ley bawak henfon?kat sane ada public phone x?

  15. eddyra says:

    [quote comment="6410"]salam bro..i nak tanyala,y kat platform x ley bawak henfon?kat sane ada public phone x?[/quote]
    henpon tak bleh bawak dik.. public phone takde!! Kalau di exxonmobil platform anda boleh bawak ring-ring card atau I-talk card boleh access dan make call from there..

  16. wishoffshore says:

    something diffrent we talk everyday

  17. ajaxxmullys says:

    hahak. .kelakar plak p tny dpt bwk hp atau tak. .sana kt platform tak pyah bwak hp sume dah ada.salam. . .

  18. wan farid says:

    salam en eddyra.saya nak tanya jawatan sebagai STOREMAN di platfor.bagaimana kerja dia dan gaji.

    terima kasih

  19. rinarieshah says:

    bila..i bace story u…
    teringat cik abg i…kat miri…
    line takde….
    byk keje kat yard..
    mlm2…klu line clear bru dpt cal ngn sms….
    nak buat macam mner….
    dah keje O&G….
    balik kl…jap….2 hari dah terbang balik miri…
    lama lak…tu…
    rindu….sbr jela…

  20. kamal says:

    bwk hfon pn xgune…xde line….tp klu kat belah sbah swak ade gak la line….hahahaha

  21. gurl_x says:

    nak tanya sikit, kalo g offshore luar dari malaysia contohnye cam kat thailand kalo diaorang wat call, orang yang terima panggilan tue pun kena bayar gak ke?

  22. mawar7duri says:

    kalau dah kerja di offshore..then nak naik kan pd satu tahap yg lebih tinggi boleh tak?dengan apa caranya untuk apply atau tunggu ada permintaan baru boleh apply?then apa yang perlu ada untuk semua tuu…

Leave a Reply