Berminat bekerja di offshore?
August 22nd, 2007 by eddyra on OffshoreBekerja di pelantar minyak tak sama dengan bekerja di tempat-tempat biasa. Berjauhan dengan keluarga, anak bini serta girlfriend, kerja 12 jam sehari start jam 6.30 pagi sampai le jam 6.30 petang. Pergerakkan pun terbatas, banyak regulation yang kena patuhi.
Tentang safety pulak, number one. Sesetengah platform Petronas langsung tidak benarkan personnel keluar dari living quarters kalau tak pakai coverall, sebab safety. Mercury hazard dan H2O. Platform Supervisor ada hak untuk hantar balik pada sesiapa yang langgar safety regulation. Kena pakai PPE atau personnel protective equipment setiap masa sewaktu bekerja, kalau after working hour sekalipun kena pakai kalau keluar dari living quarters. Living quarters - tempat makan minum, tengok tv, mandi, rehat dan tidur.
Nak ke offshore pun perlu jalan urine test terlebih dulu, mana-mana personnel yang positive, minta maaf sila balik rumah, offshore bukan tempat untuk penagih. Sekarang Petronas dah kuat kuasakan peraturan ni di sebelah east coast ni. Mana-mana personnel yang nak ke Petronas platform mesti urine test dulu sebelum naik chopper. Exxonmobil, Talisman dan lain-lain buat masa ni belum start lagik.

Risiko pun tinggi, ombak besar, angin kencang, kerja-kerja yang dijalankan semuanya kerja yang robbust. Takde kerja yang takde risiko. Life di offshore perlu allert 24 jam. Masih berminat nak bekerja di offshore ke?
Ok aku akan update dari masa ke semasa berkenaan dengan offshore life, kerja-kerja yang di offer, company yang berkaitan dengan kerja-kerja di offshore, khususnya di sebelah pantai Terengganu ni.
Kalau nak dalam version English boleh gi kat blog aku, di website aku pun ada aku ceritakan berkenaan dengan offshore dengan lebih lanjut. Walau bagaimana pun website dan blog aku tu masih belum update lagik, banyak info yang belum aku upload, busy lah kerja kat opis berlambak-lambak. Ini lah nasib kuli macam aku yang hari-hari kena kerja tengah panas, angkat besi buruk dan macam-macam lagi…

August 29th, 2007 at 9:05 am
[...] topics yang lalu aku ada menceritakan basic requirement untuk mereka yang berminat untuk bekerja di offshore. Oleh kerana ada yang menghantar email [...]
ReplyJanuary 5th, 2008 at 10:59 am
asskum.
Replysebenarnya aku berminat nak kerja kat offshore sebagai safety.. aku ada green book. boleh tolong adjust kat aku kerja kat sana.. dah banyak hantar kat company tapi satupun tak berbalas
January 25th, 2008 at 8:51 pm
saya memang berminat untuk bekerja di plantar minyak. saya merupakan pemegang diploma tecnology management. saya harap berilah saya peluang untuk bekerja di plantar supaya saya boleh menunjukkan komitmen saya dan saya akan bekerja bersungguh demi memajukan diri syarikat. saya boleh bekerja dimana mana department. saya harap saya diterima bekerja.
