Cerita ni berlaku sekitar 2007 di mana chopper Super Puma yang membawa 21 orang crew telah jatuh dan terputus di bahagian ekor berhampiran dengan platform Tapis Bravo, Exxonmobil. Sebahagian besar dari crew tersebut adalah pekerja di company yang aku sedang bekerja ni. Aku malas nak comment panjang-panjang hal ni sebab ini melibatkan Exxonmobil, MHS dan 2-3 contractor lain.. daripada siasatan sudah tentu ada jawapannya. Jawapannya pulak tu kurang menarik.

Ekoran dari incident tersebut, semua penerbangan ke offshore platform di sebelah pantai Terengganu telah dihentikan serta merta untuk membolehkan pihak tertentu membuat siasatan terperinci. So sesiapa yang nak ke offshore pada masa tu perlu ler naik supply boat.. gilo. Gilo tak gilo, nak buat camana .. nak kerja kena la hadapi semua tu.

OK apa yang aku nak kongsi di sini ialah pengalaman menaiki supply boat to Seligi A selama 16 jam. Satu jangkamasa yang cukup lama, cukup menyiksakan. Oleh kerana chopper dah kena grounded, maka kami TERPAKSA jugak ler naik supply boat untuk ke platform. Nak tak nak mesti naik supply boat, aku rasa takde yang berani naik chopper pada masa tu pun.

Hari yang penuh bersejarah tu, 12 February 2007, ramai crew berkumpul di Helibase Kerteh untuk check in seperti biasa. Penuh sesak offshore crew yang terkandas. Kami kemudiannya diarahkan untuk menaiki bas menuju ke KSB, dan berkumpul di sana. Sepatutnya, dari helibase terus naik chopper ke platform.

Kami bertolak dari Kemaman Supply Base (KSB) jam 11.30am menaiki Bayu Tiram. Sebelum berlepas tu, ada yang dah telan pil tahan mabuk, termasuk aku. Group lain naik boat lain bergantung pada location yang dia orang nak pergi. Group kita orang masa tu sekitar 13 orang jer.. supply boat pun kecik jer.
Sejam perjalanan tu masing-masing masih OK lagi, sambil baring-baring di atas passanger seat tu. Kalau tak silap masa tu ada MTV karaoke mendendangkan lagu dangdut Indonesia.. layannnn.. kejap-kejap keluar ke deck untuk sambung nyawa (hisap rokok ler). Makanan dan minuman yang Exxonmobil provided pun banyak kat deck, nasik ada, air kotak ada, cake, pisang dan macam-macam lah. Makan jer lah bertemankan langit biru dan air laut yang terpercik masuk ke atas deck. Orang kata kalau rasa nak mabuk tu kena makan, dan jangan biarkan perut tu kosong. Kalau perut kosong nanti gas keluar.. entah lah aku.

Masuk jam kedua, ketiga.. aku tak tau apa yang berlaku. Aku dah tertidur.. sedar-sedar sekitar jam 2.00 petang. Aku tengok passanger area dah gelap, cuma ada dim light jer.
‘Uwekkkk…!’ Bunyi salah seorang dari kami mengeluarkan isi perutnya. Ptuih.. aku dah rasa kembang tekak ni. Aku bangun gi toilet, nak kincing pun terhuyung-hayang pasal ombak langgar boat kami. Cehh.. dalam toilet pun dah penuh dengan sick bag, banyak juga hasilnya. Aduhai.. baru 3-4 jam berlayar, aku rasa macam dah nak mampus. So aku keluar lagi ke deck, cari air kotak, cake pisang ka apa kejadah aku pun dah lupa lah. Makan minum kat deck tu .. permandangan sekeliling dah takde daratan dah.. betul-betul tengah laut ni.
Ombak semakin mengganas. Memang hari kita orang naik boat tu ombak kuat betul. Kejap tersandar ke belakang, kejap-kejap tersunggkur ke depan, hayun kiri hayun kanan. Kalau macam ni, tak sempat sampai kat Seligi A rasanya aku dah mabuk.

Masuk dalam passanger area, situ uwekkkk.. sini uwekkk.. aduhai.. isi perut aku dah bergelora nak naik kat tekak. Control .. control. Aku pujuk mata, tidur la tidur.. last-last tertidur. Sedar-sedar entah pukul berapa dah, aku keluar kat deck tengok dah gelap gulita dunia ni.. dah malam rupanya. Minum air kotak lagi, cari apa pekebender yang ada, lapo perut. Hujan lebat rupanya malam tu.. air laut dah masuk ke dalam passanger area, leaking la tu. Ptuih.. air laut siap dengan muntah orang.. bergelegak tekak aku.
Tak de kudrat untuk aku sembahyang masa tu, aku rasa semua tak sembahyang ler.. kalau yang ada pun yang bersembahnyang masa tu mungkin yang bertaraf wali jer hahaha..
Aku tengok kawan-kawan aku start dari mula-mula naik boat pagi tu tak bangun-bangun.. dah mati agaknya. Aku tanya apa cerita ,dia kata dia dah berapa puluh kali muntah.. dah takde benda dah keluar, muntah terakhir pun gas jer yang keluar hahahaha..

