Kelayakkan untuk berkerja di offshore
August 22nd, 2007 by eddyra on OffshoreOK seperti yang aku janjikan, bukan semua orang boleh atau layak untuk bekerja di offshore. Hanya mereka yang betul-betul fit dibenarkan berada di atas platform, mat fit tidak digalakkan sama sekali.

Basic requirement untuk bekerja di pelantar minyak.
- Berusia at least 18 tahun ke atas - biasanya lepasan SPM lah. Sementara nak tunggu result tu ok juga cari pengalaman. Masalahnya sukar juga nak dapatkan company yang nak recruit worker yang tidak pernah ada pengalaman bekerja ni. Paling mudah gi register kat INSTEP - Institut Teknologi Petronas. Lawat web dia kalau nak tahu lebih lanjut. Tak jauh pun, area Batu Rakit Kuala Terengganu jer.
- Safety Passport - Conpulsory, wajib. Bagaimana nak dapatkan safety passport ni. … kalau di sebelah pantai timur ni, TSTC menawarkan berbagai course untuk workers. Ada berpuluh-puluh courses di sini tetapi yang wajib untuk bekerja di offshore :
- Basic sea survival course
- HUET - Helicopter underwater escape training
- Fire fighting
- Physically fit - Macam aku terangkan di atas, hanya personnel yang fit sahaja yang boleh bekerja di sana, yang jenis lemah lembik dinasihatkan tak perlu memohon lah. Alasan aku, kita akan bekerja di sebuah tempat yang kotor, bahaya, cuaca yang tak menentu atau ringkasnya kerja-kerja yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental.
Everything nak cepat, kalau lambat panas lah telinga. Begitu juga dengan crew-crew otai yang dah lama bekerja di sana, ada yang hampir 30 tahun! So puak-puak otai ni ada yang kasar ada yang sebaliknya. Kalau dapat bekerja dengan satu team yang baik tu ok lah, kalau puak yang satu lagi tu, alamat nak kena demob je lah. - Mentallity Fit - Kalau cepat terasa hati, suka menangis, cepat tersentuh atau apa saja peel yang sewaktu dengan kaum hawa tu sekali lagi dinasihatkan tak perlu apply lah. Sebab, sendiri mau ingat kita nak bekerja di pelantar minyak nun di tengah laut, bukannya di kedai salun rambut.
- Medical check-up - Anda perlu jalani medical check-up terlebih dahulu, x-ray apa-apa yang patut. Jantung OK, paru-paru OK, mata OK dan semuanya OK. Kalau semua OK boleh jalan terus.
Institut Teknologi PETRONAS (INSTEP - Batu Rakit Campus)
Lot 9764, Mukim Batu Rakit,
21020, Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman,
MALAYSIA
Tel: 609 - 669 6141
Fax: 609 - 669 6702
Email: instep@petronas.com.my
Kalau dah grad dari INSTEP, ada rezeki boleh bekerja dengan di Petronas ataupun Exxonmobil platform. Tapi kalau kena hantar kat onshore macam di Onshore Gas Terminal, Paka ka.. nasib lah.
Untuk bekerja di sebelah platform Petronas, anda perlu ada 4 courses. Exxonmobil setakat ini mewajibkan 3 courses. So tanpa course ini anda tidak akan dapat passport, takde passport maaf anda tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun kalau anda seorang VIP, kalau takde anda maka kerja tak boleh buat, masih ada peluang untuk anda terlepas untuk sekali namun bergantung kepada keadaan.
Berapa ribu ringgit Malaysia? Untuk 4 courses ini ada perlu ada RMX,XXX.XX. Anda boleh contact TSTC atau layari website dia orang.
Terengganu Safety Training Center Sdn Bhd
3572, Jalan Panchur,
Kawasan Perindustrian Teluk Kalong,
24000 Kemaman
Terengganu Darul Iman
Tell : 09-8623300
Fax : 09-8623302
Demob - balik ke onshore, atau back to town.
So ini lah serba sedikit BASIC requirement untuk bekerja di offshore.
August 29th, 2007 at 9:03 am
[...] topics yang lalu aku ada menceritakan basic requirement untuk mereka yang berminat untuk bekerja di offshore. Oleh kerana ada yang menghantar email [...]
ReplySeptember 17th, 2007 at 11:05 pm
wahhh…dasyat gak keje kat offshore nie…slalu dgr gaji lumayan jek…takde plak dgr kesusahan di sana….dengan baca blog nie…dapat gakla gambaran serba sket kehidupan di laut tuh…thanks…
ReplySeptember 18th, 2007 at 12:31 am
gaji lumayan ke? huhu.. kayaaa kayaa.. kalau rigger sekali naik offshore boleh la dapat RM2,100.00 tak tolak EPF, TAX etc.