ReplyFebruary 1st, 2008 at 3:20 pm
pergh..ramai org yg minat keje nih..keje scoop camni memang kene ada org rekomen/sponsored.Kalau tak hampeh memang menyakitkan jiwa.Saya pelaut kapal dagang PTSB(LNG)..x pelaut arr..masih menghadapi masalah juga. Try nk travel europe tapi ..M.I.S.C berjinggut no reply ..grrrr..Nak jadi member ble bro..ble recommend bahagian galley arr bro.umur 30..birokrasi ke pe ntah.safety /firefighting/survivol cert. sama ke?..boleh laku ke untuk offshore?.Open interview pun tarak..grr..kalau ade bro 013-3345886 lie roger bro.Harap Allah tolong murahkan rezeki hamba
ReplyFebruary 12th, 2008 at 4:50 am
aku nak cerita sikit pasal kerja kat offshore ni,sebabnya
Replydah banyak kali jugak aku try apply tapi yang tak bestnya
kalau nak dapat kerja mesti kena pakai cable - orang dalam - tak kira la kawan dia ka,pakcik dia dan sepupu - sepapat dia yang related dgn bidang ni,tu yang paling aku tak suka sebabnya korang tau sendiri la kalau dah macam tu sampai tua pun hang mintak nasib sangat la kalau hang dapat.utk pengetahuan semua aku pun pernah kerja offshore
lebih kurang 2 tahun dan sekarang sambung balik kerja kapal dagang sebagai able seaman dah 12 tahun dah.apa yang aku tengok kerja kat offshore tak seteruk mana pun, kalau nak compare dgn kerja aku sekarang kerja kapal silap haribulan orang kat offshore pun cabut lari,dah la teruk kontrak pun lama 9 - 12 bulan tapi nak apply kerja kapal ni tak la mengarut sangat macam kat offshore tu.kemarin aku baru balik dari houston sign off,kat sana aku tengok banyak oil platform dan
nak apply pun senang tak macam kat malaysia ni mesti pakai kroni dan peluang kat tempat kita ni selalu disorok dari pengetahuan ramai aku tak tau pasai apa mungkin depa ada plan - tak mau bagi orang lain hanya utk dia dan kroni saja,kalau tak pecaya cubalah sendiri
kalau ada post kat paper pun semua ikan paus - key personal - senior tu la, senior ni la habih tu macam mana nak apply.most of the time i think the offshore job is **full off shit** specially in our country malaysia , why ? cause they do advertise in paper **but** only for seniors / managers and even if they do employ the lower post still the requirement is outrageous.kebanyakan orang offshore ni ego - macam bagus sangat,banyak cilok dari buat kerja yang kat opis pun sama 2×5 aku cerita sebab aku pun pernah kerja kat offshore.aku pelik sungguh kat malaysia ni,kenapa tak macam europe atau us ,kat sana peluang kerja offshore cukup banyak senang apply tak payah kroni,semua orang
ada peluang yang samarata ikut post/kelayakan tapi kat tempat sendiri macam hampeh.amalan macam ni sangat tidak praktikal sebab masih ramai orang malaysia yg layak tapi tiada peluang kerana sebab sebab tadi.
so correct me if i,m wrong but remember this,nobody is gonna live forever just imagine what will if this practice keep going on for the next 20 - 30 years to go just look at your child what will happen to them.
February 12th, 2008 at 8:48 am
joringle..
Agree. Totally agree.
Kalau takde cable alamatnya susahlah, kalau yang takde cable tu biasanya yang betul-betul bernasib baik. Malaysia punya mentality bang..
ReplyFebruary 13th, 2008 at 10:54 am
puuuh! panasnya statement dr joringle, baguss…
ReplySy setuju ngan joringle…tp tak semua kena ada kabel.
Rezeki jugak bro…kalau company tgh gian nak orang…
U sua kepala….besar chance nak dapat…sebab dlm offshore dia orang tak guna kabel, tp pipeline….
February 14th, 2008 at 9:37 am
salam
aku nak keje offshore sebab dah bosan dgn hidup kat bandar yg tiap2 hari jam ni.
Replykeje offshore walupun keje kononnya teruk tapi takpayah nak susah pegi tempat keje sebab itu mmg tempat keje..
kalau ada openings tu sound2 la.
ada degree. x kisah post apa pun janji keje offshore.
safety apa benda semua xde lagi ni cuma ada CIDB green card je.
February 14th, 2008 at 11:15 am
rezeki dari tuhan semua tu.doa la banyak2
ReplyFebruary 14th, 2008 at 11:16 am
toba’ah
ReplyFebruary 19th, 2008 at 10:59 am
Saya pun teringin nak kereja kat Offshore ni…Crane Operator Saya tak ade kabel … terus terang aje ..tu lah yang nak minta tolong brother eddyra ni … umur 48 tahun (tapi masih fit) medical check up yearly done) - masih boleh ke kerja kat Offshore ni? ..BOSIET + EBS dah ade, Crane Operation Safety Certificate baru nak gi ambik minggu ni …kat TSTC, Green Card CIDB pun ada … tapi experience Offshore tak ade …
ReplyFebruary 19th, 2008 at 11:52 am
Akum..nak tnye ckit. abg sy minat sgt nk keje offshore ni. kalo nk amik safety training 2 kat tempat mane yg ok? kat kl ni ke terengganu? pastu ape persediaan yg kite perlu buat b4 training?