Mana lagi aku nak gi.. nak duk dalam boat geli dengar orang uwekk uwekk.. duk kat luar hujan lebat, gelap pulak tu kang muncul hantu laut depan mata kang susah pulak.. wahaha.
Nak tak nak baring jer lah kat passanger seat tu.. sana uwekk sini uwekk.. Tup-tup dengar kawan aku tadi mintak botol. Aku beri dia botol, aku ingat dia nak muntah rupanya di kincing dalam botol tu, tak larat dah nak bangun hehehe.. komang sungguh.
Sekitar jam 12.30 malam, 13 February 2007 akhirnya boat Bayu Tiram tiba di Platform Tapis A.. ada ler 3-4 orang yang naik platform tu. Aduhai masa nak approached platform tu, punya lah susah sebab ombak terlalu kuat, boat takut terlanggar platform.

Kemudian, Captain Bayu Tiram buat announcement, perjalanan ke Seligi A akan mengambil masa selama lebih kurang 2 jam lagi.. aaaa tidak..!
Ombak terus mengganas, uwek uwek terus berbunyi.. aku masih lagi OK dan control macho. Sebelum ni pun aku dah selalu gi mancing kat laut naik boat kecik atau pun fiber boat tu.. tak mabuk pun. So pengalaman tak mabuk tu ada la jugak. Pujuk mata tak juga tidur…
Dalam penyiksaan yang amat dasyat tu, boat terumbang-ambik macam takde kawalan. Aku rasa kalau boat ni karam, apa ler yang aku boleh buat untuk selamat kan diri, memang tubuh dah lemah sangat. Kawan-kawan aku yang lain tu, aku rasa dah lama tenggelam kut.. hehehe.
Sekitar 3.00 pagi, sampailah kami ke destinasi, Seligi A Platform. Aku yang dari Tapis B tak tidur sekelumit pun hampir-hampir tewas, cuma isi perut tu stop kat tekak jer kemudian dia masuk balik hahahahha.. masam masin semua ada.

So sorang-sorang mangsa yang mabuk berjalan ke luar deck, menaiki lifting basket dan terus ke atas main deck Seligi A. Kawan aku yang dah lembik ni terpaksa di papah hingga ke luar deck dan duduk di tengah-tengah lifting basket, nak pegang tali basket takut terlepas jatuh ke laut pulak..
Akhirnya tiba lah kami ke platform Seligi A setelah hampir 16 jam di lambung ombak. Masalah baru aku pun datang, aku mabuk darat.. bila berjalan rasa huyung-hayang, kat telinga ni berbunyi engine boat.. satu dua hari juga baru stabil kembali.

Aku kadang-kadang terfikir camana lah boat crew tu boleh survive dalam boat tu selama ini. Aku tanya pengalaman salah seorang boat crew tu, dia kata apa yang kita orang alami ini hanyalah alunan ombak yang masih kecil berbanding pengalamannya yang lepas-lepas.. cehh dia kerja kat laut boleh ler cakap gitu..
Andaikata aku perlu ulangi sekali lagi keadaan tu.. aku rasa baik tak payah lah..
Related posts:
Life has been crazy.. I am currently in the middle of preparing a major oil and gas tender for a ...
We have a requirement from our client, Carigali Hess to find a candidate for their new contract. If ...
The whole reason why I am writing this post is because I wanted to express my dissatisfaction on th...