ReplySeptember 18th, 2007 at 11:04 pm
MEMANG BES GILER KEJA LAUT MAKAN FREE, TIDO 3 - 4 STAR
ReplyGAJI LUMAYAN JUGAK… KEKADANG GAJI LAMBAT SKIT
TAPI RISIKO TINGGI SKIT
LAGI TINGGAL ANAK ISTERI …. TENGOK IKAN PISANG PUN SYOKKKK…
September 18th, 2007 at 11:09 pm
ya en Hashim,
ReplyBetul tu, siapa cakap tak syiok kerja offshore. Hari-hari boleh renung ikan pisang kat bawah platform. Err dengar cerita mau join itu Cariman? Carigali? Carimun? Kui kui… good luck bro.
September 19th, 2007 at 12:00 am
He he he….
Tak pasti lagi ada few offer yg pasti resign tengah bulan pose
Replyrest skit sambut raya then fikir mana mau join…
join client lambat lagi… x qualified la…. SRP jeeeee
September 19th, 2007 at 12:19 am
hek eless.. wa kenal lu dah banyak tahun la bro, lu memang qualify dah. Ke tengah pilih mana baik punya.. wahaha.. abis la Vasta lepas ni..
ReplySeptember 22nd, 2007 at 10:33 pm
Gile tul keje kt tngh laut. Aku dgr gji lumayan.. Kalau aku dapat la, ak pgi…. Klau dh d’pggil, xnk datang, maknenye pondan la
ReplySeptember 25th, 2007 at 6:49 pm
walaupun kerja me design pelantar minyak, tapi me tak pernah gi offshore..
anyway, thank you for the informasi yang terperinci..
ReplySeptember 25th, 2007 at 11:33 pm
yginsaf .. kerja dengan consultant company la ni kan.. good then. Mesti oil and gas division punya design group ni.
ReplySeptember 27th, 2007 at 8:29 am
dulu akak pun penah keje buat platform ni. buat guntong, jerneh, seligi,M1,M3 dll. Merasa la juga naik atas platform tu walau pun kat onshore je. time yg paling suspen skali masa nak pindahkan ke tengah laut. bayangkanlah macamane…
ReplySeptember 27th, 2007 at 8:39 am
kak azie,
ReplyOK.. tu platform Exxonmobil dengan Shell tu. Rasanya akak ni kerja dengan fabricator kan, Sime Sembawang, Ramunia Fabricator, MSE punya kerja la ni.
October 3rd, 2007 at 12:00 pm
Memang betullah tu en. eddyra weh… aku paling benci panjat widow maker dari tender… kalau dari jack-up ke platform tu ok lah jugak…
practically en. eddyra cakap tu mula dari bawah… mula2 dari roustabout, and then naik lagi ke position lain lepas tu kalau bagus… dak ke gitu… painter, monyet man kat monkey board, pump man, assistant driller & driller.. paling tinggi kat situ ialah tool pusher dari contractor nye side. Dari client nyer side is the company man… gaji pulak mula dari bumi naik ke atas langit… kalau dd boleh le dapat 2 ke 3 ribu sehari…. MWD/LWD engineer sekarang pun mahal jugak bayarannya… almaklumlah dengan keadaan sekarang ni tak cukup pekerja so demand tinggi lah….
Kat onshore pun tak kurang jugak bayarannya… depending on experience….
ReplyOctober 19th, 2007 at 3:21 pm
ASsalamualaikum…
nak tanya sketlah.. mcm mana kehidupan di sana yer? maksud aku mcm mkn minum? tpt tinggal? kewajipan pada tuhan? dan sbgnya? mcm mana pulak dgn syarikat lain yang ada pojek kat sesatu pelantar tu mcm install anode utk cathodic protection, adakah ‘tuan empunya’ pelantar akan provide benda asas tu ek?
ReplyOctober 19th, 2007 at 4:16 pm
walaikum salam digolbot.
Kehidupan di atas nun.. aku ada gambarkan serba sedikit offshore life ni di topic yang berkaitan. Cuba search ‘offshore life’ di blog cap ayam aku ni. Bermula dari helibase hinggalah kita bekerja, makan dan tidur di atas platform.
Sekiranya ada contractor lain yang di’award’ kan sesuatu job, atau sub contractor kepada main contractor umpamanya, pada asasnya mereka boleh menikmati semua kemudahan yang ada di atas platform tu seperti loundry service, makan dan minum free, tidur free, room service, and everyting will be provided by platform.. except personnel item, equipment and tools untuk buat kerja, material etc.
Nak install cathodic protection umpamanya (nak install dalam vessel ke?), all related material, equipment, safety equipment tu contractor sendiri lah yang kena bawa. Lain-lain tu macam aku tulis tadi, akan disediakan oleh platform.
ReplyNovember 19th, 2007 at 11:03 am
hello eddyra
saya haritu pergi ke instep dan dapati tiada course seperti yg anda nyatakan, maksud saya ialah course2 tersebut hanyalah untuk staff2 petronas.
Saya amatlah berminat untuk bekerja di offshore dan saya tak kisah untuk bermula dari bawah. pasal course seperti di TSTC tu saya boleh ambil.