ReplyFebruary 21st, 2008 at 9:22 am
bro..bes la blog ko nih..em mcm ni, aku sebenanye skang keje kat Telekom,assistant technical officer. tapi aku baru dapat offer offshore bulan4 ni.apa pendapat ko?aku confuse,nak stay sinii ke nak g sane?kat sini aku kejer ofis jer,planning network development division,tapi aku bosan la keje pening2 kepala ni.aku lagi suka hands on job.sebelum kerja telekom ni,aku pernah kerja shutdown kat gpp5,6 & construction/demolish power plant..so bro,please advice me!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyFebruary 21st, 2008 at 10:55 am
firdaus..
cerita la detail sikit tentang academic background baru kita boleh sama-sama discuss. Offer to offshore as what? Planner? Rigger? Supervisor?
Tengok keadaan En firdaus, memang hand on job ni lebih mematangkan kita dengan kerja yang kita buat, kalau duk office belajar theory je la kan..
So compare lah kerja Telekom dengan offshore, tengok future, workscope, salary etc.. kalau semua OK jalan terus bulan 4 ni.
ReplyFebruary 21st, 2008 at 11:11 am
ada diploma electro-mechanical/mekatronik. saya yg dapat trainee technician E&I talisman tu,kat bunga orkid nanti.gaji memang lebih banyak kat talisman r, sebab increment max 100% dlm 2 tahun base on performance, basic rm1600,elaun laut rm140/hari,meal elaun lagi.maknanya if lepas 2 tahun,basic leh sampai rm3200 x campur ot,elaun,bonus.2 minggu on 2 minggu off.camane?explain dalam2 bro, really need ur opinion.Gaji sekarang basic rm1500 je,tapi sekarang pun belum permanent lagi kat sini, tapi bos dah rekemen kat HR untuk permanent
ReplyFebruary 21st, 2008 at 4:11 pm
bro eddyra, reply la pertanyaan wa ni
ReplyFebruary 21st, 2008 at 5:04 pm
wahaha..
OK firdaus tang gaji tu nampaknya standard trainee punya rate, compare to exxonmobil murah sikit kalau tak silap lah.
One more thing, direct dengan Talisman or 3rd party services ni? Kalau 3 rd party services mintak la up sikit lagi, kalau direct dengan Talisman OK la tu sebab kita fikir long term.
Lepas 2 tahun tu akan jadi regular technichian staff i.e E&I technician.. kerja la 5-6 tahun lepas tu kalau dah betul-betul master chow lah, join exxon ka petronas ka, shell ka boleh demand tinggi lagi, kalau stay in one company increment kecik sikit la kan.
Dah fikir masak-masak ke nak habiskan separuh dari hidup di laut separuh lagi di darat? Awek jarang-jarang jumpa nanti.. tapi yang penting buat duit kat offshore, balik onshore jangan lupa diri spend abis duit tu hahaha.. biasa la orang muda.
I cant say here lah, but good luck anyway, to me take it lah firdaus. Hand on job ni banyak benefitnya, nanti dah lama jadi technician amik degree pulak, buat jarak jauh ke.. apply E&I engineer.. experience dah ada, gaji musti boleh demand punya, insyallah. Bila dan jadi field engineer yang ada field experience, baru gempak, tak nampak sangat macam fresh engineer yang selalu kena tipu dek technician hahaha.. ini biasa berlaku firdaus.
ReplyFebruary 21st, 2008 at 6:19 pm
hangus dah fikir bang..hehe..ok..tq for ur advice..awek skang ramai materialistik. so, kite leh beli yg cun2 if kerja offshore nih hahah…tapi yg paling penting dapat bantu kuarge n sedara yg setia masa susah.the eldest son always like that kan hehe..wish to become OIM before 30. impossible?