“Tak de kudrat untuk aku sembahyang masa tu, aku rasa semua tak sembahyang ler.. kalau yang ada pun yang bersembahnyang masa tu mungkin yang bertaraf wali jer hahaha..”
Pandai engkau tambah ceritera eddy…
Pengalaman yg menarik…kwn sy pernah cerita kat sy ttg keadaan ini…mungkin dia mabuk satu boat juge dgn eddy…
haha… best bro.. cite lagi! lagi!
Dalam cite ni korang perasan tak?…hero dia tak weeek la…
Bagaimana tragedi ni berlaku…sy difahamkan cuaca begitu buruk pada hari kejadian….pilot tidak dapat melihat helipad pada jarak 10 meter pun…kejadian ini mengorbankan pilot dan mencederakan 21 passenger…rescue guna ROV (remote operating vehicle)..
“Aku rasa kalau boat ni karam, apa ler yang aku boleh buat untuk selamat kan diri, memang tubuh dah lemah sangat. Kawan-kawan aku yang lain tu, aku rasa dah lama tenggelam kut.. hehehe.”
…ayat power bro,hahaha…
Zol memang saya tak sempat mabuk.. walaupun hampir-hampir nak mabuk. Pengalaman Zol.. hero dalam cerita memang dia lah hero hahaha
Ngeri gak kalau dipikirkan kalaulah kita yg berada dlm 21 org tu,kejadian tu berlaku sehari selepas aku blk offshore ngan super puma fuhhhhh ngeriiiii.
Ngan supply aku ulangalik ke statelit platform, alhamdulilah aku x mabuk walaupon hari2 ulangalik, cume member aku yg sorang tu adalah 2/3 x kekoh bira ( istilah kat offshore org yg mabuk )walaupon x mabuk, tapi sakit kapla yg amat sgt, itu baru 1 atau 2 jam kat supply boat, kalu lama lagi mcm eddy tu, x tau la…
kekoh bira.. tak sama dengan bahang bira..
Can’t imagine myself stuck on a boat for 16hrs.Kalau kena naik chopper,lagi mintak ampun. Biar hero ajelah yg naik.
so pn fatiah is supervisor lama..
..
Lupa tukar title dah. Maklumlah pekerja mithali with many portfolios. Me also Minister for Home Affairs, tak bergaji.
wah, dunia ini amat kecil ya. Berikut ialah lagi cerita tentang kejadian tersebut.
http://offshoreman.net/oil-gas-jobs/crashed-helicopter-being-recovered-by-dpdsv-team-siam/oil-and-gas-jobs-blog/55/
assalamualaikum,
itu la dia..sepanjang 7 tahun aku kerja oil n gas,2 kali je naik chopper..tp kalau boleh biar mabuk camane pun aku sanggup lg naik bot..seram beb naik chopper,mmg chopper lg safe dr naik flight,ntahla..biar la naik bot..
[quote comment="4280"]assalamualaikum,
itu la dia..sepanjang 7 tahun aku kerja oil n gas,2 kali je naik chopper..tp kalau boleh biar mabuk camane pun aku sanggup lg naik bot..seram beb naik chopper,mmg chopper lg safe dr naik flight,ntahla..biar la naik bot..[/quote]
so kerja kat mana sekarang ni bro?
aku biasa, kalau naik bot, aku akan tidor. dan sebelom tidor, pesan kat sapa2 supaya kejutkan aku bila dah nak sampai. sebab, kalau aku tak tidor, sah, muntah segala macam ada. kalau tidur ok sket. hehehhee
[quote comment="4671"]aku biasa, kalau naik bot, aku akan tidor. dan sebelom tidor, pesan kat sapa2 supaya kejutkan aku bila dah nak sampai. sebab, kalau aku tak tidor, sah, muntah segala macam ada. kalau tidur ok sket. hehehhee[/quote]
romzi kerja offshore ka, kerja bawak supply boat ka.. ka pilot ni..
hmmmm…saper pilot heli yg terkorban tuh….koz oral kenal ramai pilot heli….hmmm
mudah mudahan….di rahmati tuhan rohnya……….nak tanya gak…setiap ahli carigali nih ader gi latihan selamatkn diri kuar dari helikopter jika ader kemalangan di kawasan laut???………
[quote comment="4896"]hmmmm…saper pilot heli yg terkorban tuh….koz oral kenal ramai pilot heli….hmmm
mudah mudahan….di rahmati tuhan rohnya……….nak tanya gak…setiap ahli carigali nih ader gi latihan selamatkn diri kuar dari helikopter jika ader kemalangan di kawasan laut???………[/quote]
bukan staff carigali sahaja, semua personnel yang nak ke offshore, bekerja di atas platform, bekerja di atas barge, even pilot itu sendiri perlu ada safety course, di dalam courses tersebut ada satu course yang di nama kan HUET – helicopter underwater escape training.. cara-cara keluar dari helicopter bila ada satu-satu kemalangan di air.
Kalu duk sea nk gi satellite mcm lawang atau serudon memang seksa. Lbh2 lagi kalau kena b0rc0s taqwa. Memang lmbt.. Tapi, bg aku kalau x nak mabuk, duk je ats dek b0t, baring je terus. Lupakan nk sembang atau nk isap r0k0k.. Try le.
Tu dia orang Seligi A dah comment.. nama sapa bang..
Medic kat tempat aku (Newfield Belumut Alfa) pakai earplug sebelah je….pakai dulu sebelum naik boat…..die kate tahan sikit mabuk……aku x cuba plak pasal aku x mabuk…hehehe