Tapi sekarang saya buntu sebab saya tak dpt nak cari peluang bekerja tersebut. Kalau boleh saya nak minta contact dari anda untuk saya mulakan kareer saya.
terima kasih
ReplyNovember 19th, 2007 at 1:11 pm
saudara Guzzi,
Benar, course di di INSTEP hanyalah untuk mereka yang akan bekerja dengan Petronas atau Exxonmobil sahaja setelah tamat course.
Kalau kita mendaftar dan join course di sana, ada harapan untuk bekerja di offshore. Kalau nasib tak berapa baik, kena bekerja di onshore seperti OGT dan TSTC di Paka. Tapi dengar cerita ramai juga lepasan INSTEP yang masih tak dapat kerja lagi.
OK kalau saudara berminat, cuba usaha dapatkan peluang tersebut dengan bertanya mereka yang sedang dan pernah bekerja di offshore.
Kalau position rigger, helper, scaffolder tak perlu lah hantar resume pada company-company ni, hantar surat application itu semua. HR dia orang ni tak layan sangat. Ada baiknya saudara pergi kat office tanya ada kekosongan ke tak. Kemudian isi form… bla bla bla “nanti kalau ada kekosongan kami akan panggil” … biasa la tu.
Jalan yang terbaik ialah, bila ada dengar interview nak pakai ramai rigger, contohnya masa company ni ada SHUTDOWN.. haaa masa ni la paling cantik. Biasanya semua applicant akan dapat.
Apa-apa hal contact saya di email eddyra.net@gmail.com
ReplyDecember 2nd, 2007 at 9:16 pm
saya dari jurusan sijil kejuruteraan mekanikal dari politeknik seberang perai,amat meminati kerjaya ini, sebelum ini saya ada menghantar satu dakumen kepada pihak tuan,dengan adanya dokumen tersebut.saya berbesar hati n berharap pihak tuan mengambil saya berkerja ditempat tuan sekian
Replyyang berharap
pazil bin mohamed
017-4705867
December 3rd, 2007 at 9:52 pm
adehh.. pazil jangan le gitu.. sini bukan tempat recruit pekerja. Anyway mana document nya.. zzz.
ReplyDecember 26th, 2007 at 10:35 am
bro eddyra, saya berminat nak join offshore ni,
Replyye ke susah kerja offshore ni? hari tu kawan saya cakap takde ler susah mana, nak pulok kalau u kerja sebagai client mcm Petronas Carigali ke, Exxon ke, yg teruk kerja sebagai contractor mcm Tanjung ke, betul ka?
Sekarang i kerja sales,terlibat dgn oil n gas jugak, jual valve utk oil n gas, client Petronas, Exxon, Talisman dan banyak lagi. tgh kumpul pengalaman sebanyak mungkin.
Kerja apa yg releven dgn Valve ni kalau kat Petronas Carigali ni? Offshore ada ke?
December 26th, 2007 at 10:37 am
bro eddyra, saya berminat nak join offshore ni,
Replyye ke sushi kerja offshore ni? hari tu kawan saya cakap takde ler susah mana, nak pulok kalau u kerja sebagai client mcm Petronas Carigali ke, Exxon ke, yg teruk kerja sebagai contractor mcm Tanjung ke, betul ka?
Sekarang i kerja sales,terlibat dgn oil n gas jugak, jual valve utk oil n gas, client Petronas, Exxon, Talisman dan banyak lagi. tgh kumpul pengalaman sebanyak mungkin.
Kerja apa yg releven dgn Valve ni kalau kat Petronas Carigali ni? Offshore ada ke?
January 2nd, 2008 at 8:04 pm
eddyra.net wrote:
aku penah try mintak blaja kt instep,bln 8 aritu,pas 2 aku dpt pergi temuduge,mslh nye puas dh aku tunggu smpai skrang xdpt-dpt maklum bls…padahal aku nengok yg pergi temuduge pun sume pun tahap2 aku je..kire aku pun bleh lepas la…tp ramai gak yg ckp nk masuk petronas kena ade cable,klu xde jgn harap lerr,2 yg wat aku bengang jer,kire aku membazir duit ngan mase je g mohon n g temuduge 2
ReplyJanuary 3rd, 2008 at 7:59 am
sabar-sabar encik qushairy, mungkin takde jodoh la tu kot, urusan2 rezeki ni TUHAN je yg lebih tau utk kita.. eh me plak yg jawab.. ahahha sorry tuan umah~
ReplyJanuary 7th, 2008 at 2:40 pm
kaum hawa boleh keje gak ke??
ReplyJanuary 13th, 2008 at 9:28 pm
Assalamu’alaikum Semua,
ReplyPertama sekali saya ucapkan Syabas, Tahniah & million Thanks to web owner -En. Eddyra.