ReplyFebruary 25th, 2008 at 11:56 am
eddyra, kenal tak orang kampung aku, name dia taufiq/topet, TL Offshore. welder kot
ReplyFebruary 25th, 2008 at 3:27 pm
taufiq tak kenal.. tapi offshore ni kita biasanya akan saling kenal mengenali sebab jumlah tak ramai dan, pusing-pusing jumpa jugak..
ReplyFebruary 27th, 2008 at 6:56 pm
caya
ReplyFebruary 27th, 2008 at 7:26 pm
saya nk gak,ada lubang keje ckp lh,saya operator crane level 2,daily rich pn boleh
ReplyFebruary 29th, 2008 at 6:12 pm
ialah ari tu..plantar minyak ni nk runtuh dah..
Replysaye lah penyelamat nye…
bonus saye dapat cecah 50 ribu..wow!!!!lumayan tu..
March 4th, 2008 at 3:32 pm
bosan kerja ofis!!!!!!!!!!!!
ReplyMarch 11th, 2008 at 4:07 pm
kerja-kerja dekat FPSO tu macamana pulak ye?
ReplyMarch 14th, 2008 at 12:12 am
saya merupakan pelatih ikm dalam bidang kimpalan.sekarang ini saya sedang menjalankan latihan industri dan dijangka tamat akhir bulan 5 ini.bolehkah saya memohon jawatan welder di offshore dan bagaimana caranya??
ReplyMarch 14th, 2008 at 12:15 am
Muhammad Shairazi b Taufik,
Di dalam blog ni saya ada terangkan cara-cara untuk mendapatkan peluang kerjaya di offshore. Cuba pergi ke sebelah kanan blog ni under “OFFSHORE SERIES”
Terima Kasih.
ReplyMarch 18th, 2008 at 4:55 pm
Bro, kalau ujian darah tak lepas, x boleh pergi offshore ke? darah putih terlebih sikit nak buat camane???
x-ray, paru2, urine, pendengaran, penglihatan, tekanan darah, sendi semua ok.
ReplyMarch 18th, 2008 at 5:19 pm
Camni Firdaus,
Kalau blood test menunjukkan ada masalah yang boleh mendatangkan masalah dikemudian hari, client kebiasannya tak approve kita join offshore.
Namun kalau penyakit kita (kalau ada) itu tidak mendatangkan masalah kepada kita, go ahead. Mintak lah kerja yang ringan sikit.
Kalau selalu gelap mata, selalu pitam tak perlulah kita bekerja di tempat yang lasak dan penuh cabaran tu.
Kalau kita dah di approved untuk join offshore, pastikan bawa ubat-ubatan yang perlu, dan sampai di sana perlu DECLARE nama ubat kepada medic yang bertugas.
ReplyMarch 18th, 2008 at 5:23 pm
em
stay telekom je la nampaknya. doktor suruh makan vitamin C je dia call tadi, Jumaat pagi nanti kena test darah semula
ReplyMarch 18th, 2008 at 5:29 pm
Tengah panjat scaffolding tetiba gelap mata.. aduhaii bergantung nyawa pada harness jer lah.
ReplyMarch 18th, 2008 at 5:43 pm
tak pernah gelap mata bro, sebelum ni ada gak kerja berat macam construction power plant, shutdown GPP5&6 (mechanical, masuk vessel,column,dismantle tray dalam tu
ReplyMarch 21st, 2008 at 12:32 pm
bro..boleh x kita rasuah doktor supaya dia approvekan medical kita?
ReplyMarch 25th, 2008 at 6:27 pm
Salamx eddyra
ReplySaya agak berpegalam dlm bidang scaffolding dan boleh dikatakan dah biasa kerja dlm Oil&gas ,Saye juga mempunyai sijil OSH for Supervisor and bercita2 menjadi Safety Officer 1 hari nanti, Ade x maklumat untuk rujukan kepada saya agar mendapat kerja kat Offshore , saya dah try apply tapi hasil semua hampah!
biasanya kalau naik ke laut,untuk berape hari? and bila balik ke darat berape lama plak?
harap bro dpt tlg sy! sekian terima kasih
March 25th, 2008 at 7:32 pm
Evildeath wrote:
fullamak nama, takut aku!