Thanks again to you Eddyra for providing details & many point for us to refer before proceeding an action to work Offshore…
Aku ni.. sgt-sgt berminat kerja Offshore dari muda lagi, tapi kerana takder guide & asyik main apply jer so ALL application aku tak berbalas, so kenapa bersemangat berapi-api nak kerja kat sana… Y?
Terutama sekali kerana aku dengar kat Offshore, Amalan Ibadat kita di ambil kira gak & mungkin di titik berat kan dalam bab SOLAT. - Reason y I’m interested.
So, aku bertemu ngan mamat ni, dia kata dia ada Cable boley tolong adjustkan aku kerja Offshore. Pendek cerita dengan guide which means apa yg perlu b4 dapat naik Offshore.. 1st kena FULL medical Check-up di Klinik Ramli @ Kemaman city pastu amik Coarse CSC di TSTC pastu baru adjust ngan org yg boley buat Offshore Safety Passport. Aku habis beribu gak ngan mamat ni sal dia contact org yg dia kenal utk Tolong kerja pakai Phone aku. Pendekkan cerita, alih-alih mamat nih hilang… aku dok kat kampung aku nih terpinga-pinga, duit habis banyak kerja pun tak dapat. So, aku teruskan juga usaha & smpai sekarang baru dapat Offshore Safety Passport namun belum menjanjikan kerja kerana aku tak kenal sesiapa di mana-mana Company Oil & Gas. Ok, kat sini aku share ngan korang sumer jgn tertipu ngan mamat nih & sidikit info - dia nih tinggal kat kemaman, dia akan cari sesiapa yg show interest working Offshore, perwatakan dia.. sekali tengok memang korang tahu mamat nih kaki “cheers” & pandai bercerita mengenai Offshore dan meyakinkan kita yg dia ada Cable power utk adjust kita kerja Offshore by calling org yg dia kenal by using our phone. SO… beware sal kerja aku semua terpelanting sal mamat nih… hish… pada sesiapa nak tahu sal mamat ni so that tak terkena, boley la aku kasi guide.. Boley imagine ker kena tipu ngan kaum sendiri..
Ok, kat sini kalu ader sesiapa yg tahu ada Company nak guna Rigger ke helper ke… pls inform kat aku.. aku try apply sal aku dah ada Offshore Safety Passport. Thanks again
Wassalam
January 13th, 2008 at 11:16 pm
Mr junky,
Terima kasih..siapa mamat tu eh, Kemaman ni kecik jer, offshore company pun bukannya ramai sangat pun. Kalau describe mungkin kenal kut..
Rajin-rajin lah bertandang ke Kemaman, KSB, kalau ada company yang recruit rigger ka, helper ka.. cuba cuba riki riki kata orang kapung aku..
Kalaulah ada orang minta duit pendahuluan untuk join mana-mana company, jangan terima bulat-bulat. Scam tu. Sepanjang aku kerja dalam field ni, tak pernah pulak ada orang minta duit untuk join mana-mana company.
ReplyJanuary 16th, 2008 at 5:12 pm
Salam,
ReplyThanks for replying, ehh eddyra.. ko tengah cuti ker sekarang nih?
Anyway kepada sesiapa yg terbaca & bersemangat berkobar-kobar nak keje di Offshore, jangan la terserempak ngan mamat ni. Si aku gitau sikit ttg dia nih.. Nama dia Kei-ghol (sebut 2 3 kali boley tahu ler nama dia yg betol.. dia ngan bini dia sama subahat… so, dia akan contact somebody yg ada dlm company di KSB ker atau yg dia kenal dengan menggunakan handphone kita so.. kita akan convinced sal dia akan on speaker phone tu dan dia suruh kita deal ngan org yg dia contact.. apa post nak apply, gaji berapa nak demand(kalau post tinggi) etc etc.
Rasa-rasa saya terlepas dari sifat ngumpat sal Sifat Harus untuk ngumpat ada 6 kot… (still jahil lagi).
Anyway, Eddyra… saya nih dok kat utara… dah 4-5 kali dah ulang-alik Kemaman cam ko mention la.. kena rajin rikki.. tapi ntah lah, payah gak nak dapat… tunggu sampai jadi penunggu since bulan august 2007 lagi. Sekali gi KSB dari tempat aku, mau gak belanja RM500 above gi balik so dah 4-5 kali berapa dah.. hinnssss.. berat gak rezeki aku nih…
Thanks again to you ..
wassalam
January 21st, 2008 at 2:02 pm
Salam,
Eddyra Said and ALL,
Blog you memang banyak membantu, tak leh gi offshore pun, banyak maklumat yang boleh membantu….
Sy dok berangan nak gi keja kat offshore tp tak dapat-dapat since 2006. Banyak company yg dah hantag resume tp satupun tak panggil…senyap je…
Walaupun ada Diploma Mechanical,Cert. in Metal Structure, expert in CAD drawing, expert in metal fabricator, expert in welding arc/gas, manage a group of Technicians, experience as Assitant Engineer(tapi di kilang),rezeki masih belum ada lagi.