Saudara Evildeath,
Sebenarnya di sini berminat untuk bekerja sebagai scaffolder atau pun safety officer? Di blog cap ayam saya ni ada menceritakan tentang salary, panduan hidup di offshore dan sebagainya, Evildeath boleh search kat tepi belah kanan under OFFSHORE SERIES..
Berkenaan dengan maklumat tu, insyallah saya usahakan.
ReplyMarch 30th, 2008 at 9:04 pm
Thanks bro
ReplyAde x mane2 compny skrg yg nak cari worker as scaffolder x pun Safety supervisor x kisah ahh janji dpt keja
April 2nd, 2008 at 7:29 pm
Salam mr eddy,saya tengah cari kerja kat offsore.
Replybidang electrical,saya baru abih belajar chargeman A1,
pengalaman baru hampir setahun kerja kat elecrical construction dan kilang.kalau ada peluang kat offshore nak pergi cari pengalaman baru,umur 25thn rasanya boleh stay lama sikit kat offshore.boleh ko recomend kawe nii
April 3rd, 2008 at 1:01 am
susah ada bf yang kerja offshore ni.
Replyjumpa jarang jarang.
dok dilaut lebih lama dari dok di darat.
tapi hati sangat sayang.
April 3rd, 2008 at 1:07 am
suraya wrote:
yaaa, kalau masa gaji masuk, para isteri boleh tolong habiskan gaji kita. Kita kat offshore, bank card memang wife pegang..
Kalau masih bujang, jumpa lah awek sekali sekala.. jauh di mata dekat di telinga.
ReplyApril 3rd, 2008 at 11:28 am
my bf kat fpso
Replykepala banyak sakit
April 3rd, 2008 at 11:37 am
FPSO mana ni? Trenergy MASA Petronas Project punya ka..
ReplyApril 3rd, 2008 at 12:22 pm
yg jv dgn petroviet punya field
ReplyApril 5th, 2008 at 1:23 pm
Bro, tolong la recommend saya E&i Technician di Exxonmobil / client
ReplyApril 5th, 2008 at 1:35 pm
firdaus wrote:
ada company nak pakai E&I technician, meh sini pak cik check resume. Dapat atau tak belakang kira.
ReplyApril 7th, 2008 at 11:31 am
Bro,cuba cek email,saya sent resume n coverletter.assume la saya fresh graduate
ReplyApril 15th, 2008 at 12:39 pm
bro,
Replypls adjuzkan aku keje welder/semiskills kat aner2 cmpny.da jenoh aku send kt cmpny sekitar terengganu tp sumenye hampeh…aku nak kawin niiiii….mane nak cekau duit.dua bulan dah tanam anngur…aku ader green card,ngan 5g cert jek.safety course xdok..m
April 21st, 2008 at 12:20 pm
bf nk keje kat sana. Ihhh…x tau la nasib kita kat sini! ada pempuan ke kat sana?? bimbang la.. dia teruja sgt nk g keje ni..
ReplyApril 21st, 2008 at 12:32 pm
hahahahaha..
Replyaduhai ina.. takde apa nak dirisaukan. Perempuan pun ada ler 1-2 orang.. itu pun sekali sekala. Takde apa lah.. dia keja di offshore tu berkawan-kawan dengan ikan-ikan dalam laut tu jer, nanti dia tengok laut nampak la muka ina tu.
April 21st, 2008 at 3:24 pm
memang kat platform tak de le pompuan..
Replytapi kat darat ni.. kena hati hati le
kat laut pakai coverall aje..
naik ke darat pakai lawa wangi..
pompuan mana tak suka tengok lelaki poket banyak masyuk
bmw, rexton, ducati, sebut saja pompuan mana tak rambang mata..
hati sakit..
April 21st, 2008 at 3:25 pm
last last bf beeba tinggalkan
Replybegitu saja..
agaknya dah berkawan dengan ikan yu dah kot..
April 21st, 2008 at 4:38 pm
hahahaha…
Apasal aku gelak ehh.. tapi beeba punya cerita tu syahdu abis, sampai hati bf tu tinggalkan beeba. Hatinya dah terpikat dengan ikan yu kat offshore la tu beeba..
Cari je la yang lain beeba, jangan cari bf kerja offshore.. seksa, dua-dua pihak seksa tapi kalau dapat payment tu wow..
ReplyApril 21st, 2008 at 4:58 pm
kt ni tak pernah kerja ofshore p ingin kerja offshore…tengok pengalaman sana lagi berharga dari di darat..tp yang bestnye kj offshore tak perlu pk pasal hutang…
ReplyApril 22nd, 2008 at 1:22 pm
kawan dia, member offshore jugak
tengah usha beeba
tapi serik la dengan offshoreman nihh..
baik cari yang atas langit pulak la ha ha
dia cakap kat platform tak boleh mancing
Replytapi mancing jugak.. curi curi
sebab apa.. ada mercury?
April 22nd, 2008 at 2:00 pm
ala cian nyer.. kenapa yer offshoremen ni tak setia? Tak jugak la.. macam eddyra tu setia apa cewah.
Memancing memang diharamkan sama sekali tapi pandai-pandailah. Macam di platform Resak, tidak dibenarkan, bahkan di nasihatkan supaya tidak memancing sebab dikhuatiri ada mercury dalam body ikan tu..
ReplyApril 22nd, 2008 at 3:26 pm
nak setia mcmana
duit banyak..
kete besar besar menjalar..
dalam hati sendiri mau ingat..
nak setia ke tidak..
tambah ada pulak yang mengoda..
Replytak ingat kita yang susah senang sama dia..
banyaknya senang beeba la,
sebab dia beli macam macam ha ha ha
April 22nd, 2008 at 3:28 pm
eddyra ni dah kawen ekk?
Replyabis tu wife kat rumah,
macamana cope ngan anak anak bila
eddy tak ada?
April 22nd, 2008 at 3:35 pm
beeba wrote:
kita jarang-jarang ke offshore, bukan 2-3 minggu tak balik. Dulu selalu sekarang dah jarang-jarang..
Wife kerja jugak, I ada ke atau I gi offshore ke, wife yang jaga, takde masalah pasal tu. Kita kenal dulu pun dia dah tahu kita kerja ni ada masanya gi offshore.
So far takde masalah, cuma timbul masalah kalau i kena gi offshore dan kebetulan dia pulak ke outstation.. itu yang kena import mak atau mak mertua tolong jaga anak-anak.. itu je lah.
ReplyApril 22nd, 2008 at 3:36 pm
beeba selalu tengok oil sweat n rigs kat discovery chanel, memang thrill ye.. sama je ke ngan kat kite..
Replyiye lah nak tanya bf pun.. nama je naik ke darat
sibuk manjang.. nak tanya apa apa pun tak sempat..
April 22nd, 2008 at 3:41 pm
tapi tak de le pulak dia punya crew tu pakai coverall..
Replytak macam tempat kita kan?
pakai macam samseng naik motor je hak hak hak
serabai.
April 22nd, 2008 at 3:42 pm
beeba wrote:
thrill atau tak tu hanya yang melaluinya yang dapat cerita. Macam saya tidak involve pun dengan kerja-kerja berat, lasak macam workover gang, drilling itu semua, itu semua group-group hardcore, gaji kaw-kaw. Kita ni group maintenance jer.
Rasanya BF Beeba tu bukan tak nak cerita, tapi kalau citer pun takut tak faham.. ha ha ha
Wife pun ada gak tanya, tapi saya jawab merapu je la..
ReplyApril 22nd, 2008 at 3:45 pm
beeba wrote:
depend la beeba, ada platform yang mewajibkan coverall, ada yang tak kisah.. kalau client biasanya dia orang lebih suka pakai coverall sebab nampak sikit dia orang tu client.. contractor pulak tengok lah apa company kalau schlumberger ka, weatherford ka memang lah depa nak show off kalau boleh. Kalau cap ayam punya company lebih suka pakai jean dgn jacket jer.
ReplyApril 22nd, 2008 at 4:01 pm
betul kata eddyra tu..
sekali tu dia ada cakap pasal contract kat Tanjung Offshore, beeba dengar pun bluurrr je, menyampuk pun tidak, mengiyakan pun tidak,
last last dia menyampah cakap sorang,
dia diam je ha ha..
kompeni cap ayam tu kompeni apa?