Mcmana caranya eddyra….boleh tolong forwardkan resume sy kat mana-mana yang patut?
ReplyJanuary 21st, 2008 at 3:24 pm
banyak juga aku terima resume ni.. aduih apa aku nak buat ni.
Kat malaysia ni, oil and gas company memang banyak tetapi yang banyak-banyak tu kalau boleh nak yang dah ada experiance di offshore, biasa la tu.
Join construction group la Zol, kalau pandai auto CAD cuba join oil and gas consultant company, mana tau ada harapan ke offshore..
ReplyJanuary 21st, 2008 at 4:28 pm
salam Eddy,
Kalau mcm tu,ok gak la…
ReplyEddy boleh advise tak nama-nama oil and gas company yang buat consultation/construction. Nama-nama pendek pun dah cukup, sy akan buat homework untuk cari alamat penuhnya….
January 21st, 2008 at 4:47 pm
Zol,
MMC - Kerteh ada branch.
Technip
Petra
Perunding Ranhill Worley Sdn Bhd
13th Floor, Empire Tower, City Square Centre, 182, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Nanti aku update..
ReplyJanuary 24th, 2008 at 11:48 am
Salam Eddy,
Sy ada buat searching to oil and Fab spt yg Eddy maklumkan. Ada kawan kpd kawan sy keja dgn Oilcorp, Pulau Indah. selepas make a few conversation, sy diminta fwdkan cv kpdnya dan dia akan buat follow up kpd enggineering/procerument dept.
Tengoklah nanti mcmmana…. Satu lagi, sy difahamkan keja kat sini contract basis, dimana bukan sebagai permanent staff, kalau bagus/perform a peluang jd permanent staff,
Kontrakpun dapat gi offshore jika ada commisioning job.
Antara customernya Petronas cgali, exxon, talisman, shell sarawak.
Plan sy and question….kalau dapat kerja kat oilcorp 2-3 tahun as fabricator/designer and involved in commisioning jacket/platform offshore…adakah peluang untuk bekerja dgn platform owner spt talisman, Newfield Inc. cerah?
ReplyBekerja sebagai permanent staff 14/14 atau 28/28 day cita-cita sy…
January 24th, 2008 at 12:22 pm
Zol,
Cam ni, kalau kita punya performace OK, why not? Ramai gang-gang contractor yang serve client exxonmobil, Talisman, petronas etc akhirnya join client juga. Client akan evaluate kita punya performance, tapi bukan setahun dua lah kan..
Tunjuk performance yang baik, insyallah client akan invite kita join dia, tak kira lah permanent ka, contract ka..
Aku pernah gi kat Oilcorp tu masa nak JV dengan Offshore Work untuk DPD exxon punya project.
ReplyJanuary 24th, 2008 at 2:37 pm
Eddy,
Waduh….susah juga nak jadi permanent kalau bukan setahun dua….takut contract habis…kantoila V6 sy…
OK la Eddy, kindly U please decribe apa-apa jenis “contract workers” yg ada di onshore/offshore,
Replyclient permanent/contract workers,
Contractor permanent/contract workers atau apa-apa yang U tahu…mungkin boleh share info…atau akan membantu sy nak channel karier jadi orang minyak….
January 24th, 2008 at 3:26 pm
Hahaha..
ReplyOK nanti aku buat satu entry tentang hal ni ok.
January 24th, 2008 at 3:48 pm
OK,TKU, Eddy.
Sebenarnya semangat aje yg berkobar-kobar nak keja kat laut,tp hati ini tuhan saja yg tahu takutnya….
Sementara itu sy keep riki to Petra,Technip, Ranhill
atau mana-mana fabricator.
Regards,
ReplyZool.
February 4th, 2008 at 9:12 am
Direct-hire
Company offer position tetapi secara contract. Payslip original dari company tersebut. Duration bergantung kepada company lah. Setahun ka, dua tahun ka. Salary tinggi sikit dari permanent staff. Bonus pulak kalau permanent staff dapat 6 bulan, direct hire dapat half. Benefit tidak sehebat yang permanent staff dapat.
Permanent Staff
You are fully company staff. Lot of benefit but salary lesser than direct hire and securer position dari direct hire.
Contract Staff
3rd party manpower supply akan promote kita pada sesuatu company, kalau company tersebut agree then kita akan join company tersebut secara contract. Biasanya setahun. Payslip yang kita akan terima ialah payslip 3rd party manpower supply tadi. Payslip RM5,000.00 pun kadang-kadang nak buat loan kat bank pun susah kalau 3rd party tadi tu company cap ayam.
Project Basis
Abis project maka kita pun abis contract, tengok keadaan kalau dia nak tarik join company dia orang ke lepas tu.
Freelance
ReplyNama pun freelance.. freelance lah.
February 4th, 2008 at 4:26 pm
Rasanya susah gak nak dapat keja kat oil&gas atau fabricator ni….but I’m keep on going to proceed…
…sabar…sabar…torehlah gotah yang mano-mano ada tu dolu,dapek gak duitnyo buek belanjo…..
Eddy…a very much apreaciate to yr advice and we keep in touch..
Regards,
ReplyZool.
February 11th, 2008 at 3:36 pm
bro..gua dapat offer trainee technician dari talisman ok x? bagi komen sikit
ReplyFebruary 11th, 2008 at 8:51 pm
firdaus wrote:
Firdaus,
Congratulation.
Anyway gua tak tahu apa position yang ditawarkan, sebab technician itu sendiri banyak jenis technician. Trainee as on job training ka trainee untuk permanent ni?
Kalau on job trainee macam adik2 kolej atau university practical tu wa tak tau lah, tapi its good for work exposure lah.
Kalau anda ditawarkan sebagai trainee technician, go for it. 2 tahun kan?
Lepas trainee nanti boleh jadi permanent crew duk kat Bunga Raya platform. Buat duit bang.. nanti kalau dah masuk Talisman, datang sini balik OK cerita kan tentang pengalaman anda tu.
ReplyFebruary 12th, 2008 at 9:43 am
april nanti start…sebulan kat instep…2 minggu offshore 2 minggu cutii..mcm tu la sampai 2 tahun bro..laut dalam kelantan ,sempadan vietnam
ReplyFebruary 12th, 2008 at 9:43 am
trainee in E&I ok x?
ReplyFebruary 14th, 2008 at 11:12 am
eddyra tak reply pun questionnaire firdaus tu..nak tau gak
ReplyFebruary 14th, 2008 at 11:39 am
question mana ni?
trainee in E&I ok x? yang ni ke? aiyakk miss pulak.
OK punya.. semua kerja OK apa.. E&I banyak buat kerja-kerja E&I.. paling koman tukar bulb dalam LQ, itu paling koman.. Paling teruk kalau troubleshoot instrument punya equipment dan electrical punya part, wahaa nangis lah. Tapi kalau banyak experiance, banyak study insyallah boleh punya.
Aku tengok E&I personel kat offshore rilex jer, makan tido, tapi kalau ada problem banyak ler kerja.
ReplyOK Good luck.
February 14th, 2008 at 5:37 pm
bang, ada info pasal bunga orkid ke? platform baru talisman tu
ReplyFebruary 14th, 2008 at 7:49 pm
Bunga Orkid ni duk kat Thailand Offshore. North Bunga orkid and south bunga orkid. Client Talisman.
ReplyFebruary 15th, 2008 at 1:34 am
Salam bro…
Boleh lu bagi gua idea brp gua nak minta kalau di offer 4 week on/off untuk oversea offshore…..post senior/lead production tech……lu mesti ada idea punya…….or at least give me some idea k….
gua kena reply that email asap……
ReplyFebruary 15th, 2008 at 9:35 am
w’salam bro mankaduk
Gua takde experiance working kat oversea plaform. Cuma kalau ikut pengalaman member-member ada ler kan.
Location mana tu bro? Aberdeen? Vietnam? Dubai? Lagi jauh dari rumah kena ask for more lah.
Tengok term condition bro, permanent ka contract ka, bonus 13th month ka, lum in one figure ka. Flight ticket and others benefits etc.
Rasanya macam 2-3 tahun contract kan.. aku assume je ni. US250 perday (negotiable)..amacam? Dapat la 26K monthly.
Lepas tu bank in salary tu pakai bank kat Singapore, tak payah lah guna bank malaysia, kena tax kaw-kaw nanti.
ReplyFebruary 15th, 2008 at 5:05 pm
bang..if gaji rm1600, 4 kali increment (max 25% & base on performance) dlm 2tahun, bonus 2bulan setahun,meal elaun rm40/bulan,elaun offshore rm140 sehari ok x untuk trainee technician e&i? makan minum,tiket flight,hotel ditanggung.
ReplyFebruary 15th, 2008 at 8:33 pm
memmang bagus.saya telah lama mengimpikan peluang kerja ini,memang nekad dan dengan semangat jitu.plz refer me back.019-3071006
Reply017-3080291
February 16th, 2008 at 8:46 am
refer for what? i want refer to bro eddyra la
ReplyFebruary 17th, 2008 at 1:20 am
Eddy ………keje tu maybe kat indon kot…..tp FPSO la…..
Wa dah minta 6k usd …… basic arr…..maybe permanent kot takpun 2+1 punya contract…..sbb wa reply ni pun to manpower ni….base dia kat singapore….sah gaji msk sana aja…..
sbb wa survey kalu ASEAN market lbh kurang camtu la…..nak minta bnyk kang tak pnggil terus la….hahaha….
thanx bro 4 ur opinion …..lu keja mana bro???
OOO kalau bank pakai bank luar takde tax la yer….??? gud idea tu…..