ReplyApril 29th, 2008 at 6:04 pm
Hai Eddyra,
ReplySaya ni minat kerja kat offshore,baru habis belajar kat UIA dlm Electrical Engineering(communication)
Apa bidang yang suitable for my qualification on offshore site . Experience tak ada pun dlm field ni, so what is your opinion and advise ,Thank you bro .
May 10th, 2008 at 5:20 pm
cam ner mohon kejer ni .saya tak de kelulusan cuma spm.boleh saudara terang sikit cara nak mohon dan dimana nak mohon keja ni
ReplyMay 10th, 2008 at 6:39 pm
Eddyra aku nak jugak tanyer kejer kat saner… ader ker kosong bahagian technician…? kalo ader cakap lah kat aku… minat jugak aku tgok keje kat sane… satu lagi nak cube pengalaman keje kat saner…
ReplyMay 12th, 2008 at 10:50 am
beeba wrote:
eerr…kampeni kicap cap Dua ayam…(sorry bro..gurau aje..) company chap ayam tu maksudnya mungkin syarikat -syarikat kecil yang tidak/kurang ada nama atau sewaktu dengannye…
ReplyMay 15th, 2008 at 10:07 pm
salam bro…..
Replyklu stakat dip ble ker keje offshore bro?
sy IT student, skang keje kat sapura crest but under sapura energy la. skang jaga system petronas station coz depa dok guna sapura nyer system. so skang try gak apply offshore tp ntah layak ke x? ape position yg bole? tu yang sedey tu. bg la ur oppinion bro… mmg IT nyer line xde harapan ker..huhu……mslhnyer tu la.. jwtn yg tepampang sumenyer gedabak2….. klu ade post mop lantai offshore pun sy sapu je bro hehehehehehe…bg klu ckit, sy skang ade gak try apply kat luar online. kat sane bnyak lak yg nak pakai IT nyer org kat offshore, tp kat cni??? penin2…… klu ade lobang bagitau la…. ape2 jwtn je la, janji masyukkkkkkkkk bro.tima kasi…. salam……
May 15th, 2008 at 10:10 pm
salam.
Replyto Bro Eddrya or saper2 je tlg la reply ek, pala sakit carik duit…………………….
May 16th, 2008 at 7:13 am
al attas ko dah ader dip tue kire okey lah… ape yang pening nyer… ko skang xkejer ker… kalo todosak sgt ko nak keje cek leh tolong hang… tp bukan kat offshore lah… sebab aku bukan dalam tue… aku tech kilang jer… kat sini kilang elektronik gaji okeys lah kot kat bahagian IT sinie… itu pun kalo ko terdesak sgt nak cari duit untuk sara anak bini… aku leh tolong lah…. tolong melayu2…. huhu
ReplyMay 16th, 2008 at 3:32 pm
al attas
Replynanti aku tulis.. streamyx di rumah tengah down ni.
June 8th, 2008 at 7:51 pm
saya ingin mencari kerja yang berkaitan dengan welder dan saya mempunyai lesen 6G,6GC,keluaran petronas, dan pernah berkerja di labuan shipyard sdn.bhd. dan di petro paip sabah sdn.bhd,
ReplyJune 21st, 2008 at 5:30 pm
salam bro eddyra sya blajar kat instep.. sponser by petronas la, lps hbis blajar ada peluang ke tu keja kat offshore? dan ada peluang ke keja ngan shell or cmpany minyak lain..
ReplyJune 23rd, 2008 at 11:44 am
Mohd Farhan wrote:
Mohd Farhan,
Kalau memula dulu yes, abis INSTEP ramai yang ke offshore, ada jugak yang di onshore macam OGT umpamanya. Tapi lately dengar cerita bebudak INSTEP ramai yang masih belum dapat tempat/kerja. Itu yang aku dengar wallahuaklam. Tak tau lah kalau masing2 memilih tempat.
Peluang untuk ke Exxonmobil, ka insyallah ada tapi macam biasa lah persaingan sengit juga. Pernah jugak nampak bebudak INSTEP di exxonmobil, freshie wahahah.. macam aku mula-mula join ari tu lah.