ReplyFebruary 25th, 2008 at 12:16 am
salam…
baru je jenguk web ni… hehehe… mantap jugak pengisiannye, kebetulan aku pun keje bidang oil n gas jugak, tapi tak penah naik platform yang kat tengah laut… cuma naik yang kat atas darat jer… huhuhu…
btw, skang ni aku pun tengah nak cari keje baru gak… ade sape2 yang bleh rekemen kompeni oil n gas yang bagus2??? aku baru stahun stengah keje ngan fabricator as instrument engineer… alang2 tengah bujang ni elok jugak slalu gi offshore, leh simpan duit… hehehe…
ReplyFebruary 27th, 2008 at 9:56 am
ca bez je citer pasal offshore ni…
ReplyFebruary 27th, 2008 at 10:28 am
“Hanya mereka yang betul-betul fit dibenarkan berada di atas platform, mat fit tidak digalakkan sama sekali”
Bro eddyra, apa maksud “mereka yg betul2 fit sahaja dibenarkan berada di atas platform” ?????
ReplyFebruary 27th, 2008 at 10:50 am
Hanya mereka yang sihat tubuh badan, fizikal dan mental. Mereka perlu menjalani medical check up untuk memastikan mereka layak untuk bekerja di offshore. Kalau ada masalah pendengaran dan penglihatan yang serius pun di kira tak fit untuk bekerja di tempat seperti tu.
Penagih dadah tak layak, tetapi ada ler jugak yang terlepas. Mata kuyu jer, cakap melalut-lalut especially time sebelah malam.. wahaha..
Kalau jenis pemalas, manja-manja macam kaum hawa, cepat tertekan dengan suasana persekitaran kerja pun baik fikir dua kali lah kalau nak apply.
Sesiapa yang ada penyakit yang critical seperti lemah jantung umpamanya, baik tak payah apply lah.
Itu lah lebih kurang..
ReplyFebruary 27th, 2008 at 12:42 pm
hehe tq bro
ReplyFebruary 27th, 2008 at 12:44 pm
huh lupe lak… bro, perlu ke badan yang tegap untuk kerja di platform???
ReplyFebruary 27th, 2008 at 1:03 pm
Badan tegap kalau pemalas, bangun lambat, kuat mengular pun apa gunanya kan. Nampak minyak hitam pun geli geleman, apa kejadah.. Macam gay jer ptuih..
Badan tegap bukanlah syarat, tapi kalau memenuhi semua syarat-syarat kelayakkan, berbadan tegap memang lah satu advantage.
Ada yang kecil, tubuh kecik kurus macam mat fit pun ada di sana biasanya. Tak de masalah dengan size lah.. bak kata orang perempuan ’size doesnt matter’ wahaha..
Tapi kalau kerja workover, drilling etc yang ni kalau tegap, sasa, macho memang sangat-sangat layak lah..
ReplyFebruary 27th, 2008 at 2:08 pm
huhu…ok2 tq so much bos
ReplyMarch 6th, 2008 at 4:22 am
mankaduk wrote:
Pasai tax ni… kalau kerja & berada diluar Malaysia > 180 days dikecualikan dari tax. Kalau kerja luar boleh pergi IRB cawangan di mana fail anda berada untuk tutup income tax account. Dia akan beri surat sekeping untuk diberi pada last employer kat Malaysia supaya the employer settlekan apa2 yg tertunggak….
ReplyMarch 13th, 2008 at 5:07 pm
Selamat tinggal Telekom, esok medical check-up hehe…
ReplyMarch 14th, 2008 at 8:31 pm
boleh ke dgn tiada pengalaman kerja boleh mohon krja kt offshore??klu pengalaman praktikal tu ada la.
ReplyMarch 17th, 2008 at 9:04 am
Muhammad Shairazi b Taufik,
Boleh memohon kerja walaupun tiada pengalaman offshore, tiada baru maka tiada lama. Ramai yang first timer bekerja di offshore, tapi orang lama ni kalau boleh tak nak anak buah yang baru sebab melambatkan kerja, itu biasalah kan.
Good luck..
ReplyMarch 25th, 2008 at 9:26 am
Bro, saya ada bisul rupanya,patut la blood test x lepas
,dah cuci kat hospital kl semalam, keluarkan nanah, sakit nak mampos.
ReplyMarch 27th, 2008 at 11:50 am
hari ni saya bernasib malang, dah confirm x dapat pergi offshore talisman sebab bisul effect kat blood test
kejam betul, da setengah tahun tunggu peluang ni,sampai masa nasib x baik x pasal2 xdapat pergi sebab benda remeh ni. frust gila!!!!!!!!!!!!
ReplyMarch 27th, 2008 at 11:57 am
sorry to hear that, nampak macam tak logic pula dengan issue bisul ni. Report kata fail ka? Cuba firdaus jumpa doc tu.. mintak explanation why because of bisul you considered failed. Ramai lagi orang yang berpenyakit tapi masih lepas ke offshore. Cuba lagi dan jangan mengalah.