Setakat yang aku tau belum ada bebudak INSTEP yang diserap masuk SHELL atau Talisman, tolong betulkan kalau aku salah.
ReplyJune 29th, 2008 at 5:11 pm
akum bro. salam tangan kanan. pnjg sgt komen. da pening bc. nk tanye je. kalo leh bro reply kot email deh. cane cara khusus nk kije offshore nie. dpt yg petronas pun tape la. tp probz nye, sy ade dgree bio bla3x. n life amat bosan la kije dlm lab. nk kije orang laki lak. cane ek bro? aritue president petronas ckp nk amek dak2 degree train balik dlm bidang ong nie. betul ke? harap bls ek…
dgn ucapan, pecah kaca pecah gelas, biar la gelas tue, tp surat harap balas. tadaaa.
ReplyJuly 1st, 2008 at 2:28 pm
Bro aku nak tanye bro tau tak mana2 position for lepasan SPM utk work kat offshore. Ada company yang u rekomen tak
ReplyJuly 1st, 2008 at 2:59 pm
budakmerah,
Degree in Biology? Microbiology.. dulu I amik course ni di ITM Shah Alam tapi kena reject hahaha..
Mmm.. degree in Bio nak kerja oil and gas engineering.. menarik tu. Betul ada member-member saya yang masa buat diploma atau degree dulu belajar aerospace lah, Accountancy, Ba in Science lah, tup-tup join oil and gas engineering. Saya sendiri pun bukan dari mechanical engineering.. saya punya degree layak untuk kerja kilang jer tapi rezeki tu ada di oil and gas.
Kalau nak jadi engineer oil and gas through big company saya rasa kebarangkalian tu kecik sikit, itu pendapat saya. Kebanyakannya nak degree in engineering whatever dicipline sekalipun.
Ada satu cara, budakmerah kena join company oil and gas yang kecik-kecik dulu yang sedia menerima degree bio tu.. amik masa di situ dan study sikit demi sedikit pasal mechanical dan oil and gas work ni.. join fabrication company yang ada contract dengan offshore work lah. Atau mana-mana company kecik yang ada contract dengan offshore, kalau dapat company besar lagi bagus, masalahnya ada yang nak terima tak..
Bila nak join, 2-3 tahun insyallah boleh lompat ke Petronas sebagai junior engineer ke, engineer ke..
Saya tak berapa pasti dalam hal ni…
ReplyJuly 1st, 2008 at 3:09 pm
barca.
Lepasan SPM.. sebelah Terengganu ni boleh gi kat Jenagor, Kuala Berang amik course scaffolder. Dapat certificate tu boleh apply kat mana-mana company yang nak pakai scaffolder.
Rigger & helper perlu ada rigger course dulu, dah ada course boleh join mana-mana company yang nak pakai rigger.
Barca boleh pilih samaada nak naik platform Petronas ka Exxonmobil ka Talisman ka .. so macam kat bawah sini saya ada tulis beberapa company yang masih ada contract, cuba tanya dia orang samaada nak pakai rigger, helper, welder, scaffolder etc…
1. Vastalux Sdn Bhd - currently contract with Petronas .
Reply2. Sarku Eng Services Sdn Bhd - currently contract with Exxonmobil.
3. Intraline Resources Sdn Bhd - currently contract with Exxonmobil.
4. Offshore Work Sdn Bhd - currently contract with Talisman
5. Ramunia Fabricator Sdn bhd
6. TJ Oilland Sdn Bhd
7. Sime Darby Offshore Sdn Bhd
8. Dayang Enterprise Sdn Bhd - SKO / SBO contact, Sarawak.
9. Shapadu Energy Engineering Sdn Bhd - umbrella contract with Petronas .
July 6th, 2008 at 12:09 pm
Saya mempunyai sijil SKM tahap 1 dan 2 dalam kursus kimpalan arka dan gas….saya penah mengikuti training di syarikat MMHE Pasir Gudang selama 1 bulan..saya berminat untuk bekerja sebagai welder…boleh tolong adjust untuk saya??
Reply