ReplyMarch 27th, 2008 at 12:08 pm
bisul tu ada nanah,effect kat blood test, bacaan darah putih tinggi sikit dari normal.emm..tapi saya dah cuci keluarkan nanah kat hospital kuala lumpur,sekarang dah beransur pulih/hampir pulih sepenuhnya.benda ni jadi sebab jangkitan kuman. then doktor tu report kat talisman worry if sakit tu long term, x pasal2 talisman key in view saya untuk intake tahun depan plak..
ReplyMarch 27th, 2008 at 12:13 pm
saya jarang sakit/demam,tapi kali ni ngam2 kena masa medical check-up, nape doc kejam sangat?tutup rezeki orang, xkan nak ikut paper 100%, saya anak yg sulong,mak single parent,adik semua sekolah lagi, tanggungjawab besar gak rase
frust
ReplyMarch 27th, 2008 at 2:37 pm
em..dah try liaise dengan doc n recruit.coordinator talisman..nampaknya xda harapan. next medical check-up will be next year
ReplyApril 7th, 2008 at 9:40 pm
askum.bro addra,saya aman dari jb.saya ingat nak mitak tolong bro adjust kan job kat offshore post safety kalau ada…
ReplyApril 7th, 2008 at 9:49 pm
askum bro eddryra.saya aman dari jb,saya berminat sangat nak kerja offshore.ingat nak mintak tolong bro adjust kan job kat offshore post safety kalu ada…..
ReplyApril 8th, 2008 at 8:43 am
aman,
ReplySaya tak akan recommend mana-mana candidate. Saya cuma hantar resume dia orang sahaja. Bahaya kalau kita recommend orang, banyak masalah.
April 14th, 2008 at 1:57 pm
mcm mn nk mintk msk petronas??
ReplyApril 14th, 2008 at 5:39 pm
am,
Replypergi kat pak guard, tinggalkan ic, mintak pas untuk masuk loji/pejabat Petronas.k
April 14th, 2008 at 6:04 pm
kukukui….
ReplyApril 15th, 2008 at 8:37 am
firdaus ni mcm bagus sgt je…perli2 org mcm tu plak…of course la dia tanye camne nak join, bukan masuk loji or office…suka sgt merendah2kn org..
ReplyR u think u r so good?
April 15th, 2008 at 10:29 am
not so good like u
ReplyApril 15th, 2008 at 12:43 pm
i never claiming that im good…but please respect others…we are nothing on this earth…
ReplyApril 15th, 2008 at 12:43 pm
just jokes ok
ReplyApril 15th, 2008 at 1:25 pm
Am & Erida…,
ReplyI and firdaus memohon maaf diatas kesilapan kami…
jgn ambik ati sangat….Harap Maaf.
April 15th, 2008 at 2:22 pm
mintak maaf puan muda
ReplyMay 11th, 2008 at 7:21 am
akum, saya baru terbukak page nie, saya dah kerja as a 2nd mate ngan MISC (berlayar) for almost 2 years….rasa bosan dah datang…rasa nak tukar angin ke offshore la plak…ada sesape yang boleh bagi kontek/idea/anything on my hope?…..dah nak kawin nie, x larat la nak naik kapal sampai 6-7 bulan, masuk port 20 jam jer…gaji tak sampai 5 digit lak tu
ReplyMay 12th, 2008 at 9:53 am
krule69 wrote:
kerja aje le dgn MISC tu mana tau jadi 1st mate pas tu kapten… ada la career path, kalu offshore tarak apa harap gaji aje… pas tu dok lompat sana sini. memang payah nak dapat 5figure melainkan join kat oversea… 6-7bulan no hal kalu banding dengan offshore dari chennai,india sekali naik 2tahun kemudian baru turun, no kidding… kalu nak cuba nasib dgn syarikat supply boat, fpso boleh jugak banyak ads dia dlm jobstreet… aye aye
ReplyMay 13th, 2008 at 4:59 pm
ASsalamualaikum…boleh tak saudara tolong saya dapat kerja ni.saya minat sangat kerja kat offshore.tapi saya ni cuma spm je .apa kerja yang sesuai kat sana
ReplyJune 15th, 2008 at 4:35 am
saya mencari kerja yg gajinya rm 3000 keatas… baru erhenti kerja atas dasar tidak di hargai oleh majikan… osition sebelum ni (engineer) ada sesiapa boleh tolong… email kepada areeza.mohd.amin@gmail.com
terima kasih jika dpt membantu
ReplyJune 15th, 2008 at 4:39 am
kerja 11 tahun tapi sayang… orang yg kita julang dari seorang engineer sekarang dah director… pandang kita sebelah mata… sebab kita kulit sawo mateng… susah nak hidup kat mesia ni… ingat nak keluar dari sini… tapi terpaksa tinggalkan sikenit 2 orang… hissshhh… ada sesiapa boleh tolong dapat kan kerja tak… experiance 11 tahun kerja…